February 2009
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 28 Feb 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca PemikirKaya !
Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa anda sebenarnya boleh memohon pengecualian daripada membayar yuran tahunan kad kredit yang dikenakan.
Harus diingat pihak pengeluar kad kredit memperolehi keuntungan mereka daripada pelbagai caj yang dikenakan kepada pengguna mereka antaranya caj faedah ke atas baki tertunggak, caj pendahuluan tunai, caj denda bayaran lewat dan juga caj yuran tahunan!
Apakah anda sanggup untuk menjelaskan yuran tahunan hanya semata-mata untuk berhutang atau dengan kata lain, anda bayar kepada mereka yang membuat untung hasil daripada kelemahan pengurusan kewangan anda sendiri?
Sepatutnya ada keluarkan wang untuk belajar menguruskan kewangan bukan sebaliknya!
Jadi, adalah sesuatu yang tidak waras jika anda masih bersetuju untuk memberikan wang percuma kepada pihak pengeluar kad kredit sebagai yuran tahunan hanya kerana anda suka dan pandai berhutang dengan kad kredit!
Mulai sekarang, cuba berbincang dengan pihak bank atau pengeluar kad kredit dan mohon untuk pengecualian daripada dikenakan yuran tahunan! Pihak bank mungkin mempertimbangkannya!
Maka tips hari ini, jika anda mempertimbangkan untuk menggunakan kad kredit seboleh mungkin cuba dapatkan kad kredit yang tidak mengenakan caj yuran tahunan kepada anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 26 Feb 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips mudah dan berkesan, bagaimana nak menggunkan kad kredit anda dengan bijak!
Bagi yang belum ada kad kredit tu, boleh baca dan tambahkan ilmu pengetahuan dan jadikannya sebagai asas dan iktibar sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kad kredit!
Ramai yang saya rasa mereka kurang faham atau saje-saje tak faham atau memang tak faham cara sebenar untuk gunakan kad kredit nih!
“Alaa..kalau setakat guna kad kredit, dapat bil terus buat bayaran penuh baik tak payah pakai kad kredit! Baik pakai ‘caj kad’ aje..!” kata seorang teman pada saya.
“Saya faham, andalah manusia paling pemurah kerana sanggup membayar lebih kepada pihak Bank! Teruskan usaha murni itu jika anda ingin menyenaraikan nama anda dalam senarai Jabatan Insolvensi Malaysia tidak berapa lama lagi! Ini kerana anda mengamalkan ciri-ciri seorang yang bakal MUFLIS”, tegas saya!
Perbualan Tamat!
Jika anda menggunkan kad kredit, perkara pertama yang harus anda sentiasa ingat dalam minda anda, adalah bayar sepenuhnya bil kad kredit anda setiap bulan…yang pasti sebelum tempoh yang ditetapkan kalau tidak anda mungkin dikenakan penalti atau denda bayaran lewat pulak!
Ingat jangan biarkan diri anda terperangkap dalam hutang kad kredit yang tertunggak saban hari, saban bulan hingga tahun berganti tahun…jika tidak nama anda mungkin tersenarai di antara mereka yang MUFLIS a.k.a BANKRAP!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 25 Feb 2009 | Tagged as: Terkaya
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Sepanjang tahun 2008 persekitaran ekonomi dunia dan negara berada dalam kejatuhan, maka tidak hairanlah jumlah aset kekayaan individu terkaya Malaysia 2009 juga menunjukkan kejatuhan pada nilai aset pegangan masing-masing!
Menurut Malaysian Business, kekayaan mereka jatuh hampir 50% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Bayangkan hampir separuh kekayaan mereka lesap begitu sahaja kesan daripada ekonomi dunia yang merundum.
Walaubagaimana pun, mereka masih tetap individu terkaya kerana semua itu adalah lumrah dalam dunia perniagaan. Ada turun naik dan pasang surutnya, tapi yang penting mereka terus berusaha menempuhi liku-liku perniagaan yang penuh cabaran!
Yang paling penting mereka semua memiliki satu aset yang sama iaitu Minda Jutawan (bukan setakat jutawan tetapi Minda Billionaire
)
Begitu juga dengan anda, memilki aset yang sama! Cuma mungkin belum mencapai tahap itu! Tetapi jangan risau, saya percaya anda juga boleh memupuk minda Jutawan!
Salah satu caranya adalah dengan melipatgandakan usaha perniagaan dan pelaburan tidak kira sama ada ekonomi baik atau tidak, bahkan inilah masanya untuk menguji sama ada anda mampu bertahan atau tidak!
Jika anda mampu bertahan dan mampu survive dalam keadaan ekonomi yang merundum, buktinya jelas anda memilki ciri-ciri Minda Jutawan!
Baiklah, untuk rujukan anda semua, berikut adalah senarai kedudukan dan jumlah kekayaan bagi 20 Individu Terkaya di Malaysia bagi tahun 2009 :-

Salam Kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 22 Feb 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Kebanyakan orang meminjam daripada institusi perbankan apabila membeli aset seperti rumah, kereta, dan ada juga yang membuat personal loan!
Berhutang tidak semestinya tidak baik! kata seorang perunding kewangan di salah sebuah bank..
Sebenarnya, jika sesuatu pinjaman digunakan dengan bijak, ia boleh membantu meningkatkan kekayaan anda! tambahnya lagi..
Memang benar dan saya akui kebenarannya!
Masalahnya, tidak ramai yang dapat gunakan hutang dengan bijak sebaliknya mereka lebih senang menjadi hamba dan pekerja kepada pihak bank!
Ya, pekerja kepada pihak bank dengan membayar lebih banyak faedah yang menyumbang kepada keuntungan tahunan operasi bank!
Ramai yang membuat pinjaman dan berhutang pada hari ini dengan pihak bank akhirnya lebih banyak membantu meningkatkan kekayaan pihak bank dan bukannya diri sendiri!
Mereka lebih percaya kepada saranan dan cadangan serta khidmat nasihat daripada pegawai bank untuk menggunakan produk kewangan daripada bank mereka.
Sudah tentulah khidmat nasihat tersebut ada ‘udang disebalik mee’
Sepanjang saya berurusan dengan pihak bank, agak sukar untuk menemui pegawai atau kakitangan bank yang memberikan khidmat nasihat jujur yang tidak berat sebelah kepada produk kewangan yang mereka tawarkan!
Hanya terdapat sebilangan kecil, kakitangan dan pegawai bank yang memberi khidmat nasihat kewangan bebas dan terbuka dan bank tersebut sudah pastilah bukannya bank tempatan.
Nampaknya mereka lebih profesional dalam memberikan perkhidmatan pelanggan dengan sikap yang lebih terbuka. Maka tak hairanlah bank tersebut mampu membuka cawangan di seluruh dunia.
Jadi jika anda ingin membuat pinjaman fikir dahulu sebelum berhutang! Kaji keperluan hutang anda agar ianya berada pada tahap kewangan anda dan bukannya berdasarkan apa yang dicadangkan oleh pihak bank.
Ingat pihak bank membuat keuntungan daripada anda! Jika anda tidak mendapat keuntungan yang lebih daripada pinjaman tersebut, maka fikirlah berkali-kali bukan setakat dua tiga kali!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 15 Feb 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya! Semalam saya ada memaklumkan bahawa saya baru sahaja pulang daripada KL selepas selesai perbincangan dan menandatangani perjanjian penerbitan buku pertama saya bersama TrueWealth Sdn Bhd.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Syazwan dan juga Puan Nurazlin dari TrueWealth yang banyak membantu dalam perbincangan dan perjanjian penerbitan buku tersebut walaupun tanpa kehadiran Puan Nirmitha, Pengurus Kanan TrueWealth yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan!
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana kini saya dapat menyertai barisan pengarang dan penulis hebat di bawah bumbung TrueWealth Sdn Bhd seperti :-
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkaitan impian saya untuk mencipta dan seterusnya memiliki salah satu daripada bentuk pendapatan pasif - royalti melalui penulisan buku!
Saya percaya ramai di antara anda yang memilki impian masing-masing!
Dan ada yang saban tahun berazam dan menetapkan matlamat masing-masing! (Jika anda nak tahu bagaimana nak menetapkan matlamat yang POWER? Dapatkannya di sini!)
Tetapi adakah anda benar-benar bertindak atau sekadar berangan-angan?
Bagi saya berangan-angan tidak salah tetapi ianya perlu disusuli dengan imaginasi!
“Tapi Thinkerich, apa bezanya angan-angan dengan imaginasi?”
Oh, ya! Angan-angan adalah apabila anda hanya berimpian kosong tanpa sebarang MATLAMAT!
Manakala Imaginasi anda berangan-angan dengan matlamat dan pelan tindakan!
Tetapi anda harus ingat dan faham konsep sebenarnya!
Angan-angan sahaja tanpa imaginasi tidak menjadi!
Imaginasi tanpa Matlamat pula tidak menjadi!
Imaginasi dan Matlamat tanpa Tindakan pun tidak menjadi!
Yang penting anda berangan-angan kemudian berimaginasi dengan matlamat dan BERTINDAK!
Saya percaya anda pasti beroleh apa yang anda impikan!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Feb 2009 | Tagged as: Skim Cepat Kaya
Salam pembaca blog pemikirkaya,
Apa khabar? Saya baru pulang dari KL (Maaf lama tak update blog ni) setelah selesai menandatangani perjanjian dengan pihak True Wealth Sdn. Bhd.(Oh, ya bagi mereka yang tak kenal dengan True Wealth Sdn. Bhd ianya adalah syarikat milik Saudara Azizi Ali, Jurulatih Jutawan, dan juga penulis buku Jutawan Dari Planet Jupiter yang terkenal tu!)
Tapi cerita hari ini tiada kena mengena dengan True Wealth dan Saudara Azizi Ali, tetapi nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang beberapa hari di KL.
Di sana saya bertemu dengan sanak saudara, dan pekena teh tarik kat kedai mamak! Fuh..best..(Erk kat Labuan teh mamak tak menjadik!
Jadi bercerita sakanlah pasal bisnes dan pelaburan dan juga pasal ekonomi yang suram ini..
Dalam-dalam asyik-asyik bercerita tu, salah seorang saudara saya pulak buka cerita pasal pelaburan yang baru disertai..katanya lumayan ..
Saya tanya melabur dalam apa, komoditi, Opsyen atau Futures?
Tak jawabnya dalam ‘ceramics’!
Erks..tersedak saya dibuatnya…
Ini sah Skim Cepat Kaya yang saya dedahkan dalam post saya terdahulu..(demi menjaga tatasusila blog ini, post tersebut terpaksa di batalkan kerana terlalu ramai yang sakit hati dengan kenyataan dan pendedahan saya, mereka terlalu emosi dan mencarut yang bukan-bukan dalam ruangan komen blog ini! Tak senonoh betul lah dia orang nih!)
Kata saudara saya lagi dengan penuh ‘confident’nya, kawan dia kini dah ada 6 buah kereta yang dibelinya(Erks..orang kita ni, asal banyak duit sikit beli kereta lebih daripada keperluan! Boleh ke bawak kereta 6 buah sekaligus?) sejak menyertai program ini dari tahun lepas lagi..
Katanya lagi, kawannya tersebut sekarang ni goyang kaki sahaja dah boleh dapat RM40,000 dalam perniagaan seramik tersebut yang menggunakan …’sell back policy’ katanya..
Wah..wah..wah hebat bunyinya bukan…dari mana hasil keuntungan yang begitu tinggi hanya daripada menjual seramik tu?
Tak perlu buat apa-apa pulak tu? Bukankah ianya bunyi seperti Skim Cepat Kaya? (Memang Skim Cepat Kaya pun!)
Saya bertanya kepada saudara saya tersebut, apakah beliau pernah tengok sendiri seramik tersebut?
Tak pernah! Katanya.
Nak buat apa! Kan dia kasi ’sell back policy’…suruh company jual ajelah…
Kita tunggu pulangan je..kalu nak hebat lagi, cari orang dan promo suruh join dengan kita..lagi banyak komisen yang kita dapat…
Baiklah, kata saya!
Jika benar, bolehkah company menunjukkan rekod jualan seramik mereka yang meletup-letup itu, hingga dapat bayar komisen tanpa buat kerja kepada seseorang sampai puluhan ribu RM!
Ntah, tak adalah pulak..
Baiklah, berapa dah u melabur? Tanya saya ingin dapat kepastian..
Errks…RM900.00!
Tapi saya dah dapat RM400.00..
Bagus, jawab saya! Berdoalah agar anda dapat pulangan modal dalam masa terdekat ini, dah berhentilah selepas itu…
Simpan wang tersebut, tunggu buku saya diterbitkan, gunakan sebahagiannya untuk beli buku saya. Anda akan dapat maklumat sebenar tentang pelaburan dan skim cepat kaya selepas itu..!
Apa yang penting, gunakan duit itu untuk melabur pada diri sendiri dulu..
Saudara saya terus terlopong dan terpinga-pinga *%#*&%@#$!@$???
Posted by Thinkerich on 09 Feb 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ramai yang tidak tahu bahawa 94% perniagaan hari ini gagal hanya kerana tiada promosi berterusan. Ini kerana tanpa promosi perniagaan anda tidak akan boleh menjual!
Hari ini pelbagai bentuk promosi dijalankan oleh setiap entiti perniagaan tidak kira secara konvensional mahu pun melalui media elektronik dan internet!
Lihat sahajalah syarikat yang mempunyai jenama SUPERBRAND seperti Milo, Colgate, dan pelbagai lagi yang masih mempromosikan perniagaan mereka saban hari dalam TV walaupun kita tahu setiap hari pasti ada orang yang menggunakan produk tersebut.
Ini kerana mereka ingin memastikan bahawa pelanggan mereka kekal menggunakan produk mereka, dan yang lain turut bertukar memilih jenama mereka sebagai pilihan utama. Secara tak langsung ianya meningkatkan jualan dan keuntunganperniagaan mereka.
Maka tidak hairanlah juga setiap syarikat perniagaan pasti mempunyai pasukan jualan atau pemasaran yang khusus. Lihat kepada perniagaan berasaskan jualan produk dan perkhidmatan seperti MLM, Insuran/Takaful dan Unit Amanah contohnya, mereka mempromosikan jualan mereka melalui agen-agen yang dilantik.
Bagi meningkatkan semangat dan jualan syarikat mereka, setiap agen juga diberi promosi kenaikan pangkat dan insentif yang menarik!
Lihat agen mempromosikan jualan syarikat, dan syarikat pula mempromosikan agen mereka! Dan perkara ini akan berterusan dan sudah pastilah jualan juga akan berterusan. Tanpa kedua-dua promosi tersebut tidak mungkin perniagaan boleh berkembang!
Lihat pula kepada kempen promosi berasaskan ganjaran seperti yang dijalankan oleh ‘Power Root‘! Kempen promosi ‘Anda boleh jadi Jutawan‘ dengan membeli produk minuman mereka mendapat sambutan hangat dan apa yang pasti dalam masa yang sama jualan dan keuntungan syarikat juga berganda!
Jadi jika anda ingin berjaya dalam perniagaan anda, peruntukan dan buat pengasingan khusus untuk promosi perniagaan anda, ini kerana promosi adalah nyawa perniagaan anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Feb 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ramai yang masih belum jelas dengan apa itu pengurusan aliran tunai dalam perancangan kewangan peribadi.
Baiklah saya akan cuba jelaskan secara mudah dan ringkas untuk anda. Pengurusan aliran tunai adalah salah satu komponen yang paling penting dan merupakan asas utama dalam pengurusan kewangan seseorang.
Secara ringkasnya ianya melibatkan 4 perkara pokok iaitu ;
Jadi saya harap anda mendapat sedikit idea dan mempunyai gambaran kasar tentang pengurusan aliran tunai ini selepas ini.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 07 Feb 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Salah satu cara untuk menjadikan anda sentiasa berjaya dan memperbaiki kehidupan anda adalah dengan muhasabah diri serta belajar dari kesilapan!
Apa sahaja kesilapan yang dilakukan sama ada oleh anda sendiri atau pun orang lain, pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya!
Inovator yang berjaya seperti Thomas Alva Edison contohnya tidak menganggap kesilapan dan kegagalan yang ditemuinya sewaktu mencipta mentol sebagai sesuatu kegagalan!
Sebaliknya beliau menganggap itu sebagai satu lagi pelajaran baru yang beliau terima. Sebab itulah beliau tidak berputus asa, dan berusaha dan mencuba dengan melakukan 1,000 kali kesilapan yang dianggapnya sebagai 1,000 satu cara dan idea yang tidak boleh dilakukan untuk menyalakan mentol!
Maka perkara yang silap tidak perlu dilakukan lagi!
Masalah utama pada diri manusia hari ini, adalah mereka bukan sahaja tidak menjadikan kesilapan sebagai guru bahkan mereka langsung takut untuk mencuba bagi melakukan sesuatu!
Jika anda tidak mulakan bagaimana anda tahu ianya tidak berjaya?
Ramai yang gagal memulakan sesuatu usaha hanya kerana meletakan batas dalam minda mereka!
Belum buat lagi tetapi minda telah mempengaruhi emosi dengan ketakutan yang amat sangat pada kesilapan dan kegagalan!
Saya ingin berkongsi dengan anda satu cerita daripada pengalaman saya sendiri. Semalam saya cuba membetulkan kebocoran pada sistem paip di rumah saya.
Setelah diteliti masalahnya saya mengambil keputusan untuk membetulkannya sendiri.
Lalu saya bergegas ke kedai hardware berdekatan untuk mendapatkan alat ganti yang diperlukan. Sewaktu di kedai saya berhadapan dengan 2 pilihan alat ganti yang perlu dibeli dengan material yang berbeza!
Satu harganya lebih murah RM100.00 dan satu lagi 2 kali lebih mahal harganya-RM250.00!
Oleh kerana saya bukanlah tukang paip profesional, maka saya tidak tahu perbezaan kualiti antara keduanya.
Apa yang saya tahu kedua-duanya mempunyai fungsi kegunaan yang sama!
Jadi saya mengambil keputusan membeli yang jauh lebih murah-RM100.00!
Sampai di rumah saya mula melakukan kerja baik pulih. Tiba-tiba sesuatu yang tidak diingini berlaku!
Alat ganti yang saya beli tadi tidak berfungsi dengan baik, baru sahaja saya memasangnya, terus ianya pecah dan rosak dan lebih mengharukan lagi ianya mengakibatkan sebahagian parts yang lain juga perlu diganti lagi!
Arghh…! Penatnya……….. RM100.00 terbuang begitu sahaja…terpaksa pula repair dan beli parts lain lagi, yang harganya jauh lebih besar…!!
Saya pelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut di atas!
Pertamanya, saya terpaksa membayar harga RM100.00 untuk alat ganti yang tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi mendatangkan masalah yang jauh lebih besar! dan juga terpaksa keluarkan jumlah lebih besar selepas itu untuk memastikan sistem paip di rumah saya berada dalam keadaan baik seperti sediakala.
Keduanya, saya rasa anda boleh faham bahawa untuk pembelian alat ganti, harga menunjukkan kualiti bak kata pepatah Cina yang popular;
“Ada Rupa, Ada Harga!”
Bagi saya apa yang berlaku adalah satu pelajaran dan wang perbelanjaan yang saya keluarkan pula saya anggap sebagai yuran kursus Membaiki Paip Di rumah
!
Apa yang pasti saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!
Anda bagaimana? Mungkin boleh belajar sesuatu daripada pengalaman yang saya kongsi ini!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 05 Feb 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!
Apa khabar? Baik-baiklah hendaknya!
Baiklah, kali ini kita berbicara pula tentang bagaimana nak pastikan diri kita berada dalam lingkungan motivasi sentiasa? Maksud saya sentiasa bersemangat, ceria dan ada dorongan sentiasa!
Diri kita sebenarnya banyak dimotivasikan oleh persekitaran kita. Apa yang kita lihat, dengar, rasa, bau, fikir akan memberi kesan kepada emosi dan minda kita untuk bertindak!
Salah satu cara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan mendengar kaset, CD atau audio motivasi. Tidak kiralah ianya dalam bidang apa, janji mampu memberi kesan kepada anda dan yang paling penting ada minat dan sukakannya!
Mungkin tentang perniagaan, kekayaan, psikologi, cinta…Ya, cinta-satu dorongan motivasi yang POWER! bagi orang yang sedang bercinta
dan sebagainya..
Seringkali ketika memandu, ramai yang lebih gemar mendengar muzik dan juga berita, apa kata mulai sekarang anda ubah dengar mendengar kaset(ada lagi ke yang pakai kaset sekarang ni?), CD atau audio berkaitan minat dan hobi anda!
Ini kerana ketika memandu, minda anda lebih sensitif dan fokus terhadap sesuatu yang anda lihat dan dengar!
Tidak dinafikan mendengar muzik kegemaran anda juga boleh membuatkan anda ceria dan gembira(tetapi ada juga yang berduka lara
dengar lagu jiwang, patah hati, kecewa dan sebagainya) tetapi kesannya hanya sementara…
Berbeza dengan apa yang anda pelajari dengar mendengar audio motivasi, kesannya dalam dan cukup mendalam terutamanya untuk jangka masa panjang. Sekiranya anda dengar, dan dengar berulang-ulang kali ianya akan melekat dalam minda dan jiwa anda! Ya, betul! Tak percaya! Cubalah!
Salam kekayaan,
THINKERICH