November 2008

Monthly Archive

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI?

Posted by Thinkerich on 29 Nov 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Ketika saya sedang merayau-rayau dan singgah di beberapa forum, saya terlihat ada ahli dan rakan forum yang nampaknya berminat ingin tahu pasal Perancangan Kewangan Peribadi…dan tidak kurang juga yang masih tidak jelas dengan perancangan kewangan peribadi nih..!

Perancangan Kewangan Peribadi atau Personal Finance adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian.

Apabila disebut Personal Finance tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah dengar bukan? Tapi kalau Personal Loan, saya sedia maklum ramai yang biasa dengannya..

Erks..yang terseksa dan merana kerananya pun banyak :) tak gitu?

Baiklah bila disebut perancangan kewangan peribadi ianya bukan setakat membuat simpanan dan buat belanjawan(bajet) bulanan, bahkan ianya lebih daripada itu!

Antara komponen asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi adalah melibatkan aspek berikut:-

  1. Perancangan dan Pengurusan Wang (CashFlow)
  2. Perancangan dan Pengurusan Risiko & Insuran/Takaful
  3. Perancangan dan Pengurusan Pelaburan
  4. Perancangan dan Pengurusan Percukaian
  5. Perancangan dan Pengurusan Wasiat/Harta Pusaka
  6. Perancangan dan Pengurusan Persaraan

Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu, pengurusan kewangan perbadi bukannya setakat dilakukan sebulan sekali bahkan ianya adalah satu perkara yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!

Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja atau pun bisnes!

Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun tidak seberapa…

Kebanyakan daripada masyarakat kita hari ini gagal dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah kerana mereka tidak memberikan perhatian dan tumpuan yang serius kepada perkara ini!

Ingat untuk berjaya dan menjadi Kaya, anda perlu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik tidak kira anda berpendapatan kecil mahu pun besar.

Ini kerana punca utama masalah kewangan bukanlah berpunca daripada berapa banyak yang anda dapat, tetap bagaimana tabiat pengurusan kewangan anda….terutamanya melibatkan perbelanjaan anda!

Saranan saya jika anda ingin hidup tenang dan bahagia sepanjang masa, rancanglah dan uruskan kewangan anda dengan teratur berdasarkan kemampuan dan matlamat hidup anda.

Harus diingat tiada perancangan yang khusus serta sesuai untuk setiap individu, ianya semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk merancang kewangan anda berdasarkan 6 komponen yang disebutkan seperti di atas!

Tetapi harus diingat anda tidak boleh melakukannya secara sendirian, dapatkan nasihat daripada proffesional yang berkelayakan..Erks.! Macam saya..! Coming Soon! :)

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat  kepada pembaca sekalian!

Salam kekayaan!

THINKERICH


JUTAWANCERAMIC | SKIM CEPAT KAYA

Posted by Thinkerich on 28 Nov 2008 | Tagged as: Skim Cepat Kaya

Salam pembaca blog yang saya hormati sekalian!

Agak lama saya tidak update kandungan blog ini. Saya mohon maaf, kerana agak sibuk kebelakangan ini dengan rutin harian.

Baiklah kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu perkara yang sangat menarik.

Selepas sarapan pagi tadi, saya buka email macam biasa tengok-tengok email yang dihantar oleh para pembaca blog ini. Banyak juga persoalan yang dikemukakan sama ada yang berkaitan motivasi, kewangan dan masalah hutang…

Erk..saya bukan perunding hutang tetapi setakat beri panduan dan jalan untuk mendapatkan sumber rujukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut boleh saya usahakan..

Saya akan cuba apa yang termampu…terima kasih kerana bertanya, saya amat menghargainya!

Dalam baca email sempat juga singgah di blog PakDi baca artikel beliau tentang Blogstarz Scam ! dan sempat juga jenguk blog Mohdismail yang turut membicarakan perkara yang sama Blogstarz!

Tapi dalam banyak-banyak email itu saya dapat satu email yang mempromosikan program JutawanCeramics dot com daripada seorang blogger yang saya kira aktif buat duit melalui internet!

Dan blognya boleh kira ramai juga pengunjung dan pembaca setia…dan beliau memang dikenali ramai..?

Saya amat menyukai gaya penulisan blognya yang penuh dengan kisah motivasi untuk mencipta kekayaan…dan pendapatan tambahan!

Tetapi saya amat terkedu a.k.a terkejut bila mana mendapat tahu beliau mempromosi satu program yang menjanjikan pulangan yang agak meragukan dengan pulangan ‘too good too be true..!’

Saya memuji usahanya unuk membantu lebih ramai masyarakat untuk menambah pendapatan tetapi apabila melibatkan sesuatu yang agak meragukan dan lebih mirip kepada SCAM dan Skim Cepat Kaya…saya tidak boleh bertolak ansur!

(SAYA TIDAK BERMAKSUD MENYATAKAN IANYA SKIM CEPAT KAYA / SCAMS -

Sekadar Berkongsi Pandangan Supaya Anda Semua BERWASPADA!)

=====================================

UPDATED TERKINI 23 JULAI 2009!

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raid on Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies was conducted at the premise of the company in Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.

Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.

Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia’s website ( www.bnm.gov.my ).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am - 5.00 pm)

Bank Negara Malaysia
23 July 2009

===========================================

Kalau apa yang saya perkatakan ini benar-benar berlaku…Ini dah kira kes aniaya orang namanya..beb!

Saya harap beliau cepat-cepat sedar perkara ini…

“Bro…jaga kredibiliti dan nama baik serta kepercayaan orang lain kepada anda! Jangan biarkan orang hilang kepercayaan pada anda, hanya semata-mata anda mempromosikan sesuatu yang tidak baik!”

 

Saya mula meneliti plan pemasaran dan konsep program ini dan untuk pembaca sekalian cuba teliti dan fikirlah secara logik….

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan buah fikiran saya supaya anda dapat berfikiran dengan akal yang waras dan rasional sebelum bertindak menyertai program ini.

Pertamanya, anda diminta untuk berfikiran secara terbuka dengan pandangan daripada blog mungkin Scams - Jutawan Ceramics HYIP yang Di Legalkan!

Tolonglah berfikiran waras!

Persoalan saya ! Laris benar perniagaan ceramics di musim kemelesatan ekonomi global nih!

Siapa yang sanggup beli sebegitu banyak ceramics ye?

Boleh buat bisnes barter trade ka selepas ini?
Mereka yang tidak arif dengan dunia dan konsep perniagaan sebenar mungkin mudah benar tertipu dengan trick sebegini…

Nasihat saya kepada rakan saya dan semua agar hentikanlah dalam melakukan perkara-perkara sebegini…

Sudahlah dan hentikanlah kepercayaan karut anda untuk mengajak orang ramai menjadi kaya dengan cepat hanya dengan menyertai program jual ceramic nih, macam tu ramailah orang jadi jutawan dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ni!

Apa yang saya nampak program ini sebenarnya mungkin ingin mengambil kesempatan ke atas kemelesetan ekonomi semasa.

Iyalah, kos sara hidup meningkat, gaji takat tu jugak…jadi mulalah tercari-cari kerja mudah yang boleh di’join’ ..

Dan perhatikan ‘tagline’ nya “santai-santai dan tanpa berpeluh”..haa..haa.haa  ;) bunyinya pun dah ala-ala HYIP!

Yang santai-santai tanpa  berpeluh tu..orang dah KAYA…!

Yang sertai SKIM CEPAT KAYA……mulai berpeluh apabila bayaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba :)

Dan yang menariknya, webjualannya tiada memaparkan Lembaga Pengarah ! Pemilik atau pun mereka yang bertanggungjawab ke atas syarikat tersebut! Cuba fikirkan..!

Dan wujudnya lebih daripada satu laman web yang berbeza tetapi memaparkan kandungan yang hampir sama ceramicclub.net dengan jutawanceramics.com

Dan lagi webjualan jutawanceramics.com tidak pula membuat rujukan kepada webjulan syarikat ceramics yang di dakwa itu..

Dan lagi kenapa nama pendaftaran syarikat yang tertera pada laman web jutawanceramics.com  iaitu JC UNIQUE ENTERPRISE  tidak memaparkan NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN yang SAH!

(tapi pemilik domain ni dah tukar syarikat kepada Pusat Agensi Ceramic Bussines Club Terengganu pulak doh! guane plok tu??? Siap dengan address tapi masih tetap tidak menampilkan Nombor pendaftaran perniagaan yang sah!)

TERKINI : LAMAN WEB DI ATAS TIDAK DAPAT DI AKSES!

Itu merupakan satu kesalahan dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)- kehendak APP 1956 & KKPP 1957 - Kaedah 13(2) KKPP 1957 - Sek12A dan boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Atau Syarikat yang dinyatakan itu sebenarnya tidak WUJUD? suka-suka je pakai letak…ha.!

Berhati-hatilah…

Goucera sebuah company yang terkenal dengan perniagaan jubin dan seramik pun tidak membuka peluang kepada orang ramai untuk memasarkan produknya dengan kaedah sebegini!

Kenapa? Kerana kosnya terlalu tinggi dan satu lagi mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan orang lain yang tidak buat apa-apa?

Tak pernah ada dalam dunia ini, sama ada orang atau pun company yang berniaga memberi lebih banyak keuntungan kepada orang lain berbanding mereka yang hanya menjalankan perniagaan!

Ingatlah, jika anda semua masih lagi menerima email, sms, pujukan dan ajakan kawan-kawan yang bermulut manis dan bercakap berdegar-degar tentang pulangan yang singkat, saya nasihatkan sekali lagi agar lari jauh-jauh.

Bawa-bawalah untuk berfikir secara waras. Tiada sesiapa pun yang sudi berkongsi keuntungan dan kekayaan dengan anda.

Mereka mempelawa anda dengan nada ‘berkongsi’ tetapi jauh di lubuk hati mereka tidak lain hanya semata-mata untuk mendapatkan komisen hasil daripada wang yang anda keluarkan dan peserta lain di bawah mereka. Last-last mereka yang terdahulu juga untung.

Yang menyertainya kemudian sekadar berputih mata dan pulangan yang dijanjikan ntah kemana, wang simpanan pun hangus begitu sahaja.

Jadi nasihat saya jika anda ingin menjadi kaya tambahkan pengetahuan kewangan anda.

Belajar bagaimana kekayaan sebenarnya boleh diperolehi daripada mereka yang telah menjadi kaya.

Jangan sekali-kali belajar daripada mereka yang ‘mengajak anda untuk menjadi kaya!’ Kerana mereka ini tiada lain semata-mata untuk menjadikan anda mangsa pembohongan mereka.

Ingatlah bahawa fenomena ‘cepat kaya’ ini akan terus wujud dari masa ke semasa. Cuma gaya dan taktik mereka sahaja yang berbeza dengan kaedah yang lebih licik untuk memperbodohkan kita semua.

Jadi berfikiran kaya’lah selalu dan bukannyacepat kaya!’ :)

Salam kekayaan

THINKERICH

INFLASI 7.6%, BERAPA PULANGAN PELABURAN ANDA?

Posted by Thinkerich on 23 Nov 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Sudahkah anda merancang dan meletakkan wang simpanan anda di tempat pelaburan yang sesuai?

Jika tidak, pasti anda sudah akan merasakan kesannya….jika sebelum ini  pada Julai 2008 , kadar Inflasi negara mencatat Inflasi Tertinggi 8.5%, laporan terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hanya menurun kepada kadar inflasi 7.6 peratus bagi Oktober 2008.

Dan anda sendiri dapat membayangkan  betapa wang yang anda dapat hari ini semakin kurang nilainya dan dari segi kuasa belinya sudah tentulah semakin berkurangan..

Walaupun harga minyak dalam negara telah diturunkan beberapa kali, namun kadar inflasi hanya menyusut 0.9 % iaitu tidak sampai 1 peratus!

Maka tidak hairanlah kos sara hidup semakin meningkat pada tahun 2008, dan sudah pastilah pendapatan semasa anda tidak lagi mampu untuk memenuhi dan menampung keperluan semasa hidup anda dan keluarga. Dengan erti kata lain anda sudah mulai mengalami masalah kekurangan Wang! (Untuk mengatasi masalah berkenaan anda boleh dapatkan penyelesaiaannya melalui www.bajetwang.com)

Oleh kerana itulah, pentingnya untuk kita merancang dan menguruskan kewangan kita!

Bayangkanlah jika anda membuat simpanan(jika ada ;) ) dan melaburkannya di tempat yang  paling selamat dan hanya boleh memberi pulangan 3.5% , maka sudah tentu anda akan mengalami kerugian (-3.5%) bagi bulan Julai 2008 dan (-4.1 %) bagi bulan Oktober 2008!

Ini bermakna menyimpan dan melaburkan wang di tempat yang selamat seperti simpanan tetap dan simpanan biasa, sebenarnya hanya selamat dari segi nilai tetapi tetap berisiko mengalami kerugian di telan INFLASI!

Itu sekiranya anda menyimpan dan melabur! Tapi bagaimana pula jika anda yang membuat pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah 6% ? Jawapannya anda campurkanlah 7.6% + 6% = 13.6% !

Ya, 13.6% nilai purata kerugian anda dalam tempoh semasa!

Mana yang lebih baik untuk kewangan anda ? Simpan atau Pinjam?

Maka mulai sekarang anda perlu merancang simpanan dan pelaburan anda yang boleh memberi pulangan purata sekurang-kurangnya 10% setahun…

Jadi anda mungkin bertanya, “Dimanakah tempatnya?”

Jangan risau, saya boleh bantu anda untuk mendapatkan jawapannya. Hubungi saya SEGERA, saya akan tunjukkan BAGAIMANA caranya :)

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

ANDA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA

Posted by Thinkerich on 22 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca Blog PemikirKaya!

Seringkali kita lihat orang yang mencapai kejayaan dan kekayaan menerima kejayaan demi kejayaan dengan begitu mudah. Bahkan anda dikalangan kita mula beranggapan bahawa memang nasib yang menyebelahi mereka.

Adakah Orang Kaya Bernasib Baik?

Ada pula yang beranggapan kejayaan yang mereka perolehi adalah hasil daripada bakat semulajadi yang dianugerahkan kepada mereka!

Namun begitu, itu semua bukanlah sebab dan faktor utama!

Ini kerana di luar sana, mereka yang mencipta kejayaan demi kejayaan sebenarnya telah melalui pelbagai rintangan, cabaran dan kegagalan sebelum beroleh kejayaan.

Orang hanya melihat kejayaan Francais KFC  sebagai sesuatu jenama Ayam Goreng yang gah di serata dunia, tetapi mereka tidak tahu bagaimana pengasasnya Kolonel Sanders terpaksa menerima lebih seribu kali penolakan dalam usaha untuk memasarkan resipi ayam goreng KFC nya!

Orang hanya melihat kejayaan Bill Gates yang pernah menjadi manusia paling kaya di dunia  menguasai pasaran software komputer di dunia tetapi mereka tidak pernah tahu bagaimana Bill Gates dan rakan-rakannya melalui pelbagai rintangan dan kegagalan awal dalam usaha menguasai pasaran software sebagaimana hari ini.

Ramai yang mengharapkan cubaan pertama sebagai asas kejayaan, malangnya yang pertama itu biasanya sesuatu yang paling teruk…bahkan yang kedua , ketiga dan seterusnya pun mungkin mengalami masalah yang sama…

Sekiranya anda tahu anda tidak akan gagal maka anda akan terus berusaha untuk mencapainya…hingga BERJAYA.

Jadi apakah rahsia kejayaan mereka? Salah satunya yang paling utama mereka tidak pernah BERPUTUS ASA!

Berputus asa boleh menyebabkan anda akan mati!

Yang Mati semangat!

Mati Usaha!

Mati segala-galanya…

Lihat orang yang berjaya tidak terus menikmati kejayaan, sebaliknya mereka mengharungi kegagalan demi kegagalan dengan tabah mempelajari sesuatu daripadanya…

Jadi saranan saya jika anda ingin berjaya dalam apa bidang yang anda ceburi sekalipun , ingat saranan saya ini,

“ANDA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA!”

 

Teruskan usaha dan pelajari sesuatu daripada kegagalan yang anda tempuhi, kerana sesungguhnya daripada kegagalan itu anda sesuatu yang boleh anda pelajari..!

Ingat!

Omputeh  bilang:- “Never, never, never Give Up..!”

Semoga berjaya!

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

PUBLIC MUTUAL MENANG ANUGERAH KLIFF KALI KE 2 BERTURUT-TURUT

Posted by Thinkerich on 21 Nov 2008 | Tagged as: Unit Trust

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang berita kejayaan Syarikat Pengurus Dana Unit Amanah No.1 Malaysia, Public Mutual yang memenangi sekali lagi Anugerah KLIFF buat tahun kedua berturut-turut.

Ini membuktikan bahawa Public Mutual adalah Pengurus Dana Unit Amanah yang sememangnya boleh diharapkan bagi membantu anda mendapatkan pulangan pelaburan dalam jangka masa sederhana atau panjang secara optima (paling baik)!

Berita baiknya di sini jika anda memerlukan khidmat runding dan nasihat tentang Unit Amanah Public Mutual, usah segan atau risau untuk menghubungi saya segera! kerana saya sedia memberikan maklumat lanjut khas untuk Anda!

Saya Bisa Mengaturkannya Untuk Anda :)

Baiklah untuk pengetahuan anda  Public Mutual adalah anak syarikat milik penuh  Public Bank. Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka bagi 2 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2008 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-5.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II kepada Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 18 November 2008 di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Tahun 2008 Anugerah KLIFF Kewangan Islam ke-5 dikendalikan oleh The Centre for Research and Training (CERT) dengan Halal Industry Development Corporation (HDC), dengan kerjasama Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM), the International Institute of Islamic Finance (IIIF) dan Messrs Hisham, Sobri & Kadir (HSK).

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (kiri) berbangga menerima anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka daripada Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II

 

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Teh telah menyatakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi memenangi anugerah yang berprestij ini. “Anugerah ini merupakan anugerah ke-121 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999.

Memenangi anugerah tersebut bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan pemimpinan kami di industri unit amanah Islam tetapi juga mengesahkan komitmen kami dalam mencapai kecemerlangan,” tambah beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and para pelabur atas sokongan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.
Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada akhir bulan September 2008, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM8.5 bilion. Ini merupakan 50.7% daripada bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.

Syarikat tersebut juga merupakan pengurus dana unit amanah Islam yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, memenangi sebanyak 32 anugerah dana Islam. Ini termasuk “Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia untuk tahun 2006 and 2007” daripada Failaka Advisors, Dubai, pemimpin yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 62 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah. Pada akhir bulan September 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM24.1 bilion.

Tahniah diucapkan kepada Public Mutual di atas kejayaan dan kecemerlangan tersebut.  Bagi mereka yang telah bertindak dan memilih Public Mutual sebagai pilihan mereka tahniah juga diucapkan kerana telah membuat pilihan yang tepat!

Bagi anda yang belum bertindak, jangan buang masa lagi kerana lebih lama anda menangguhkan tindakan untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan, maka anda  terus berada dalam kerugian!

Salam kekayaan,

THINKERICH

RANCANG KEWANGAN SEKARANG!

Posted by Thinkerich on 19 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi

Salam,

Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan yang tenang dan ceria gembira selalu!

Saya masih terkenangkan dan teringat-ingat lagi kata-kata daripada salah seorang teman saya..katanya:-

“Bagaimana saya nak mulai merancang dan menyimpan wang saya sekarang, wang gaji yang saya dapat ini pun dah cukup-cukup makan untuk kami empat beranak..! Nantilah saya fikirkan dulu, lagipun tak lama lagi saya akan dapat cahaya mata baru…”

Eerk..! Saya faham situasi teman saya ini…dan terbit rasa simpati pula:(

Ya, simpati!

Simpati kerana minda dan hatinya masih belum terbuka untuk bertindak dan seterusnya merubah nasib dan hidup mereka sekeluarga.

Dan saya percaya bukannya teman saya yang seorang ini sahaja yang mempunyai jalan fikiran seperti itu, bahkan ramai lagi yang serupa dan senasib dengannya…

Saya telah memberi saranan, cadangan dan cara untuk beliau merancang kewangan keluarganya, namun saranan saya nampaknya ditolak dengan seribu satu alasan..

Saya percaya terlalu ramai yang memikirkan kedudukan kewangan  mereka pada masa sekarang berbanding berfikir dan merenung masa depan kewangan mereka..

Mereka fikir dengan sekadar mampu memenuhi kehidupan semasa itu sudah memadai!

Mereka lupa bahawa jika mereka masih bertangguh untuk merancang kewangan dan masih enggan menyimpan untuk masa depan, sebenarnya mereka menempah jalan yang lebih berliku!

Apakah dengan bertangguh pada hari ini, mereka fikir dapat membantu mereka pada masa depan?

Mereka mungkin lupa bahawa kos hidup pada masa depan adalah tidak sama dengan apa yang ada pada hari ini.

Dan sudah tentulah keluarga mereka akan terus berkembang, anak - anak semakin membesar, belanja semakin meningkat tetapi nilai wang pendapatan mereka terus mengecut dan berkurangan….

Sudah tentulah dalam keadaan begini ramai di kalangan mereka mengambil keputusan untuk menambah beban HUTANG mereka dengan membuat pembiayaan peribadi bagi menampung keperluan hidup!

Menyara kehidupan dengan wang plastik- KAD KREDIT setiap bulan …

Dan yang lebih parah lagi.. ada yang MUFLIS!

Langkah yang terbaik bagi meningkatkan pengetahuan dan minda kewangan anda, sentiasalah mendapatkan Tip Perniagaan, Kewangan & Motivasi dari blog ini !

Jadi, renung-renung dan fikir-fikirkanlah…rancanglah kewangan anda dan bertindaklah dari sekarang. Semakin lama anda bertangguh maka semakin tenat kedudukan kewangan anda pada masa hadapan…

 

Salam kekayaan,

THINKERICH

 

 

BELANJA MELEBIHI PENDAPATAN

Posted by Thinkerich on 18 Nov 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam Pembaca Blog Pemikir Kaya,

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya…dan berada dalam keadaan gembira, sihat dan ceria selalu…

Hari ini kerajaan mengumumkan Harga Minyak Turun 15 sen lagi

Ini bermakna anda dapat jimat 15 sen seliter bagi setiap penggunaan minyak dari sebelumnya…

Harapan saya agar anda semua dapat mengambil kesempatan daripada penurunan harga minyak ini untuk meneruskan langkah berjimat cermat secara berterusan….

Namun begitu, ramai dikalangan masyarakat kita hari ini mungkin mengambil kesempatan ini untuk menggunakan lebihan sebanyak 15 sen tersebut untuk berbelanja..

Untuk mencapai kebebasan kewangan dan menguruskan kewangan dengan baik adalah dengan membuat simpanan 10% daripada pendapatan anda…

Malangnya fakta menunjukkan bahawa Ramai Rakyat Malaysia Berbelanja Melebihi Pendapatan 

Apa yang mereka lakukan adalah berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka! Jika anda turut sama termasuk dalam golongan ini, percayalah anda akan sentiasa berada dalam masalah kekurangan wang!

Jika sekiranya anda telah terjerumus dalam masalah kekurangan wang, saya sarankan anda dapatkan penyelesaiannya dengan KLIK DI SINI

Ingatlah bahawa anda akan menjadi kaya jika anda Simpan Lebih Banyak Daripada Perbelanjaan anda tetapi Anda akan menjadi MISKIN (dan mungkin MUFLIS) jika anda berbelanja melebihi pendapatan anda.

Salam kekayaan,

THINKERICH

PROMOSI & IKLAN

Posted by Thinkerich on 17 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Ada dikalangan usahawan dan para peniaga yang bertanya saya, bagaimanakah untuk meningkatkan jualan mereka dan menjimatkan kos pengiklanan?

Oh, satu soalan yang cukup baik dikala krisis ekonomi yang sedang melanda sekarang…

Baiklah, kerana saya percaya sesuatu yang baik dan mampu membantu orang lain itu perlu dikongsi dengan seramai yang mungkin, maka bersama ini saya maklumkan juga kepada semua para pembaca blog pemikirkaya..terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan…(yang belum jalankan bisnes boleh ambil tip ini sebagai panduan untuk dikongsi juga dengan yang lain..)

Jika sekiranya sebelum ini anda ada menyediakan dokumen seperti sebutharga, nota penghantaran dan juga invois, saya cadangkan anda gunakan dokumen tersebut sebagai alat promosi dan pengiklanan anda juga.

Gunakan kedua-dua belah muka dokumen tersebut, mungkin bahagian depan anda jadi sebagai sebutharga atau invois anda, dan di sebelah belakang anda boleh iklankan perniagaan anda (sebaiknya bergambar sebabnya minda dan mata kita lebih tertarik dan mudah mengingatinya daripada iklan yang berbentuk tulisan).

Dengan cara itu dokumen anda menjadi lebih UNIK dan akan menarik perhatian mereka yang menguruskannya..

Selamat mencuba!

Salam kekayaan,

THINKERICH

IDEA PERNIAGAAN

Posted by Thinkerich on 16 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan

Salam pembaca blog PemikirKaya..

Ramai dikalangan klien yang saya temui menyuarakan keinginan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri sebaliknya mereka pula mengeluh kerana tidak tahu apa bentuk perniagaan yang ingin dijalankan

“Kalau boleh nak jalankan perniagaan yang masih belum ada persaingan..”,jelas saudara Anwar (Bukan Nama Sebenar)

Saya menghormati keinginan beliau itu, namun saya nyatakan pada beliau dalam menjalankan perniagaan perkara utama yang perlu dilihat adalah PERMINTAAN..!

Bayangkan jika Anda berniaga sesuatu yang kurang permintaan gara-gara ingin mengelakkan persaingan…adakah perniagaan anda akan berjaya..???

Saya agak khuatir…kerana mungkin tidak sampai pun 2 bulan, perniagaan anda pun ‘Bungkus’:(

Selain daripada permintaan yang tinggi, perniagaan yang anda jalankan tersebut mungkin boleh datangnya dan diusahakan daripada Hobi anda..

Ini suatu IDEA yang menarik kerana jika anda mampu Mengubahkan hobi menjadi perniagaan peluang untuk anda berjaya lebih tinggi dalam perniagan yang anda jalankan…

Banyak idea menarik yang oleh anda jalankan berdasarkan hobi anda terutamanya untuk dipasarkan melalui media INTERNET

Namun begitu, jika anda ada IDEA yang baik tetapi GAGAL untuk BERTINDAK..ianya tidak akan membawa anda ke mana…

Memang diakui rakyat negara kita mempunyai IDEA yang BAGUS, tetapi masalah utama mereka adalah kerana mereka gagal untuk bertindak..

Mereka lebih suka membiarkan IDEA menjadi Angan-angan daripada membiarkannya menjadi KENYATAAN..

Saranan saya jika anda ingin memulakan perniagaan dapatkan idea yang ada hubungkait dengan Hobi anda…Ini kerana ianya mungkin boleh membawa anda lebih jauh dalam dunia perniagaan.

Errk…tapi jangan LUPA …Pastikan Hobi anda itu ada PERMINTAAN :)

Salam Kekayaan,

THINKERICH

MISKIN ITU MALAS BERFIKIR…

Posted by Thinkerich on 09 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Saya tertarik dengan jalan cerita dan adegan sinetron “Jelita” lakonan aktres jelita, Agnes Monica.

Jalan ceritanya mengisahkan Bayu - Hero utama dalam sinetron ini yang merupakan seorang anak orang kaya yang sangat membenci orang miskin, kerana dia menganggap orang miskin itu pemalas, tidak berguna dan sampah masyarakat…

Apakah itu realitinya?

Benarkah orang miskin itu pemalas?

Bagi saya orang miskin tidak malas, tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!

Oleh kerana malas untuk berfikir maka lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.

Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang rajin berfikir- Orang KAYA!

Mereka miskin mungkin kerana tidak berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.

Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.

Berkerja keras tanpa menggunakan minda seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.

Adalah jauh lebih baik anda berkerja dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Pernahkan anda membaca karya klasik Napolean Hill, Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk menjadi kaya! (Anda Ingin Mendapatkan karya klasik ini dalam bentuk eBook secara PERCUMA?) KLIK DI SINI

Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras menuruti minda dan fikiran orang lain…

Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi miskin…

Orang miskin tidaklah malas berkerja tetapi mereka malas berfikir…

Fikir- fikirkanlah..

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Blog ini dinamakan sebagai PemikirKaya kerana ingin menarik dan mengajak anda untuk rajin berfikir dalam mencapai apa jua matlamat hidup anda. Rajin berfikir bermakna anda juga akan menjadi bertambah kaya, itulah PEMIKIRKAYA!

 

2 CARA UNTUK MENJADI KAYA

Posted by Thinkerich on 06 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Bersua lagi kita pada hari ini dan yang menariknya kali ini saya ingin dedahkan 2 cara yang membolehkan sesiapa sahaja beroleh kekayaan…dan yang pasti Ianya juga mampu anda lakukan!

Anda boleh memilih salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali..

Untuk menjadi kaya, jalan dan langkah yang paling banyak diambil oleh orang disekeliling kita adalah dengan menjadi usahawan. Namun begitu, ianya bukanlah tiket yang mudah jika tidak kena pada jalan dan caranya…anda perlu mempunyai perancangan, kekuatan dan semangat yang tinggi untuk berjuang dan terus berjuang dalam dunia perniagaan yang penuh dengan asam garamnya, turun naik serta untung rugi…itulah risiko yang perlu anda hadapi dan uruskannya.

Namun jika anda merasakan diri anda bukanlah dalam kategori usahawan dan bisnes bukan pilihan anda, usah risau…anda masih ada peluang untuk menjadi kaya iaitu tidak lain tidak bukan melalui SIMPANAN..

Ya, hanya melalui simpananlah sahaja yang mampu membuatkan anda menjadi bertambah kaya.

Jika anda ingin  kaya, anda perlu membuat simpanan lebih banyak daripada apa yang anda belanjakan! Sebab utamanya, dengan menyimpan anda akan sentiasa memiliki wang…

Sebaliknya, jika anda asyik berbelanja dan terus berbelanja sehinggakan lupa untuk menyimpan anda sebenarnya meletakkan diri anda dalam jerangkap masalah! Ya, Masalah hutang…

Ramai orang lebih suka merancang perbelanjaan tetapi agak kurang orang merancang untuk menyimpan…

Saranan saya jika anda ingin menjadi Kaya, tingkatkan simpanan anda dan kurangkan perbelanjaan anda, rancanglah untuk masa depan yang kukuh dari segi kewangan dan bukannya merancang perbelanjaan dengan membuat hutang dan liabiliti sepanjang masa…!

Salam kekayaan,

THINKERICH

2 CARA BAGI MENINGKATKAN KEUNTUNGAN BISNES

Posted by Thinkerich on 05 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan

Salam pembaca pemikirkaya dot com,

Apa khabar? Semoga sihat ceria selalu..!

Baiklah kali ini kita berbicara berkaitan motivasi perniagaan pula…almaklumlah sekarang ini musim ekonomi dan perniagaan yang agak turun naik, jadi ada baiknya kita bincang pasal bisnes pula yek:)

Dalam perniagaan perkara utama yang menjadi matlamat utama adalah untuk memperolehi keuntungan…iyalah siapalah agaknya yang buat bisnes tak nak keuntungan …? Kalau ada itu kita tak panggil sebagai bisnes pula tetapi kebajikan!

O.K lah..salah satu cara yang paling biasa dilakukan adalah dengan berusaha meningkatkan keuntungan dengan membuat lebih banyak jualan, mendapatkan lebih banyak kerja atau kontrak, mencari sumber dan potensi produk baru dan pelbagai lagi…yang semata-mata untukmeningkatkan lagi pendapatan yang sedia ada.

Namun begitu jika kita hanya menumpukan kepada tujuan itu semata-mata kita mungkin mendapat untung tetapi daripada pulangan bersihnya mungkin berkurangan jika kita tidak mengambil kira kos yang wujud!

Oleh itu, 2 cara berikut adalah di antara kaedah popular yang digunapakai oleh para usahawan :-

Pertamanya;

Meningkatkan keuntungan bisnes dengan menambah jualan dan pendapatan

tanpa meningkatkan kos

 

Keduanya;

Dengan mengurangkan kos tanpa meningkatkan pendapatan

 

Cara kedua lebih banyak digunapakai ketika dalam krisis ekonomi di mana syarikat atau majikan terpaksa menjaga kepentingan para pelabur dan pemegang saham masing-masing dengan mengurangkan kos operasi di antaranya dengan memberhentikan pekerja atau menamatkan apa sahaja operasi bisnes yang tidak memberi pulangan dan keuntungan yang diharapkan.

Bagi anda yang menjalankan bisnes bolehlah sesuaikan dengan 2 cara tersebut untuk mencapai matlamat keuntungan anda!

Salam kekayaan,

THINKERICH

APA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA INGIN MENJADI KAYA?

Posted by Thinkerich on 03 Nov 2008 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca Blog PemikirKaya?

Sudah sekian lama, saya tidak berkongsi catatan dan buah fikiran saya untuk anda semua. Agak busy sejak kebelakangan ini…almaklumlah dalam suasana ekonomi yang sedang menurun ini, maka kita juga perlu lebih kuat dan giat berusaha untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan!

Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik untuk anda semua!

Anda semua ingin tahu bukan? Bagaimana seseorang itu boleh mencipta dan mengumpul kekayaan!

Selain daripada pengurusan kewangan personal yang baik dan teratur, mereka yang menjadi kaya juga tahu skill atau kemahiran untuk mendapatkan kekayaan.

Jadi apa yang perlu anda tahu sekiranya ingin menjadi kaya?

Salah satu perkara yang paling penting ialah anda perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengambil sesuatu tindakan….

Contohnya antara prinsip yang paling utama yang digunakan oleh para usahawan dalam mencipta dan mengumpul kekayaan mereka ialah dengan memegang kata-kata saranan seperti berikut:-

“Saya tidak perlu tahu dan lakukan semuanya,

apa yang paling penting saya tahu siapa yang boleh lakukan untuk saya!”

 

Cuba anda lihat bagaimana seseorang usahawan menjayakan projek, kontrak kerja mahu pun bekalan dan perkhidmatan tersebut.

 

Adakah mereka melakukannya segala-galanya? Sudah tentu tidak!

 

Sebaliknya mereka menggunakan kepandaian dan kepakaran orang lain untuk membantu mereka menjayakan apa yang telah mereka dapat. Mereka hanya menjalankan kerja-kerja pemasaran dan selebihnya mereka mendapatkan khidmat orang lain dan membayarnya. Itu sahaja!

 

Lihat mereka yang membina projek dan kontrak kerja yang besar, mereka mendapatkan kepakaran tenaga buruh yang pakar dalam kerja-kerja  binaan, mendapatkan graduan atau pekerja arkitek yang terbaik, mendapatkan perunding yang berkaliber dan segala-galanya yang terbaik.

 

Sebagai balasan, mereka membayar sejumlah wang dalam bentuk upah, gaji mahu pun komisyen kepada kumpulan tersebut dan seterusnya mereka tentukan sendiri berapa jumlah keuntungan yang ingin dinikmati.

 

Lihat kepada tauke-tauke perniagaan, mereka hanya mengurus dan ada sesetengah mereka membayar upah yang tinggi kepada seseorang pengurus yang hebat kerana mampu mendapatkan pulangan dan keuntungan yang tinggi  untuk syarikat.

 

Jadi mulai sekarang jika sekiranya anda ingin menjadi kaya, anda tidak perlu tahu apa yang perlu anda buat tetapi sebaliknya anda perlu tahu siapa yang boleh buat!

 

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

 

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet