May 2009
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 31 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Hari ini merupakan sambutan hari tanpa tembakau sedunia. Jadi kepada rakan-rakan-rakan di luar sana yang merokok tu, bolehlah ambil peluang sempena sambutan hari ini untuk berhenti merokok!
Merokok bukanlah sesuatu yang bagus! Bahkan ianya merupakan suatu tabiat yang amat buruk!
Ini kerana merokok bukan sahaja membazirkan wang ringgit tetapi juga menyebabkan pelbagai jenis penyakit!
Secara logiknya, merokok ini merupakan tabiat yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras!
Ya
lah, anda bayangkan mereka yang merokok ini seolah-olah membelanjakan wang untuk mendapatkan penyakit serius seperti penyakit otak!
Lihat! bukankah ianya sesuatu yang tidak waras?
Keluarkan wang semata-mata memenuhi ketagihan tar dan nikotin yang menjadi penyebab kematian?
Apa kata mulai hari ini (bagi mereka yang merokok), ambil peluang sempena sambutan hari ini untuk berhenti merokok mulai sekarang! Kerana ianya telah banyak membazirkan wang ringgit anda!
Bayangkan jika satu hari, sejumlah RM10 dibelanjakan untuk memenuhi tabiat buruk ini, satu bulan RM300, setahun RM3600!
Wah, setahun RM3600 banyak tu! Tapi apa faedah yang diperolehi perokok selain daripada penyakit yang boleh menyebabkan punca kematian dan pendek umur!!!
Apa kata mulai hari ini, wang tersebut anda simpan dan laburkan untuk masa depan anda dan keluarga!
Dengan melakukan perkara sedemikian, ianya secara tak langsung membuktikan anda sayangkan diri sendiri dan keluarga.
Ini kerana anda tidak membazirkan wang untuk memendekkan jangka hayat anda sebaliknya menabung untuk masa depan diri dan keluarga.
Jika anda masih meneruskan tabiat merokok, jelaslah anda seorang yang lemah kerana sengaja membiarkan diri dikuasai oleh ROKOK dan TEMBAKAU!
Jadi mulai hari ini, katakan TAK NAK! pada Rokok!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted by Thinkerich on 27 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Fuh! Naik berhabuk dah blog ni.
Lama sangat rasanya saya tak ‘update’ post untuk anda semua!
Maafkan saya jika buat anda tertunggu-tunggu artikel terbaru dari saya.
Pada yang menghantar email dan bertanya khabar pada saya tu, saya ucapkan terima kasih bebanyak lah ye…
semoga anda semua juga berada dalam lindungan illahi. Amin.
Oh, ya! berbalik kepada kisah saya. Sebenarnya sejak dua menjak ni ketika dunia dilanda virus ’swine flu’ atau H1N1 ni, saya pun terkena juga tempiasnya!
Tapi bukan virus yang itu! Selsema biasa sahaja!!!
Selepas mendapatkan suntikan vaksin influenza beberapa minggu yang lalu, tubuh saya menjadi kurang enak dan beberapa hari kemudian diserang selsema.
Itu perkara biasalah sebenarnya. Bukannya apa, sistem pertahanan badan sedang membuat pembetulan dengan kehadiran vaksin baru!
Tambahan lagi faktor yang menyumbang kepada selsema saya mungkin juga disebabkan oleh cuaca di Labuan yang cukup panas sekarang ni!
Thermometer pada ‘STREAM’ saya mencatatkan suhu mencecah 35 ‘ Celsius….Fuh..Panas tuu..
Mungkin saya agak kurang minum air…dan berjaga malam kerana menyiapkan manuskrip terbaru saya untuk pembaca semua!
Walau bagaimanapun, dalam sihat tak sihat ni, kita sepatutnya dapat mempelajari sesuatu darinya.
Yalah dalam keadaan tubuh badan sengal-sengal dan sakit, kepala pening, hidung tersumbat dan berair, oksigen yang masuk pula kurang, tekak sakit, dan selera makan kurang, ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Sebenarnya, jika orang bertanya khabar kepada anda ketika anda kurang sihat, anda tak sepatutnya jawab TAK SIHAT!
Sebaliknya anda perlu menjawab SIHAT!
Ini kerana ketika badan anda menerima kesakitan tersebut, ianyalah adalah sesuatu yang normal dan menunjukkan anda seorang yang sihat!
Ketika demam atau selsema, sistem pertahanan badan ketika itu berada dalam proses pemulihan untuk memperbaiki dan membetulkan semula sistem pertahanan tubuh badan kita.
Tambahan lagi, ketika sakit nilah, motivasi diri kena kuat! Semangat kena kental!
Jika tidak, kemalasan dan alasan akan menguasai diri anda.
Iyelah, jika asyik nak tidur je…berehat boleh berehat tetapi minda dan fikiran tetap kena jalan!
Yang tak sihat tubuh badan anda, tetapi minda anda masih sihat kan?
Jadi, sambil berehat tu luangkanlah masa dengan membaca.
Jangan rehat, makan, tidur, tengok TV aje..
Minda jadi kurang sihat dan tak cerdas nanti!
Akhir kata dari saya, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat ceria sentiasa
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 20 May 2009 | Tagged as: Motivasi Iman, Skim Cepat Kaya
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Jika tahun 2007 heboh pasal pelaburan internet, kini muncul pula trend terbaru orang yang sedang mabuk mencari wang dan duit segera dengan menyertai perjudian internet pula.
“Bro, aku baru menang RM42,820.00!”, jerit seorang kenalan kepada saya!
“Main benda nih, prinsipnya mudah jangan tamak! Tapi duit yang aku dapat, aku tak buat belanja, buat bayar hutang je!”ujarnya lagi dengan penuh bangga!
“Ramai yang main benda nih, aku dah 3 tahun main benda nih. Setakat nak dapat RM200 sehari tu mudah aje. Minggu lepas, Zul menang RM167,000.00 kemudian Mamat menang RM250,00.00,”katanya lagi seolah-olah cuba mempengaruhi saya untuk turut serta!
“Maaf saudaraku, anda perlu sedar yang HARAM tetap HARAM, jangan pandai-pandai meminda HUKUM ALLAH, kelak besar azabnya nanti!” jelas saya dengan nada yang agak kecewa.
Saya cuba menyedarkan kenalan lama saya yang nampaknya telah jauh terpesong!
Dia terus diam membisu, wajah ceria dan ghairahnya tadi mula bertukar..agaknya baru tersedar, antara yang Halal dan Haram!
Alhamdullilah, setelah saya menasihatinya, nampaknya beliau mulai sedar akan kesilapannya itu.
Saya minta beliau segera bertaubat!
Tuan-tuan dan puan-puan para pembaca yang saya hormati sekalian!
Lihatlah betapa hari ini, ramai yang mulai lupa dan tidak tahu membezakan di antara yang halal dan haram hanya kerana dikuasai oleh wang dan hutang!
Benar, hasil perjudian yang haram itu tidak digunakan untuk makan minum tetapi harus diingat, jika digunakan membayar hutang sekalipun ianya tetap tidak boleh!
Ini kerana wang tersebut digunakan untuk membayar balik perbelanjaan dan keperluan keluarga yang telah digunapakai sebelum itu. Menggunakannya samalah seolah-olah menanggung keperluan keluarga dengan hasil judi yang haram!
Bayangkan jika hasil daripada wang haram perjudian tersebut digunakan untuk membayar hutang pinjaman pembiayaan kereta, maka secara tidak langsung kereta yang digunakan tersebut telah bercampur dengan wang haram!
Bayangkan kereta yang dipandu yang digunakan untuk mencari rezeki saban hari adalah hasil judi, maka sudah tentulah rezeki halal yang dibawa balik untuk keluarga juga sudah tidak menjadi bersih lagi, apatah lagi untuk disuap kemulut ahli keluarga.
Begitu juga dengan harta haram dan perjudian ini, pada kebiasaanya kedudukannya tidak akan kekal lama.
Pasti akan ada sahaja musibah yang melanda ke atas harta daripada punca haram ini.
Saya pernah beberapa kali mendengar cerita tentang wang hasil perjudian ini yang digunakan untuk membeli harta.
Salah satu kisah yang masih segar diingatan saya berkenaan seorang pemuda yang memenangi hadiah ratusan ribu ringgit daripada perjudian yang dilakukannya. Jumlah wang yang besar tersebut digunakan untuk membina sebuah banglo di kampung halamannya.
Namun begitu tidak sampai beberapa bulan mendiami rumah berkenaan, rumah tersebut hancur lebur terbakar akibat dipanah petir. Mujurlah pemuda dan keluarganya dapat menyelamatkan diri.
Itulah salah satu tanda kemurkaan Allah s.w.t kepada hambanya yang melakukan perbuatan mungkar.
Jadi saranan saya, jika mahu cari wang dan rezeki itu, biarlah yang halal. Sebenarnya banyak lagi usaha dan kerja yang boleh dilakukan untuk menambahkan pendapatan daripada sumber yang halal.
Jangan terikut-ikut dengan ajakkan teman.
Ingat teman yang baik sentiasa mengajak kepada kebaikan, manakala kawan yang “tunggang terbalik” membawa ke jalan kemungkaran!
Wassalam…
Posted by Thinkerich on 13 May 2009 | Tagged as: Motivasi Iman
Salam pembaca blog pemikirkaya!Apa khabar semoga sihat ceria dan dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya.
Dalam banyak-banyak motivasi, apakah motvasi yang terbaik dan perlu diutamakan dalam hidup ini?
Sudah tentulah motivasi yang melibatkan kerohanian!
Sehubungan itu, mulai hari ini, blog PemikirKaya akan memuatkan artikel baru dan yang dikenali sebagai Motivasi Iman dan Islam.
Motivasi Iman dan Islam akan memuatkan artikel-artikel tazkirah yang menarik yang dipetik daripada pelbagai sumber agar para pembaca blog pemikirkaya dapat bermuhasabah diri dan seterusnya mencapai kekayaan jiwa yang sepatutnya dicari-cari selama ini.
Selain itu, ianya juga akan menjadi satu saluran dakwah untuk kita saling ingat mengingati di antara satu sama lain!
Ini kerana dalam era globalisasi, pendekatan dakwah Islam juga perlulah seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan peredaran zaman.
Semoga para pembaca mendapat manfaat dan dirahmati Allah s.w.t.
Solat selongkar rahsia kejayaan, keselamatan ummah
ALLAH mewajibkan solat fardu lima kali sehari semalam sebagai jadual untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya.
Apabila ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat-Nya.
Kekuatan solat menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur kepatuhan syariat Islam.
Kelemahan menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi. Solat ialah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal mulia.
Tegak solat bermaksud tegaklah agama dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama.
Dengan demikian, kekuatan akar umbi ialah kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah.
Umat Islam digalak memulakan amalan solat ketika berumur tujuh tahun. Apabila 10 tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat.
Jika ingkar, diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.Firman Allah bermaksud: “Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” (Surah Thahaa, ayat 132)
Demikianlah tingginya kewajipan seorang Muslim terhadap ibadah solat yang menjadi amanah Allah.
Jika kita memelihara solat, nescaya sentiasa dipelihara Allah, manakala jika mengabaikannya kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat?
Antara faedahnya untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia sendiri. Solat ialah benteng daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
Ini bermakna, Muslim yang istiqamah solatnya menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal salih, bersifat amanah, berintegriti tinggi dan berjiwa tawaduk.
Mereka yang mengabai dan meringankan solat dilihat cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan diri serta masyarakat.
Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya pada hari kiamat.
Sementara mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela dan penyelamat.
Bahkan mereka diletakkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubay Khalaf.” Orang meninggalkan solat disebabkan harta dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Firaun, jika disebabkan jawatan dihimpun bersama Haman dan jika disebabkan dunia korporat pula dihimpun bersama Ubay, seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat.
Semua watak itu boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, perceraian yang semakin meningkat, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.
Melakukan dosa besar bukan saja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhaka ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah serta azabnya dahsyat di dunia dan akhirat.
Ini dijelaskan Nabi SAW dalam salah satu gambaran azab ketika peristiwa Israk dan Mikraj, orang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang kali. Selain itu, Allah mencampakkan golongan itu ke dalam neraka Saqar.
Firman Allah bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.” (Surah al-Muddaththir, ayat 43)
Lupakah kita mengenai ingatan Rasulullah SAW supaya tidak mengabaikan solat pada saat akhir hayat Baginda? Begitu juga kisah Saidina Umar al-Khattab, walaupun tidak sihat akibat ditikam Abu Lu’lu’ah al-Majusi, apabila mendengar seruan solat, beliau segera bangun mendirikannya.
Sempena kempen bulan dakwah di seluruh negara, apakah peranan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama? Justeru, setiap kita perlu saling ingat mengingatkan supaya sentiasa menunaikan solat.
Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa dianggap sebagai langkah mendekati Allah.
Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mereka diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berita Harian, Selasa 12 Mei 2009.
Wassalam
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 12 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Harap sihat dan ceria hendaknya!
Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi sebegini, apabila ada orang berjanji dengan anda tetapi mereka gagal untuk menunaikan janji mereka!
Apakah perasaan anda?
Sudah pasti ada di antara anda bengang, marah, dan kecewa
Maka kesan daripada kemarahan dan kekecewaan itu, maka muncullah dan terciptalah satu peribahasa atau perumpamaan melayu yang cukup sinis!
Bunyinya seperti berikut;
” Kalau LEMBU dipegang pada TALI, Manusia pula dipegang pada JANJI! “
Anda faham maksudnya?
Jika anda tak faham, biar saya huraikan dengan agak KASAR di sini!
Jika tidak mahu disamakan dengan LEMBU yang tak ada akal (otak ada, buat sup besttt
maka setiap kali berjanji perlulah ditepati dan cuba tunaikannya.
Jika tak dapat jangan berjanji!
Jelas!
Tapi kalau orang tak tepati janji dengan anda, janganlah marah-marah ..
Bersabar, bertenang dan cuba berfikir sejenak…
Mungkin ada hikmah disebaliknya..
Tetapi sekiranya kita pula yang berjanji tetapi tidak mampu untuk menepatinya, cepat-cepatlah minta maaf dan berusaha sedaya mungkin untuk menunaikannya.
Dengan cara sedemikian, kepercayaan, kredibiliti dan rasa hormat orang lain kepada kita akan tetap ada!
Tetapi sekiranya anda buat tak tahu je..bilamana kita gagal menepati janji tersebut, siaplah…
Orang akan kategorikan kita sebagai PEMBOHONG..!
Posted by Thinkerich on 09 May 2009 | Tagged as: Ekonomi
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Sejak kebelakangan ini, di sana sini kedengaran keluhan dan rintihan para pekerja yang menerima nasib diberhentikan dan diberi pilihan skim VSS!
Yang peliknya, ada dikalangan majikan ini mengambil tindakan memberhentikan dan menawarkan VSS kepada para pekerjanya hanya semata-mata untuk memotong kos operasi mereka!
Apa tidaknya, seperti yang dilaporkan dalam Bulletin Utama TV3 semalam, majikan tersebut menawarkan VSS kepada pekerja tempatan dan kemudiannya tidak lama kemudian menggantikan tempat mereka dikalangan warga asing!
Majikan memang dapat memotong kos operasi dengan menawarkan gaji yang lebih murah kepada warga asing, tetapi harus diingat dari segi ekonomi terutamanya aliran wang keluar negara juga turut meningkat!
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam tulisan terdahulu dimana RM17 billion dihantar keluar oleh warga asing yang bekerja di Malaysia, seharusnya majikan sedar perkara ini.
Mereka juga perlu memikirkan kedudukan ekonomi negara dan tanggungjawab sosial kepada rakyat dan negara ini dalam membangunkan ekonomi negara, janganlah hanya pentingkan periuk nasi sendiri.
Kerajaan juga seharusnya lebih prihatin dan mengenakan syarat dan peraturan yang lebih tegas dalam mengawal pengambilan pekerja warga asing oleh para majikan supaya rakyat negara ini tidak terabai.
Janganlah pula perumpamaan berikut nanti menjadi bualan dan dendangan para pekerja tempatan ” kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiarkan kelaparan “..
Posted by Thinkerich on 08 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Pernahkah anda mendengar ungkapan ini?
“Mamak! Teh Tarik satu…!”
“Siappp..!
“Ya, ungkapan ini biasa kita dengar jika selalu berkunjung ke kedai mamak!
Kadang-kadang tu, ada juga yang hairan dan sakit hati…
Yalah, katanya dah siap, tapi minumannya belum sampai ke meja anda!
Dah yang lebih parah lagi, ‘order’ yang anda mintak, bukan main lama nak boleh sampai..
Tapi tahukah anda, kenapa mamak si pembuat teh tarik, si pengoreng mee, si pembuat roti canai suka berkata begitu?
Sebenarnya, mereka memberi arahan kepada diri mereka sendiri!
Ya, mereka memberi arahan kepada diri mereka sendiri untuk menyiapkan sesuatu ‘order’ yang diminta oleh para pelanggan!
Dengan melakukan perkara sedemikian, mereka tidak mudah terlupa (maklumlah, pesanan yang diterima oleh mereka dalam sesuatu masa agak banyak!)
dan ini juga secara tidak langsung mendorong atau dengan kata lain memotivasikan kerja mereka!
Jadi jika anda banyak tugasan atau mungkin diarahkan oleh boss, katakan dalam minda dan hati anda;
SIAPPPPP!
Secara tak langsung menunjukkan anda begitu berkomitmen dengan tugasan yang anda terima!
Posted by Thinkerich on 07 May 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Posted by Thinkerich on 06 May 2009 | Tagged as: Pelaburan
Ada yang bertanyakan saya melalui email apa itu Bon?
Posted by Thinkerich on 05 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Akhir-akhir ini saya banyak terima email dan komen daripada pembaca blog pemikirkaya dot com!
Terima kasih saya ucapkan keran sudi berinteraksi dan berkomunikasi dengan saya. Apa yang boleh saya bantu, saya cuba bantu apa yang boleh.
Dalam banyak - banyak komen tu, ada juga saya terima kritikan dan kutukan yang cuba ‘provoke’ saya!
“I’m sorry!”, saya tidak akan termakan dengan provokasi sedemikian rupa!
Sebaliknya, saya ucap terima kasih kepada saudara/ri yang membei komen sebegitu kerana sekurang-kurangnya saya mendapat idea untuk menulis di blog ini
!
“Anda tak layak tulis blog motivasi!”, jerit seorang pembaca blog ini dalam emelnya kepada saya.
“Motivasi hanya boleh diberi oleh mereka yang berkelayakan sahaja!”, tegasnya lagi!
Ya, benar!
Saya akui pendapat saudara/ri itu, yang saya tidaklah mempunyai kelayakan dalam bidang psikologi, jauh sekali memiliki Doktor Falsafah dalam bidang tersebut!
Tetapi layak tak layak, blog ini kepunyaan saya! Maka saya bebas untuk menulis apa sahaja idea dan buah fikiran saya!
Ini kerana motivasi sebenar bukannya datang daripada siapa yang memberikan motivasi tersebut tetapi kesannya kepada seseorang!
Anda boleh mendapatkan pakar motivasi yang terhebat di Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan Antrabangsa untuk memberikan ceramah motivasi kepada anda tetapi jika anda tak melakukan sesuatu daripadanya, maka anda tidak mendapat apa-apa!
Motivasi yang sebenar ada DALAM DIRI ANDA SENDIRI!
Bila bercakap tentang motivasi apa yang kita pentingkan kesannya kepada kita! (Sudah tentulah dengan bertindak!)
Bukannya hanya mendengar atau membaca bahan motivasi yang berapi-api daripada pakar kemudian anda biarkannya ianya berlalu begitu sahaja!
Inilah antara kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan orang dalam mendapatkan bahan motivasi.
Mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal semata-mata untuk mendapatkan kesan motivasi yang baik tetapi terlupa bahawa hanya diri mereka sahajalah yang mampu memotivasikan diri sendiri bukan orang lain!
Maka tidak hairanlah jika motivasi itu hanya ‘panas’ seketika, selepas tiada lagi pakar tersebut bersama mereka, motivasi diri mereka juga terbang melayang entah ke mana!
Motivasi yang dinyatakan ini adalah motivasi luaran yang boleh datang dari sesiapa sahaja (tak kira daripada pakar ke?, Dr. betul ke atau Dr. palsu ke?, keadaan sekitar ke atau apa sahaja!) untuk membangkitkan motivasi dalaman yang ada dalam diri anda!
Layak atau tidak seseorang itu memberi atau menulis motivasi bukanlah isunya!
Apa yang penting, sejauh mana anda dapat membangkitkan motivasi dalaman yang ada dalam diri anda hasil daripada motivasi yang diberikan oleh seseorang!
Apa pula pendapat pembaca blog pemikirkaya?
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 04 May 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca pemikirkaya!
Ada yang kata tak guna berfikir sahaja tanpa bertindak!
Ya, memang betul dan saya akuinya!
“Habis tu kenapa U namakan blog Pemikir Kaya, suruh orang berfikir untuk menjadi kaya sahaja?” komen seorang pembaca blog saya yang tak puas hati dengan penulisan saya!
“Berfikir sahaja tanpa bertindak tak memberi sebarang makna!”, tambahnya lagi.
Erks, saya mohon maaf ! Mungkin saudara/i yang memberi komen nie perlu sedar bahawa saya tak boleh bertindak untuk orang lain!
Saya hanya boleh memberi tip dan dorongan serta kaedah, itu sahaja yang saya termampu!
Tindakan itu sudah pasti datang daripada diri masing-masing!
Dan sudah tentulah untuk apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu gunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk kebaikan!
Saya tidak fikir menjadi satu kesalahan jika kita berfikir terlebih dahulu sebelum kita bertindak!
Erks..apa yang lebih merbahaya jika kita “bertindak tanpa berfikir”!
Saya harap tuan punya badan yang membuat komen faham keadaan yang sebenar-benarnya!
Blog ini saya sediakan untuk berkongsi maklumat tentang apa sahaja subjek berkaitan motivasi sama ada untuk menjadi kaya, mengurus kewangan, dan juga peribadi.
Saya akui saya hanya mampu memberi sumbangan idea untuk para pembaca blog ini kerana seperti yang saya nyatakan di atas, saya tidak boleh bertindak untuk orang lain!
Saya tidak boleh makan bagi pihak anda, kerana yang kenyang adalah saya
!
Begitu juga dengan tindakan, jika saya bertindak, hasilnya saya yang dapat!
Jika anda nak kan hasilnya, anda perlu bertindak dan lakukan sendiri!
Jadi persoalan kepada yang mana dahulu? Fikir atau Bertindak?
Jawapannya ada pada anda!
Kerana saya hanya mampu memberi idea dan buah fikiran, yang bertindak adalah anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
p/s : Fikir kemudian bertindak itu yang terbaik!
Posted by Thinkerich on 03 May 2009 | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca pemikirkaya!
Ramai orang yang suka membeli belah, tak kira ada duit atau pun tidak! Kalau duit tak ada mereka belasah je gunakan Kad Kredit. Apa yang penting bagi mereka dapat membeli ketika ’sale’!
Malangnya tabiat membeli belah sedemikian telah mengakibakan ramai yang terjerumus ke lembah masalah kewangan yang serius!
Jadi kali ini saya akan berikan kepada anda semua beberapa tip untuk anda membeli belah!
Pastikan ianya dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya jika anda ingin menjadi pengguna yang bijak!
Jadi jika anda sudah mendapatkan tip ini, apa kata anda cuba amalkannya!
Salam kekayaan,
THINKERICH