July 2008
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 31 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Salah satu cara terbaik untuk mempelajari prinsip pengurusan wang yang baik adalah dengan memerhatikan kebiasaan yang dilakukan oleh orang kaya.
Ini kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kebanyakan perkara yang mereka lakukan berkaitan dengan wang tidak lain adalah untuk memastikan kekayaan mereka terus kekal dan sentiasa terus bertambah.
Di antara amalan dan kebiasaan orang kaya tersebut adalah seperti berikut :-
Kebiasaan #1 : Hidup Di Bawah Kemampuan
Kebiasaan #2 : Tidak Percaya Kepada Perjudian
Kebiasaan #3 : Melabur Dalam Hartanah
Kebiasaan #4 : Mendapatkan Nasihat Professional
Kebiasaan #5 : Lebih Fokus & Pemikir Bebas
Itulah di antara 5 kebiasaan orang kaya yang boleh anda gunakan bagi pengurusan kewangan anda. Saya akan menghuraikannya dengan lebih lanjut bagi setiap kebiasaan tersebut pada post akan datang. Anda juga boleh mempelajari lain-lain amalan orang kaya yang berstatus Jutawan dengan klik di sini.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 28 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog,
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia hari ini yang tidak menentu, sudah tentu ianya memberikan kesan yang sama pada ekonomi hidup anda. Tak begitu?
Kebanyakan orang akan menjadikan isu ini untuk menyalahkan pihak lain dan tidak kurang pula yang asyik merungut, merungut dan merungut menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak kerajaan kerana gagal memulihkan keadaan ekonomi semasa.
Apakah kesudahannya jika anda juga bersikap sedemikian rupa?
Sudah tentu anda tidak akan ke mana-mana. Masih kekal dan tetap berada ditakuk yang sama!
Bertindak menyalahkan pihak lain, merungut dan memberikan alasan yang berterusan tidak akan membantu meningkatkan taraf ekonomi hidup anda. Percayalah, ianya hanya perbuatan sia-sia! dan membuang masa anda begitu sahaja!
Tugas anda pada masa sekarang adalah untuk berfikir dan bertindak ke arah usaha yang boleh meningkatkan tahap ekonomi hidup anda dan bukannya terus menerus mencari punca kesalahan orang lain. Anda sepatutnya mencari punca kesalahan diri anda sendiri, mengapa sehingga ke saat ini anda masih lagi tidak berjaya meningkatkan tahap ekonomi anda!
Jika anda bertindak mencari punca masalah pada diri anda, ianya adalah tindakan yang lebih baik untuk perubahan diri anda.
Masalah ekonomi negara adalah tugas pihak kerajaan. Tugas anda adalah memulihkan ekonomi hidup anda! Bagaimana pihak kerajaan dapat memulihkan keadaan ekonomi negara jika sekiranya rakyatnya sendiri tidak mampu untuk memulihkan ekonomi hidup mereka terlebih dahulu?
Harus diingat sesebuah negara menjadi aman dan makmur adalah kerana rakyatnya hidup dalam penuh kesejahteraan antara satu sama lain. Begitu juga negara yang kaya dengan ekonominya lahir daripada kekayaan sumber yang dibangunkan bersama oleh pihak kerajaan dan rakyatnya.
Jadi saranan saya, jika anda masih memberi alasan untuk berubah, merungut dan menyalahkan pihak lain, adalah lebih baik anda HENTIKAN sekarang!
Bertindaklah untuk meningkatkan taraf ekonomi hidup anda dan sekiranya anda telah berjaya meningkatkan ekonomi hidup anda, jangan lupa kepada pesanan keramat saya ini ;
“Tingkatkan Ekonomi, Kurangkan Perbebelanjaan Hidup Anda!”
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 25 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam kepada pembaca PemikirKaya dot com,
Kebanyakan daripada mereka yang terjun ke dunia pelaburan sering mengalami kerugian.
Ada yang mengalami kerugian hanya kerana tiada pengetahuan dalam aspek pelaburan, ada yang terjebak dengan ketamakan, dan ada juga yang rugi kerana gagal mengawal emosi!
Salah satu aspek penting yang sering dilupakan atau mungkin tidak pernah difikirkan atau mungkin juga tidak pernah diketahui adalah keupayaan anda mengawal emosi setiap kali bermain dalam dunia pelaburan ini.
Persoalannya, Adakah Anda Cukup Sabar Untuk Menjadi Pelabur?
Untuk menjadi seorang pelabur yang bagus, anda perlulah memiliki sifat sabar!
Ini kerana dalam dunia pelaburan anda pasti akan berdepan dengan turun naik pasaran, kejatuhan nilai pasaran saham dan juga kenaikan mendadak harga pasaran.
Pendek kata dalam dunia pelaburan penuh dengan ketidaktentuan, dan apa sahaja boleh berlaku. Sebab itulah kesabaran ini penting untuk dimiliki oleh setiap pelabur kerana untuk mendapatkan pulangan yang baik dan selamat adalah melalui pelaburan jangkamasa panjang yang dijamin oleh kerajaan seperti ASB.
Kesabaran juga perlu bila mana pulangan pelaburan yang anda jangkakan tidak menjadi sepertimana anda harapkan.
Bilamana pelaburan anda mengalami kerugian yang teruk anda perlu sabar dan bertenang.
Pelajari sesuatu daripada kerugian tersebut kerana ianya mungkin akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman anda dalam dunia pelaburan.
Apabila anda mengalami kerugian bersabarlah!
Anggaplah ianya sebagai satu kesilapan yang paling berharga buat diri anda!
Anggaplah ianya seolah-olah yuran yang perlu anda bayar bagi menghadiri kelas pelaburan.
Dengan cara ini ianya akan mematangkan anda dan juga menambahkan lagi kemahiran pelaburan anda.
Ingatlah, dalam dunia pelaburan anda perlu ada kesabaran. Sabar ketika mengalami kerugian dan juga sabar ketika menanti pulangan yang menguntungkan!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 24 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog PemikirKaya dot com,
Ramai di kalangan anda yang bercita-cita menjadi kaya dan bergelar Jutawan, tetapi masih tercari-cari jalan dan cara untuk mencapainya.
Untuk menjadi kaya dan seterusnya bergelar seorang Jutawan sememangnya bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi ianya menjadi mustahil jika sekiranya anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk bertindak dan apa yang patut dan tidak patut anda lakukan sepanjang perjalanan mengumpul kekayaan tersebut.
Sebab itulah untuk berjaya dan seterusnya mengapai status jutawan, anda perlukan Mentor Jutawan bersama anda!
Mentor Jutawan seolah-olah Kompas yang akan membantu anda menunjuk arah yang betul dan tepat ke arah destinasi Jutawan yang anda idam-idamkan.
Untuk anda bertemu dengan Mentor Jutawan secara terus adalah agak mustahil memandangkan mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing.
Namun begitu, kini anda tidak perlu lagi khuatir kerana anda sudah boleh membaca kisah kejayaan serta kata-kata dorongan yang pasti akan menaikkan motivasi anda dalam menuju perjalanan ke destinasi Jutawan impian anda.
Anda bukan sahaja boleh bersama satu atau dua malahan Lapan Orang Mentor Jutawan akan berkongsi dengan anda pengalaman dan jejak langkah mereka dalam mengharungi perjalanan menuju ke arah dunia Jutawan.
Membaca ebook Mentor Jutawan seolah-olah anda bertemu bual secara dekat dengan kelapan-lapan Mentor Jutawan ini.
Ianya tidak ubah seperti tutor peribadi di antara seorang guru dengan pelajarnya!
Dengan ebook ini anda akan didedahkan dengan tips dan perjalanan hidup Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi yang turut berkongsi pengalaman hidupnya sebelum bergelar Jutawan Internet.
Kemudian anda akan bersama dengan Rahsia Kejayaan Pakar Motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah yang banyak memberikan tips-tips istimewa yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
Anda juga akan turut sama mendapatkan tunjuk ajar yang begitu berkesan oleh Jurulatih Jutawan sebenar, Azizi Ali dan saya merasakan apa yang dikongsikan dalam ebook ini adalah antara yang terbaik pernah didedahkan oleh saudara Azizi.
Bersama dengan Chef Li akan membuatkan anda akan lebih ‘terbakar’ kerana penulis Bestseller Jutawan Senyap ini mendedahkan cara bagaimana untuk berjaya dalam dunia perniagaan makanan yang hanya bermula secara kecil-kecilan.
Bagi usahawan MLM, bicarawara bersama Dato’ Dr. Azman Ching, jutawan MLM Tersohor di Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Ini kerana beliau telah berkongsi tips kejayaan yang penting untuk penggiat MLM laksanakan untuk berjaya menjadi Jutawan MLM.
Jika anda sering mengalami kegagalan dalam usaha anda, maka anda bakal diinspirasikan oleh Jutawan Berani Gagal, Billi Lim. Seorang penceramah antrabangsa dan penulis buku terlaris Berani Gagal yang memberikan anda kata-kata dorongan untuk anda Bangkit daripada kegagalan dan memahami erti sebenar kegagalan.
Jadi jika anda ingin berjaya Kaya dan seterusnya bergelar Jutawan, saya amat-amat menyarankan kepada anda untuk memiliki ebook ini dan mendapatkannya dengan KLIK DI SINI.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 23 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog yang dikasihi,
Apa khabar semua?
Semoga sihat sejahtera hendaknya!
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi suatu cerita dan pengalaman saya kepada anda semua berkaitan dengan tabiat yang amat baik tetapi jarang digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia.
Iaitu budaya Membaca!
Pada kebiasaannya, sudah menjadi tabiat saya akan membawa buku atau apa sahaja bahan bacaan bersama saya setiap kali berada di luar rumah.
Suatu ketika sedang saya di Airport menanti penerbangan saya ke Kuala Lumpur, saya disapa oleh seorang teman saya.
“Hai, lama tak jumpa! Nak ke mana?”, soalnya.
“Eh, asyik membaca buku, ambil exam ke?”, soalnya lagi.
“KL, ambil exam? Oh, tidak!”, saya menjawab pertanyaannya ringkas dan agak tergamam dengan soalan keduannya. Ambil exam ke???
Nampaknya masih menjadi mindset kebanyakan masyarakat kita yang beranggapan bahawa membaca buku hanya untuk belajar secara formal khusus untuk menduduki peperiksaan!
Ramai yang tidak menyedari bahawa membaca ini satu perkara penting untuk membangunkan sesuatu masyarakat, bangsa dan negara.
Lihat sahaja di negara Barat dan pandang juga ke sebelah timur di mana masyarakat Jepun menjadikan budaya membaca sebagai suatu tabiat yang berkesan dalam melahirkan masyarakat dan bangsa yang maju dan berilmu!
Tahukah anda bahawa dengan membaca anda boleh Menjadi Kaya?”
Saya pasti anda mesti tertanya-tanya?
Kenapa dengan membaca boleh membutakan anda menjadi kaya?
Ya, sudah tentu dengan banyak membaca anda boleh menjadi kaya. Jika anda membaca karya fiksyen, secara tidak langsung anda telah mengembangkan daya imaginasi anda. Jadi daya imiginasi anda semakin kaya……Jika anda membaca karya sastera pula, anda secara tidak langsung memperkayakan bahasa sastera anda yang berbunga-bunga itu, dan jika anda membaca bahan motivasi, anda memperkayakan semangat dorong anda! Tidak begitu? Ya, begitulah keadaan sebenarnya.
Pemikiran dan sikap kita adalah dipengaruhi dengan apa yang kita baca. Penulis Politik biasanya akan lebih fokus untuk membaca bahan politik, Usahawan pula akan lebih gemar dan meminati bahan bacaan yang boleh memperkayakan ilmu keusahawanan mereka. Pernahkan anda mendengar orang yang membaca dan menjadi kaya? Tidak pernah! Biar saya beritahu anda perkara sebenar. Untuk pengetahuan anda ramai dikalangan mereka yang berjaya dan kaya dalam dunia perniagaan dan pelaburan adalah dikalangan mereka yang memang minat membaca. Salah satu contohnya ialah saudara Azizi Ali. Beliau menjadi kaya selepas menghabiskan ribuan ringgit dengan membaca pelbagai buku berkenaan kewangan. Beliau juga telah membaca tidak kurang daripada 700 buah buku. Melalui pembacaannya itu pula, beliau telah menghasilkan pula 13 buah buku hasil tulisannya sendiri dengan trademark ‘Jutawan’ dan laris seperti pisang goreng dan memperolehi royalti hasil jualan buku tulisannya pada tahun 2005 sahaja melebihi RM 1 juta……..Woww ! Cukup mengkagumkan….
Seseorang pelabur yang berjaya pula mempunyai kemahiran membaca penyata kewangan sesebuah syarikat sebelum mengambil keputusan untuk melabur dengan syarikat berkenaan. Jadi untuk menjadi kaya dan berfikiran kaya, anda perlulah terlebih dahulu memperbanyakkan bacaan anda!
Selamat berfikiran kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
p/s:
Jika sekiranya anda SERIUS dan berhasrat menjadi kaya dapatkan maklumat lanjut melalui pembacaan di bawah ini.
Posted by Thinkerich on 19 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya dot com yang saya kasihi sekalian!
Persoalan mencari kekayaan pada masyarakat hari ini banyak digembar-gemburkan dengan pelbagai alasan dan pandangan sinis oleh mereka yang tidak memahami keperluan untuk mencari kekayaan.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Islam menyarankan umatnya agar hidup penuh dengan kesederhanaan dan tidak melampaui batas.
Malangnya ada di kalangan kita menyalah tafsirkan maksud sederhana di sini.
Bahkan saya sendiri beberapa kali bertemu dengan ramai kenalan saya yang tidak berpuashati dengan persoalan mencari kekayaan di dunia ini.
“Buat apa susah payah cari kekayaan di dunia ini, kalau mati pun bukannya boleh bawa ke kubur!”, katanya.
“Bukankah Islam menyarankan umat Islam agar hidup dalam kesederhanaan? Jadi tak perlulah kita bersusah payah memikirkan soal kekayaan ini! “, tambahnya lagi.
Jika anda juga bersependapat dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya seperti mana di atas, tolong beri perhatian pada apa yang ingin saya jelaskan dalam artikel kali ini.
Wahai saudara-saudari ku yang sungguh budiman, biar saya jelaskan kedudukan sebenarnya tentang apa yang dimaksudkannya dengan ‘kesederhanaan’ itu!
Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan selagi ianya tidak mengabai tanggunjawabnya sebagai seorang muslim bahkan amat menggalakan umat Islam mencari harta kekayaan di dunia.
Ini kerana jika anda benar-benar faham akan konsep sebenar kekayaan dalam Islam, anda pasti lebih terbuka dalam soal ini.
Kekayaan perlu bahkan amat perlu untuk diusahakan oleh setiap umat Islam.
Dengan harta kekayaan yang ada, umat Islam dapat membangunkan ekonomi Islam dan menjalankannya menurut tuntutan muamalat .
Ramai juga yang terlupa bahawa harta kekayaan yang kita perolehi di dunia ini sebenarnya masih boleh kita bawa sehingga ke kubur walaupun jasad kita sudah tiada dimamah tanah, bahkan hingga ke akhirat juga seandainya kita gunakannya untuk kebaikan seperti zakat, sedekah, atau pun wakaf ke jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t.
Sederhana yang dimaksudkan dalam Islam adalah apabila seseoarng itu memiliki kekayaan di dunia ini, mereka hendaklah menguruskannya dengan penuh kesederhanaan untuk kehidupan dan keperluan diri dan keluarganya.
Disamping itu, mereka perlu memikirkan tanggunjawab yang mereka perlu lakukan dengan harta kekayaan mereka untuk membantu masyarakat sekitarnya yang memerlukan dan bukannya untuk kepentingan hidup diri sendiri sahaja.
Harus diingat kekayaan yang dianugerahkan kepada kita adalah satu AMANAH yang besar dan perlu dipikul dengan sebaik mungkin dan diuruskan dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang maha esa.
Dengan kata lain, Islam menyarankan agar kita bersederhana menggunakan kekayaan yang ada untuk keperluan diri dan keluarga agar sebahagian daripadanya dapat disumbangkan semula melalui amal jariah.
Lihat sahaja lah kepada semua manusia yang kaya raya di muka bumi kini, tidak kira di dalam atau pun di luar negara, masing-masing mempunyai Yayasan mereka sendiri untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat.
“Jelaslah di sini bahawa sederhana dalam Islam ialah apabila seseorang itu kaya, ianya hendaklah hidup dalam kesederhanaan dan bukannya hidup sederhana tanpa mencari kekayaan di dunia.”
Justeru itu, sementara kita hidup di dunia ini, carilah harta kekayaan melalui jalan yang diredhai Allah sebaik mungkin agar kita dapat gunakannya untuk bekalan di akhirat kelak.
Waallahualam.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 17 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca PemikirKaya dot com,
Saya tertarik dengan komen salah seorang pembaca blog pemikirkaya berkaitan post saya Pinjaman…adakah sesuatu yang bijak?
Seringkali anda memiliki impian dan cita-cita yang besar namun seringkali ianya menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh diri anda sendiri!
Memang diakui untuk bermula dalam sesuatu perniagaan anda pasti memerlukan modal, tetapi adakah ianya mencukupi dengan perancangan dan matlamat perniagaan anda.
Kelemahan utama yang dapat saya perhatikan berdasarkan kajian yang dilakukan, adalah didapati bahawa punca utama kegagalan sesuatu perniagaan adalah berpunca daripada pengurusan kewangan terutama apabila melibatkan pengurusan kredit (hutang).
Ramai dikalangan usahawan yang memulakan perniagaan begitu ghairah untuk mendapatkan pinjaman kredit bagi menjayakan sesuatu projek perniagaan mereka tetapi seringkali lupa akan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan setelah menerima pinjaman tersebut.
Apabila anda berjaya menerima pinjaman berjumlah RM500,000, anda harus ingat bahawa anda ada tanggunjawab untuk memastikan wang yang anda pinjam tersebut perlu dibayar kembali kepada pihak Bank sejumlah RM550,000 (katakan faedah yang dikenakan 10%) dalam tempoh yang dipersetujui sebagaimana perjanjian.
Dan yang paling penting juga anda perlu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan wang pinjaman tersebut bukan sekadar mampu membayar faedah pinjaman bank tetapi MAMPU menjana keuntungan sekitar 30% atau mungkin 100% bergantung kepada matlamat anda.
Ini kerana dalam perniagaan anda yang menentukan pulangan yang layak anda terima dan bukannya orang lain.
Maka ingatlah, apabila anda berhutang dan membuat pinjaman, perkataan pertama yang perlu anda ingat adalah TANGGUNGJAWAB!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 16 Jul 2008 | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca PemikirKaya dot com,
Sebagaimana anda semua sekalian maklum, hari ini 16 Julai 2008 adalah Kempen Sehari Tidak Berbelanja.!
Jadi bagaimana adakah anda telah membuat persediaan?
Lakukan apa sahaja untuk menjayakan program kempen ini, tidak kira sama ada anda berpuasa pada hari ini, tinggalkan kad kredit, kad ATM dan wang tunai anda di rumah,
Mula sediakan sarapan pagi di rumah, bawa bekalan untuk makan tengahari di tempat kerja dan makan malam bersama keluarga di rumah.
Ingat untuk mencapai kejayaan dan kebebasan kewangan, anda perlu ada DISPLIN yang tinggi.
Harus diingatkan sekali lagi bahawa anda tidak boleh berbelanja walau satu sen pun sama ada melalui kad kredit, tunai mahu pun perbankan internet! Mulai jam 12.00 pagi hinggalah 11.59 malam 16 Julai 2008!
Anda hanya boleh berbelanja kembali pada jam 12.01 pagi 17 Julai 2008!
Semoga berjaya!
Salam kekayaan,
Posted by Thinkerich on 15 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca sekalian,
Debat Minyak Anwar - Shabeery yang disiarkan oleh Stesen TV swasta akhirnya telah berjalan dengan baik dan jayanya. Masing-masing telah memberikan hujahnya masing-masing.
Jika anda menonton siaran langsung tersebut yang disiarkan melalui saluran TV9, anda akan dapat lihat ketokohan, bakat dan kredibiliti kedua-dua personaliti berkenaan.
Sebelah pihak begitu bersungguh-sungguh mahukan rakyat mendapat faedah daripada penjimatan minyak yang perlu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan sebelah pihak lagi begitu bersemangat mempertahankan keputusan yang telah diambil oleh pihak kerajaan, al maklumlah Menteri Penerangan, maka adalah menjadi tanggungjawab beliau menjelaskan dan menerangkan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pula post kali ini diletakkan dalam kategori Motivasi Diri?
Bukankah ianya berkisarkan kisah politik?
Tetapi tunggu dulu!
Debat yang dibuat tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara.
Yang pertama berkaitan isu Ekonomi negara.
Yang keduannya berkenaan politik semasa.
Tetapi yang menariknya pada saya debat tersebut terhasil daripada unsur motivasi yang tercetus daripada isu semasa.
Sebelah pihak begitu bersemangat mengemukakan hujahnya agar pihak kerajaan mengambil langkah segera melakukan penurunan harga minyak dengan melakukan beberapa penjimatan dalam pengurusan kekayaan negara dan seterusnya memperbaiki kebocoran dan ketirisannya.
Jadi apakah pula kaitannya motivasi di sini? Anda mungkin bertanya!
Untuk berjaya dalam apa jua yang kita lakukan pertama sekali kita kena fikirkan apa yang dapat kita sumbangkan kepada masyarakat dan bukannya apa yang masyarakat dapat berikan kepada kita.
Lihat betapa idea dan buah fikiran seseorang yang ingin melihat ekonomi dan rakyat negaranya berada dalam keadaan yang baik, memberikan hujah-hujahnya untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi malangnya sebelah pihak lagi nampaknya tersasar daripada agenda forum ini yang lebih banyak menghentam peribadi seseorang dan bukannya menerangkan secara jelas sebab dan musabab kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan oleh kerajaan.
Memang diakui kepetahan dan kelantangan bersuara seseorang itu memang menjadi kriteria untuk menjadi pemidato yang terbaik tetapi jangan lupa kelantangan suara tanpa idea dan isi bicara yang bernas membuatkan seseorang itu tidak ubah seperti tong kosong!
Jadi apa yang ingin saya bawa kepada anda semua adalah berkaitan dengan personaliti dan komunikasi…
Apabila berbicara dan berhujah dengan seseorang pastikan anda tidak menyerang dan memburukkan peribadi seseorang sebaliknya tegurlah sikapnya!
Nyatakan dengan baik bahawa anda bukannya tidak menyukainya sebaliknya anda kurang senang dengan sikap yang ditunjukkannya!
Manusia tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan ke atas keperibadiannya tetapi boleh menerima saranan dan nasihat berkaitan sikap dan kelakuannya.
Sebagai contoh jika anda bertemu dan berbicara dengan rakan atau kenalan anda yang suka mengumpat dan memburukkan orang lain, adalah lebih baik anda berkata “lebih baik kita tidak membicarakan keaiban orang lain” daripada anda berkata “kau ni tak habis-habis nak mengumpat orang lain!”
Saranan yang pertama membuatkan mereka tersedar dan berfikir semula akan kesilapan dirinya tetapi jika anda menggunapakai saranan kedua anda seolah-olah menyalahkan dirinya.
Maka berhati-hatilah apabila berbicara!
Berbalik kepada isu debat Anwar dengan Shabeery, jika anda dilantik sebagai juri, pada pandangan anda (bagi mereka yang mengikuti siaran tersebut) siapakah yang patut diberikan kemenangan dalam debat tersebut?
Siapa pilihan anda, Anwar atau Shabeery…?
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 12 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca PemikirKaya!
“Belajarlah dari kesilapan!”
Itulah kata-kata nasihat yang mampu mendorong anda untuk bangkit dan memulihkan diri sekiranya anda telah melakukan kesilapan.
Seringkali apabila melakukan sesuatu kesilapan, kebiasaannya akan membuatkan diri anda berada dalam keadaan yang kurang selesa, hampa, kecewa dan rasa bersalah.
Apakah anda juga pernah berada dalam situasi sedemikian?
Mulai sekarang usah risau lagi, ketepikan semua perasaan yang kurang menyenangkan itu daripada emosi dan kotak pemkiran anda.
Sebaliknya mula pandang ke depan!
Ya, mula melihat jauh ke hadapan!
Lupakan sahaja kesilapan anda itu, kerana ianya tidak akan membawa anda kemana-mana pun sekiranya anda masih membiarkan emosi dan fikiran anda masih dikuasai oleh perasaan bersalah.
Ayuh! tuan-tuan dan puan-puan,
Sedarlah yang anda hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu…
Jangan biarkan diri anda dihantui oleh peristiwa silam dengan asyik memikirkan perkara atau peristiwa buruk yang telah berlaku.
Ini akan membuatkan anda terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.
Mereka yang berjaya dalam hidup tidak bersikap dan berfikiran sedemikian sebaliknya mereka berpandangan jauh ke hadapan.
Malangnya masih ramai dikalangan anda yang membawa bersama sejarah silam yang tidak menyenangkan bersama hidup mereka.
Contohnya mereka yang mengalami kerugian dalam pelaburan terutamanya yang terjebak dalam Skim Cepat Kaya, Pelaburan Internet, Skim Piramid dan pelbagai lagi masih menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima!
Mereka membawa seribu penyesalan dan dalam masa yang sama terus berharap agar ada keajaiban untuk sekurang-kurangnya mereka dapat kembali modal pelaburan mereka.
Mereka terus dan masih berharap….
Tapi tunggu dulu untuk apa mereka terus berharap?
Sebenarnya mereka tidak perlu mengharap….Apa yang perlu dilakukan adalah kembali meletakkan matlamat baru untuk masa depan kewangan mereka yang lebih baik…
Jadikan kisah silam sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik…
Belajar dari kesilapan dan kegagalan…bahawa untuk mencapai kekayaan bukannya semudah itu…
Tetapi ianya akan menjadi mudah dan lebih mudah sekiranya anda menetapkan matlamat dan tahu cara untuk mencapainya…
Belajarlah, Bacalah dan sertai apa sahaja aktiviti yang dapat meningkatkan IQ kewangan anda, pasti anda akan berada pada tahap yang lebih baik selepas itu…
Berhenti hidup dalam masa lalu…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 11 Jul 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam Pembaca blog Pemikir Kaya!
Wang jika dilaburkan atau disimpan di bank adalah lebih menguntungkan daripada dibiarkan sahaja tanpa berbuat sesuatu.
Contohnya, jika anda melabur RM 1 000 setiap tahun dalam ASB selama 3 tahun dan mendapat pulangan keuntungan dengan kadar faedah 10 peratus setahun, berapakah jumlah anda di akhir tahun ketiga?
Sila lihat contoh pengiraan di bawah:
Pelaburan Tahun 1 (RM 1 000 ) + 0.10 (RM 1 000) = RM 1 100
Pelaburan Tahun 2 (RM 1 000 + RM 1 100) + 0.10 (RM 2 100) = RM 2 310
Pelaburan Tahun 3 (RM 1 000 + RM 2 310) + 0.10 (RM 3 310) = RM 3 641
Jumlah keseluruhan wang anda (prinsipal + faedah) di akhir tahun ketiga telah menjadi sebanyak RM 3 641.
Sebaliknya jika anda membiarkan sahaja tanpa membuat sebarang pelaburan atau simpanan tetap di bank, jumlah wang yang anda kumpul di akhir tahun ketiga hanyalah RM 3 000.
Inilah yang dimaksudkan dengan konsep faedah berganda.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh menambah simpanan dan pelaburan anda seperti yang sering disebut “membuat wang anda bekerja untuk anda. ”
Menyimpan di bank mempunyai kelebihan yang besar iaitu hampir bebas dari risiko, tetapi simpanan tidak akan tumbuh melebihi kadar inflasi.
Sebaliknya pelaburan yang dirancang dengan teliti boleh membawa kadar pulangan lebih tinggi, tetapi risiko yang dikaitkan dengan pelaburan juga lebih tinggi.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 09 Jul 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca PemikirKaya!
Baru sebentar tadi saya menonton paparan headlines Buletin Utama yang disiarkan di TV3 berkaitan pengumuman Menteri Kewangan Kedua untuk membuat pengstrukturan semula pinjaman perumahan bagi membantu rakyat meringankan beban kewangan mereka ekoran situasi ekonomi yang tidak menentu kini.
Laporan berita tersebut turut melaporkan bahawa Menteri Kewangan Kedua telah berbincang dengan pihak Bank dan mereka pada dasarnya telah ‘bersetuju’ untuk memberi kerjasama dalam pengstrukturan berkenaan yang bakal diumumkan tidak berapa lama lagi oleh pihak Kementerian Kewangan.
Pada mulanya saya amat teruja dan tertarik dengan kenyataan tersebut dan merasakan pihak kerajaan telah mula menunjukkan keprihatinan mereka untuk membantu rakyat!
Sudah pasti pada amatan dan fikiran saya, pihak kerajaan mungkin mengambil tindakan pengstrukturan semula pinjaman perumahan dengan melakukan pengurangkan ke atas BLR(Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas (KPA) bagi kadar pinjaman perumahan yang dilakukan oleh peminjam…
Tetapi tiba-tiba jantung saya tersentak!
Lidah saya kelu!
Dan saya TERGAMAM!
Sebaik mendengar pembentangan Menteri Kewangan Kedua dalam sesi Parlimen yang membuat kenyataan lebih kurang seperti berikut ;-
“…Jika sekiranya seseorang peminjam membuat pinjaman RM300,000.00 untuk tempoh masa 20 tahun, dan telah membayar ansuran pinjaman tersebut selama 10 tahun dan masih mempunyai baki 10 tahun lagi…pihak kerajaan mencadangkan agar pihak bank dapat memanjangkan tempoh tersebut kepada 1o TAHUN lagi agar ansuran bulanan yang dibayar oleh peminjam dapat dikurangkan…Jika sekiranya seseorang itu membayar RM700 sebulan pada masa ini, mungkin dengan tambahan tempoh pinjaman yang lebih panjang, seseorang peminjam itu dapat mengurangkan bayar ansuran bulanan mereka….”
Wah,..sungguh memeranjatkan!
Cadangan yang begitu mengUNTUNGkan pihak BANK!
Patutlah pihak Bank bersetuju dengan cadangan pengstrukturan semula pinjaman tersebut….(saya kalau jadi pihak Bank, sudah pasti turut Bersetuju;) !… “Kecil tapak tangan, Nyiru saya tadahkan..”
“Apa yang terjadi?” anda mungkin bertanya!
Penjelasannya cukup mudah…
Ianya tidak ubah seolah-olah kerajaan mengubal DASAR untuk kepentingan pihak Bank MELIPATGANDAKAN keuntungan mereka!
Dan dalam masa yang sama terus menekan dan meletakkan kedudukan ekonomi dan kewangan peminjam dilandasan yang memeritkan dalam jangkamasa panjang!
Tak patut, memang tidak patut!
Cuba anda bayangkan jika anda membuat pinjaman RM300,000 untuk jangkamasa 20 tahun, itu baru kadar pinjaman pokok belum diambil kira faedahnya..(jika diambil kira bersama faedah kadar pinjaman anda mungkin menjadi RM500,000 atau mungkin lebih bagi tempoh 20 tahun) dan anda telah membayar hampir separuh setelah 10 tahun berlalu…
Namun kerana anda tidak CELIK KEWANGAN dan bersetuju dengan cadangan kerajaan dan pihak bank untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda untuk tambahan 10 tahun lagi, maka hutang anda yang RM500,000(termasuk kadar faedah bagi 20 tahun) tadi kini mungkin mencecah RM800,000 pula!
Anda mungkin berharap dapat mengurangkan ansuran bulanan anda tetapi anda lupa dengan melanjutkan lagi tempoh pinjaman anda dalam tempoh yang lebih lama, ianya akan mengakibatkan anda terus menjadi HAMBA kepada pihak Bank untuk 10 tahun lagi!
Pada asalnya hanya 20 tahun kini telah menjadi 30 tahun! Dari RM500,000 kini dah jadi RM800,000 pulak…!
Ishk..ishk..pedih..sungguh sedih jika ramai yang berfikiran cetek dan tidak CELIK dalam kewangan ni,,…!
Ini kerana ..Anda mungkin terus menjadi mangsa kepada pihak yang mengaut keuntungan…
Saya juga kecewa sebenarnya dengan perkara ini!
Dalam dewan Parlimen yang dihadiri oleh ramai YB, tidak ada satu pun pihak sama ada daripada pihak Pembangkang mahu pun Kerajaan yang menyuarakan pandangan mereka berkaitan perkara ini.
Apakah mereka juga tidak CELIK KEWANGAN? atau hanya CELIK apabila melihat WANG!
Mereka dipilih oleh rakyat untuk membela rakyat dan bukannya mengabaikan kepentingan rakyat…
Apakah tidak ada satu pun dikalangan YB tersebut memiliki asas kewangan dan CELIK KEWANGAN?
Dan yang paling menghampakan lagi…kenyataan dan cadangan ini dikemukakan oleh seorang MENTERI KEWANGAN!
Selepas isu cadangan Gaji 2 kali sebulan yang diumumkan oleh PM yang juga Menteri Kewangan Pertama sebelum ini yang dilihat tidak relevan…kini giliran yang kedua pula memberi cadangan yang ‘KUNUNnya’ ingin membantu meringankan beban rakyat…
Hai…apa sudah jadi dengan Kabinet Baru nih..!!??
Yang jelesnya jelasnya…ianya menampakkan kerapuhan dan kelemahan IDEA dan buah fikiran Menteri Kabinet dalam menangani isu ekonomi rakyat…katanya Langkah Ringankan Beban Rakyat..
Tetapi bagi saya ianya langkah dan idea ‘BEBAL’ …………
Saranan saya jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan, Anda sebenarnya perlu membebaskan diri anda SECEPAT MUNGKIN dari belenggu HUTANG dan pinjaman …..dan bukannya terus bergantung nasib pada hutang pinjaman yang bertempoh masa panjang…
Semoga anda lebih faham erti sebenar PINJAMAN itu…
Berita lanjut KLIK DISINI..
Salam kekayaan,
THINKERICH
APAKAH BENCHMARK SAHAM AMANAH ANDA?
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 08 Jul 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca PemikirKaya!
Ahkbar tempatan semalam melaporkan bahawa RM17 Billion wang negara dihantar keluar pada tahun lalu sahaja.
Bayangkan jumlahnya aliran keluar yang sebegitu besar mampu menggugat kestabilan nilai matawang dan juga ekonomi negara ini!
Tetapi saya ingin tanyakan anda satu soalan, Tahukah anda siapakah penyumbang utama kepada aktiviti ini?
Sebelum saya menjawab bagi pihak anda, ingin saya bawa anda merenung kata-kata ini;-
“Hidup di Malaysia cukup mewah! Dengan gaji bulanan saya RM900.00 sebulan saya sentiasa boleh hantar ‘uang’ ke Indonesia”, kata salah seorang pembantu kedai warga Indonesia.
“Setiap bulan saya kirimkan RM800.00 ke Indonesia, dan saya hanya belanjakan RM350.00 sebulan untuk menampung kos hidup saya di sini”, kata salah seorang Buruh binaan yang enggan namanya disiarkan.
Lihat, anda sendiri dapat rasakan sendiri betapa DISPLINnya mereka menguruskan kewangan mereka setiap bulan.
Dengan matlamat dan komitmen yang tinggi ke atas setiap sen yang mereka perolehi mereka manfaatkannya untuk SIMPANAN untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Mereka boleh hidup dengan baik dan mewah di bumi Malaysia bahkan mampu pula menjana kedudukan ekonomi yang baik untuk keluarga mereka walaupun pendapatan mereka tidak seberapa.
Cuba bayangkan jika anda juga mencontohi sikap dan tabiat menyimpan sepertimana para pekerja asing ini, saya yakin dan percaya anda mungkin tidak lagi mengalami masalah kewangan di masa hadapan..!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 07 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca setia PemikirKaya!
Beberapa kurun yang lalu, seorang arkitek yang tersohor, Daniel Burnham telah menyatakan sesuatu kepada masyarakat sekitarnya yang rata-rata tidak yakin pada kebolehan dan keupayaan diri sendiri…
“…Hanya ada satu cara untuk menjadikan sesuatu itu menjadi realiti…IMPIAN yang BESAR !..”
Sudah tentu..IMPIAN yang BESAR!
Seseorang arkitek itu berjaya menghasilkan pelan dan lakaran binaannya yang hebat hanya dengan memiliki impian yang besar!
Menara Kembar PETRONAS yang tersergam di bandaraya Kuala Lumpur juga lahir daripada impian besar seorang pemimpin..!
Kejayaan Sepanyol menjuarai kejohanan Euro 2008 juga lahir daripada impian besar para pemain dan pengurusan pasukan bola sepak negara itu!
Maka sahlah di sini jika anda ingin berjaya dalam hidup, anda perlu mempunyai impian dan matlamat hidup yang besar…
Meletakkan matlamat dan impian yang besar dalam kehidupan adalah sesuatu yang wajar dilakukan oleh anda!
Ini kerana dengan mempunyai matlamat dan impian yang besar, ianya akan mendorong anda untuk berusaha dengan lebih kuat, menggandakan penggunaan minda dan fikiran anda supaya sentiasa berfikir ke arah impian yang anda idam-idamkan.
Tidak kira apa sahaja impian anda, walau dalam apa bidang usaha sekali pun…
Mulai sekarang..Anda perlu bermatlamat yang BESAR…!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 05 Jul 2008 | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca PemikirKaya!
Semalam FOMCA melancarkan Kempen Hari Tidak Berbelanja selama sehari pada 16 Julai 2008.
Ada yang menyambut baik dan tidak kurang pula yang mengatakannya tidak wajar!
Namun begitu apa yang penting matlamat utama FOMCA adalah untuk mendidik para pengguna supaya dapat mengawal perbelanjaan mereka.
Ini kerana telah menjadi lumrah dan tabiat masyarakat pengguna (namanya pun dah pengguna…sudah tentu sentiasa mahu MENGGUNA, terutama wang yang ada dalam tangan) untuk membelanjakannya sehabis mungkin.
Jika boleh apa yang ada, mahu dihabiskan serta merta dengan memenuhi kemahuan mereka yang tidak pernah padam!
Maka tidak hairanlah kalau kita lihat masyarakat pengguna hari ini, terlalu sibuk berangan-angan untuk membeli itu dan ini, walhal mereka belum memperolehi wang yang mereka impikan itu.
Tak ada kerja lain, nak habiskan wang aje!
Jarang sekali kita dengar, pengguna yang bercita-cita dan beranggan-anggan, bila dapat duit nak laburkan wang mereka ke dana itu dan ini!
Maka tidak hairanlah masyarakat pengguna hari ini, lebih ramai yang miskin daripada yang kaya
!
Bagi para peniaga pula, kempen ini mungkin boleh disambut baik oleh mereka kerana secara tidak langsung mereka boleh berehat! Ianya tidak ubah seolah-olah Cuti Rehat yang diberikan oleh Persatuan Gabungan Pengguna tersebut kepada mereka kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos operasi pada hari tersebut.
Kempen ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan oleh semua masyarakat pengguna kerana ianya cukup mudah dan ’simple’…
Ianya mengajar anda untuk mengatur perbelanjaan anda dengan baik.
Katakan anda perlukan bahan keperluan dapur anda pada 16 Julai ini, maka anda perlu buat persediaan untuk membeli keperluan untuk hari itu lebih awal.
Anda tidak perlu mengeluarkan wang! Hanya pada hari tersebut.
Namun pada keesokannya mereka boleh berbelanjan seperti sedia kala.
Ianya tidak ubah sebagaimana umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan.
Menyiapkan diri dengan bersahur untuk tidak makan pada siang hari dan kemudian makan semula pada malam hari.
Dengan amalan ini secara tidak langsung ianya dapat mendidik pengguna untuk mengawal hawa nafsu dan juga pembaziran.
Semoga selepas ini saya harapkan pihak FOMCA akan adakan kempen SETAHUN TANPA HUTANG! pulak
Salam kekayaan,
THINKERICH