September 2008
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 30 Sep 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam Pembaca PemikirKaya,
Ramadhan mulai melabuhkan tirainya dan besok, semua umat Islam di seluruh negara akan menyambut hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri…Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung setia blog PemikirKaya dot com
Baiklah berbalik kita pada cerita menjelang Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ramai yang begitu sibuk berbelanja untuk membuat persiapan di Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Ada yang mencari pakaian baru, yang tak sempat buat kuih raya tu, beli kuih raya dan tak kurang juga yang beli perabot raya.
Dalam keghairahan tersebut, saya terserempak dengan beberapa perkara yang pada pandangan saya tidak sepatutnya berlaku jika kita tahu dan faham erti sebenar tentang pengurusan kewangan.
Apabila saya beratur di salah satu ATM dan Deposit Mesin di sebuah bank untuk membuat simpanan ke dalam akaun saya - orang lain sibuk keluarkan duit, saya sibuk simpan untuk pelaburan unit amanah saya
, saya terserempak dengan beberapa orang yang sibuk membuat pengeluaran Pendahuluan Tunai daripada Kad Kredit mereka…
Alahai …ruginya…apakah mereka tidak tahu atau memang sudah terdesak? Soal saya. Ini kerana apabila anda membuat pengeluaran pendahuluan tunai, anda akan dikenakan caj 5% daripada jumlah pengeluaran tersebut.
Jika anda keluarkan RM1,000.00 anda akan dikenakan caj RM50.00…senang-senang sahaja anda bagi Duit Raya kat bank, yang teah sedia ada kaya raya..
Dan apabila saya ke kaunter, untuk menukar wang kecil bagi persediaan Duit Raya untuk anak-anak tetamu saya nanti, saya terlihat pula sepasang suami isteri yang sibuk mengeluarkan wang tabungan ASB mereka…
Apakah mereka tidak tahu bahawa ASB itu adalah tabungan untuk masa depan dan bukannya untuk dibelanjakan sesuka hati di Hari Raya! haru birunya masyarakat kita berbelanja di hari raya ini, habiswang dipoket, wang ditabungan pula dikikisnya…
Jadi saranan saya, jika anda simpan wang anda, maka anda akan membantu menjadikan diri anda bertambah kaya tetapi malangnya jika anda keluarkan simpanan wang tersebut dan seterusnya berbelanja maka secara tidak langsung anda memabntu orang lain menjadi kaya raya!
Akhir kata , daripada saya Maaf zahir Batin dan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat setia Blog Pemikir Kaya…
Salam Aidilfitri,
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Posted by Thinkerich on 29 Sep 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
“Membuat Simpanan Tanpa Mengambil Kira Kadar Inflasi Semasa, Ibarat Membiarkan Rumah Yang Anda Bina Dimakan oleh Anai-anai!”
-THINKERICH
Posted by Thinkerich on 28 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Perancangan Tanpa Tindakan Tidak Ubah Seperti Merancang Untuk Tidak Melakukan Sesuatu!”
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 27 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Posted by Thinkerich on 26 Sep 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca Blog PemikirKaya dot com,
Apa khabar semua? Kita masih lagi di bulan Ramadhan dan tidak berapa lama lagi syawal bakal menjelma….
Baiklah kita terus ke topik perbincangan kita hari ini, iaitu apa itu HIBAH?
Bagi mereka yang pernah tertipu dengan Skim Pelaburan HIBAH sebelum ini, tentu sudah biasa mendengar HIBAH?
Tetapi tahukah mereka maksud sebenar HIBAH ini?
HIBAH merupakan salah satu daripada bentuk pengurusan WASIAT dan merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Hibah sebenarnya membawa pengertian seperti berikut:-
Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.
Jika diteliti dengan jelas, maksud HIBAH sebenarnya adalah amat jauh berbeza dengan apa yang dicanangkan oleh agen-agen HIBAH suatu ketika dahulu.
Berdasarkan pengamatan saya pada forum perbincangan, rakan-rakan dan juga mangsa penipuan HIBAH ini, sesiapa yang ingin mendapatkan wang HIBAH perlu terlebih dahulu mengeluarkan sejumlah wang yang besar sekitar RM7,000.00 hingga RM8,000.00 untuk mendapat manfaat HIBAH yang dijanjikan…
Malangnya oleh kerana sikap TAMAK yang menguasai diri dan CETEK tentang pengurusan kewangan peribadi, maka ramailah yang tertipu dengan jumlah wang yang cukup besar…bahkan sehingga ke hari ini masih ada yang terus mengharapkan pulangan yang tak kunjung tiba
Penganjur a.k.a Penipu a.k.a Scammer HIBAH ini dah tergelak besar membawa lari berkoyan-koyan wang hasil daripada penipuan mereka….
Maka, saranan saya, jika lain kali ada di antara anda didatangi lagi dengan apa sahaja yang menjanjikan pulangan yang ‘too good to be true’, maka awasilah…terutamanya yang datang dengan nama pelaburan yang unik yang belum pernah didengar oleh sesiapa pun tetapi menjanjikan bulan dan bintang
Untuk memudahkan anda, bolehlah anda gunakan formula mengelak penipuan Scam - NO SCAM…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 25 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
“Jika Anda Ingin Hidup Berjaya dan Kaya,
Gunakanlah Perkataan Ini…
Dalam Semua Perbendaharaan Kata Hidup Anda Setiap Hari -
Katakanlah MESTI…!
- Thinkerich
Posted by Thinkerich on 24 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Biasanya Apa Sahaja Yang Kita Lakukan,
Pada Asasnya Dipengaruhi Oleh ‘Standard’ Orang Yang Berada Di sekitar Kita Seperti Keluarga Dan Teman-teman..
Jadi, Jika Anda Ingin Berjaya…Lihatlah Siapa Di sekitar Anda!”
- Thinkerich
Posted by Thinkerich on 23 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam Pembaca Blog PemikirKaya!
Kebelakangan ini, ramai yang membicarakan tentang tambatan ringgit.
Apakah kesan dan implikasinya kepada ekonomi negara?
Secara ringkasnya, apabila tambatan ringgit dilaksanakan sebagai contoh USD1 = RM3.80, usahawan @ bisnesman yang menjalankan aktiviti eksport lebih untung kerana berjaya membawa masuk lebih USD ke dalam market Malaysia, manakala bisnesman yang menjalankan perniagaan berasaskan bahan import mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan lebih banyak RM..
Asasnya ianya sebagai strategi dan kawalan untuk melindungi nilai RM daripada terus keluar darpada market dalam negara dan menarik lebih banyak USD ke dalam negara…
Ada pertanyaan yang berbunyi, “Tidak boleh ke Malaysia menukar matawang lain selain USD dalam urusniaganya?”
Soalan yang agak bagus, cuma masalahnya adalah dari segi penerimaan dan pemakaiannya oleh para penjual dan pembeli.
Jika kita ingin jual barang yang dieksport dengan RM adakah ada pembeli daripada negara lain yang ingin menggunakan RM sebagai matawang urusniaga?
Sebaliknya jika kita mengimport barang daripada luar negara, adakah mereka sanggup menerima RM???
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 22 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Apabila Kita Komited Melakukan Sesuatu,
Biasanya Kita Dapat Melakukannya”
- Thinkerich
Posted by Thinkerich on 16 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog PemikirKaya dot com!
Ramai orang bertanya kepada saya,
” Bolehkah saya menjadi Jutawan….?”
“Oh, Sudah tentu!”, jawab saya dengan penuh berkeyakinan!
Namun ianya hanya menjadi kenyataan jika anda benar-benar komited untuk memperolehinya.
Anda harus ingat dan berpegang pada prinsip ini,
“Apa sahaja yang pernah dicapai dan berjaya dilakukan oleh orang lain sebelum ini, ianya juga boleh dilakukan oleh ANDA juga…”
Cuba anda lihat kepada kejayaan manusia menakluki Gunung Everest, kejayaan manusia menakluki ruang angkasa, kejayaan manusia memecahkan rekod demi rekod sukan yang dipertandingkan dan pelbagai lagi….semuanya diulangi dan dilakukan lagi oleh orang lain dari hari kehari, tahun berganti tahun dan senarainyaadalah berterusan!
Lihat suatu ketika dahulu negara kita, ramai yang tidak berapa yakin dengan keupayaan negara kita Malaysia mengeluarkan kereta sendiri tetapi kini Malaysia telah mampu mengeluarkan kenderaan sendiri.
Bermula dengan PROTON, diikuti oleh PERODUA, MODENAS dan senarainya juga berterusan….
Begitu juga dengan pembinaan menara dan bangunan pencakar langit di mana negara-negara berlumba-lumba membina pencakar langit dan masing-masing terus cuba mengatasi ketinggian daripada rekod ketinggian sebelumnya. Dan Malaysia juga pernah memegang rekod dalam hal ini baut beberapa ketika.
Lihat pula kepada rekod manusia terpantas dalam perlumbaan larian olahraga 100 Meter, dan bagi yang mengikuti perkembangan Olimpik Beijing baru-baru ini, semua tentu kenal dengan nama Usain Bolt yang dinobatkan sebagai manusia terpantas di dunia ketika ini.
Lihatlah bagaimana Usain Bolt mengatasi kejayaan -kejayaan yang pernah dicapai oleh pelari pecut dan pemegang rekod sebelum ini seperti Carl Lewis, kemudian Donovan Bailey, dipecahkan lagi rekod oleh Maurice Greene, kemudian Asafa Powell sebelum rekod tersebut dipegang oleh beliau.
Percayalah rekod ini akan terus cuba dipecahkan oleh manusia yang terus didorong dan dimotivasikan oleh keinginan dan kemahuan yang kuat disertakan dengan semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Mereka tidak bertanya, “Bolehkah…?” tetapi sebaliknya mereka bertanya “Bagaimanakah…”
Untuk berjaya mencapai apa sahaja impian anda, seharusnya anda bertanya BAGAIMANA? daripada BOLEHKAH?
Ini kerana kedua persoalan tersebut jelas menunjukkan perbezaan ketara. Bolehkah? memperlihatkan ketidakyakinan dan rasa rendah diri tetapai Bagaimanakah? jelas menunjukkan keinginan dan kesungguhan untuk mencuba…
Jadi jika anda ingin berjaya dalam apa jua matlamat dan impian anda, tanya lah pada diri anda BAGAIMANAKAH? dan setelah mendapat jawapan maka BERUSAHALAH…
Pengetahuan tanpa TINDAKAN tidak akan memberi sebarang makna.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 15 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Bagi pembaca yang cuba mengakses ke blog ini semalam tentu perasaan yang anda tidak dapat mengakses ke sini. Ini kerana Blog ini telah di’Hacked’ a.k.a digodam atau bahasa mudahnya diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!
Hampir sehari suntuk awal pagi semalam saya menyiapkan tulisan blog saya dan banyak artikel-artikel yang ingin saya sajikan kepada para pembaca sekalian hilang begitu sahaja.
Nasib baiklah ideanya masih ada dan saya terus mengambil tindakan untuk menulis semula.
Bagi saya ada hikmah disebalik perkara yang berlaku!
Pertama saya dapat rasakan penulisan pada artikel yang hilang tersebut dapat ditulis semula dengan isi yang lebih baik!
Keduanya ianya secara tidak langsung menguji tahap motivasi diri saya!
Ya, saya percaya perkara yang berlaku mungkin boleh melemahkan semangat sesiapa sahaja!
Bayangkan anda telah menyiapkan beberapa artikel yang bagus untuk para pembaca blog anda dan menghabiskan banyak masa membuat rujukan, tiba-tiba ianya hilang begitu sahaja!
Oleh kerana minda dan jiwa saya telah sebati dengan prinsip kejayaan dan kegagalan, saya dapat memulihkan semangat saya dengan cepat dan kembali menulis semula apa yang telah saya lakukan sebelum ini.
Moral daripada kisah ini adalah, jika anda mengalami bencana atau malapetaka ke atas diri anda dan sesiapa sahaja, cuba bangkit semula dan lakukan apa yang telah anda buat sebelum ini dan saya percaya hasilnya adalah lebih baik daripada yang sebelumnya!
Dalam meniti kehidupan ini, anda pasti akan melalui situasi sebegini dan yang penting anda jangan lemah semangat sebaliknya bangkit dan teruskan usaha anda. Kejayaan pasti milik anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 12 Sep 2008 | Tagged as: Unit Trust
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ada orang bertanya pada saya tentang pelaburan Unit Amanah atau Unit Trust….
Dan ada dikalangan mereka rasa bimbang, takut dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat pelaburan dalam Unit Amanah kerana Caj yang dikenakan ke atas nilai pelaburan mereka…
Seorang teman menasihati rakannya yang berminat untuk memasuki pelaburan Unit Amanah…
“Lihat Caj Saham Amanah Anda….”
Ya, itu satu nasihat yang baik…dan sebagai bakal pelabur anda perlu membuat penilaian yang sepatutnya.
Bagi agen yang memasarkan dana Unit Amanah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan perkara ini kepada bakal pelabur sebelum memasuki pasaran Unit Amanah…agar bakal pelabur dapat membuat pertimbangan sewajarnya.
Berbalik kepada persoalan tentang caj yang dikenakan oleh pihak Pengurus Dana, Kebanyakan dana ekuiti di Malaysia mengenakan caj sehingga 8% (6.5% Entry Fee + 1.5% Annual Management Fee)
Namun begitu anda perlu lihat perkara ini dengan sudut dan pandangan sebagai seorang pelabur yang optimistik dan bukannya pesimis….
Kita juga perlu lihat perkara ini dari sudut pandangan yang positif jika ingin mendapat pulangan yang diharapkan….
Jika anda bersikap pesimis dan negatif …sudah pasti anda tidak berpelunag untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada modal pelaburan anda itu…
Dan satu lagi perkara yang penting di sini, jika anda bersikap atau berfikiran negatif sedemikian, sudah pasti anda tidak akan cuba memasuki pasaran tersebut kerana tidak sanggup mengambil risiko kehilangan wang anda daripada dikenakan sedikit caj operasi pelaburan…
Sememangnya ada Unit Amanah yang tidak dikenakan caj langsung seperti dana yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun harus diingat dana seperti ASB adalah dana yang diuruskan oleh pihak kerajaan yang bermatlamat mendidik tabiat menabung, menyimpan dan melabur untuk kaum bumiputera di samping objektif utamanya untuk membantu meningkatkan pegangan ekuiti golongan tersebut dalam ekonomi negara.
Untuk menghilangkan kerisauan anda tentang caj ini, anda perlu lihat kepada situasi dan realiti sebenar dunia kewangan dan pelaburan.
Jika anda melabur terus di pasaran saham, anda juga dikenakan caj oleh pihak Broker yang menguruskan urusniaga jual beli saham anda,
Caj yang dikenakan adalah setiap kali anda masuk dan keluar daripada pasaran sekitar 1% bagi setiap urusniaga. Ini bermakna jika anda keluar dan masuk dalam pasaran saham sebanyak 10 kali, maka anda bakal dikenakan caj 10% dalam tempoh masa tersebut….
Katakan urusniaga sebanyak itu dilakukan dalam masa setahun…jika 10 tahun anda telah dikenakan caj sebanyak 100%…
Saya tidak mengatakannya tidak bagus jika sekiranya anda boleh mendapat pulangan 300% hingga 400% dalam masa itu, tetapi sebaliknya ramai yang membuat urusniaga saham dengan menjual pegangan saham mereka ketika harga jatuh merundum….!
Berbeza dengan Unit Amanah, caj yang dikenakan hanya sekali sahaja setiap kali anda membuat pelaburan…katakan caj yang dikenakan 6.5% dan matlamat dan strategi utama pelaburan unit amanah adalah untuk jangka sederhana dan jangka masa panjang.
Katakanlah anda pegang unit pelaburan anda selama 10 tahun, anda hanya dikenakan caj 6.5% sahaja untuk tempoh 10 tahun!
Jika anda kerap pegang dan jual, sudah tentu kos caj yang perlu anda tanggung tinggi, oleh itu dalam pelaburan Unit Amanah ini anda dinasihatkan untuk ‘beli dan pegang’ dalam jangkamasa yang panjang bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan anda.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 11 Sep 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam Pembaca Blog PemikirKaya dot com!
Apa khabar anda semua hari ini? Semoga sihat dan bagi yang berugama Islam pula semoga dapat meneruskan ibadah puasa dengan baik dan sempurna.
Bulan puasa ini kenalah sentiasa menjaga bajet atau belanjawan harian anda agar tidak lebih berbelanja bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Kebiasaannya emosi membeli kita lebih mudah dipengaruhi ketika perut sedang kosong. Kalau boleh semua juadah di bazar Ramadhan nak dibelinya!
Jika sepanjang bulan puasa ini ada di antara anda mengalami perkara sedemikian, seharusnya anda pelajari sesuatu dan ambil iktibar darinya supaya dapat anda pastikan bahawa anda hanya berbelanja berdasarkan keperluan dan bukannya kemahuan!
Bercerita tentang Bajet ini, ada dikalangan pembaca setia blog ini bertanyakan saya melalui email berkenaan dengan penyediaan bajet peribadi atau pun Belanjawan peribadi yang mereka sediakan setiap bulan.
Mudahnya untuk menyediakan bajet atau belanjawan bulanan anda, bolehlah anda samakan tugas anda sebagai Menteri Kewangan sebagaimana yang dibentangkan oleh DSAAB pada 29 Ogos 2008 yang lalu.
Walaubagaimana pun belanjawan yang anda sediakan tidak perlulah mempunyai agenda ‘menawan semula hati rakyat’ kerana skop bajet anda adalah lebih kecil iaitu untuk mencapai matlamat kewangan anda dan bukannya untuk memenangi semula hati dan undi ahli keluarga anda kerana jika anda berbuat sedemikian rupa ianya hanyalah bersifat sementara. Matlamat anda yang lebih penting adalah untuk memastikan kesejahteraan ekonomi keluarga anda berada dalam keadaan stabil dan utuh dalam tempoh masa yang panjang!
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, ramai di antara kita yang sentiasa merungut apabila berhadapan dengan bajet yang mereka sediakan.
Ini kerana mereka sentiasa lebih belanja daripada perancangan, (lebih kurang bajet yang dilaksanakan oleh negara kita!)
Bajet Malaysia sendiri mencatatkan belanjawan defisit berterusan selama 10 tahun. Iaitu belanja lebih daripada hasil yang diperolehi. Apakah ini memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil?
Dan jika sekiranya anda juga mempunyai ciri bajet yang sama dengan belajawan negara, saya pasti anda sudah ada jawapannya!
Apa yang nyata apabila berlaku situasi belanjawan sebegini satu soalan yang harus ditanya adakah anda benar-benar berupaya mengawal perbelanjaan sedemikian.
Jika anda berterusan membiarkan pengurusan bajet berada di dalam situasi sedemikian, adalah dibimbangkan ada kemungkinan anda berpotensi untuk menyertai kelab muflis!
Apa yang penting jika anda sedang mengalami bajet sedemikian, apa yang paling penting anda perlu berusaha untuk menarik lebih banyak sumber pendapatan dari luar dan jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Di samping itu, dalam masa yang sama kurangkanlah kos perbelanjaan hidup anda.
Jangan biarkan anda terikut-ikut pula dengan bajet negara yang nampaknya tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan 2009 baru-baru ini.
Anda juga harus ingat dalam menyediakan dan melaksanakan belanjawan, anda seharusnya berpegang teguh kepada perancangan bajet yang telah anda tetapkan. Tangguhkan dahulu segala apa ganjaran atau imbuhan sementara kerana ianya tidak ubah ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara.
Jika anda berterusan dengan trend pelaksanaan menikmati hasil gula-gula sementara ini, saya percaya bajet yang anda sediakan tidak akan dapat membantu anda, sebaliknya ianya hanya sekadar rancangan tanpa hasil!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Sep 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca Blog Pemikir Kaya!
Laporan akhbar beberapa hari yang lalu ada melaporkan negara kini telah mencatatkan kadar inflasi tertinggi pada Julai 2008 dengan kadar 8.5% iaitu keadaan paling teruk dalam sejarah ekonomi negara sejak 27 tahun yang lalu.
Menurut Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, inflasi yang dihadapi negara sekarang adalah merupakan inflasi dorongan kos disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan komoditi di seluruh negara.
Cuba anda bayangkan dengan kadar inflasi sebegitu tinggi, melebihi pulangan KWSP tahun lalu (5.8 %) dan ASB (8%), sudah tentu memberi kesan kepada wang yang anda miliki pada hari ini.
Kesannya anda boleh lihat sendiri kepada harga barangan keperluan pengguna hari ini yang meningkat naik dengan pantas tanpa anda sendiri sedari. Dengan trend kenaikan inflasi yang terus menerus meningkat, apakah hasil pendapatan anda turut meningkat sama?
Jika jawapannya tidak, anda akan berada dalam keadaan yang semakin tertekan. Ini kerana keperluan anda akan tetap sama dan mungkin akan bertambah tetapi wang anda tidak bertambah sebaliknya nilainya semakin mengucup.
Sebagai contohnya, jika dahulu dengan wang pendapatan sedia ada, anda mampu membeli 10 jenis barangan keperluan anda, kini mungkin anda hanya mampu membeli 8 jenis barangan sahaja!
Tidakkah itu memberi kesan kepada kewangan anda? Sudah tentu, bukan?
Jadi apa yang perlu anda lakukan kini adalah untuk bertindakbalas untuk menentang kesan daripada kos inflasi iaitu dengan bertindak dan bukannya duduk diam terus merungut dan menyalahkan pihak lain. Ini kerana orang lain tidak akan dapat membantu anda, hanya diri anda sendiri yang bertanggungjawab untuk mengatasinya.
Pihak kerajaan mungkin boleh mengambil tindakan berikut untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan :-
1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
3. Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halacara pembangunan negara.
Manakala tugas anda sebagai pengguna pula untuk menghadapi inflasi adalah dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut :-
Selain daripada itu, kaedah terbaik untuk menetang inflasi disamping melindungi nilai wang anda dalam jangkamasa yang panjang adalah dengan mencari produk atau peluang pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding nilai inflasi semasa seperti Unit Amanah dan Hartanah. Namun ianya juga bergantung kepada kemampuan dan kesanggupan anda untuk menerima kemungkinan dan risiko.
Pokoknya tanpa risiko anda mungkin tidak mendapat apa-apa pulangan kerana pada asasnya prinsip pelaburan, semakin tinggi risikonya semakin tinggi peluang untuk anda mendapat keuntungan!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 06 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca Blog PemikirKaya dot com!
Apa khabar, semoga sihat dan bagi yang berugama Islam selamat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi bagi anda yang berugama Islam kerana telah berjaya menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan pada minggu yang pertama ini. Kebetulan pula pada kali ini 1 Ramadhan disambut bersamaan dengan 1 September 2008, maka mudahlah untuk dibuat pengiraan…maklumlah tidak ramai umat Islam di negara ini yang sedia maklum dengan kalendar Islam yang kian terpinggir
Baiklah berbalik kita pada persoalan kita pada kali ini iaitu perancangan. Saya percaya sudah tentu ramai di antara umat Islam yang menyambut Ramdahan mulai sibuk membuat perancangan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
Persiapan baju raya, juadah hari raya, balik kampung si suami atau si isteri, langsir raya, sofa raya dan pelbagai bentuk perancangan persiapan telah mula disusun dan diatur dengan teliti agar lebaran tahun ini dapat disambut bersama keluarga yang tersayang.
Begitu juga dengan persiapan untuk juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramdahan ini, anda sudah tentu membuat beberapa perancangan untuk juadah berbuka puasa dan juga bersahur.
Rasanya hampir tiada langsung di antara anda yang tidak membuat apa-apa perancangan. Pendek kata semua orang dalam hidupnya akan membuat perancangan untuk mencapai matlamat hidup masing-masing.
Malangnya kebanyakan umat Islam hari ini, masih terlalu leka dengan perancangan hidup di dunia semata-mata. Mereka seolah-olah lupa bahawa kehidupan mereka pada hari ini adalah tidak ubah umpama jambatan bagi kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Ramai yang merancang untuk kehidupan di dunia tetapi terlupa untuk merancang untuk kehidupan mereka di akhirat kelak!
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan umat Islam amat digalakkan untuk menambahkan amal ibadat mereka terutama dalam bersedekah dan membelanjakan wang untuk diinfaqkan ke jalan Allah s.w.t
Sayangnya ada dikalangan umat Islam hari ini yang begitu ghairah berbelanja hanya setakat untuk perancangan kehidupan di dunia sahaja tetapi kian melupakan bahawa mereka juga sepatutnya merancang untuk membelanjakan wang mereka bagi bekalan di akhirat kelak.
Alangkah indahnya jika lebih ramai dikalangan kita hari ini yang mempunyai kesedaran untuk memperbanyakan sedekah sepanjang bulan Ramdhan ini dan berbelanja dengan penuh kesederhanaan untuk diri dan keluarga.
Semoga Ramdahan ini akan menjadi titik tolak kepada kita untuk turut merancang bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak disamping memenuhi tuntutan kehidupan duniawi hari ini. InsyaAllah…
Salam kekayaan,
THINKERICH