Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Rahsia Murah Rezeki – Melepaskan…

Seringkali ramai yang takut-takut atau dengan kata lain kurang suka untuk memberi atau menderma. Perkataan yang lebih keras bunyinya adalah ‘kedekut’ atau ‘lokek’.

Dalam Islam bersedekah adalah amalan yang dituntut kerana ganjaran dan balasannya sangat besar.

Namun kenapa ramai yang masih belum sanggup memberi sedikit hak milik mereka untuk tujuan bersedekah.

Biarpun dalam Islam bersedekah itu bukanlah perkara wajib – tak buat pun tak apa, jika lakukan dapat pahala, namun bagi orang Islam mengeluarkan zakat itu pula adalah WAJIB hukumnya kerana ianya adalah Rukun Islam ketiga.

Ramai di kalangan kita sebenarnya kurang menghayati rukun Islam ketiga ini. Masih ramai yang berpendapat zakat itu hanyalah zakat fitrah yang wajib dikeluarkan pada bulan Ramadhan sekali setiap tahun.

Sebenarnya zakat itu juga mencakupi zakat harta dan pendapatan. Yang ini saya dapati masih kurang yang sanggup membayarnya. Kenapa?

Pada pengamatan saya masih ramai yang beranggapan bahawa apabila mereka memberi atau membayar zakat, mereka fikir dengan berbuat demikian, mereka akan kekurangan wang untuk digunakan selepas itu.

Bagi saya, inilah adalah salah satu silap faham atau program minda yang salah dan perlu diperbetulkan segera!

Sebenarnya alam tidak meletakkan sesuatu atau menghantar sesuatu ke atas tangan kita selagi kita tidak melepaskan apa yang kita pegang.

Untuk membuktikan apa yang saya nyatakan di atas adalah benar, saya mahu pembaca semua lihat kepada kejadian berikut ;-

Apabila kita menyedut oksigen, kita akan melepaskan karbon dioksida untuk disedut oleh tumbuhan. Manakala tumbuhan pula melepaskan oksigen untuk disedut oleh kita.

Cuba anda bayangkan, jika kita hanya menyedut dan menahan nafas selamanya tanpa melepaskan karbon dioksida dalam badan kita, apa yang akan berlaku?

Saya percaya anda tidak dapat bertahan lama kerana pasti muka anda jadi biru padam dan tak bernyawa selepas itu.

Ini kerana untuk memastikan kita terus dapat menerima oksigen dalam badan kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan ‘melepaskan’ karbon dioksida terlebih dahulu dalam badan kita, supaya ada ‘ruang’ baru supaya kita boleh menerima oksigen baru.

Perkara ini adalah sama dengan wang!

Untuk terima lebih banyak wang atau duit, kita perlu lepaskan sebahagian daripada apa yang kita miliki kepada mereka yang memerlukan agar ada ‘ruang’  untuk kita menerima lebih banyak wang selepas itu.

Jadi mulai sekarang, saya mahu pembaca semua faham, sekiranya kita ingin dapatkan sesuatu, perkara pertama adalah dengan ‘melepaskan’ sesuatu terlebih dahulu.

Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit. Kita masih diberikan oksigen juga adalah rezeki untuk kita terus bernafas dan bernyawa.

Begitu juga pemberian tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.  Ianya mungkin dalam bentuk bantuan pertolongan, sumbangan idea, hadiah dan sebagainya kepada pihak yang memerlukannya.

Dewasa ini, saya dapat perhatikan ramai di kalangan masyarakat kita hari ini yang terpaksa hidup susah atau hidup dalam tekanan kewangan adalah akibat mereka kurang memberi.

Mereka lebih suka menerima daripada memberi. Ini kerana mereka masih punyai kepercayaan yang memberi akan mengurangkan hak milik mereka.

Jadi mulai sekarang, saya sarankan kepada pembaca sekalian agar sentiasalah memberi. Perkara dan rukun yang wajib hendaklah didahului kemudian diikuti dengan perkara yang dituntut. Insyaallah kita semua akan beroleh keuntungan dan keberkatan dariNya nanti.

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s:  Saya selalu ‘melepaskan’ waktu menonton TV dan Movie dengan memberi ruang kepada minda dan fikiran saya beroleh idea baru dengan membaca :)

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Pelaburan Maksimum Skim Amanah Saham Bumiputera

Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan jumlah pelaburan maksimum yang dibenarkan dalam Skim Amanah Saham Bumiputera.

Ada yang kata RM200,000 dan ada pula yang kata boleh lebih daripada jumlah tersebut. Mungkin topik kali ini kurang diambil perhatian oleh mereka yang tiada matlamat memenuhkan tabungan ASB mereka. Tapi bagi yang ingin tahu, elok rasanya beri perhatian pada apa yang ingin saya kongsikan di sini.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari laman web rasmi ASNB.

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 2 Januari 1990
Objektif Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
 
Kelayakan Bumiputera Malaysia.

  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil
 
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan – 10 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan – 1 unit
  • Sijil – Gandaan 1,000 unit
 
Pelaburan Maksimum
  • Akaun Dewasa – 200,000 unit
  • Akaun Remaja – 10,000 unit
 
Saiz Tabung Tiada had.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta-merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Jika dirujuk pada maklumat di atas jelas dinyatakan pelaburan maksimum untuk akaun dewasa hanyalah RM200,000 sahaja.

Tetapi tahukah anda? Jika sekiranya jumlah terkumpul (termasuk bayaran dividen dan bonus tahun sebelumnya) dalam akaun ASB anda kini dah cecah RM200,000, sebenarnya ada masih boleh menambah pelaburan anda.

Ini kerana jumlah bayaran dividen dan bonus yang anda terima sebelum ini TIDAK DIKIRA sebagai unit pelaburan anda. Atau dengan kata lain, dividen dan bonus ASB yang anda terima bukanlah dikira sebagai modal pelaburan anda.

Modal pokok pelaburan anda yang diambilkira untuk RM200,000 hanyalah jumlah ‘fresh money’ yang anda simpan sahaja. Namun begitu, jangan khuatir dan bimbang, pembayaran bonus dan dividen masih mengambilkira jumlah terkumpul semasa tabungan anda.

Ini bermakna jika dalam tabungan ASB kita dah ada RM300,000 (termasuk jumlah dividen + bonus tahun sebelumnya) maka pengiraannya tetap mengambilkira jumlah tersebut.

Bayangkan dengan RM300,000 x 8% setahun = RM24,000 dividen yang anda terima!

Jadi menabunglah dan tetapkan matlamat untuk penuhkan akaun ASB anda semaksima yang mungkin supaya ianya dapat menghasilkan pendapatan pasif atau ‘passive income’ buat anda. Inilah cara sebenar orang kaya, yang goyang kaki dapat duit. Bukannya dengan sertai skim cepat kaya mahu pun pelaburan haram yang lain.

Selamat melabur, semoga berjaya memaksimakan tabungan ASB anda!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Al Fatihah Buat Datuk Salleh Majid

Hari ini tanggal 2 Januari 2012, negara dikejutkan oleh berita pemergian tokoh ekonomi dan genius ekonomi melayu. Siapa lagi jika bukan Datuk Salleh Majid, mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang terkenal dengan perkongsian buah fikiran yang bernas bila berbicara soal kewangan dan ekonomi.

Kira-kira 62 tahun lalu, lahir seorang anak Melayu daripada sebuah keluarga yang tidak pernah tahu apa itu mikro atau makroekonomi, apa itu saham, apa itu dasar fiskal dan sebagainya.

Namun anak Melayu yang bernama Mohd. Salleh Abdul Majid itu semakin hari semakin menunjukkan potensi dan kepintarannya khususnya dalam bidang pelajaran sehinggalah berjaya memperoleh Master of Business Administration dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat ketika usianya baru mencecah 22 tahun.

Di atas kebolehannya dalam memahami dan menyelesaikan isu ekonomi dan kewangan, Salleh terpilih sebagai pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Pengurusan, Institut Teknologi Mara.

Dari situ beliau tidak lagi menoleh ke belakang…tidak hanya di sektor awam, Salleh juga menabur baktinya dalam sektor swasta sehingga terpilih sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Beliau cukup diingati sebagai seorang yang tidak lokek untuk memberikan pandangan terhadap isu-isu ekonomi terkini.

Dunia kewartawanan sendiri, pastinya kehilangan seorang tokoh ekonomi yang sentiasa memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam perkembangan ekonomi semasa walaupun telah meninggalkan dunia pasaran saham hampir sembilan tahun yang lalu.

Menurut Bernama, Salleh kerap ditemu bual media massa apabila melibatkan isu-isu ekonomi dan kewangan seperti Belanjawan tahunan, pasaran saham dan sebagainya.

Ahli Kehormat Persatuan Bahasa, Salleh juga turut mempunyai kolumnya sendiri di beberapa akhbar tempatan bagi melontarkan pandangan beliau berkaitan isu-isu ekonomi terkini.

Selain Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham adalah antara tokoh ekonomi yang sangat menggalakkan pembelian emas sebagai pelaburan alternatif.

“Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka,” katanya dalam salah satu ruangannya.

Agak digeruni wartawan, beliau yang lebih dikenali sebagai “Salleh Majid” sentiasa mahukan perkongsian pandangan secara dua hala di mana wartawan harus bersedia untuk disoal semula oleh beliau.

Lebih gemar berinteraksi secara tidak formal ketika ditemu bual, kadangkala beliau akan bertanya semula kepada wartawan dengan soalan: “Kau faham tak apa yang aku cakap ni.”

Ketika di BSKL dulu, Salleh juga dikenali sebagai seorang ‘bikers’ kerana lebih selesa menunggang motorsikal berkuasa besar jika ke pejabat.

Beliau bersama rakan-rakan di sebuah syarikat konsultasi kewangan dikatakan ketika ini sedang mengusahakan satu cadangan untuk diusulkan kepada kerajaan bagi mewujudkan sebuah Bursa Saham Islam di negara ini.

Namun semuanya kini tinggal kenangan.

Beliau pagi ini menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat barah rektum dan kegagalan buah pinggang kira-kira 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sesungguhnya negara kehilangan seorang genius ekonomi Melayu yang tiada galang gantinya.

Al-Fatihah buat Mohd. Salleh Abdul Majid@ Salleh Majid.

Sumber : http://mynewshub.my

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Selamat Tahun Baru 2012

Stock Photo

Happy New Year! I am excited to share with you exciting, new journeys and experiences as 2012 reveals itself to all of us.

With each new year comes changes big and small . . . whether we like it or not!  And because change is inevitable, and because we have just entered a new year, I wanted to touch on this subject just a little deeper.

Sometimes we love change, like a new job, a new relationship, or moving to a new city. Sometimes we hate change, especially when it’s not our choice or out of our control. In that case, we’d rather stick with what we know, even though it may no longer apply to our reality.

Either way, change is not always easy, is it? Why is change difficult for most of us? Because change means that we are forced out of our comfort zones, which is why it can be so difficult to embrace.

Here’s a clue: if what you’ve been looking for was where you’ve been looking, you’d have already found it! (Read that sentence one more time, it’s a good one.) Doing more of the same harder and longer is usually not the answer. Willingness to change usually creates better results.

It’s true—in many ways, reality is what we make it. Regardless if change is chosen or forced, one of the first steps to change is changing how you think. What you focus on expands because not only are you thinking it, but then you’re feeling and doing, even if you’re not always aware of it.

In other words, if you think change is going to suck, you’ll feel that, you’ll end up acting like it, then that change will end up exactly as you thought. But if you think, “Something good can actually come out of this,” you’re inviting more favorable results. Adapting to change then becomes easier and less stressful because you’re not focusing on the discomfort of the unpredictable.

This year, when change comes your way (because it will no matter what), treat change as a gift, even when it comes unexpectedly.

Ask yourself, “How can I use this to my benefit?” That doesn’t mean ignoring the jarring effect that change can have on how you feel—like losing a relationship, a loved one, or a job—but also make a choice to not stay stuck in a state of loss.
Darwin is often misquoted when people say only the strongest survive. Not true. It’s not the smartest. It’s those who are most adaptable, quickly adjusting to new situations and circumstances.

The idea is to go with the flow and not only accept change, but embrace it as an opportunity to expand yourself and your life.

EXERCISE:  Make a list of all the areas in your life where changes need to happen in 2012. Make sure your list not only covers the situations in your life, but also your environment and how you personally need to change. Start implementing those changes now with a Warrior attitude of 100%.

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

DIVIDEN ASB 2011 : ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.65 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.15 SEN SEUNIT

KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.15 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2010: 7.50 sen seunit). Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 21% berbanding dengan RM5.82 bilion yang dibayar pada tahun 2010.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM628.29 juta oleh PNB. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.3 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.

Sehingga 15 Disember 2011, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9% kepada jumlah pendapatan kasar. Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM2.25 bilion atau 31.3% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut dan selebihnya sebanyak RM0.85 bilion, atau 11.8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2011. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2002 sehingga 2011.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2012. Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan bermula pada 21 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

Berikut adalah prestasi lalu Tabung ASB.

Tahun  
2008
2009
2010
Dividen
7.00
7.30
7.50
 Bonus
1.75
1.25
1.25

Sumber : www.asnb.com.my

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Mengapa Perlu Simpan Emas?

Salam hormat pembaca blog pemikirkaya.

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Hari ni saya nak kongsi pasal emas. Hmmm, pasti ramai tertanya-tanya mengapa kita perlu menyimpan emas?

Alangkah baiknya kalau dapat gunakan duit untuk buat benda lain. Tukar sport rim kereta ke, baju baru ke, pergi melancong dan macam macam lagi kan.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan…Bukan ke kalau simpan emas kena bayar zakat?

Sebenarnya apa jua pendapatan pun kena bayar zakat, cuma nak bayar dengan tak nak je..

Baiklah berbalik pasal emas ni..

Saya sebenarnya dah lama mengkaji dan terus mengkaji jenis-jenis pelaburan sedia ada di Malaysia yang sesuai dengan bajet dan latar belakang pendapatan rakyat Malaysia.

Maklumlah sebagai seorang Perancang Kewangan sudah tentu saya mahu sarankan produk pelaburan
terbaik untuk klien saya.

Rata-rata kebanyakan klien saya, pada mula memang ralat macam terkena renjatan elektrik bila saya
sarankan melabur dengan emas ni.

Maklumlah mereka tidak pernah dengar langsung pasal kebaikan dan keuntungan pelaburan emas sebelum ini.

Tapi apabila mereka dah mula kaut pulangan yang lumayan darinya, maka tersenyum lebarlah mereka semua…

Memandangkan tak semua yang boleh dapat khidmat konsultasi kewangan terus daripada saya, maka
saya ambil keputusan untuk memudahkan semua orang di luar sana untuk dapatkan penjelasan
dan huraian lengkap tentang pelaburan emas ini, terutamanya sekali tentang emas fizikal melalui
baner berikut:

Anda juga boleh klik pada banner di atas dan baca sendiri tentang kebaikan pelaburan emas yang menguntungkan ini!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Rahsia Beli & Simpan Emas

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Tahu tak kenapa orang kaya suka beli dan simpan emas? Sebenarnya, salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan membuat simpanan dalam emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah,  emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini.

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas.

Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang emas, cara bagaimana untuk melabur dan jana keuntungan lumayan dengannya boleh KLIK banner di bawah:-

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Masa Pelaburan Terbaik

Salam pembaca sekalian,

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. Hari ini tanggal 1.11.11 bermakna dah lebih 10 bulan tahun 2011 meninggalkan kita.

Sekejap sangat rasanya masa berlalu kan. Bagi anda yang meletakkan azam tahun baru 2011, macamana dengan pencapaiannya sekarang? Adakah ianya mengikut perancangan atau ianya masih dalam perancangan?

Ingat dalam apa jua perancangan, perkara paling penting adalah TINDAKAN. Ramai yang mempunyai impian dan matlamat namun kebanyakannya hanya tinggal impian. Cita-cita, matlamat dan impian yang tidak dilaksanakan tak ubah seperti ‘bermimpi di siang hari’ atau dengan kata lain ianya sekadar menjadi ‘angan-angan’

Impian Tanpa Tindakan = Angan-angan

Impian Dengan Tindakan = Komitmen

Jadi hari ini jika kita ada impian dan matlamat sebelum ini, cuba lihat kembali apa yang telah kita lakukan dengan masa kita. Adakah kita menggunakan sepenuh masa kita untuk bertindak bagi mencapai impian kita atau sekadar membiarkan masa berlalu begitu sahaja?

Seringkali kita dengar ramai yang merungut, “Tak Ada Masa” tapi yang peliknya, mereka ada masa menonton TV 5-6 jam sehari, ber’facebook’ 3-4 jam sehari, berbual kosong 2-3 jam sehari, dan pelbagai aktiviti yang membazirkan masa.

Ingat, setiap orang memiliki masa yang sama 24 jam sehari semalam. Modal anugerah illahi yang diberikan percuma. Adakah anda menggunakan ‘modal’ masa yang diberikan tersebut dengan sebaiknya?

Bagi saya masa adalah alat pelaburan terbaik kerana jika anda gagal menggunakan masa yang anda ada pada hari ini maka anda akan rugi. Sebaliknya jika anda bijak menggunakan masa maka anda akan beroleh keuntungan atau pulangannya pada masa akan datang.

Ingat kehidupan kita hari ini adalah disebabkan oleh tindakan yang kita ambil pada masa lalu dan kehidupan kita pada masa depan pula ditentukan oleh apa yang kita lakukan pada hari ini.

Ketahuilah beza antara si Kaya dengan si Miskin adalah bagaimana mereka menggunakan masa yang mereka ada. Anda tentu pernah dengan peribahasa yang berbunyi “Masa Itu Emas”!

Kenapa masa dibandingkan dengan emas? Sebab utama adalah kerana emas cukup berharga, dan semua orang harus tahu harga emas pada hari ini jauh lebih mahal daripada harga emas pada masa lalu, dan harganya akan terus meningkat naik dari tahun ke tahun.

Sekitar tahun 2001 harga emas 916 hanya sekitar RM46 segram, dan ketika saya menulis ini harga emas 916 adalah sekitar RM189 (berdasarkan harga www.fgjam.org.my)

Lihat masa telah membuatkan harga emas terus meningkat naik. Dalam masa 10 tahun harga emas meningkat hampir 310%. (Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang emas, boleh rujuk dengan klik link berikut => www.AkaunEmas.com)

Jadi bagaimana dengan anda, sudahkan anda melaburkan masa anda ketika ini? Masa begitu berharga sehingga Allah taala telah berfirman melalui surah Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Jadi gunakan masa kita sebaik mungkin, perolehi keuntungan dunia dan akhirat daripadanya dan jangan sekali-kali biarkan diri kita menggunakan masa dengan lalai dan tergolong dalam manusia yang berada dalam kerugian.

Sekian dulu daripada saya hari ini. InsyaAllah jika dipermudahkan olehNya, saya akan terus berkongsi amanah yang diberikan untuk disebarkan untuk kebaikan semua.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Saya doakan semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Berhati-Hati Dengan ‘Trick’ Telemarketer

Salam pembaca semua,

Pernahkan anda menerima panggilan telefon daripada mereka yang tidak dikenali yang kemudiannya memperkenalkan anda sesuatu produk yang sebenar anda tak perlukan pun.

Selepas itu meminta pada anda tarikh luput kad kredit dan kemudian meminta nombor kad kredit milik anda kononnya untuk pengesahan.

Awas, dan berhati-hati apabila menerima panggillan sebegini.

Pada kebiasaannya perbualan anda telah dirakam dan beberapa kenyataan dan promosi yang mengelirukan biasa digunakan untuk menjerat pemilik kad kredit berkata ‘SETUJU’ denga apa yang mereka promosikan.

Sebaik sahaja anda bersetuju, kad kredit anda akan dicaj sebagai bayaran ke atas produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ingat, apabila terima panggilan daripada Telemarketer (Jurujual Melalui Telefon) jangan sesekali :-

1) Dedahkan no. kad kredit anda,

2) Tarikh luput kad kredit anda dan,

3) Jangan berbual lebih daripada 5 minit.

Semakin lama anda melayan perbualan dari mereka anda akan dibawa ‘hanyut’ oleh skrip jualan mereka yang sungguh memikat.

Ingat jangan mudah terpedaya dengan tawaran promosi yang dibuat melalui panggilan telefon. Kelak anda akan rugi dan menyesal dikemudian hari.

Semoga ianya bermanfaat.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks

Percaya Dan Yakin Impian Jadi Kenyataan

Salam pembaca sekalian,

Ramai yang punyai impian tetapi ramai juga yang tak pernah berjaya mencapainya. Kenapa agaknya yer?

Salah satu sebabnya adalah kurangnya keyakinan dan percaya akan kemampuan diri. Sebenarnya lebih ramai orang yang suka berangan-angan daripada menjadikan impian mereka satu kenyataan.

Jadi salah satu cara terbaik menjadikan impian anda satu kenyataan adalah dengan ” Percaya dan yakin apa jua impian anda boleh terlaksana dan berjaya!”

Dalam 4 artikel terdahulu sebelum ini saya ada membicarakan tentang teknik membayangkan atau gambaran imaginasi.

Iaitu dengan melakukan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar. Kesemuanya itu adalah tidak berguna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda boleh berjaya.

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang terjadi?

Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.

Semoga anda berjaya mencapai apa jua impian anda!

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm