April 2009

Monthly Archive

WANG SEBENARNYA JAHAT!

Posted by Thinkerich on 25 Apr 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

“Wang sebenarnya jahat!”, tegas seorang kenalan kepada saya ketika kami berdua sedang berbual sambil dia menghirup kopi powerroot panas (mungkin beliau berharap untuk menjadi jutawan dalam contest ‘You Can Bea Millionaire 2‘ nanti)

Saya yang ketika itu sedang membasahi anak tekak dengan air suam, terkedu mendengarnya!

“Apa maksud awak?” soal saya dengan penuh kehairanan…

“Yalah, cuba kau tengok ‘paper’, tiap-tiap hari ada berita rompak, pecah amanah, rasuah, penyelewangan, penipuan, skim cepat kaya, sehinggalah kisah kebankrapan!” jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

“Ya, saya faham maksud awak, kerana punca semua itu adalah wang! Tapi harus diingat, bahawa wang itu hanyalah sekeping kertas yang sah diperlakukan berdasarkan nilai yang tertera di atasnya!” jelas saya ingin membetulkan keadaan.

“Apa maksud awak, wahai saudara Thinkerich?”

“Maksud saya, wang itu tiada apa-apa hanya kertas! Apa  yang menyebabkan seseorang itu menjadi sedemikian rupa adalah kerana mereka membiarkan diri mereka dikuasai wang!” terang saya lagi tak ubah seperti seorang psikologis.

“Ooooooooooo…betul juga”, jawab kenalan saya dengan mulut yang sedikit terlopong!

—Perbualan TAMAT—

Seringkali kita melihat sesuatu perkara itu terjadi dan cuba menyalahkan punca lain sebagai penyebabnya!

Menganggap wang sebagai punca kejahatan adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali.

Wang tidak bernyawa, tidak mempunyai emosi dan tidak juga mempunyai akal fikiran!

Yang menjadikan wang itu baik atau buruk bergantung kepada penerimaan, penggunaan dan tujuan seseorang itu.

Mereka boleh menjadikan wang tersebut sebagai rakan mereka.

Mereka boleh jadikan wang sebagai musuh mereka.

Tetapi harus diingat jika kita sentiasa memusuhi wang, maka sudah tentu ianya akan menjauhkan diri daripada anda!

Apakah anda fikir seseorang yang anda musuhi itu akan sentiasa berada disisi anda?

Sudah tentulah tidak!

Bahkan lagi jauh adalah!

Jadi saranan saya jika anda ingin berjaya dalam kewangan dan seterusnya menjadi kaya, sentiasalah bersahabat baik dengan wang!

Jangan tuduh-tuduh sebarangan. Nanti wang akan lari menjauhkan dirinya daripada anda!

Dan apabila perkara ini berlaku, sudah tentuah anda berdepan dengan ketidakcukupan wang sentiasa.

Jadi berkawanlah dengan wang anda.

Bermain dengan mereka dan pelajari selok belok kewangan yang sentiasa berubah-ubah.

Salam kekayaan,

THINKERICH

999 JUTA UNIT AMANAH SAHAM MALAYSIA HABIS DIJUAL DALAM MASA SETENGAH HARI!

Posted by Thinkerich on 24 Apr 2009 | Tagged as: Unit Trust

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan tawaran unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM)  sejumlah 3.33 billion pada Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Johor Bharu.

Daripada jumlah itu, 999 juta unit kuota yang ditawarkan  kepada kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya dalam masa satu setengah hari sahaja!

ASM kaum Cina Habis“, lapor sebuah akhbar!

Kuota kira-kira 30 peratus itu, habis dilanggan sepenuhnya oleh mereka tepat jam 12.17 tengahari!

Manakala 1.665 billion unit yang ditawarkan kepada kaum bumiputera, hanya 7.65 juta unit sahaja yang berjaya dijual!

Manakala 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit untuk kaum India pula telah dilanggan.

Lihat, bagaimana penerimaan dan pemahaman serta kebijaksanaan kaum Cina dan India merebut peluang dalam pelaburan unit amanah yang dijamin oleh kerajaan!

Bandingkan nilai pelaburan antara kaum. (Pada kadar seunit = RM1.00)

Lihat kaum Cina telah melabur sejumlah RM999 juta dalam masa setengah hari sahaja, kaum India pula RM53.5 juta dalam masa satu hari, manakala bumiputera termasuk majoriti kaum Melayu hanya melabur sekitar RM7.65 juta unit!

Lihat berapa jauh bezanya?

Apakah kaum bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk melabur dalam unit Amanah Saham Malaysia kerana masih terlalu taksub dengan pelaburan Skim Cepat Kaya yang masih berleluasa sehingga kini?

Atau mungkin mereka lebih selesa dengan ASB yang setakat ini masih mampu memberikan dividen tahunan yang lebih kompetitif?

Atau mungkin mereka juga tidak mempunyai kesedaran tentang simpanan untuk masa depan bagi pelaburan jangka masa panjang?

Atau mungkin juga mereka tak ada wang yang cukup untuk melabur dalam unit amanah PNB  ini (yang menjamin nilai modal pelaburannya) hanya kerana gagal mengurus dan merancang kewangan mereka?

Saya hanya mampu memberi persoalan dan kemungkinan!

Mungkin para pembaca boleh memberi pendapat atau komen?

Silakan ….

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Maaf agak lama tak bersama dengan anda semua!

BAGAIMANA UNTUK BERJAYA?

Posted by Thinkerich on 14 Apr 2009 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca pemikirkaya,

Ada yang datang dan bertanya saya bagaimana caranya untuk berjaya?

“Apa jua yang anda lakukan, dalam apa bidang yang anda ceburi untuk berjaya anda tiada cara lain untuk berjaya selain anda ‘rendam’ diri anda dalam bidang tersebut!”, tegas saya.

Kemahiran dan pengetahuan perlu diperolehi terlebih dahulu untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang anda ceburi tidak kiralah sama ada anda terlibat dengan dunia keusahawanan, kejurujualan, perniagaan internet, MLM, kejurulatihan, dan apa sahaja karier anda, maka anda perlu berkembang untuk berjaya!

Untuk berkembang anda perlu anggap diri anda umpama ’span’ yang menjadi kembang setelah direndam ke dalam air!

Jika anda terlibat dalam MLM, sentiasa berada dalam lingkungan para pengedar yang cemerlang, sentiasa praktis,praktis,praktis apa jua pendekatan yang anda lakukan dengan menemui prospek dan juga seminar-seminar yang lain.

Jika anda seorang penulis blog atau mungkin juga artikel, majalah atau buku, banyakan membaca, buat kajian, analisis dan banyakan bertanya.

Dapatkan maklumat dan fakta yang tepat supaya anda dapat memberikan maklumat yang tepat dan benar.

Dengan ini kredibiliti anda juga akan naik mencanak!

Jadi untuk berjaya anda perlu rendam diri anda dalam bidang yang anda ceburi dan serap sebanyak mungkin kemahiran, ilmu dan kejayaan untuk anda berada di puncak!

Salam kekayaan,

THINKERICH 

BEKERJA BUKAN UNTUK WANG?

Posted by Thinkerich on 13 Apr 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan

Salam pembaca blog pemikir kaya!

Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar ungkapan bekerja bukan untuk wang! (dan sudah tentulah lebih ramai yang biasa dengan ungkapan bekerja untuk wang!)

Sudah tentu yang tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut!

“Habis kalau bekerja bukan untuk wang, bekerja untuk apa?”, soal seorang teman dengan nada yang tidak puas hati…

Ya, memang saya akui tujuan utama kita bekerja adalah untuk mendapatkan wang!

Namun  begitu, itu hanyalah matlamat masa kini.

Sekadar untuk memenuhi keperluan semasa dan juga merancang untuk memenuhi keperluan masa depan.

Yang menjadi maksud sebenar saya di sini ialah apa yang kita kerjakan hari ini perlu ada matlamat jangka panjang.

Dalam tempoh jangka panjang, sepatutnya anda bekerja hari ini untuk belajar sesuatu yang boleh anda gunakannya sebagai modal dan pengalaman untuk menjayakan visi masa depan anda!

Bercerita tentang perkara ini, ingin saya bawakan kepada anda suatu kisah benar berkaitan ungkapan ini….

Saya mengenali seorang usahawan yang begitu komited menjalankan perniagaannya dari pagi hingga ke malam! (siapa kata usahawan boleh rilek-rileks?)

Namanya Mr. Chua.

Dahulunya beliau bekerja sebagai technician di salah sebuah syarikat penyaman udara.

Dari sana beliau menimba pelbagai pengalaman berkaitan kerja dan juga selok belok perniagaan.

14 tahun yang lalu beliau meletakkan matlamat untuk bekerja sambil belajar demi mengapai cita-citanya untuk membuka sebuah syarikat penyaman udaranya sendiri.

Kini setelah mengambil masa selama hampir sedekad lebih bekerja untuk belajar, beliau kini telah menjadi peneraju dalam industri tersebut.

Beberapa kontrak utama berjaya dimilikinya, bahkan beliau sendiri telah mampu menyaingi majikan lamanya yang kini semakin jauh ketinggalan daripada kemampuan dan pengurusan perniagaan.

Lihat, jika kita meletakkan visi jangka masa panjang dalam kerjaya, pasti membuahkan hasil. Jadi jika hari ini anda masih kecewa dengan pekerjaan anda, lakukan sesuatu mulai hari ini dan mulakan memasang niat ” Bekerja Untuk Belajar, Bukan Untuk Wang”!

Salam Kekayaan,

THINKERICH

APA ITU PERANCANGAN HARTA?

Posted by Thinkerich on 12 Apr 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ramai yang pernah mendengar perancangan kewangan tetapi pernahkan anda mendengar perancangan harta?

Jika perancangan kewangan adalah terdiri daripada pelan dan langkah bagi menguruskan wang untuk mencapai matlamat kewangan tertentu berdasarkan sumber-sumber yang anda miliki, perancangan harta pula melibatkan peringkat terakhir iaitu fasa pengedaran terutamanya ke atas harta yang anda miliki secara bersih tanpa hutang.

Mungkin ada di antara anda pernah mendengar perancangan wasiat bukan?

Wasiat itu merupakan salah satu komponen dalam perancangan harta. Komponen lain melibatkan hibah, wakaf, sedekah amal jariah, dan faraidh.

Masyarakat kita hari ini masih ketinggalan dan kurang memberi tumpuan dala!m soal perancangan harta dan implikasinya sudah tentulah berlaku masalah kepada pengagihan harta pusaka yang  menimbulkan banyak masalah.

Antaranya adalah seperti harta pusaka lambat diuruskan yang mungkin mengambil masa 3 hingga 5 tahun atau mungkin lebih untuk diselesaikan.

Hubungan persaudaraan juga akan terjejas kerana berlaku pertelagahan dan rasa tidak puas hati di antara waris-waris yang berhak ke atas isu harta pusaka. Ianya juga boleh menyebabkan keluarga berpecah belah.

Dan kesan paling utama adalah kedudukan harta pusaka tersebut terbengkalai.

Tahukah anda? Bahawa di Malaysia  kini terdapat hampir 1 Juta kes pusaka tertunggak dengan nilai komersialnya mencecah RM 38 Billion dan majoritinya adalah milik orang Islam!

Bayangkan betapa ruginya ummah dan negara ini kerana harta pusaka yang terbengkalai ini gagal diusahakan secara ekonomik!

Antara faktor penyumbang kepada perkara ini adalah akibat kejahilan masyarakat melibatkan perancangan harta dan salah anggap tentang perancangan wasiat.

Apabila disebut sahaja wasiat, masyarakat kita cukup sensitif kerana beranggapan bahawa seseorang yang mula berhajat untuk menyediakan wasiat mungkin sudah mendapat ‘alamat’  atau pentanda bahawa umurnya tidak lama lagi!

Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali!

Wasiat sebenarnya perlu disediakan lebih awal bagi memudahkan pewaris yang berhak dapat terus mengunakannya atau menguruskannya untuk keperluan mereka.

Jadi jika sekiranya anda masih belum menyediakan perancangan harta, mula-mulakanlah menyemak harta bersih anda dan senaraikanlah terlebih dahulu.

Sekiranya anda tidak pasti, dapatkanlah pandangan dan khidmat nasihat daripada perunding wasiat yang berkelayakan atau mungkin perancang kewangan yang bertauliah.

Salam kekayaan,

THINKERICH

SENYUM TANDA KEMENANGAN!

Posted by Thinkerich on 08 Apr 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Keputusan Pilihanraya Kecil di 2 buah Bukit, dan 1 Batang telah diketahui umum…Pakatan Rakyat berjaya menakluki kedua-dua ‘Bukit’ yang menjadi idaman semua, manakala BN mengekalkan penguasaan ke atas ‘Batang’ yang dikuasainya sebelum ini!

Calon yang menang sudah tentulah tersenyum girang, tanda kepuasan yang teramat sangat setelah berpenat lelah berkempen sebelum ini.

Manakala yang tewas mungkin bermuram durja, tanda kecewa penat lelah yang digadai sebelum ini tidak terbalas!

Pada yang menang saya ucapkan tahniah dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan sebaik mungkin kerana mandat dan kuasa telah diberi oleh para pengundi!

Manakala yang tewas, janganlah kecewa! Teruskan memberi khidmat dan bakti kepada masyarakat!

Errrr.. panjang pulak mukadimah kali ini :)

Sebenarnya hari ini saya nak kongsi dengan anda salah satu daripada 5 langkah untuk kelihatan Kaya oleh Dr. Tag Powell’s seorang psikologi dan penulis pembangunan diri dan minda yang terkenal…

Katanya, untuk menjadi kaya kita terlebih dahulu perlu kelihatan seperti seorang yang kaya.

Sudah tentulah orang kaya selalu berada dalam keadaan gembira dan riang!

Dan sudah tentu mereka ini tiada masalah untuk SENYUM!

Jadi jika anda ingin menjadi kaya, maka anda juga perlu sentiasa tersenyum, baik anda berada dalam situasi yang baik mahu pun dalam suasana yang kurang baik!

Apabila anda mulai mengukir senyuman, masalah yang timbul mulai tenggelam.

Ini kerana apabila anda tersenyum, anda akan merangsang emosi anda untuk berada dalam keadaan gembira biarpun ketika itu anda mengalami situasi yang tidak enak

Berdasarkan kajian beliau apabila anda senyum, emosi anda secara tidak langsung akan menyokong minda anda untuk berfikir mencari penyelesaian…

Cuba kita lihat pada orang miskin.

Mereka cukup susah untuk senyum. Orang yang miskin selalu berwajah muram dan masam…sebab itulah mereka kekal miskin…dan tidak beroleh kejayaan.

Oleh itu, jika anda ingin berjaya , kaya dan mencapai kemenangan dalam hidup anda, SENYUMlah :)

sebagai tanda anda gembira(biarpun anda sedang berdepan dengan sesuatu yang anda tidak sukai),

Dengan melakukan perkara sedemikian,  setidak-tidaknya ianya akan membantu anda untuk meraih kemenangan awal ke atas diri anda sendiri terlebih dahulu!

Salam kekayaan,

THINKERICH

BANK RAKYAT BAYAR DIVIDEN 15% BAGI TAHUN 2008

Posted by Thinkerich on 06 Apr 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Akhirnya penantian para pemegang saham koperasi Bank Rakyat, (termasuk saya) mendapat khabar berita pembayaran dividen saham Bank Rakyat yang berakhir pada 31 Disember 2008 di bayar mulai hari ini…

Harapan untuk mendapat bayaran sekurang-kurangnya 20% macam tahun 2007 nampaknya tidak kesampaian biarpun menurut laporan,  Bank Rakyat pada tahun lalu (2008) telah mencatat prestasi keuntungan tertinggi dalam sejarah!

Apa pun kelebihan tambahan 5% diperolehi oleh ahli yang melabur lebih 10 tahun…Err saya kurang satu tahun je ..melepas :(

Namun, saya tetap bersyukur dengan apa yang diperolehi dan mengikut pelan perancangan bajet kewangan yang telah saya sediakan, insyaAllah saya  akan gunakan keuntungan tersebut untuk dilaburkan semula ke dalam diri saya untuk mendalami ilmu kewangan.

Jadi, saranan saya kepada semua yang mendapat keuntungan dividen, tidak kiralah dari sumber mana pun, peruntukanlah sebahagian daripadanya untuk dilaburkan dalam diri sendiri seperti membeli buku, menghadiri seminar atau bengkel atau menyambung pengajian di dalam bidang yang anda minati!

Semoga dengan usaha melabur berterusan dalam ilmu pengetahuan akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada kita semua.

Salam Kekayaan,

THINKERICH

PERIKSA TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA

Posted by Thinkerich on 05 Apr 2009 | Tagged as: Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Agak lama saya tidak kemaskini blog ni! Maaf yer! Bukannya apa saya sekarang sedang fokus untuk menyiapkan beberapa projek yang akan saya kongsikan dengan anda tidak berapa lama lagi. Tunggu!

Baiklah, hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kepenggunaan!

Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luput!

Jangan ingat ubat, makanan kesihatan, bahan makanan dan minuman sahaja yang ada tarikh luput! Tong Gas pun ade! (hutang je yang tak ada tarikh luput! Makin lewat anda jelaskannya, maka makin berbunga-bungalah interestnya :)  ! )

Tong Gas yang dah luput a.k.a ‘expired’ adalah tidak selamat digunakan dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka!

So, berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas daripada penjual.

Semak dahulu tarikh luputnya.

Jadi bagaimana untuk menyemak dan mengenalpastikannya?

Berikut saya berikan sedikit panduan untuk rujukan kita bersama….

Di salah satu sisi tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan secara alpha numerical seperti berikut:-

A , B , C atau D diikuti dua digit,

Contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Baiklah jika anda telah faham, apa lagi!

Jangan buang masa, semak tong gas sedia ada anda sekarang juga!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet