May 2008

Monthly Archive

FIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA

Posted by Thinkerich on 31 May 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam untuk semua!

Apa khabar? Semoga baik-baik semuanya.

Dalam beberapa hari yang lepas saya telah memberi pandangan dan komen kepada salah seorang pembaca yang meluahkan masalahnya berkaitan Melepaskan Kenangan Pahit dalam satu Blog Motivasi tulisan Blogger Motivasi yang sedang meningkat naik, saudara Shueqry.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kebanyakan daripada kita terlalu memikirkan “Apa Yang Orang Lain Fikirkan Terhadap Kita” sebaliknya mengabaikan “Apa Yang Terbaik Untuk Diri Kita”

Kesannya kebanyakan daripada kita menghadapi banyak masalah dalam membentuk sahsiah diri, keyakinan diri, berdikari dan berfikiran kreatif untuk mencipta pelbagai inovasi daripada idea yang lahir daripada buah fikiran kita sendiri.

Cuba lihat contoh ini, mengapa kebanyakan daripada kita yang menghadapi banyak masalah untuk ‘public speaking’ atau pengucapan awam. Ramai yang tidak berani tampil ke depan dan berbicara dengan baik dan lancar. Mengapa dan kenapa?

Salah satu sebabnya ialah kerana mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikirkan apabila mereka berucap di depan khalayak ramai. Mereka akan fikirkan apa yang pendengar akan katakan pada bual bicaranya, tingkah lakunya, mimik muka, dan respon yang akan diberi oleh audiens atau para pendengar. Fikirannya terus mereka-reka gambaran yang bukan-bukan hingga menyebabkan mereka berpeluh, gementar dan tak sanggup untuk berada di hadapan khlayak ramai.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai idea yang baik dan kreatif. Dek kerana takut idea dan buah fikirannya dikritik atau ditolak, mereka sengaja membunuh idea tersebut dalam fikiran mereka dengan mereka-reka pelbagai alasan dan gambaran kritikan daripada orang lain yang tidak setuju dengan pendapat dan idea tersebut. Walhal idea tersebut belum pun lagi dicadangkan tetapi kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain katakan, maka idea yang bernas dan baik berkubur begitu sahaja.

Saranan saya jika anda ingin Berjaya dalam apa jua kehidupan anda, jangan terlalu memikirkan apa yang orang lain katakan pada diri anda, sebaliknya tumpukan dan fokus kepada APA YANG ANDA FIKIRKAN!

Salam kekayaan,

THINKERICH

FOKUSKAN PADA SIMPANAN BUKAN PENDAPATAN

Posted by Thinkerich on 30 May 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog,

Ramai antara kita yang masih keliru tentang fokus sebenar dalam menguruskan wang. Kebanyakan daripada kita masih beranggapan jika mahu menjadi kaya kita perlu berusaha mencari seberapa banyak wang.

Jika anda fokuskan kepada mencari wang semata-mata, sebenarnya Berapa Banyak Yang Anda Mahu? Pada pengalaman dan pengamatan saya bersama beberapa orang kenalan yang berpendapatan tinggi dan sederhana, usahawan yang ‘low profile’ tetapi berstatus jutawan, pekerja makan gaji yang rajin buat ‘part time’ mahu pun yang bekerja sendiri masing-masing mempunyai tabiat dan cara pengurusan wang yang berbeza di antara satu sama lain.

Sebagai contoh mereka yang berpendapatan sederhana kebanyakan akan cuba mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dengan berusaha lebih rajin dalam pekerjaannya dan apabila berjaya memperolehi pedapatan tersebut, kebiasaannya mereka mendapati ianya masih tidak mencukupi. Kenapa perkara sebegini berlaku ?

Jawapannya mudah, apabila anda fokus kepada berapa banyak pendapatan anda, secara tidak langsung adalah lebih mudah untuk anda dipengaruhi oleh emosi sendiri dengan berbelanja setara atau setanding dengan pendapatan anda.

Katakan sebelum ini anda memperolehi pendapatan RM3,000.00 sebulan, kemudian rezeki anda melimpah ruah pada tahun ini dan anda dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih kanan dengan pendapatan RM5,000.00, apakah anda akan terus hidup dengan gaya hidup RM3,000.00? Kebanyakannya Tidak!

Manusia adalah makhluk beremosi yang mudah terpengaruh dengan persekitaran masing-masing. Jika sebelum ini mereka memandu kereta nasional (harga lebih rendah) tetapi bila memiliki pendapatan yang lebih baik sudah tentu mereka ingin mengubah imej mereka.

Mungkin anda akan beranggapan adalah tidak sesuai seorang pegawai kanan hanya memandu kereta yang biasa, bagi menonjolkan imej, maka anda bertukar kepada kereta baru keluaran Luar Negara. Baru ada gaya, kata anda! Maka secara tidak langsung tanggungan kewangan anda turut meningkat seiring dengan pendapatan anda.

Sebaliknya jika anda fokus pada simpanan dan mempunyai ‘Sasaran Matlamat Simpanan’ (SMS) anda sendiri, secara tidak langsung anda akan mengutamakan matlamat tersebut dahulu dan seterusnya menangguhkan segala bentuk ganjaran buat diri anda.

Maka tidak hairanlah jika anda pernah lihat mereka yang rajin berkerja dan berusaha mencari pendapatan terus berhempas pulas mencari wang seolah-olah tidak pernah cukup. Ini kerana mereka terlalu menumpukan pada jumlah wang yang mereka perolehi dan bukannya berapa banyak yang mereka patut simpan daripada wang yang diperolehi tersebut.

Saranan saya, jika anda ingin menjadi kaya dan seterusnya mencapai impian kebebasan kewangan peribadi anda, Fokus kepada SIMPANAN dan bukannya pendapatan semata-mata!

Salam kekayaan,

THINKERICH

GERAK JARI SINGKAP RAHSIA DIRI

Posted by Thinkerich on 29 May 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog,

Beberapa hari yang lalu saya ada membuka salah satu email peribadi dan saya tertarik dengan salah satu info yang dikongsi oleh salah seorang teman. Namun apa yang menarik bagi saya tentang maklumat tersebut adalah rahsia disebalik Gerak Jari seseorang.

Jika anda ingin menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan bukannya Pemimpin Pemusnah maka anda perlu tahu rahsia diri seseorang melalui gerak-geri dan tingkah laku seseorang individu. Ini akan memberi kelebihan pada anda untuk berurusan dengan sesiapa sahaja dan lebih mudah mendekati dan mempengaruhi mereka bersesuaian dengan keperibadian masing-masing.

Baiklah berikut saya persembahkan semula info berkenaan untuk tatapan semua pembaca setia blog ini.

Memicit atau memegang hidung

Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang
dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain
kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain dgn tangannya

Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa
ambil hati
Jenis open minded

Mematahkan jari jemarinya

Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku

Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal hujung rambut

Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat dagu

Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

Suka letakkan tangan atas meja

Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain


Menggosok 2 telapak tangan

Ramah dan berfikiran matang
Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

Memutar cincin

Sangat menepati janji
Berhati2 dlm tutur kata
Gemar hidup yang teratur

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Salam kekayaan,

THINKERICH

KAYA BUKAN SEKADAR KEINGINAN TETAPI SATU KEPERLUAN

Posted by Thinkerich on 28 May 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog,

Apa khabar semua, saya doakan semoga anda semua berada dalam keadaan baik, sihat, ceria dan kaya dengan kebaikan sepanjang masa.

Baiklah jika sebelum ini saya berkongsi pandangan tentang Rahsia Menjadi Kaya, kali ini saya ingin bersama anda sekali lagi untuk  mengupas topik dan persoalan yang sama iaitu KAYA!

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kaya itu bukan hanya satu keinginan. Ini kerana apabila kita meletakkan kekayaan itu pada paksi keinginan semata-mata dikhuatiri ianya akan menjerumuskan kita kepada nafsu dunia yang banyak pancaroba, muslihat dan penipuan.

Lihat sahajalah betapa ramai manusia yang kaya hari ini menjadi tamak haloba kerana semata –mata meletakkan kekayaan itu sebagai keinginan. Demi mencapai cita-cita dan impian yang mereka inginkan, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Menindas, rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, menipu harga dan timbangan, menyorok bekalan,dan pelbagai lagi telah menjadi lumrah bagi mereka yang ingin menempah tiket mudah ke jalan kekayaan.

Inilah bahana dan akibatnya jika ramai dikalangan kita masih silap dalam meletakkan perkara kekayaan itu di atas dorongan dan keinginan semata-mata untuk menjadi kaya.

Sepatutnya KAYA itu semestinya menjadi suatu KEPERLUAN sehingga ia menjadi perkara yang MESTI dan tidak berubah sebagaimana kita perlu menunaikan ibadat, makan, minum, dan meluangkan masa untuk berehat atau tidur .

Kekayaan sebenar bukanlah terletak pada kekayaan harta semata-mata tetapi juga mencakupi kekayaan dari aspek –aspek lain. Orang kaya yang sebenarnya adalah orang yang menjalankan perintah Allah sehingga kekayaan mereka berkat dan bermanfaat bagi orang ramai.

Mereka membelanjakannya untuk infaq ke jalan Allah, bersedekah, mengeluarkan zakat, dan membantu hamba Allah yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Justeru itu, kaya adalah perlu dan wajib bagi kita semua untuk gunakannya supaya menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang bermanfaat bagi orang lain.

Sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar Sidiq seorang yang kaya-raya, tetapi dia menyerahkan hartanya bagi perjuangan Islam. Abdurrahman bin Auf yang boleh diibaratkan sebagai seorang konglomerat yang penuh dengan strategi perniagaan dan tidak takut miskin juga menyumbangkan banyak hartanya bagi tujuan yang sama.

Mengapa mereka sanggup berusaha mencari kekayaan dan dalam masa yang sama menyerahkan segala-galanya bukan untuk kepentingan diri sendiri?

Inilah bukti bahawasanya mereka tidak meletakkan kekayaan itu sebagai satu keinginan buat mereka sebaliknya satu KEPERLUAN untuk membantu yang lain. Mereka ini adalah golongan kaya yang memilih untuk berniaga dengan Allah sehingga mereka tidak boleh dijual beli oleh kehidupan dunia.

Mereka dengan mudah mengagihkan SELURUH kekayaan mereka dan dalam masa yang sama memulakan usaha semula dari awal. Menarik dan luarbiasa bukan? Apakah masih ada orang kaya sebegini pada zaman dan era ekonomi kapitalis sekarang?

Salah satu punca kelemahan ekonomi dunia yang dapat kita lihat sekarang adalah orang kaya bertambah kaya dan yang miskin tetap miskin. Akibatnya berlaku kemerosotan ekonomi yang membawa kepada kekacauan, huru hara, tunjuk perasaan dan kebuluran. Tiada keseimbangan ekonomi berlaku.

Dalam Islam, seseorang muslim itu disarankan mengeluarkan zakat bagi menyuburkan harta dan dalam masa yang sama dapat meyeimbangkan ekonomi. Ianya amat dituntut kepada mereka yang mampu apatah lagi bagi golongan yang berharta dan kaya. Dengan adanya zakat jurang ekonomi di antara golongan kaya dan miskin dapat diseimbangkan.

Bagi mereka yang meletakkan kekayaan itu berlandaskan keinginan, sudah pasti mereka tidak sanggup untuk mengeluarkan zakat kerana pada mereka ianya akan mengurangkan harta kekayaan mereka.

Sebaliknya mereka yang meletakkan kekayaan sebagai satu keperluan sudah pasti tidak teragak-agak  untuk menyumbangkan harta kekayaan mereka ke jalan Allah. Bagi mereka itulah tujuan sebenar mereka mencari harta kekayaan. Keperluan untuk dibelanjakan ke jalan yang dituntut dan diredhai Allah.

Carilah kekayaan itu sebagaimana anda berusaha memenuhi keperluan hidup anda, dan janganlah meletakkan matlamat kekayaan itu sekadar keinginan semata-mata.

Wallahu’alam…

Salam kekayaan,

THINKERICH

RAHSIA MENJADI KAYA

Posted by Thinkerich on 27 May 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog,

Apabila saya bertanyakan soalan ” Siapa yang ingin Menjadi Kaya?”,

sudah tentu kebanyakan akan berkata,

“Ya, Saya mahu menjadi kaya! tapi bagaimanakah caranya?”

Itulah jawapan & soalan ’standard’ yang diberi oleh sesiapa sahaja yang ingin menjadi kaya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk menjadi kaya ada pelbagai cara dalam dunia ini sama ada cara yang betul mahu pun yang menyimpang dari norma kehidupan. Jika anda ingin menjadi kaya adakah anda benar-benar telah bersedia? Kajian mendapati bahawa ramai orang yang inginkan sesuatu tetapi tidak sanggup untuk berusaha untuk mencapai apa yang mereka impikan.

Bahkan ada yang sanggup memperkecilkan kemampuan diri dan merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri untuk mencapai dan menikmati kekayaan. Ada yang mengakui yang diri mereka tidak cukup kaya untuk menjadi kaya. Harus diingat, “Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan!”

Jika anda sendiri tidak percaya kepada diri sendiri, siapa lagi yang ingin percayakan anda? Bagaimana mungkin orang lain akan mempercayai diri anda, jika anda sendiri pun tidak percaya pada keupayaan diri sendiri!

Untuk menjadi kaya, Anda tidak perlu tunggu sehingga Anda Menjadi Kaya!, tetapi sebaliknya anda perlu berusaha dan bermula merancang dan bertindak ke arah kekayaan dari sekarang.

Anda sudah pasti tidak akan menjadi kaya jika sekirannya anda menunggu saat untuk menjadi kaya. Apakah anda fikir orang-orang KAYA itu menjadi kaya secara automatik? Sudah pasti tidak! Mereka juga bermula daripada kosong, daripada tiada apa-apa kemudian berjaya memilki dan mengumpul pelbagai bentuk kekayaan di dunia ini.

Pokoknya mereka telah bermula daripada awal lagi tanpa menunggu saat atau peluang untuk mereka menjadi kaya. Sebaliknya mereka terus berusaha, hari demi hari, mengatur rancangan dan strategi dan seterusnya bertindak. Mereka tidak menunggu saat mereka kaya baru mereka hendak bermula mengumpul kekayaan.

Jika anda masih berfikiran menunggu untuk menjadi kaya ianya tidak ubah seperti anda menunggu mendapatkan wang RM1 Juta tanpa berusaha apa-apa sebaliknya mencari jalan singkat untuk memperolehinya.

Orang kaya menjadi kaya kerana mereka berusaha dan bermula dari RM1 menjadi RM10, kemudian menjadi RM100, kemudian menjadi RM1,000, kemudian menjadi RM10,000, kemudian menjadi RM100,000, kemudian menjadi RM1,000,000…dan seterusnya menjadi berjuta-juta !

Jadi jika anda ingin menjadi kaya jangan tunggu sampai esok, mahu pun minggu depan atau bulan depan atau tahun depan! Sebaliknya anda kena bermula dari sekarang. Apa yang penting anda yakin dan tahu jalan dan langkah yang anda ambil mampu meraih kekayaan yang anda idamkan.

Salam kekayaan,

THINKERICH

WANG TIDAK CUKUP?

Posted by Thinkerich on 26 May 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog,

Selama 2 hari yang lepas post di dalam blog ini meyenaraikan senarai individu terkaya di dunia dan di Malaysia. Bagi kebanyakan orang senarai tersebut mungkin tidak memberi sebarang makna kepada mereka. Ada yang membaca dan melihatnya sekadar ingin tahu, ada pula yang menyaksikan senarai tersebut menyatakan kekaguman mereka dan tidak kurang pula yang iri hati dengan kekayaan yang telah diperolehi oleh individu berkenaan.

Bagi saya dengan melihat dan mengkaji aset kekayaan individu berkenaan, ianya membuatkan saya lebih berfikir. Ya, lebih berfikir! Bagaimana mereka saban tahun bergelut menguruskan aset kekayaan mereka. Ada yang meningkat naik, ada yang mewarisi daripada peninggalan keluarga, ada yang jatuh, dan ada juga yang tidak berubah.

Malangnya kebanyakan daripada kita lebih ramai yang bergelut dengan masalah ketidakcukupan wang! Ada yang berpendapatan RM750.00 sebulan tidak cukup untuk menyara kehidupan keluarga. Ada yang berpendapatan RM3,000.00 juga tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan. Ada yang berpendapatan suami isteri mencecah RM10,000.00 sebulan masih juga tidak cukup wang dan ianya berterusan dengan angka pendapatan yang terus meningkat tetapi dalam masa yang sama perbelanjaan mereka turut meningkat.

Inilah bahananya jika kita masih tidak nampak betapa pentingnya soal pengurusan wang yang betul. Ekonomi global dan dalam negara yang semakin tidak menentu, kenaikan harga barang, politik yang tidak stabil, kenaikan harga pasaran Minyak Mentah dunia yang melambung, inflasi dan sebagainya terus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Dalam masa yang sama apa yang dapat saya perhatikan masih ramai cuba menyelesaikan permasalahan ini dengan meningkatkan hutang peribadi mahu pun liabiliti dalam Kunci Kira-Kira kewangan mereka. Mereka menambahkan liabiliti dengan membuat pembelian kereta baru, mendapatkan pinjaman peribadi bagi menjelaskan hutang lapuk (gali lubang tutup lubang), dan tidak kurang pula yang cuba-cuba mencari pendapatan sampingan.

Dalam mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan tanpa disedari mereka teramat mudah terjebak dengan orang-orang yang suka mengambil keuntungan dan kesempatan daripada masalah orang lain. Maka ada yang terlibat dengan skim-skim piramid yang kononnya menjual produk tetapi lebih menekankan untuk mencari seramai mungkin ‘downline’.

Yang terbaru dikesan kegiatan menjual produk dengan cara pembelian paksa oleh peserta yang mana peserta perlu membeli 10 unit produk tertentu dengan harga yang telah ditetapkan mencecah puluhan ribu ringgit walhal produk berkenaan berharga ratusan ringgit sahaja di pasaran. Bagi yang berminat untuk menyertai program tersebut, wang bukannya masalah.

Yang penting bakal peserta ada keupayaan untuk membuat pinjaman peribadi. Hanya sertakan 3 bulan penyata pendapatan, tandatangan borang pinjaman, dapatkan tunai 5 angka daripada pinjaman tersebut, buat bayaran dan dapatkan 10 unit barang berkenaan dan seterusnya cari dan perkenalkan lebih ramai kawan-kawan untuk  menyertainya. Ulangi perkara yang sama ke atas ‘downline’ masing-masing.

Kesudahannya ramai yang telah tersilap langkah, 10 unit barang tersebut masih tidak terjual tetapi dalam masa yang sama bayaran ansuran pinjaman bulanan terpaksa dibayar sehingga 10 tahun. Aduh, malangnya nasib mereka ini. Kedudukan mereka tidak ubah seperti “Sudah jatuh ditimpa tangga!”

Niat asalnya untuk menambah pendapatan tetapi sebaliknya terpaksa menambah beban hutang!

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, kaji dulu tabiat pengurusan kewangan anda, jangan tergesa-gesa atau terikut-ikut dengan pelawaan kawan-kawan yang menjanjikan bulan dan bintang kerana saya khuatir kepala anda pula yang pening dipenuhi dengan bulan dan bintang memikirkan masalah hutang:p

Salam kekayaan,

THINKERICH

40 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA 2008

Posted by Thinkerich on 25 May 2008 | Tagged as: Terkaya

Salam pembaca blog,

Raja Gula yang juga Taikun Malaysia, Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya di Malaysia seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online


Turut tersenarai adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, iaitu Mokhzani Mahathir di kedudukan ke 20 dan Nazir Tun Abdul Razak, anak bongsu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, yang juga adik kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib di tangga ke 40.

Berikut adalah kedudukan 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes:-

1. Robert Kuok
2. Ananda Krishnan
3. Lee Shin Cheng
4. Teh Hong Piow
5. Lee Kim Hua & family
6. Quek Leng Chan
7. Yeoh Tiong Lay & family
8. Syed Mokhtar AlBukhary
9. Vincent Tan
10. Tiong Hiew King
11. Azman Hashim
12. William H. J. Cheng
13. Lee Swee Eng
14. Ong Beng Seng
15. Lim Kok Thay
16. Vinod Sekhar
17. Lee Oi Hian
18. Yaw Teck Seng
19. Anthony Fernandes
20. Mokhzani Mahathir
21. Kamarudin Meranun
22. Jeffrey Cheah
23. Lee Hau Hian
24. Chong Chook Yew
25. Yaw Chee Ming
26. G. Gnanalingam
27. Lim Wee Chai
28. Kua Sian Kooi
29. Lau Cho Kun
30. Abdul Hamed Sepawi
31. David Law Tien Seng
32. Tiah Thee Kian
33. Liew Kee Sin
34. Ahmayuddin bin Ahmad
35. Eleena Azlan Shah
36. Lin Yun Ling
37. Ong Leong Huat
38. Lim Thian Kiat
39. Khoo Kay Peng
40. Nazir Razak

Salam kekayaan,

THINKERICH

100 INDIVIDU TERKAYA DUNIA 2008

Posted by Thinkerich on 24 May 2008 | Tagged as: Terkaya

Selepas 13 tahun berada dipuncak takhta sebagai manusia paling kaya di dunia, Bill Gates akhirnya terpaksa melepaskan kedudukan tersebut dan memberi laluan kepada Pelabur terkemuka Amerika Syarikat, Warren Buffett.

Buffet yang merupakan pemilik Berkshire Hathaway dilaporkan oleh Majalah Forbes pada 3 Mei 2008 telah mencapai kekayaan sebanyak USD$62 billion meningkat sebanyak USD$10 billion daripada tahun lalu.

Pengusaha telekomunikasi Mexico, Carlos Slim berada di posisi kedua dengan kekayaan USD$60 billion.

Gates kini dengan kekayaan USD$58 billion berada di tangga ketiga dalam senarai dunia.

Billionaire Terkaya Malaysia, Raja Gula, Robert Kuok turut tersenarai di tangga ke 97 dunia.

Berikut adalah daftar lengkap 100 individu terkaya di dunia :-

Rank Name Citizenship Age Net Worth ($bil) Residence

1 Warren Buffett United States 77 62.0 United States
2 Carlos Slim Helu & family Mexico 68 60.0 Mexico
3 William Gates III United States 52 58.0 United States
4 Lakshmi Mittal India 57 45.0 United Kingdom
5 Mukesh Ambani India 50 43.0 India
6 Anil Ambani India 48 42.0 India
7 Ingvar Kamprad & family Sweden 81 31.0 Switzerland
8 KP Singh India 76 30.0 India
9 Oleg Deripaska Russia 40 28.0 Russia
10 Karl Albrecht Germany 88 27.0 Germany
11 Li Ka-shing Hong Kong 79 26.5 Hong Kong
12 Sheldon Adelson United States 74 26.0 United States
13 Bernard Arnault France 59 25.5 France
14 Lawrence Ellison United States 63 25.0 United States
15 Roman Abramovich Russia 41 23.5 Russia
16 Theo Albrecht Germany 85 23.0 Germany
17 Liliane Bettencourt France 85 22.9 France
18 Alexei Mordashov Russia 42 21.2 Russia
19 Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud Saudi Arabia 51 21.0 Saudi Arabia
20 Mikhail Fridman Russia 43 20.8 Russia
21 Vladimir Lisin Russia 51 20.3 Russia
22 Amancio Ortega Spain 72 20.2 Spain
23 Raymond, Thomas & Walter Kwok Hong Kong NA 19.9 Hong Kong
24 Mikhail Prokhorov Russia 42 19.5 Russia
25 Vladimir Potanin Russia 47 19.3 Russia
26 Christy Walton & family United States 53 19.2 United States
26 Jim Walton United States 60 19.2 United States
26 S Robson Walton United States 64 19.2 United States
29 Lee Shau Kee Hong Kong 80 19.0 Hong Kong
29 Alice Walton United States 58 19.0 United States
31 David Thomson & family Canada 50 18.9 Canada
32 Sergey Brin United States 34 18.7 United States
33 Larry Page United States 35 18.6 United States
34 Michael Otto & family Germany 64 18.2 Germany
35 Stefan Persson Sweden 60 17.7 Sweden
36 Suleiman Kerimov Russia 42 17.5 Russia
37 Charles Koch United States 72 17.0 United States
37 David Koch United States 67 17.0 United States
39 Francois Pinault & family France 71 16.9 France
40 Michael Dell United States 43 16.4 United States
41 Paul Allen United States 55 16.0 United States
41 Kirk Kerkorian United States 90 16.0 United States
43 Steven Ballmer United States 52 15.0 United States
43 Abigail Johnson United States 46 15.0 United States
43 Shashi & Ravi Ruia India NA 15.0 India
46 Nasser Al-Kharafi & family Kuwait 64 14.0 Kuwait
46 Gerald Cavendish Grosvenor & family United Kingdom 56 14.0 United Kingdom
46 Carl Icahn United States 72 14.0 United States
46 Forrest Mars Jr United States 76 14.0 United States
46 Jacqueline Mars United States 68 14.0 United States
46 John Mars United States 71 14.0 United States
46 Birgit Rausing & family Sweden 84 14.0 Switzerland
46 Jack Taylor & family United States 85 14.0 United States
54 German Khan Russia 46 13.9 Russia
55 Susanne Klatten Germany 45 13.2 Germany
56 Vagit Alekperov Russia 57 13.0 Russia
56 Donald Bren United States 75 13.0 United States
58 Alain & Gerard Wertheimer France NA 12.9 United States
59 Dmitry Rybolovlev Russia 41 12.8 Russia
60 Azim Premji India 62 12.7 India
60 Naguib Sawiris Egypt 53 12.7 Egypt
62 Anne Cox Chambers United States 88 12.6 United States
63 Iskander Makhmudov Russia 44 11.9 Russia
64 Sunil Mittal & family India 50 11.8 India
65 Alexander Abramov Russia 49 11.5 Russia
65 Michael Bloomberg United States 66 11.5 United States
67 Viktor Vekselberg Russia 50 11.2 Russia
68 Michele Ferrero & family Italy 81 11.0 Monaco
68 George Kaiser United States 65 11.0 United States
68 Spiro Latsis & family Greece 61 11.0 Switzerland
68 Nassef Sawiris Egypt 46 11.0 Egypt
72 Alexei Kuzmichev Russia 45 10.8 Russia
73 Philip Knight United States 70 10.4 United States
73 Viktor Rashnikov Russia 59 10.4 Russia
75 Ernesto Bertarelli Switzerland 42 10.3 Switzerland
76 Kumar Birla India 40 10.2 India
77 Leonardo Del Vecchio Italy 72 10.0 Italy
77 Antonio Ermirio de Moraes & family Brazil 79 10.0 Brazil
77 Iris Fontbona & family Chile NA 10.0 Chile
77 Edward Johnson III United States 77 10.0 United States
77 Hans Rausing Sweden 82 10.0 United Kingdom
77 Vladimir Yevtushenkov Russia 59 10.0 Russia
77 Igor Zyuzin Russia 47 10.0 Russia
84 Serge Dassault & family France 82 9.9 France
85 Alberto Bailleres & family Mexico 75 9.8 Mexico
86 Ramesh Chandra India 68 9.6 India
87 Charles Ergen United States 55 9.5 United States
87 John Kluge United States 93 9.5 United States
87 Ronald Perelman United States 65 9.5 United States
90 Silvio Berlusconi & family Italy 71 9.4 Italy
91 Gautam Adani India 45 9.3 India
91 Petr Kellner Czech Republic 43 9.3 Czech Republic
91 Alisher Usmanov Russia 54 9.3 Russia
94 Adolf Merckle Germany 73 9.2 Germany
94 August von Finck Germany 78 9.2 Switzerland
96 Onsi Sawiris Egypt 78 9.1 Egypt
97 Mohammed Al Amoudi Saudi Arabia 62 9.0 Saudi Arabia
97 Robert Kuok Malaysia 84 9.0 Hong Kong
97 George Soros United States 77 9.0 United States
100 Abdul Aziz Al Ghurair & family United Arab Emirates 54 8.9 United Arab Emirates

Sumber dipetik daripada Majalah Forbes.

Salam kekayaan,

THINKERICH

MUDAHKAN URUSAN KEWANGAN ANDA

Posted by Thinkerich on 23 May 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

 

Salam pembaca blog,

Saya tertarik dengan isu-isu kewangan peribadi yang rata-rata menyatakan masalah pengurusan wang yang mereka perolehi dan dikaitkan pula dengan situasi ekonomi semasa.

Gaji kecil, Harga barang naik, bekalan makanan tidak mencukupi dan pelbagai lagi.

 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pengurusan kewangan ini sebenarnya mudah. Tapi yang menjadikan ianya susah adalah diri kita sendiri.

Mengapa pula? anda mungkin bertanya.

Kita sendiri yang cari masalah, kita tahu wang gaji kita kecil tetapi kita berbelanja melebihi kemampuan.

Sudah tahu harga barangan meningkat tetapi tidak pula berusaha berjimat cermat. Kemampuan kewangan hanya layak pandu kereta nasional tetapi beli kereta buatan Jepun yang jauh lebih tinggi harganya.

Tahu yang makan bersama keluarga di rumah lebih menjimatkan tetapi malas nak masak sengaja cari makan kat luar, dan bermacam-macam lagi tindakan yang tak selaras dengan keadaan kewangan dan situasi ekonomi kita.

Apakah masalah cari kita? Atau kita juga yang sebenarnya punca masalah.

Hentikan sikap suka berbelanja ikut kemahuan sebaliknya mudahkan urusan kewangan anda dengan mendisplinkan MINDA dan SIKAP anda terhadap wang.

Memikir masalah tidak cukup wang juga satu perkara yang perlu ditangani segera. Anda sepatutnya memikirkan penyelesaian dan cara bagaimana kita boleh memperbaiki kewangan kita.

Dalam pengurusan kewangan kita perlu KAWAL wang dan bukannya WANG yang kawal kita!

Sekiranya anda bingung, susah hati memikirkan masalah kesempitan wang, sudah tentu ianya tidak membantu menyelesaikan masalah. Jadi, mulai sekarang tinggalkan sikap suka memikir masalah wang tidak cukup.

Fikirkan bagaimana nak JIMAT wang dan menambah pendapatan anda.

Mula sekarang! (jangan tangguh esok!), kita perlu kawal fikiran kita terhadap wang.

Perlu disiplinkan diri setiap kali ingin berbelanja. Jika setiap kali ingin berbelanja cepat-cepat tanya soalan ini kepada diri anda,

“Adakah ianya sangat PERLU? Atau ada cara lain yang lebih menjimatkan?”

 

Secara tidak langsung anda akan mendisplinkan diri anda dan berjaya menjimatkan wang anda untuk disimpan.

Apabila anda mula menyimpan, maka anda turut meningkatkan wang anda. Semakin banyak anda simpan semakin cerah peluang anda untuk menjadi kaya.

Fikir kekayaan, Anda akan ditemukan dengan kekayaan.

Ingat! Kita adalah apa yang kita FIKIRKAN!

Banyak fikir kekayaan, Anda akan ditemukan dengan kekayaan!

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

DISKAUN & JUALAN MURAH!

Posted by Thinkerich on 22 May 2008 | Tagged as: Kepenggunaan

Salam pembaca blog,

Saya tertarik dengan isu yang disampaikan oleh saudara Syazwan daripada SaifulSham.com
kisah bagaimana beliau telah tertipu dan terpengaruh dengan taktik promosi salah sebuah pasaraya yang telah menawarkan diskaun 50% kononya.

Boleh dikatakan ramai dikalangan pengguna sebenarnya tidak mengetahui maksud sebenar disebalik aktiviti Jualan Murah yang dijalankan oleh para pengusaha mahu pun peniaga setiap kali promosi dijalankan. Banyak aktiviti promosi mengelirukan para pengguna telah dilakukan oleh para peniaga dan ianya sebenarnya cukup membantu meningkatkan jumlah jualan mereka setiap masa.

Adalah menjadi satu kesalahan  kepada peniaga apabila  mempamerkan  iklan promosi  dengan menyatakan  peratus  potongan yang diberi seperti 70%, 50%, 30% dan sebagainya.  Ianya  sebenarnya  begitu mengelirukan  pengguna.

Notis Jualan Murah yang diluluskan sebenarnya adalah berdasarkan kepada peratusan stok yang ada dalam simpanan peniaga yang mana perlu berada di dalam stok peniaga dalam tempoh 6 bulan terlebih dahulu. Untuk memudahkan pemahaman, ianya adalah stok yang tidak laku atau tidak habis dijual sepanjang 6 bulan.

Maksud peratusan yang diluluskan untuk Jualan Murah pula membawa maksud peratusan daripada STOK dan bukannya pada ITEM yang dijual. Sebagai contoh,  katakanlah Notis Jualan Murah yang diluluskan adalah 70%, ianya membawa maksud daripada stok yang ada dalam simpanan peniaga, 70% daripadanya dibenarkan dijual dengan harga murah atau diskaun.

Malangnya, rata-rata pengguna memahaminya sebagai diskaun ke atas ITEM.  Tidak, bukan sama sekali! Betulkan semula persepi anda semua mulai SEKARANG! Nantikan kupasan lanjut dalam siri kepenggunaan akan datang….

Salam kekayaan,

THINKERICH

HARGA RENDAH: MAS vs AIR ASIA

Posted by Thinkerich on 21 May 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan

Salam pembaca blog,

Dalam beberapa minggu ini, heboh tentang strategi pemasaran dan perang harga rendah di antara dua Syarikat Penerbangan Malaysia di antara MAS dan Air Asia.

Air Asia mendakwa MAS meniru strategi pemasaran tambang murahnya termasuk menggunakan warna merah yang hampir sama dalam mempromosikan iklan mereka.

Namun begitu, saya begitu tertarik dengan ulasan daripada IRFAN KHAIRI dalam blog TIP 1 MINIT berkenaan isu ini.

“Harga Rendah menjadikan Jenama Anda Lemah!”

 

Memang ada kebenarannya. Kebanyakan daripada kita akan meletakkan sesuatu kualiti itu sepadan dengan harga. Barangan berjenama yang berharga mahal dianggap berkualiti, manakala anda akan was-was atau ragu-ragu terhadap barangan yang berjenama dengan harga murah. Dalam sedar tak sedar secara tiba-tiba anda akan berkata,

 

” Eh! betulkan harga ni? Jangan -jangan tiruan!”

 

Kebanyakan daripada newbie dalam perniagaan internet masih ragu-ragu dalam meletakkan harga pada info produk mereka. Saya dapati ada yang menjual info produk mereka dengan harga yang murah. Dengan harapan lebih ramai yang mampu membeli produk mereka.

Malangnya tanpa mereka sedari kebanyakan bakal pembeli akan berfikir dua kali untuk membeli. Mereka mungkin berkata,

 

“Jangan-jangan produk yang dijual ini tidak berkualiti atau pun infonya hasil daripada idea yang dicetak rompak!”

 

Sebagaimana VCD cetak rompak yang dijual dengan harga murah, maka fikiran para pengguna kita (pembeli) telah sebati dan sinonim dengan situasi begini. Bagi mereka,

“Harga Murah = Kualiti Rendah”

 

Jadi bagi mereka yang berhasrat untuk menjual info produk mereka melalui internet, saya sarankan kaji dulu harga yang ingin ditawarkan. Pastikan ianya sepadan dengan kualiti yang ditawarkan. Seboleh mungkin janganlah terlalu murah, dan janganlah terlampau tinggi pula harganya. Sebaliknya letakkan harga yang sedang-sedang sahaja, atau ‘average price’ yang mampu dibeli oleh majoriti pengguna. Ingat perhatian perlu diberi dalam menentukan harga produk anda supaya oarang tidak fikir produk anda lemah! Selamat mencuba!

 

Salam kekayaan

 

THINKERICH

 

 

 

 

SIMPAN WANG DI DALAM MINDA ANDA!

Posted by Thinkerich on 20 May 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca Blog,

 

Anda mungkin tertanya,

“Apa pula maksud Saudara Thinkerich?

Bagaimana kita boleh menyimpan wang di dalam Minda kita?

Adakah saudara sudah kurang siuman???”

 

Nanti, Tunggu, bersabar….

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,

Jangan terburu-buru dan gelojoh membuat andaian….berikan ruang untuk saya menjelaskan di dalam Blog yang sememangnya dijenamakan dengan ‘Tagline’ -Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi.

Berikan ruang untuk saya memotivasikan sumber kekayaan anda dengan membangunkan minda kita. Ini kerana segala kekayaan yang kita lihat dan kecapi hari ini, bukankah ianya bermula dari dalam minda? Jika anda tidak pasti, itu bermakna minda anda perlu dibangunkan sebagai mana sesebuah negara dibangunkan dengan kekayaan ekonomi negara masing-masing.

Bagi menjayakan konsep simpan ini, perkara pertama yang anda lakukan ialah dengan membina tabung simpanan dalam minda anda. Baiklah katakan anda ingin menyimpan RM100.00 pada akhir bulan Mei 2008, setkan di dalam minda anda RM100.00 sebulan setiap masa. Fikirkannya setiap masa.

Dengan cara ini, ianya akan merangsang Minda Bawah Sedar untuk melakukan aktiviti simpanan tersebut. Sebaik sahaja anda memperolehi wang, secara automatik minda anda akan mengarahkan anda simpan atau kumpulkan RM100.00 tersebut. Katakan anda dapat RM50.00 hari ini, minda anda akan lebih tertumpu untuk simpan dahulu sebahagian daripada wang itu sebelum digunakannya untuk tujuan yang lain.

Saya telah amalkannya sejak dahulu lagi untuk menjayakannya dan saya namakannya sebagai Sasaran Matlamat Simpanan (SMS).

Jika ianya berkesan dan memberi faedah yang baik untuk saya, mungkin ianya juga berkesan untuk anda.

Jadi jika anda belum lakukannya sebelum ini, lakukanlah sekarang, jangan tunggu esok!

 

Salam kekayaan,

THINKERICH

AGIHKAN PENDAPATAN ANDA

Posted by Thinkerich on 19 May 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Lebih kurang dua minggu yang lalu, saya telah didatangi oleh seorang teman yang menjalankan perniagaan secara menjaja kecil-kecilan dengan membuka gerai menjual goreng pisang pada petang hari dan gerai burger pada malamnya.

Namun, beliau masih mengeluh kerana hasil kerja kuatnya itu tidak menampakkan hasil yang dibanggakan. Sekadar cukup menyara kehidupannya 3 beranak sekeluarga sahaja. Boleh dikatakan sekadar cukup makan sahaja. Jika tidak berniaga, wang pasti tiada di tangan untuk membeli keperluan lain.

Bagi mengatasi masalah beliau tersebut, saya sarankannya agar menguruskan aliran tunai di tangan hasil perniagaanya setiap hari sama ada siang atau malam berdasarkan agihan berikut:

Jika sekiranya keuntungan bersih yang diperolehinya adalah RM 70.00, beliau perlulah mengagihkan kepada pecahan seperti berikut:-

Tabung

Pecahan pendapatan

RM

RM

 

Untung

 

70

1

1/7 untuk simpanan dan dilupakan

10

 

2

1/7 untuk kegunaan diri sendiri

10

 

3

2/7 untuk kegunaan keluarga

20

 

4

1/7 untuk pelaburan perniagaan

10

 

5

1/7 untuk melunaskan hutang

10

 

6

1/7 untuk kebajikan, zakat dan infaq

10

 

7

Jumlah

70

70


Jika beliau hendak berbelanja untuk keperluan keluarga, beliau boleh ambil dari tabung nombor tiga (3) iaitu tabung keluarga dan beliau kena pastikan tidak berbelanja lebih daripada RM 20 sehari atau RM 140 seminggu. Dengan itu perbelanjaannya akan terkawal iaitu tidak berbelanja melebihi 2/7 daripada pendapatannya.

Jika tidak cukup beliau boleh ambil dari tabung diri sendiri iaitu RM 10 sehari…jika masih tidak cukup juga ini menunjukkan bahawa pendapatannya adalah di bawah paras dan melebihi perbelanjaan.

Dengan memecahkan dan mengasingkan pendapatannya, dia akan dapat satu ukuran ekonomi untuk diri dan keluarganya. Ianya akan menjadi panduan dalam mengendalikan kehidupan.

Melalui kaedah ini, beliau dapat mengukur keseimbangan kewangannya. Sekiranya pendapatan tidak cukup menampung perbelanjaan, ini bermakna saiz perbelanjaannya melebihi pendapatan. Maka dengan itu, dia perlu berusaha mengatasinya dengan meningkatkan pendapatannya.

Setelah saya tunjukkan kaedah tersebut, petang tadi ketika saya membeli goreng pisang di gerainya, beliau kelihatan ceria. Katanya, beliau telah mengamalkan kaedah pengagihan seperti mana yang saya sarankan beberapa minggu yang lalu dan ianya memang berkesan!

Jadi jika saudara-saudari ada menjalankan perniagaan mahu pun kerja sendiri saya cadangkan kaedah pecahan daripada Dr. Rusly Abdullah tersebut, kerana ianya cukup bekesan, malahan turut sesuai untuk mereka yang makan gaji. Selamat mencuba!

Salam kekayaan,

THINKERICH

EMOSI KEKAYAAN!

Posted by Thinkerich on 18 May 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog sekalian,

Anda mungkin pernah dengar ‘Law of Attraction’ (LOA) satu bentuk kuasa yang sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Bezanya ada yang tahu menggunakannya dan ada yang sebaliknya.

Baiklah kali saya tidak pula ingin bercerita tentang ‘Law Of Attraction’ sebaliknya saya ingin membicaraka tentang deria LOA.

Apa itu deria LOA? Menurut Blogger Motivasi : Shueqry, imotivasi.com deria LOA adalah EMOSI.

Manusia adalah makhluk yang dikurniakan emosi, maka apa sahaja perlakuan yang dilakukan adalah berkait rapat dengan emosi. Kuasa emosi ini amat besar dalam mempengaruhi hidup kita. Ianya juga boleh menjadikan kita bertambah baik atau pun berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Contohnya seseorang yang dikuasai oleh emosi sedih dan tertekan boleh mengakibatkan perilaku seseorang dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan ada yang sangggup untuk membunuh diri.

Seseorang usahawan yang berjaya mampu mengawal emosi dan mempengaruhi emosi orang lain bagi mendapatkan keuntungan bagi pihaknya dan juga para pelanggannya.

Jadi bagaimana anda ingin membentuk emosi kekayaan? Adakah dengan berbelanja mewah dan bertindak boros dengan wang anda?

Bukan begitu maksud saya disini. Emosi kekayaan di sini adalah satu bentuk yang perlu anda pupuk sesuai dengan matlamat dan keperluan kewangan anda.

Jika anda ingin menjadi kaya, perkara pertama ialah anda seharusnya mampu untuk mengawal emosi anda dalam menguruskan wang yang anda perolehi setiap masa. Wang perlu diurus dengan baik dan teratur sebelum anda mampu memiliki aset dan harta yang lain.

Jika tidak, anda tidak mampu untuk mengumpul aset yang lain kerana emosi anda selalu dipengaruhi oleh pujuk rayu iklan untuk membelanjakan wang anda.

Manusia juga begitu beremosi dengan wang. Cuba anda lihat apakah emosi seseorang yang memiliki wang yang banyak dengan emosi mereka yang tiada wang? Perhatikan dan buat perbandingan.

Lihat orang yang kaya sentiasa kelihatan gembira, tenang dan ceria manakala mereka yang kesempitan wang selalu berada dalam keadaan tertekan, gelisah dan susah hati.

Walaupun pada masa ini, anda masih belum menjadi kaya, seharusnya anda membayangkan dan menarik emosi kekayaan dalam diri anda. Ini kerana deria LOA adalah emosi. Apabila anda menarik emosi kekayaan berada dalam lingkungan diri anda, maka adalah lebih mudah untuk anda mendapatkannya.

Setiap malam sebelum tidur, cuba buat bayangan minda berkenaan jumlah wang yang anda inginkan atau pun dalam lingkungan kekayaan yang anda idam-idamkan. Cuba praktikkan setiap malam agar ianya sebati dengan emosi anda dan rasakan apa yang anda bayangkan benar-benar telah menjadi milik anda.

Harus diingat, TELAH MENJADI MILIK ANDA! bukannya AKAN MENJADI MILIK ANDA, kerana ianya akan memberi kesan EMOSI yang berbeza. Cubalah, anda akan dapat mersakan kesannya.

Salam kekayaan,

THINKERICH

BINALAH HUBUNGAN PERIBADI

Posted by Thinkerich on 17 May 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog,

“Jika anda menghargai kebaikan yang diberikan oleh orang lain, luahkannya melalui kata-kata atau tindakan…”

Orang yang menikmati kejayaan kewangan dan peribadi yang hebat dalam hidup ini merupakan orang yang membina hubungan yang berkekalan dengan rakan perniagaan sama ada pembekal mahu pun para pelanggan mereka, kawan-kawan, rakan sekerja, dan sebagainya.

Mereka meluangkan masa dan menghadapi kesukaran demi mengekalkan hubungan, dan mereka sentiasa memastikan bahawa apabila seseorang melakukan kebaikan terhadap diri mereka…mereka membalasnya dengan kebaikan juga.

Jika anda ingin menikmati kejayaan kewangan dan peribadi dalam hidup anda, maka binalah hubungan peribadi dan profesional dengan rakan-rakan secara berinisiatif(usaha sendiri) dan menjadi rakan kepada mereka.

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Next Page »

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet