December 2008

Monthly Archive

SELAMAT TAHUN BARU 2009 | TETAPKAN MATLAMAT ANDA!

Posted by Thinkerich on 31 Dec 2008 | Tagged as: EBOOK PERCUMA, Motivasi Diri

Salam Tahun Baru 2009 buat semua pembaca blog PemikirKaya dot com,

Apa khabar?

Semoga berada dalam keadaan ceria gembira dan sihat selalu!

Yang penting anda semua hari ini bersemangat dan memiliki motivasi baru menjelang tahun baru 2009 ini!

Kalendar tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya, pelbagai pengalaman pahit manis suka duka telah dilalui dan ditempuhi dengan penuh keredhaan!

Banyak peristiwa, kenangan dan pengalaman ditimba sepanjang tahun 2008 yang sudah tentunya membuatkan anda semua bertambah dewasa baik dari segi emosi, tingkah laku dan pemikiran!

Bagaimana dengan matlamat tahun 2008?

Adakah anda telah berjaya mencapainya?

Jika belum, usah kecewa kerana tidak semua matlamat yang anda tetapkan itu boleh berjaya 100% sebagaimana yang anda rancangkan!

Apa yang penting anda telah berusaha kearahnya, seperti kata pepatah;

“kita hanya merancang hanya tuhan yang menentukannya..”

Tetapi tahukah anda, kebanyakan matlamat yang dibuat pada awal tahun rata-ratanya tidak banyak yang tercapai?

Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang menetapkan matlamat, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri!

Ada yang hanya sekadar melafazkannya dibibir, tidak kurang pula yang hanya di dalam hati!

Ada juga yang hanya menetapkan dalam minda mereka!

Saya pasti anda mungkin biasa mendengar saranan daripada pakar-pakar motivasi dan juga guru-guru kejayaan supaya menulis matlamat yang anda impikan di atas kertas!

Tetapi tahukah anda, jika sekadar menulis matlamat anda di atas kertas dan mengharapkan ianya berhasil itu suatu KESILAPAN sebenarnya!

Ini kerana menetapkan matlamat bukan sekadar menulis matlamat di atas kertas tetapi lebih daripada itu!

Ianya memerlukan anda mengetahui cara-cara yang BETUL dalam menetapkan matlamat yang anda impikan!

Baiklah sebagaimana yang telah saya janjikan dalam post terdahulu,

maka bersempena Tahun Baru 2009, saya dengan sukacitanya melancarkan Siri eBook PemikirKaya yang pertama berjudul

“5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER!”

Yang menariknya anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA!

Anggaplah ianya sebagai HADIAH daripada saya buat anda semua pembaca setia Blog PemikirKaya dot com!

Anda amatlah digalakkan untuk menyebarkan eBook ini kepada lebih ramai orang untuk bacaan umum semua lapisan masyarakat! BUKAN UNTUK DIJUAL!

Ini kerana ianya adalah hasil daripada kajian dan idea penulisan yang saya ‘WAQAF’ kan untuk kebaikan dan manfaat semua!

Baiklah tanpa membuat masa lagi, anda boleh mula mendapatkannya sekarang melalui ruangan Free Ebook di atas!


Selamat membaca, dan semoga anda mendapat manfaat daripada eBook berkenaan..

Salam Kekayaan,

THINKERICH

KAMAL AFENDI - PENGANALISIS JENAYAH

Posted by Thinkerich on 30 Dec 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog,

  Siapa yang tidak kenal dengan saudara Kamal Afendi? Penganalisis Jenayah yang aktif menyampaikan mesej kemasyarakatan dalam menangani masalah jenayah dalam negara.

Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.

Apa yang menarik, beliau merupakan satu-satunya warga Asia (sudah semestinyalah rakyat Malaysia) yang dipilih masuk untuk mengikuti bidang tersebut!

Bayangkan beliau adalah wakil tunggal ASIA!

Lihat, betapa hebatnya orang Melayu dan Rakyat Malaysia!

Tiada yang Mustahil bukan!

Malaysia BOLEH!

Sesuatu yang cukup menarik tentang saudara Kamal Afendi adalah kesungguhan beliau dalam menyampaikan mesej menangani masalah jenayah kepada masyarakat. Beliau mengorbankan masa berharga beliau bersama keluarga semata-mata untuk memenuhi jemputan dan undangan masyarakat 7 hari seminggu.

Katanya, sewaktu muda dan masih bertenaga adalah tempoh masa yang terbaik untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan beliau sendiri mensasarkan sehingga usia beliau mencapai 45 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perkara tersebut.

Apa lagi yang boleh anda belajar daripada beliau?

Dalam kerjaya, beliau mencipta keunikan sendiri dan ‘menjual dirinya’ pada media dan kaca mata masyarakat sebagai seorang penganalisis jenayah!

Sesuatu yang unik bukan?

Tiada sesiapa pun yang pernah memulakannya, bahkan beliaulah orang pertama seumpamanya di Malaysia!

Maka tidak hairanlah 7 hari seminggu beliau memenuhi jemputan masyarakat.

Lihat! Bagaimana beliau melihat masalah jenayah sebagai suatu peluang untuk mencipta dan mengembangkan kerjaya beliau!

Anda juga boleh!

Fikirkan, serta cari dan dapatkan sesuatu yang unik yang belum pernah dilakukan oleh orang lain di sekitar anda!

Mungkin anda bakal menguasai pasaran kelak!

Satu lagi yang cukup menarik tentang falsafah saudara Kamal Afendi, beliau meletakkan pencapaian idola sebagai suatu ‘benchmark’ untuk berjaya dalam sesuatu bidang!

Tetapi itu sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang lain!

Yang Luar biasanya, beliau menetapkan falsafah tersendiri seperti berikut:-

“….untuk berjaya, kita perlu MELANGKAUI kejayaan yang pernah dicipta sebelum ini!”

Nah, lihat! 

Bukankah ianya satu falsafah yang cukup HEBAT?

Jadi jika anda ingin berjaya, letakkan matlamat tersebut untuk MELANGKAUI kejayaan Mentor, Ikon, atau Idola anda!

Sudah pasti selepas itu anda juga akan menjadi Mentor, Ikon dan Idola baru yang lebih HEBAT!

Salam kekayaan,

THINKERICH

KEVIN ZAHRI - SELEBRITI KECERGASAN

Posted by Thinkerich on 29 Dec 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan

Salam Pembaca blog Pemikir Kaya,

Semalam saya menonton rancangan Temujanji di saluran Astro AWANI dan kali ini tetamu jemputan adalah selebriti kecergasan - Saudara Kevin Zahri.

Apa yang menarik dan ingin saya kongsikan kepada anda berkenaan Kevin Zahri ini adalah pendekatan yang beliau gunakan bagi ‘Menjual Diri’ beliau untuk menjadi Selebriti yang dikenali ramai.

Dah sudah tentulah media penyiaran merupakan platform terbaik untuk menonjolkan bakat dan kebolehan anda.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh Ikon Jutawan Internet yang  tidak asing lagi iaitu saudara Irfan Khairi yang mula menonjolkan dirinya melalui sebuah buku ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar“, kemudian menjadi personaliti TV yang berbakat dalam menyampaikan motivasi kewangan dan perniagaan.

Kini saudara Shamsudin Kadir (SK) juga mula mencipta nama sebagai personaliti TV yang aktif menyampaikan motivasi kewangan. Juga bermula dari seorang penulis buku dan sentiasa mencari dan merebut peluang yang ada.

Apa yang saya tertarik dengan Kevin Zahri ni adalah approach yang beliau gunakan untuk menonjolkan diri beliau. Pantas menghidu peluang dan pandai mengatur strategi untuk mencipta nama sebagai seorang selebriti.

Tahukah anda bagaimanakah beliau bermula?

Ceritanya menarik dan begini kisahnya…

Kevin Zahri dan adik beradiknya adalah peminat setia Akademi Fantasia (AF) dan sering menonton bersama konsert mingguan yang diadakan.

Suatu hari beliau mendapat idea, apabila para pengkritik mula membicarakan tentang stamina dan berat badan para peserta AF3.

Apabila mendapati ada peluang untuk beliau menyertai AF musim berikutnya, beliau mula menyediakan kertas kerja dan proposal untuk musim AF4 dan beliau bertuah kerana pihak pengurusan ASTRO dan AF4 bersetuju untuk mendapatkan khidmat Perunding Kecergasan  dari beliau.

Lihat bagaimana Kevin Zahri membina ‘BRANDING” beliau yang tersendiri!

AF merupakan fenomena hiburan kegilaan ramai dan menjadi tumpuan dan sebutan masyarakat ketika itu. Beliau membina nama beliau dengan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang juga menjadi tumpuan masyarakat.

Hasilnya kini daripada seseorang yang tidak dikenali, beliau kini menjadi seorang selebriti kecergasan yang diminati ramai.

Lihat berapa ramai perunding kecergasan di Malaysia? Tetapi kenapa Kevin Zahri yang menjadi terkenal? Kini menjadi penulis buku dan juga Usahawan Kecergasan yang berjaya!

Bezanya cuma satu! Kevin BERTINDAK! yang lain tidak! Itu sahaja!

Kini jika anda ingin berjaya dalam bidang anda, mula Bertindak dan ‘jual diri anda’kepada masyarakat!

Kini apabila sebut sahaja Perunding Kecergasan, pasti orang akan terfikir KEVIN ZAHRI - “branding” kecergasan yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau dalam rancanagan TEMUJANJI  tersebut, katanya beliau berusaha untuk mendapat tempat sebagai salah seorang tenaga pengajar AF dengan menyediakan proposal bagi memasukan elemen baru dalam AF. Katanya lagi pihak ASTRO tidak datang mengetuk pintu menawarkan peluang tersebut sebaliknya beliau mencipta peluang untuk dirinya sendiri.

Jadi jelaslah di sini untuk kita berjaya dalam apa bidang sekalipun Kita tidak boleh duduk diam menunggu peluang sebaliknya kita kena mencipta peluang!

Salam kekayaan,

THINKERICH

SALAM MAAL HIJRAH 1430

Posted by Thinkerich on 27 Dec 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Tahun baru Hijriah 1430 dan selang beberapa hari (2Hari) selepas itu tahun baru masihi 2009 pula kan menyusul tiba.

Nampaknya matlamat dan azam boleh dirancangkan sekaligus..!

Persoalannya kenapa dan mengapa azam dan matlamat baru hanya dibuat pada setiap kali muncul tahun baru? Tidak boleh ke dibuat bila-bila masa?

Kenapa azam dan matlamat hanya hendak dilakukan setiap kali munculnya kalendar tahun baru?

Ada kemungkinanya untuk mudah dikira, dihitung, dimuhasabah serta direnungkan setiap peristiwa baik buruk  kejayaan kegagalan pahit manis onak duri dan sebagainya sepanjang tempoh satu tahun..mungkin itu realitinya.

Tapi adakah setiap matlamat yang anda rancang itu berjaya dicapai? Jika tidak kenapa tidak berjaya?

Ramai yang tidak berani membuat azam dan matlamat yang besar! KENAPA?

Ramai yang takut untuk bertindak dan takut untuk buat komitmen untuk mencapainya!

Maka tinggalah matlamat itu sekadar IMPIAN dan menjadi angan-angan…

Baiklah untuk tidak menghampakan anda dan agar anda tidak lagi keseorangan dalam menyediakan matlamat dan azam tahu baru tanpa panduan dan bimbingan yang betul, maka blog PemikirKaya dot com dengan berbesar hati ingin menghadiahkan anda sesuatu yang Istimewa…

Ini kerana terlalu ramai yang bertanyakan saya, “Bagaimana nak buat azam dan matlamat yang POWER???”

Baiklah sempena menyambut Maal Hijrah 1430 ini, saya ingin menghadiahkan untuk anda semua sebuah eBook istimewa berjudul:-

“5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER!!

Ini merupakan sumbangan yang pertama daripada saya bagi menghargai kesetiaan anda mengunjungi blog PemikirKaya Dot Com..dan mulai tahun hadapan Blog PemikirKaya juga akan mula menerbitkan eBook setiap bulan untuk anda semua…dan yang paling menariknya ia adalah PERCUMA!

Jadi sebar-sebarkanlah ebook dan laporan yang diterbitkan dari blog ini untuk kebaikan bersama…

Alhamdullilah eBook berkenaan kini dalam draf akhir, InsyaAllah sebelum Tahun 2009 dalam beberapa hari lagi saya akan lancarkan untuk dimuatkan ke dalam blog ini dan diedarkan kepada semua…Jadi jangan lepaskan peluang ini dan selalu lah berkunjung ke blog ini, dan war-warkan lah kepada semua orang-orang kampung :)

Jadi itu adalah sebahagian daripada matlamat Hijriah # 1,  blog PemikirKaya iaitu berkongsi sebanyak mungkin ilmu kepada semua kerana ilmu itu bukanlah milik kita, ia adalah anugerah Allah s.w.t maka perlulah ianya dikongsi kepada sekalian umat…dan apabila disebut hijrah kita perlu mengambilkira perubahan yang perlu dilakukan oleh kita semua.

Antaranya adalah berhijrah…:-

Daripada tidak tahu kepada tahu,

Daripada tidak berilmu kepada Berilmu,

Daripada berhutang kepada melangsaikan hutang,

Daripada Miskin ke Sederhana,

Daripada Sederhana kepada Kaya,

Daripada sekadar menerima kepada memberi,

Daripada sikap buruk kepada baik,

Daripada malas kepada rajin,

Daripada kegagalan bangkit kepada kejayaan,

dan pelbagai lagi perkara yang perlu kita hijrahkan untuk sesuatu yang lebih baik… Jadi sebelum anda menyambut tahun baru 2009 jangan lupa untuk menyambut Maal Hijrah 1430 dengan azam perubahan dan penghijrahan yang mampu menjadikan kita lebih baik daripada tahun 2008!

Tetapkan matlamat Hijrah anda terlebih dahulu…sebelum matlamat tahun baru!

Salam kekayaan,

THINKERICH

FOBIA PADA AGEN INSURAN/TAKAFUL & PERUNDING UNIT AMANAH

Posted by Thinkerich on 26 Dec 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam Pembaca PemikirKaya,

Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu!

Maaf, agak lama saya tak berkongsi catatan dalam blog ini…kepada mereka yang datang menjenguk ke blog ini(walaupun tak ada cerita baru), saya ucapkan terima kasih kerana tetap menantikan sesuatu yang  SEGAR dari blog ini…

O.K, baiklah…kita teruskan dengan cerita hari ini. Ketika saya singgah di beberapa Blog, saya tertarik dengan komen - komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog berkenaan dan ada di antaranya cukup menarik untuk saya kongsikan dan kupaskan kisahnya di sini.

Salah satu kisahnya adalah ketakutan yang melampau a.k.a FOBIA sesetengah daripada kita dengan kehadiran Agen Insuran/Takaful mahu pun Perunding Unit Amanah! Bahkan ada yang menyarankan agar ditulis sebuah ebook berkenaan:-

 

“Bagaimana Untuk Melarikan Diri & Mematikan Hujah Agen Insuran/Takaful & Perunding Unit Amanah!”

 

Saya dapat rasakan ketakutan yang amat sangat mereka kepada agen dan perunding ini adalah kerana faktor berikut:-

 

Pertama

Pengalaman Buruk kerana di ‘Approach’ oleh agen/perunding yang tidak profesional - (memaksa prospek untuk membeli produk mereka dengan menggunakan hujah-hujah yang lebih banyak memperbodohkan prospek)

Kedua

Tidak mempunyai kesedaran dan keperluan tentang produk kewangan peribadi - (agen/perunding gagal memberikan ilmu kepada prospek sebaliknya lebih fokus untuk mengejar komisyen sehinggakan lupa untuk mendidik)

Ketiga

Sememangnya tiada CUKUP WANG dan LEBIH BANYAK HUTANG! Jadi bagaimana nak beli insuran/takaful apatah lagi nak buat tabungan dalam Unit Amanah? - (mereka yang tergolong dalam kes ini terpaksa mendapatkan khidmat runding Perancang Kewangan Berdaftar/Bertauliah dan bukannya agen/perunding yang hanya tahu menjual!)

 

Jadi jelaslah di sini, masih ramai yang tidak faham dan tidak berpeluang untuk merancang kewangan mereka adalah kerana ;

 

Pertama mereka sememangnya tidak tahu akan keperluan produk atau sesuatu alat kewangan itu pada diri mereka,

 

Keduanya mereka menemui agen/perunding yang tidak profesional a.k.a kurang berilmu untuk membantu mereka…dan ;

 

Ketiganya mereka merasakan agen/perunding yang datang itu semata-mata berjumpa dengan mereka hanyalah untuk mengambil wang mereka bagi tujuan mendapatkan  komisyen yang lumayan semata-mata!

 

Jadi pesan saya, kepada agen/perunding  tidak kira insuran, takaful mahu pun unit amanah, janganlah mengejar komisyen semata-mata. Tambahkan lah ilmu pengetahuan dan gunakanlah konsep pendekatan mendidik dan membimbing dan bukannya memaksa…berundinglah dengan bijaksana….

 

Kepada mereka yang fobia dengan agen/perunding nie… jangan risau, keputusan ditangan anda, jika anda tidak perlu sesuatu produk kewangan itu, tolaklah dengan berhemah…

 

Namun begitu anda juga perlu ambil tahu pasal kewangan peribadi…Dapatkanlah nasihat daripada Perancang Kewangan Profesional yang berdaftar/bertauliah kerana mereka lebih telus. Ini kerana khidmat nasihat yang mereka berikan adalah berdasarkan kedudukan serta kemampuan dan matlamat kewangan anda.

 

Salam Kekayaan,

 

THINKERICH

 

 

 

 

 

 

 

 

BELANJA DAHULU BAYAR KEMUDIAN…

Posted by Thinkerich on 12 Dec 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca Blog PemikirKaya!

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria di hari Jumaat yang mulia ini!

Baiklah hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu tabiat yang mengakibatkan ramai rakyat Malaysia Berbelanja Melebihi Pendapatan..

Rata-rata ramai dikalangan masyarakat hari ini amat, amat menggemari tabiat ini!

Iya iyalah…tanpa perlukan wang yang secukupnya di dalam tangan/poket tapi anda boleh belanja dahulu untuk mendapatkan apa sahaja keperluan, kemahuan dan impian anda…

Wahhh..syoknya rasa dunia ini anda yang punya…!

Inilah salah satu punca kepada masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan orang dan ianya bertentangan sama  sekali dengan konsep Simpan Dahulu Belanja Kemudian

Anda perlu ingat! Perancangan penting dalam apa jua bentuk kehidupan apatah lagi apabila ianya melibatkan kewangan anda…!

Cuba bayangkan anda mengamalkan tabiat pengurusan kewangan sebegini, dengan hutang membuat hutang, sudah tentu anda akan menjadi seperti kebanyakan orang yang lain iaitu sepanjang hidup mereka hanya sekadar melangsaikan hutang.

Yang anehnya, mereka sanggup “bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian” dan lebih menyedihkan lagi, ada di antara mereka yang telah bersara dari menerima wang tetapi dalam masa yang sama masih belum bersara membayar hutang!

“Orang kaya kumpul wang, mereka yang sederhana dan miskin kumpul hutang!”

Ingatlah anda perlu Simpan Dahulu Belanja Kemudian untuk memastikan kewangan anda  sentiasa berada dalam kedudukan yang baik!

Salam kekayaan,

THINKERICH

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Posted by Thinkerich on 07 Dec 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog PemikirKaya!

Alhamdullilah, syukur kerana esok semua umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.

Kepada pembaca setia blog pemikirkaya dot com yang berugama Islam saya ucapkan Selamat Hari Raya..

Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada tuntutan korban yang dilaksanakan.

Banyak yang boleh kita renungkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam pengurusan kewangan.

InsyaAllah jika diberi kesempatan dan dengan izinnya, saya akan berkongsi dengan anda berkaitan kepentingan korban dalam kehidupan.

Selamat Hari Raya Aidiladha…

Salam kekayaan,

THINKERICH

MOTIVASI TERBAIK ADALAH DIRI SENDIRI

Posted by Thinkerich on 06 Dec 2008 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam Pembaca blog pemikirkaya,

Apa khabar? Moga berada dalam keadaan bermotivasi selalu..

Apabila sebut motivasi sudah tentu ada dikalangan anda yang terfikirkan mengenai perlunya seorang perunding motivasi, pakar motivasi dan buku motivasi untuk mebangkitkan semangat dan motivasi diri anda!

Dengan kata lain, ramai yang terlalu bergantung kepada faktor luaran. Memang tidak dinafikan faktor luaran mampu membangkitkan dan mendorong kita tetapi tanpa tindakan dari diri sendiri adalah jauh lebih penting dan tanpanya ianya tidak akan membawa sebarang makna!

Pakar Motivasi, Seminar Motivasi Dan Buku Motivasi hanyalah pendorong sementara …ianya hanya bahan bakar yang membantu anda meningkatkan motivasi anda pada ketika itu, tetapi lama kelamaan ianya akan pudar dan kendur jua akhirnya…

Ianya tidak akan bertahan lama!

Yang kekal hanyalah Motivasi dari dalam diri anda sendiri…

Ingatlah, Motivasi yang terbaik adalah DIRI SENDIRI…

Salam kekayaan,

THINKERICH

JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN

Posted by Thinkerich on 05 Dec 2008 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya percaya ramai yang mempunyai impian untuk mencapai apa sahaja keinginan mereka tetapi malangnya lebih ramai lagi yang membiarkan impian itu sekadar angan-angan…

Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini boleh dicapai jika sekiranya anda ada kesungguhan dan displin yang tinggi untuk mencapainya.

Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.

Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi saya memberikan sedikit panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.
Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Ikuti beberapa langakah berikut agar anda dapat melaksanakannya dengan lebih teratur.

Langkah #1
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.

Langkah #2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.

Langkah #3

Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.

Langkah #4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.

Langkah #5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.

Langkah #6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.

Ingat anda perlu mengikuti panduan dan langkah -langkah tersebut sekiranya anda ingin menjadikan impian anda satu kenyataan.

Salam kekayaan,

THINKERICH

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGESAN SKIM CEPAT KAYA?

Posted by Thinkerich on 04 Dec 2008 | Tagged as: Skim Cepat Kaya, Kepenggunaan

Salam pembaca blog!

Kita bersua lagi hari ini! Baiklah sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini blog PemikirKaya dot com akan  meneruskan khidmat untuk menyedarkan masyarakat akan penipuan dan pembohongan Skim Cepat Kaya!

Baiklah, ada ramai yang bertanya saya berkenaan persoalan ini…

“Bagaimanakah Untuk Mengesan Skim Cepat Kaya?”

“Saya Keliru dengan pelbagai tawaran berbentuk skim pelaburan, skim perkongsian modal, skim perniagaan dan ada juga yang mendakwa berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen Akta Jualan Langsung  (AJL) untuk menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan Jualan Langsung..???”

 

Baiklah berikut panduan yang boleh anda gunakan untuk menilai sesuatu tawaran yang ditawarkan kepada anda,  dan di antaranya kita panggilnya seperti berikut :-

Skim pengambilan deposit secara haram.

 Ciri-cirinya adalah seperti berikut:-

Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.

Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;

Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.

Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim urus niaga mata wang asing haram

Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);

Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet; Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;

Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan (”panggilan margin”) atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;

Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;

Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.

Jadi saya sarankan kepada anda semua untuk menyelidik dan berhati-hati dan jadikan maklumat yang saya kongsikan ini sebagai rujukan buat anda agar wang titik peluh anda selamat jika tidak mungkin ianya hilang lebur begitu sahaja.

Salam kekayaan,

THINKERICH

APAKAH SKIM CEPAT KAYA?

Posted by Thinkerich on 03 Dec 2008 | Tagged as: Skim Cepat Kaya, Kepenggunaan

Salam pembaca blog!

Hari ini saya bertemu dengan seorang teman yang datang ingin mendapatkan sedikit khidmat nasihat tentang bagaimana nak uruskan wang pendapatannya…

Dan dalam sesi soal selidik itu banyak perkara yang dapat saya kongsikan kepada anda semua…

Kebanyakan orang akan bertindak berdasarkan apa yang orang lain buat…mereka mudah terikut-ikut walaupun tahu perkara itu tidak betul..

Contoh pertama adalah berkenaan pinjaman kewangan melalui Along yang Berlesen…

Sesetengah daripada masyarakat yang “makan gaji” pada hari ini tidak kisah untuk membuat pinjaman dan dikenakan faedah 12% sebulan hanya untuk memenuhi keperluan kecemasan…akibat gagal merancang kewangan lebih awal..

Contoh keduanya mereka cuba menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan menyertai program Skim Cepat Kaya yang mereka sangka pelaburan tulen…

Padahal mereka secara terang-terangan diperdaya dengan sistem yang kononya berbentuk perkongsian modal.. yang menjanjikan pulangan modal dalam masa singkat dan keuntungan  tetap dalam beberapa bulan sahaja..dalam syarikat yang mendakwa menjalankan perniagaan yang kurang jelas bentuk urusniaganya…

Iyalah apa yang mereka perlu adalah mendapatkan wang dengan cara yang rileks, santai-santai dan goyang kaki…tanpa perlu bersusah payah…cukup masa dapat pulangan modal dan keuntungan dan tanpa disedai mereka akan terus mengulangi perkara yang sama dengan harapan mendapat keuntungan yang berganda…alahai kesiannya..!

Saya sebenarnya dah penat bercerita kepada mereka tentang realiti sebenar pelaburan dan perniagaan…mana ada dalam dunia ini perniagaan yang boleh dapat keuntungan secara berterusan dan boleh menjanjikan pulangan tetap yang tinggi dan singkat…

Pihak bank sendiri tidak mahu berkongsi keuntungan dengan anda pulangan yang tinggi, apatah lagi sebuah syarikat yang mendakwa baru berniaga dan terus boleh beri keuntungan lumayan hasil perlaburan wang anda!

Tetapi itulah lumrahnya manusia mudah benar dikuasai nafsu dan sifat tamak tetapi malas berusaha..dan kesudahannya mereka merana:(

Jadi apakah Skim Cepat Kaya?

Berikut huraian yang boleh membantu anda berwaspada dengannya…

Skim Cepat Kaya (SCK) adalah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim “Cepat Kaya” yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

  • Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).
  • Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.

Jadi anda mungkin mulai mendapat sedikit info atau gambaran yang jelas tentang SCK…Tapi Bagaimanakah Untuk Mengesan Skim Cepat Kaya?

Ikutilah pendedahan saya dalam artikel yang akan datang..Jangan lupa sentiasa melawati blog ini selalu untuk mendapatkan lebih banyak tentang info kewangan

Salam Kekayaan,

THINKERICH

SIMPAN DAHULU BELANJA KEMUDIAN

Posted by Thinkerich on 01 Dec 2008 | Tagged as: Unit Trust, Kewangan Peribadi

Salam Pembaca Blog PemikirKaya!

Alhamdullilah, kita dapat bersua lagi kali ini dan saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dapat berkongsi idea melalui penulisan di blog ini…

Dalam saya menyampaikan ceramah dan taklimat kewangan kepada para peserta, saya dapati rata-rata kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan  pengurusan kewangan yang biasa - biasa yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak berjaya dalam pengurusan kewangan mereka.

Ya, yang biasa-biasa dilakukan oleh ramai orang!

Dan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, maka hasilnya pun sama dengan apa yang diperolehi oleh kebanyakan orang.

Sudah, tentu anda pun tahu kebanyakan orang di luar sana  terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius!

Kenapa anda ikut cara mereka jika anda tahu apa yang dilakukan itu tidak betul?

Saya tahu, anda sebenarnya tidak tahu apa yang anda lakukan itu sebenarnya tidak betul! Tetapi anda tiada pilihan lain lagi sebabnya anda tidak tahu bagaimana lagi caranya…

Baiklah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan ini, biar saya berkongsi dengan anda tip ini….Simpan Dahulu Sebelum Anda Berbelanja..

Ya, anda tentu pernah dengar( jika pernah la ;) ) saranan bayar dahulu 10% untuk diri anda bukan? Konsep yang sama!

Tetapi saya ingin tegaskan kepada anda , jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu patuhi saranan ini.

Tanpanya anda mungkin tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik buat selamanya…

Mungkin ada di antara anda yang mula bertanya,

“Saya faham perlu disimpan 10%, tetapi mahu simpan di mana? “

Oh, maafkan saya, biar saya jelaskan secara terperinci di sini…

 

Simpanan 10% daripada pendapatan anda itu perlu disimpan dalam instrumen kewangan pelaburan jangka masa panjang yang mungkin boleh digunakan untuk persaraan anda suatu hari kelak.

 

Sudah tentulah tempat terbaik bagi mereka yang tiada kemahiran teknikal berkenaan pelaburan adalah melalui Unit Trust!

 

Ini kerana dalam jangka masa yang panjang pulangan daripada Unit Trust adalah lebih baik berbanding simpanan biasa mahu pun simpanan tetap!

 

Anda boleh pilih sama ada untuk memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh kerajaan seperti ASB, ASN, ASW dan sebagainya atau memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh pengurus swasta seperti Public Mutual..

 

Namun begitu, anda perlu tahu ciri dan perbezaan di antara dana yang diuruskan oleh PNB (kerajaan) dengan Public Mutual (pengurus dana swasta)…

 

Dana yang diuruskan PNB sebagai contoh ASB adalah dana Pendapatan manakala dana Public Ittikal  yang diuruskan oleh Public Mutual pula adalah dana Pertumbuhan/Pengembangan Modal.

 

Apakah ciri yang membezakan keduanya lagi?

 

Saya akan sambung pada artikel yang seterusnya…

 

Salam kekayaan,

THINKERICH

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet