August 2008
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 25 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan negara kita yang ke 51 dan tidak kurang daripada 24 Jam lagi Permatang Pauh akan mendapat Wakil Parlimen yang baru…
Tempoh 51 tahun merupakan tempoh masa yang panjang, dan syukurnya kita dapat hidup hari ini dan menikmati kebebasan dan kemerdekaan secara zahirnya…walaupun tidak dinafikan minda masyarakat kita masih lagi dijajah dengan pelbagai bentuk hiburan, berita, iklan dan cara berfikir yang terkongkong !
Namun begitu semua yang kita nikmati hari ini, tidak akan kita perolehi tanpa usaha dan perancangan yang telah diatur oleh pejuang kemerdekaan kita suatu ketika dahulu bagi mencapai matlamat kemerdekaan negara.
Jika negara kita telah bebas dan merdeka selama 51 tahun, adakah ekonomi hidup anda juga telah bebas dan merdeka sejauh itu?
Maaf, saya dapat rasakan rata-rata kebanyakan masyarakat hari ini kesemuanya masih hidup dalam dunia penjajahan….
Dijajah oleh ekonomi dan kewangan diri yang sentiasa berada dalam keberhutangan dan ketidakcukupan wang…
Berada dalam suasana kehidupan yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak pernah berkesudahan dan nampaknya ianya tidak akan berakhir buat kebanyakan yang lain…
Ramai yang bercita-cita dan berkeinginan malahan berimpian untuk berada di dalam ‘Kebebasan Kewangan’ iaitu Merdeka Kewangan tetapi sebaliknya tidak sanggup untuk mendapatkannya.
Kenapa?
Untuk merancang dan berkorban dan berjuang menentang musuh-musuh kewangan yang diwujudkan oleh diri sendiri pun mereka tidak mampu, apatah lagi untuk mengecapi kebebasan kewangan…? Jauh langit dari Bumi..!
Oleh sebab itu, jika anda ingin memerdekakan kewangan diri anda, cuba pelajari dan selami bagaimana semangat pejuang kemerdekaan membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah!
Maka dalam perkara yang sama, anda juga perlu mengambil tindakan dan cara yang sama seandainya anda ingin ” Bebas Kewangan”… Berjuang menentang musuh-musuh kewangan anda dengan lebih pantas iaitu menghapuskan diri daripada beban hutang yang mencengkam dan menjerut leher anda pada setiap masa pada hari ini !
Sebagai contoh jika anda kini dibebani dengan hutang Kad Kredit, cuba bangkit dan berjuang untuk melangsaikannya dan menghapuskannya terus daripada kamus kewangan hidup anda!
Jika anda kini masih terikat dengan gadai janji rumah yang masih panjang di antara 15 hingga 20 tahun lagi, cuba bebaskan diri anda daripada terus menjadi hamba kepada pihak bank untuk memberikan mereka lebih banyak wang !
Singkatkan dan pendek kan tempoh pinjaman tersebut! Berusaha mengatasinya…dengan menyelesaikannya lebih cepat!
Tumpukan kepada penyelesaian hutang piutang anda terlebih dahulu dan tangguhkan dahulu cita-cita anda untuk menikmati ganjaran awal yang pada biasanya akan menjebak anda ke lembah keberhutangan kewangan yang lebih serius!
Jadikan bulan kemerdekaan, Semangat Kemerdekaan ini sebagai titik tolak untuk anda membebaskan diri anda daripada belenggu penjajahan HUTANG!
Teruskan Berjuang! Hapuskan Hutang Anda!
Merdeka! Merdekakan Kewangan Anda daripada masalah kewangan!
Salam Kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 22 Aug 2008 | Tagged as: Terkaya
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Semoga ceria gembira selalu!
Sebagaimana anda semua tahu, semua Raja di dalam dunia ini adalah golongan yang hidup dalam penuh kekayaan, tetapi tahukah anda di antara raja-raja yang ada di dunia ini ada dikalangan mereka yang telah dinobatkan antara yang terkaya di kalangan raja-raja seluruh dunia!
Siapakah dan daripada negara manakah Raja Terkaya di dunia pada masa ini?
Jawapannya adalah Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang telah dinobat sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran aset sebanyak AS$35 bilion (RM116.897 bilion).
Majalah Forbes dalam edisi terbarunya melaporkan, kekayaan Bhumibol itu jauh melebihi Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dari Abu Dhabi yang nilai hartanya dianggarkan sebanyak AS$23 bilion (RM76.9 bilion).
Menurut majalah itu, Biro Harta Diraja yang menguruskan kekayaan keluarga diraja Thailand mendedahkan, antara harta Bhumibol, 80, ialah hartanah seluas 1,413 hektar di Bangkok.
Menurut majalah itu, jumlah kekayaan 15 kerabat diraja terkaya di dunia meningkat kepada AS$131 bilion (RM437.8 bilion) berbanding AS$95 bilion (RM317.9 bilion) tahun lepas.
Peningkatan harga minyak dunia turut menyaksikan kerajaan diraja di Asia Barat dan Asia terus menguasai senarai raja terkaya di dunia.
Tempat ketiga dalam senarai Forbes jatuh kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, 84, yang mewarisi takhta Al-Saud pada 2005 dengan aset sebanyak AS$21 bilion (RM69.7 bilion)
Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 62, yang sebelum ini mendominasi senarai raja paling kaya, jatuh ke tempat keempat dengan nilai harta AS$20 bilion (RM66.4 bilion) diikuti dengan Sheikh Mohamed Rashid, 58, dari Dubai dengan aset sebanyak AS$18 bilion (RM59.7 bilion).
“Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan menerusi takhta kesultanan berusia 600 tahun itu jatuh ke tempat keempat kerana negara itu terpaksa mengurangkan pengeluaran minyak untuk memenuhi keperluan simpanan,’’ lapor Forbes dalam laman webnya.
Tempat keenam dipegang oleh Putera Hans-Adam II, 63, dari Leiechtenstein dengan harta sebanyak AS$5 bilion (RM16.6 bilion).
Bagaimanapun, bank LGT yang menjadi sumber kekayaan keluarga diraja itu kini disiasat oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan membantu golongan kaya mengelak daripada cukai.
Berada di tangga ketujuh ialah Raja Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, 56, mempunyai harta bernilai AS$2 bilion (RM6.6 bilion), di atas Raja Mohammed VI, dari Maghribi dengan harta sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).
Manakala berada di tangga kedua terakhir, Raja Monaco, Putera Albert II, 50, dengan kekayaan sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.6 bilion) dan terakhir Sultan Qaboos Said dari Oman dengan aset sebanyak AS$1.1 bilion.
Sumber : Utusan Online – AFP
Posted by Thinkerich on 21 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,
“Apa itu Unit Trust?”
“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “
jawab saya ringkas!
Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.
Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.
Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.
Kawan saya bertanya lagi kepada saya,
“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”
Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.
Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.
Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.
Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.
Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.
Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 20 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca Pemikir Kaya dot com,
Maaf, agak lama saya tidak kemaskini blog saya sejak kebelakangan ini. Sibuk sedikit!
Baiklah hari ini kita berbicara tentang sejarah kerja makan gaji.
Dalam dunia hari ini kerja makan gaji merupakan pekerjaan paling banyak yang dilakukan oleh umat manusia walaupun era Industri telah berlalu sekian lama.
Tahukah anda bilakah kerja maka gaji ini bermula?
Ya, jawapan telah saya berikan sebagaimana di atas! Era Perindustrian!
Pada zaman sebelum era perindustrian diwujudkan hampir kesemua dan kebanyakan masyarakat bekerja sendiri sama ada petani, penternak, nelayan dan sebagainya untuk menyara kehidupan mereka.
Apabila tiba era perindustrian, maka banyak kilang-kilang didirikan dan banyak peluang pekerjaan wujud. Kerja pengurusan dan pentadbiran dan kewangan juga bertumbuh seiringan dengan kepesatan ekonomi perindustrian.
Maka ramailah masyarakat muda-mudi mulai meninggalkan kerjaya nenek moyang mereka dan lebih selesa bekerja dengan dibayar upah yang dinamakan sebagai gaji.
Dalam pada masa itu, mereka yang mempunyai minda perniagaan mulai mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar mereka.
Mereka sedar untuk berjaya dan mengaut lebih banyak keuntungan ialah dengan mengajikan seramai mungkin pekerja yang boleh membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan buat mereka.
Apabila mereka tidak mempunyai cukup modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, maka mereka wujudkan syer dengan mempelawa para pelabur untuk berkongsi keuntungan dan risiko. Dengan itu mereka terus mengaut keuntungan dan terus menyumbang kepada ekonomi dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Hari ini, agak sukar untuk kita mencari peratusan yang tinggi di kalangan mereka yang hidup kerjanya makan gaji tetapi hidup kaya raya dan bebas daripada belenggu hutang.
Ini kerana kebanyakkan mereka menjadikan dan mencagarkan pendapatan mereka untuk dijadikan alat untuk mereka membuat lebih banyak hutang….
Sekarang anda mulai faham dan mengerti kenapa orang makan gaji sekadar hidup untuk cukup makan sahaja!
Ini kerana mereka yang ‘Makan Gaji’ setiap bulan kerjanya adalah untuk makan kesemua hasil gaji mereka tanpa ada sebarang simpanan dan perancangan untuk masa hadapan.
Apa yang mereka fikirkan hanyalah jaminan untuk hidup pada masa itu sahaja. Mereka mungkin tidak merancang untuk menyimpan dan melabur sebaliknya mereka lebih gemar dan berminat merancang “apa yang ingin dibelanjakannya”
Sebab itulah shopping complex di mana-mana sentiasa dipenuhi oleh pengguna yang menggunakan sehingga habis wang mereka bahkan ada yang menggunakan kad plastik (kad kredit) untuk berbelanja memenuhi kemahuan mereka yang tak pernah berakhir..
Kesimpulannya orang makan gaji kerjanya adalah untuk makan dan habiskan kesemua wang pendapatan mereka, apa yang berada dalam minda mereka adalah belanja sehingga habis..
Manakala orang yang berniaga akan menjadi kaya (ada juga orang berniaga tak kaya!) kerana mereka hanya berfikiran bagaimana nak dapatkan keuntungan dan mengembangkan perolehan mereka.
Jika hari ini mereka mendapat untung RM5,000.00 mereka akan pula berfikir macamana nak dapatkan RM50,000 pula dan begitu lah seterusnya..apabila mereka telah melihat peluang mereka akan terus mencari peluang yang lain..
Adalah tidak salah jika anda kerja makan gaji, cumanya anda perlu ada kesedaran untuk menggunakan sebahagian daripadanya untuk dijadikan modal pelaburan bagi perancangan masa depan anda dan bukannya menjadilkannya sebagai modal untuk menambahkan beban hutang peribadi anda!
Salam Kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 16 Aug 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya dot Com,
Semoga sihat ceria sentiasa hendaknya!
Apa cerita kita pada hari ini? Baiklah kali ini kita bercerita tentang… Along!
Bukan Along bagi panggilan ganti diri untuk anak sulung anda mahu pun anak buah anda tapi Along yang telah sinonim dengan dunia pinjaman wang!
Ramai yang tidak mengetahui bahawa selain daripada Along, ada juga syarikat yang menawarkan pinjaman yang sah dan berlesen, tetapi malangnya ada juga yang menyamakannya dengan Along! Kesian mereka ;(
Tetapi tahukah anda, siapakah atau badan manakah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen kepada syarikat pinjaman kewangan secara sah dan berlesen ini?
Ada yang kata , Kementerian Kewangan, ada juga yang kata, Bank Negara Malaysia!
Tetapi anda jangan terkejut jika saya beritahu kepada anda bahawa agensi yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas perkara ini adalah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan!
Aiks..! anda mungkin bertanya, apa kaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan syarikat pinjaman wang?
Baiklah biar saya jelaskan kepada anda!
Untuk pengetahuan anda, kuasa dan lesen ini dikawal selia oleh agensi di bawah Kementerian tersebut iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ini bermakna, jika anda berada di Johor Bahru dan terdapat syarikat pinjaman wang berlesen di sana maka ianya telah mendapat kebenaran dan lesen daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Baiklah, kita tinggalkan berkenaan dengan fakta tersebut dan kita berbalik kepada realiti sebenar dunia pinjaman wang ini yang begitu diminati oleh kebanyakan pengguna.
Ramai yang terjebak dengan pinjaman wang daripada Along adalah terdiri daripada para peniaga kecil dan sederhana, dan tidak ketinggalan juga golongan peminjam yang bekerja makan gaji.
Mereka ini jika tiada wang, tiada lain yang akan difikirkan oleh mereka selain cara mudah untuk mendapatkan wang, iaitu melalui pinjaman wang.
Jika mereka sudah hilang kelayakan dengan pihak Bank atau syarikat kewangan mahu pun koperasi maka mereka akan berusaha pula mencari Along!
Bagi mereka keperluan untuk memenuhi kemahuan dengan segera adalah lebih penting daripada segala-galanya. Mereka hampir terlupa dengan meminjam wang tersebut seolah-olah mereka berkata,
“Pinjamkan saya wang tersebut dan selepas ini saya akan bantu anda menjadi kaya dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk membayar balik jumlah yang berlipat kali ganda!”
Bayangkan, betapa teruknya kebanyakan orang disekeliling kita sebaik berurusan dengan wang di tangan mereka.
Mereka berfikiran terlalu singkat! Sesingkat Wang yang dipegang ditangan mereka.
Mereka lakukan semua ini adalah kerana mereka kurang kesedaran atau mungkin kerana tiada langsung ilmu dalam pengurusan kewangan.
Justeru itu, saranan saya jika anda tidak mampu, jangan sekali-kali meminjam!
“Tetapi Bagaimana saya nak tahu yang saya tidak mampu?”,
mungkin ada di antara anda bertanya!
Eerrks!….Jawabnya mudah sahaja, Apabila anda memutuskan untuk MEMINJAM
!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 15 Aug 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Saya tertarik dengan isu wang pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengenakan caj pinjaman ke atas para pelajar yang meminjam dari perbadanan tersebut.
Ada yang kata, PTPTN tak patut mengenakan caj yang tinggi sehingga 4% ke atas setiap pinjaman yang dibuat.
Tetapi harus diingat PTPTN bukanlah sebuah Yayasan yang memberi pinjaman, sebaliknya suatu agensi yang diperbadankan untuk memberi kemudahan pinjaman.
Jika tidak silap saya dana PTPTN ini diperolehi melalui dana KWSP (tolong perbetulkan kalau saya tersilap!), maka seharusnya wang milik pencarum KWSP yang digunakan tersebut diberi sedikit pulangan!
Namun begitu, saya mula terfikir kerana ingin menimba ilmu (atau mungkin hanya untuk dapatkan segulung pengiktirafan?:) maka ramai orang sanggup bergolok gadai dan mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka.
Tapi saya mula bertanya kepada diri saya sendiri?
Apakah tanggungjawab menyediakan pendidikan ini menjadi tanggungjawab anak anak sendiri atau ibu bapa?
Jika anda adalah sebahagian daripada mereka yang melanjutkan pelajaran dengan wang pinjaman, anda tentu tahu betapa sukar dan peritnya untuk membayar balik pinjaman tersebut. Ya lah, jika pinjaman sampai 20 tahun dan hingga mencecah RM150,000.00, berapa lama anda perlu menjadi hamba kepada hutang?
Oleh kerana itu, saya sarankan kepada ibu bapa atau anda yang suatu hari nanti akan menjadi ibu bapa, agar merancang lebih awal untuk simpanan pendidikan anak anak anda, agar mereka tidak terbeban.
Ya lah, sekurang-kurangnya bila mereka dah dapat kerja atau dah mula berniaga, mereka tak akan memberi alasan kepada anda yang mereka tidak cukup wang kerana terpaksa membayar wang pinjaman pelajaran!
Jadi mungkin mereka mungkin tidak akan merengek atau datang berjumpa dengan anda setiap bulan untuk meminjam wang dengan anda sebaliknya mungkin mereka akan menghulurkan wang untuk anda pula!
Oleh itu, sebagai seorang yang bijak, anda seharusnya mengubah tradisi membiarkan anak-anak mendapatkan pinjaman untuk belajar kepada mengajar mereka untuk menabung lebih awal untuk pelajaran mereka.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Ramai yang ingin terlibat dalam dunia pelaburan terutamanya dalam pelaburan saham tidak tahu bahkan tidak mengetahui kategori-kategori saham yang ada dalam pasaran saham.
Baiklah bagi memudahkan anda, berikut saya senaraikan dan huraikan secara ringkas tentang Kategori Saham yang biasanya dinyatakan oleh broker saham secara umumnya untuk mengkategorikan jenis saham yang berbeza-beza.
Saham mewah
Ialah saham syarikat dengan rekod prestasi pendapatan tinggi dan dividen baik yang tidak terjejas. Syarikat ini mempunyai asas yang kukuh, memberi dividen yang baik (5-8%) dan mempunyai perniagaan yang stabil. Sebaliknya saham yang terakhir sekali ialah third liners iaitu syarikat dengan asas yang lemah.
Second liners
Ialah saham yang kedudukannya antara saham mewah dengan third liners.
Saham pertumbuhan
Ialah saham syarikat yang memberikan pertumbuhan yang tinggi. Syarikat ini mengekalkan perolehan untuk terus mengembangkan perniagaan dan oleh itu biasanya memberikan dividen yang rendah. Tetapi syarikat sepatutnya memberi perolehan modal tinggi kerana harga saham mereka naik bersama-sama perniagaan.
Saham kitar
Ialah saham yang bergantung kepada kitaran ekonomi. Sebagai contoh, industri berat dan keluli yang lazimnya berprestasi baik apabila berlaku pengembangan ekonomi, dan merosot apabila keadaan ekonomi teruk. Prestasi syarikat seperti ini bergantung kepada kitaran perniagaan.
Saham pendapatan
Ialah saham yang membayar dividen yang tinggi dan lumayan, misalnya syarikat rokok.
Saham bertahan
Adalah baik untuk pelaburan apabila prospek ekonomi menjadi suram. Ini ialah saham yang paling kurang dipengaruhi oleh kemerosotan ekonomi, umpamanya syarikat perniagaan makanan dan barang pengguna. Ia merupakan saham dengan pendapatan masa hadapan yang dapat bertahan dengan kemerosotan ekonomi.
Itulah beberapa kategori saham yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum anda terjun melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham atau sebelum anda memilih mana-mana kaunter pelaburan anda.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 13 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!
Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!
Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!
Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami definisi sebenar pelaburan maka adalah lebih mudah untuk anda memahami topik penulisan pelaburan saya selepas ini. Jadi, teruskan bersama saya dalam artikel yang akan datang!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 12 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog PemikirKaya dot com,
Apa khabar? Semoga sihat semuanya!
Ada di antara kenalan yang bertanyakan kepada saya tentang pelaburan. Kata mereka kebanyakan orang yang menjadi kaya adalah mereka yang terlibat dalam pelaburan.
Ya, memang benar! Pelaburan adalah senjata utama untuk mencapai kekayaan. Dan kerana itulah juga ramai yang ingin cepat menjadi kaya sering terpedaya dengan pelbagai bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan dan keuntungan segera seperti pelaburan internet dan skim cepat kaya!
Jadi, mereka bertanya saya,
“Di mana saya boleh melabur?”
Baiklah, untuk melabur perkara pertama yang perlu anda ada adalah ilmu atau pengetahuan tentang asas pelaburan!
Tanpanya anda mungkin akan terjebak dengan pelaburan yang ntahapapantah…yang akhirnya wang pelaburan anda menjadi peleburan!
Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk mengembangkannya.
Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang.
Perkara pertama,
Kumpul barang yang nilainya akan naik
Keduanya,
Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan tetapi, membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh pendapatan daripada sewaan.
Ketiganya,
Beli saham dan bon
dan keempatnya,
Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu, bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan yang lebih banyak.
Itu antara empat bentuk asas pelaburan yang sering digunakan oleh orang yang menjadi kaya. Jadi, Apa Pelaburan Pilihan Anda?
Oleh kerana pelaburan ini penting, bahkan teramat penting untuk menjadikan seseorang itu kaya, maka mulai dari hari ini, saya telah wujudkan kategori baru bagi artikel di blog ini iaitu pelaburan!
Saya akan perjelaskan dari masa ke semasa mengenai topik pelaburan dalam penulisan blog ini pada masa akan datang. Semoga anda dapat info yang berharga tentang pelaburan dan seterusnya memudahkan anda untuk menjadi kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 11 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Masih ramai di antara anda yang mungkin tertanya-tanya kenapa anda perlukan seorang Mentor untuk berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi?
Ini kerana dengan adanya mentor anda boleh mencapai kejayaan yang sama dalam masa yang lebih singkat kerana mereka membimbing anda agar tidak melakukan kesilapan yang sama yang telah mereka lalui. Satu lagi sebabnya anda sebenarnya boleh mendapat formula khusus atau jalan pintas untuk anda mencapai mencapai kejayaan yang sama.
Jadi, jika anda masih belum mempunyai mentor, apa kata mulai sekarang anda cari seseorang yang anda kagumi dan telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing dan jadikan mereka mentor hidup anda. Pelajari minda, sikap dan tindakan mereka untuk mencapai kejayaan dan kekayaan!
Salam kekayaan!
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 07 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog PemikirKaya dot com!
Mungkin anda di kalangan pembaca setia blog ini tertanya-tanya dengan tajuk post saya kali ini, agak kasar bunyinya kan?
Untuk pengetahuan pembaca blog pemikirkaya yang saya hormati sekalian, kata-kata itu saya petik daripada salah seorang pembaca blog ini yang meninggalkan komen beliau yang jujur dan ikhlas,…anda boleh baca dengan KLIK DI SINI
Apa yang ingin saya nyatakan di sini sekali lagi, sekiranya anda terus menyalahkan orang lain, kemudian merungut lebih dulu tanpa berusaha, anda tidak akan ke mana….
Inilah penyakit manusia yang paling kronik sejak zaman berzaman lagi…..Belum apa-apa lagi dah cakap, tak pandai, tak boleh, tak mampu, tak tahu, dan pelbagai tak lagi yang kesemuanya berdasarkan kepada keputusan dan pemikiran singkat yang diputuskan oleh cara berfikir yang merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri…..
Berbalik kepada persoalan daripada pembaca tersebut, jika anda NAK berniaga sahaja itu belum cukup, bak kata Pakdi,
MINAT SAJA TAK CUKUP NAK BUAT BISNES
Ternyata persoalan yang keluar daripada mulut seseorang itu mencerminkan apa yang ada dalam diri mereka!
“MULUT ITU SESUNGGUHNYA SEPERTI TEKO AIR,
APA YANG KELUAR DARIPADA TEKO AIR ITU
ADALAH APA YANG ADA DI DALAMnya”
Maksudnya : ….apa yang diperkatakan oleh seseorang itu ianya menunjukkan sikap, cara berfikir dan keperibadian seseorang itu…..
Apa yang saya kongsikan dan nyatakan dalam blog ini adalah untuk mendorong para pembaca agar dapat berfikir secara kreatif dan seterusnya berusaha serta bertindak daripada seseorang yang bersikap pesimis menjadi yang optimistik!
Cara berfikir sedemikianlah yang mengakibatkan ramai dikalangan masyarakat kita masih berada di takuk lama….tidak berubah dan asyik mengharapkan bantuan dan belas ihsan.
Terdapat pelbagai tips dan pelbagai cara untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul atau mungkin ianya ditimbulkan oleh individu itu sendiri, tetapi ianya tidak akan memberi sebarang kesan jika yang ‘empunya diri’ masih bersikap ‘pesimis’ terhadap diri sendiri….
Jika anda malas berfikir serta malas untuk berusaha dan hanya sekadar mengharapkan tips dan bantuan mudah daripada orang lain, anda akan tetap dan kekal dengan apa yang anda ada sekarang!
Jika anda susah nak dapat pekerjaan, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri….tanya kenapa anda susah nak dapat keje? Mungkin anda memilih kot…?
Nak meniaga tidak pandai, (MERUNGUT lagi),…cubalah belajar cara untuk berniaga!
Semua orang yang menjalankan perniagaan, mereka belajar dari awal juga….
Jawapan saya kepada soalan,
“Aku Nak Berniaga, Tapi Tak Pandai, Apa Tips Kau?
Jawabnya,
“Dah tahu tak pandai, apa lagi usaha dan ikhtiarkanlah untuk Belajar!”
Pada pandangan saya, soalan yang ditanyakan itu tak ubah seperti soalan berikut;
“Saya nak membaca, tetapi tak pandai membaca! Apa tips Cikgu?”
Maka guru yang sudah berpengalaman mengajar hampir puluhan ribu muridnya selama setengah abad itu pun berkata dengan penuh budi bahasa;
“Oleh kerana anda tidak tahu membaca, maka anda perlulah berusaha untuk BELAJAR membaca!”
Renung-renungkanlah….!
Salam Kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 06 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Kali ini kita fokus kepada Kebiasaan Orang Kaya #5.
Orang kaya lebih fokus dan merupakan pemikir bebas dan sudah tentulah Pemikir Kaya
Dalam dunia pelaburan misalnya, mereka tidak terikut-ikut dengan sentimen pasaran, lantaran itu, mereka juga tidak akan membuat keputusan kewangan penting berdasarkan berita angin atau cakap-cakap kosong.
Dalam mencari peluang, mereka tidak mengikuti orang ramai sebaliknya mereka mencari kelainan.
Jika sekarang orang sibuk dengan Bisnes Cacing Tanah, orang kaya akan mencari kelainan dengan berusaha dan menerokai peluang bisnes yang mempunyai permintaan yang tinggi dan masih kurang atau pun hampir tiada langsung orang melakukannya.
Begitulah lima kebiasaan orang kaya yang boleh anda jadikan panduan untuk anda meningkatkan sikap dan emosi kekayaan anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 05 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Baiklah hari ini kita lihat pula kebiasaan orang kaya #4 : Mendapatkan Nasihat Professional.
Orang kaya selalunya mendapatkan nasihat professional dalam mengendalikan wang dan pelaburan mereka. Dalam bidang kewangan, mereka sedia belajar, dan sentiasa bersiap untuk mendapatkan bantuan professional.
Kebiasaannya mereka melantik perancang kewangan, akauntan, penasihat cukai, broker saham dan juga peguam.
Dengan bantuan professional ini, orang kaya biasanya sentiasa dapat membuat keputusan yang tepat dan bijak setiap kali berurusan dengan harta dan kewangan mereka.
Anda juga boleh menjadikan kebiasaan ini dengan mendapatkan kawan-kawan daripada golongan professional ini dan pelajari sesuatu daripada mereka.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 03 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca Blog,
Kali ini kita akan bicarakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan orang kaya #3 : Melabur Dalam Hartanah.
Orang kaya melabur dalam hartanah kerana mereka tahu nilai hartanah akan memberikan pulangan lebih besar berbanding dengan melaburkan wang mereka di tempat lain.
Mereka selalunya melihat peluang bagi membeli hartanah di bawah nilai pasaran dan yang dijangka meningkat. Mereka juga hanya akan memilki hartanah dalam kemampuan mereka.
Mereka juga tidak akan mengambil pinjaman yang tinggi hanya untuk mengumpulkan hartanah.
Pada kebiasaannya mereka memperolehi hartanah tersebut hampir kepada percuma. Mereka membeli beberapa unit rumah kediaman dengan membayar deposit dan bakinya dibayar oleh para penyewanya sepanjang tempoh pembiayaan yang dibuat.
Jadi, jika anda ingin menjadi kaya, maka turutilah kebiasaan orang kaya ini!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 02 Aug 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Baiklah hari ini kita pelajari kebiasaan orang kaya #2 : Tidak Percaya Kepada Perjudian.
Tahukah anda bahawa orang kaya tiak percaya sama sekali kepada perjudian, pertaruhan atau loteri untuk meraih keuntungan.
Ini tidak bermakna mereka tidak berjudi langsung, (Amaran : Judi Adalah HARAM di sisi Agama Islam) tetapi jika mereka berbuat demikian, ia adalah setakat satu hiburan sahaja tanpa bertujuan menggunakannya bagi mendapatkan kekayaan.
Jika anda dapat perhatikan pada kebiasaan orang yang tidak seberapa kaya…miskin laa:), mereka inilah yang sering memenuhi kaunter-kaunter perjudian nombor-nombor ekor sama ada yang berlesen atau pun sebaliknya.
Maka tidak hairanlah jika anda pernah mendengar, orang yang memenangi loteri atau nombor ekor dengan hadiah jutaan ringgit setiap tahun akan kembali hidup memenuhi meja dan gelanggang judi.
Pada mereka dengan hanya berjudi mereka boleh hidup menjadi kaya. Dalam catatan sejarah, fakta menunjukkan bahawa orang yang berjudi ini tidak pernah dapat lari daripada emosi ketamakan mereka.
Hari ini menang sejuta, esoknya mereka berjudi pula dengan modal sejuta itu untuk memperolehi 10 juta pula. Malangnya dalam dunia perjudian ini, nasib tidak akan menyebelahi mereka sepanjang masa!
Oleh itu, jika anda ingin menjadi kaya dan berjaya, maka saranan saya jauhilah dunia perjudian. Ini kerana ianya bukannya akan membuatkan anda bertambah kaya tetapi sebaliknya menjadikan anda bertambah miskin!
Kisah Benar Berkaitan Perjudian Pelaburan Koperasi
Dr. Jai Network Mula Didakwa Mahkamah
Melayu Suka Pada Skim Cepat Kaya?
Salam kekayaan,
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!