October 2008
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 31 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
” Adalah Lebih Baik Belajar Daripada Kesilapan Orang Lain Terlebih Dahulu,
Daripada Terpaksa Belajar Daripada Kesilapan Diri Sendiri…”
-THINKERICH

Posted by Thinkerich on 25 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Seseorang yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah orang yang tidak pernah melakukan sesuatu, manakala orang yang sering melakukan kesilapan adalah mereka yang tidak tahu apa-apa…”
“Melakukan kesilapan itu bukannya menjadi satu kesalahan sekiranya kita dapat belajar daripadanya, namun yang salahnya jika kita membiarkan kesilapan yang sama dilakukan berulang kali…”
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 22 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
If you want to fly, don’t hang around with chicken,
because chicken can’t FLY…
- Thinkerich
Posted by Thinkerich on 21 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Anda Tidak Dapat Mengawal Persekitaran Anda, Cuaca atau Pandangan Orang Tentang Anda.
Satu-satunya yang dapat anda kawal dan yang paling penting ialah Fikiran Anda!”
-THINKERICH
Posted by Thinkerich on 19 Oct 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Jika Anda Tidak Menjadi Tuan Kepada Wang,
Anda Terpaksa Menjadi Hamba Kepada Hutang…!
- Thinkerich
Posted by Thinkerich on 17 Oct 2008 | Tagged as: Unit Trust
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Masih ramai yang kurang jelas tentang konsep sebenar Unit Amanah atau Unit Trusts sehinggakan ada yang menyamakannya dengan pelaburan saham secara bulat-bulat..!
Tolong hentikan salah faham tersebut! Baca apa yang ingin saya jelaskan dan huraikan kepada anda semua agar anda dapat memahami asas dan konsep sebenar bagaimana ianya berfungsi.
Baiklah, untuk memudahkan anda faham akan konsep Unit Amanah ini, anda perlu lihat kepada perkara berikut:-
Apabila disebut Unit Amanah secara tidak langsung ianya melibatkan satu dokumen yang dipanggil SURAT IKATAN AMANAH yang dihasilkan dan dihidupkan.
Ianya adalah satu dokumen yang melibatkan tiga pihak iaitu antara Pemegang Unit, Pengurus Dana dan Pemegang Amanah (trustee).
Pelaburan Unit Amanah tidak sama dengan instrumen pelaburan lain seperti Saham dan Hartanah yang dapat memberikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.
Namun begitu, dalam jangka masa yang panjang ianya berpontensi untuk memberikan pulangan yang baik dan lumayan bergantung kepada keupayaan pengurus dana berkenaan.
Ini kerana Unit Amanah secara relatifnya berisiko rendah jika kita bandingkan dengan saham biasa yang didagangkan di pasaran tetapi di kalangan unit amanah tersebut ada juga yang berisiko tinggi.
Jadi jika anda ingin menempatkan wang anda dalam Unit Amanah, anda perlu faham bahawa ianya bukanlah tempat untuk anda mendapat pulangan dan keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi untuk suatu tempoh masa sedehana(lebih 3 tahun - 5 tahun) atau jangkamasa panjang (10 tahun atau lebih) dan amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai pelan pesaraan dan juga pelan simpanan untuk pendidikan anak-anak.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 15 Oct 2008 | Tagged as: Skim Cepat Kaya
Salam Pembaca Blog PemikirKaya dot com!
Apa khabar..? Semoga berada dalam kewangan yang sihat!
Bagi kawan-kawan yang telah terkena dan terlibat lagi dengan Skim Cepat Kaya Tahun 2008, saya harap anda semua jadikan ini sebagai suatu pengajaran dan ambil iktibar daripadanya.
Sedarlah bahawa untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya tidaklah semudah itu!
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam post saya sebelum ini, Apa Yang Perlu Anda Ketahui Jika Ingin Melabur , akhirnya Bank Negara Malaysia menyerbu 4 buah syarikat yang menjalankan aktiviti Skim Cepat Kaya tersebut..!
Jika Tahun 2007 dengan Skim Pelaburan Internet, Tahun 2008 pula dengan Pelaburan Syarikat melalui perkongsian keuntungan modal…itulah kitaran Skim Cepat Kaya di negara kita…dan yang amat menyedihkan, mereka yang terlibat adalah dikalangan mangsa yang sama
Sudah-sudahlah tu wahai kawan-kawan..ambillah iktibar daripada apa yang berlaku..
Celiklah dan pelajarilah realiti pelaburan yang sebenar…dan berpijaklah di bumi yang nyata…bacalah buku-buku kewangan, pelaburan dan ekonomi jika benar-benar ingin menjadi pelabur yang sebenar…
Hadirlah seminar-seminar yang berkaitan dan juga lawatilah blog-blog kewangan yang berkaitan dengan kewangan yang sebenar- macam blog ini
, dan jangan asyik melayari blog yang berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tidak berasas dan pulangan keuntungan secara tetap semata-mata…
Saranan saya, jika anda ingin menjadi pelabur yang sebenar, melaburlah dalam diri sendiri dahulu kerana ianya lebih menguntungkan anda ….!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 15 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
“Kita kata sesuatu itu tidak mungkin..,
padahal sebenarnya cuma tidak mudah…”
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Rahsia memberi ialah memberi tanpa mahukan balasan…
Sekiranya Anda menjangka untuk mendapat balasan, anda mengharap hasil…
Dan apa yang pasti, apabila anda mengharap, maka kuranglah yang terjadi ..!
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 13 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
Jangan Ukur Kebolehan Anda Berdasarkan Kebolehan Orang Lain,
Buat Apa Yang Anda Boleh Buat!
Terima Bakat Yang Anda Ada!
Ini Kerana Kepuasan Jiwa Datang Daripada Memupuk Bakat ANDA, Bukannya Dengan Mengingini Bakat Orang Lain!
Hargai Diri Anda! Jadilah Diri Sendiri
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 04 Oct 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kepenggunaan
Salam pembaca blog PemikirKaya..
Apa khabar semua? Semoga sihat semuanya…
Sejak kebelakangan ini saya terus menerus dihujani dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang, pulangan tetap setiap bulan, pulangan tetap berdasarkan jumlah pelaburan, semakin besar modal maka semakin besar pulangannya….perniagaan networking berlian dan batu permata, perkongsian modal bersama syarikat Stokis dengan pilihan pulangan 5 bulan atau berapa sahaja anda tentukan …dan pelbagai bentuk pelaburan koperasi…
Wah..naik penat dan pening saya mendengarnya…
Apa lah nak jadi dengan pemikiran dan sikap kaum Melayu dan Bumiputera yang tidak sudah-sudah dengan aktiviti buat duit atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang cepat dan pantas :( kesian saya melihat mereka…
Apabila saya memberitahu perkara sebenar tentang pelaburan mereka buat-buat tidak faham…saya sarankan melabur di tempat yang betul dan dijamin dan diluluskan pihak kerajaan mereka was-was dan tidak berani dan kalau ada pun mereka hanya berani bermula dengan jumlah yang kecil…yang amat kecil…
Amat kecil jika nak dibandingkan dengan pelaburan yang mereka buat ke dalam pelaburan yang ntahapaapantah tu…yang dakwa mereka diluluskan oleh Bank Negara Malaysia lah, berdaftar dengan SSM lah dan macam-macam lagi lah…
Apa yang mereka nampak adalah pulangan dan keuntungan mudah yang boleh mereka perolehi hasil daripada pelaburan itu dalam masa yang singkat…dalam erti kata lain mereka ni terlampau ghairah nak cepat kaya dengan cepat, mudah dan Malas….
Mereka duk menjaja Company ni berdaftar dengan SSM lah, ada Sdn. Bhd. lah dan pelbagai lagi..tetapi mereka tidak tahukah bahawa mendaftar perniagaan dengan SSM itu sesiapa sahaja boleh buat … mereka mungkin mendaftar menjalankan perniagaan lain tetapi modus operandi mendapatkan deposit tu di bawah bidang kuasa pihak lain pula…Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti!
Dan yang paling mengharukan, apabila ditanya kepada mereka, apakah bisnes yang dijalankan oleh company tersebut sehinggakan boleh memberi jaminan pulangan yang tetap…???
Macam biasalah mereka menjawab tentang perkara yang menghairahkan tentang pelaburan seperti berlian ,batu permata, emas, balak, dan ada juga yang dicanang menjadi Stokis yang besar…
Tetapi apabila ditanya Stokis tu jual apa? Mereka hanya tahu menjawab Stokis tu jual barang-barang…Barang apa? Mereka pun tidak tahu..??? Hai kesiannya …mereka ini….lemah betul!
Itulah, kalau ada di antara kita yang melabur hanya melihat kepada pulangan yang dijanjikan dan bukannya hendak mengkaji dan membuat penilaian logik sebelum melabur…
Apabila ingin melabur anda perlu tahu tentang operasi syarikat berkenaan, apa aktiviti mereka, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan bagaimana aktiviti mereka itu menyumbang kepada perolehan sayarikat…
Dalam dunia ini, jika dilihat secara logiknya tiada siapa pun yang sudi berkongsi keuntungan yang besar dengan penyumbang modal mereka!
Lihat sahaja pihak Bank, anda smpan wang dengan mereka, berapa yang diberi kepada anda?
Jika disimpan dalam Akaun Simpanan Biasa tidak sampai 1% pun. Jika dalam FD simpanan tetap tidak sampai 4% pun. Tetapi tahukah anda, pihak bank mengenakan faedah 10% menggunakan wang anda tetapi mereka hanya beri 1% hingga 2% sahaja kepada Anda! Maka tidak hairanlah pihak bank terus mencatatkan keuntungan juta ringgit bahkan berbillion…
Dan yang paling menghairankan, mereka yang melabur dalam skim seumpama dengan skim cepat kaya ini, tidak pernah terfikir bahawa terlampau banyak perkara yang menjadi syak kepada pelaburan mereka.
Contohnya, ada sesetengah skim atau program tersebut secara terang-terangan dan jelas cuba berselindung dengan tidak memberi apa-apa dokumen Hitam Putih kepada para pelaburnya…apakah ini sesuatu yang boleh diterima jika anda melabur puluhan RM tetapi tiada satu pun kenyataan yang menunjukkan anda adalah pelabur kepada Company berkenaan???
Jika anda simpan wang di Bank anda dengan hanya dua tiga ratus RM pun ada buku akaunnya, inikan pula pelaburan yang puluhan ribu RM…!
Jadi saranan saya jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan kaji dahulu, apakah aktiviti perniagaan tersebut, kerana pelaburan berkait rapat dengan permintaan dan tawara dalam ekonomi semasa dan bukannya hanya kepada Janji Pulangan Secara Tetap Setiap Bulan Berdasarkan Jumlah Modal Yang Anda Laburkan…
Berhati-hatilah…kerana di luar sana, terlalu ramai yang ingin mengambil wang daripada poket anda,….
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 03 Oct 2008 | Tagged as: Motivasi Diri
” Apabila Kita Memberi 2 Pilihan Pada Minda Kita,
Maka Kita Cenderung Bergerak Ke Arah Pilihan Yang Mudah.
Namun Apabila Kita Tidak Diberi Pilihan Lagi..
Kita PASTI Mencari Jalan Bagi MELAKUKANNYA…”
- Thinkerich