June 2009

Monthly Archive

SEMINAR KEJAYAAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Posted by Thinkerich on 29 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog PemikirKaya!

Apa khabar…semoga sihat sejahtera hendaknya!

Untuk makluman para pembaca sekalian, mulai hari ini dan esok saya akan menghadiri Seminar Kejayaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Residence-Uniten, Bangi Selangor selama 2 hari bermula 29 hingga 30 Jun 2009.

Seminar ini di antara lain akan membawakan isu dan topik  “Meneroka Potensi Kehebatan Diri Untuk Menghadapi Cabaran Semasa”

Ahli Panel dan Speaker yang terlibat terdiri daripada ;

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pengarah Urusan/Perunding Motivasi, MAP Training & Consutancy Sdn. Bhd.

Puan Hajah Rohani Bt. Datuk Hj. Mohd Syahir, Executive Chairmain & Principles Consultants, Hijrah Strategik Advisory Group

Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Three Extra Training & Solution

Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia

InsyaAllah, saya akan kongsikan hasil kupasan daripada Seminar tersebut nanti untuk manfaat para pembaca Blog PemikirKaya nanti!

Jadi  jangan ketinggalan untuk sentiasa bersama saya di blog Pemikir Kaya!

Salam kekayaan,

THINKERICH

MAKLUMAN KEPADA PEMBELI EBOOK PANDUAN WANG GAJI!

Posted by Thinkerich on 28 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kesungguhan para pembaca blog PemikirKaya, Affiliate Member WangGaji.Com, serta rakan JV yang lainnya terutama sekali kepada para pembeli yang telah membuat pesanan untuk mendapatkan ebook berkenaan.

Alhamdullilah, setakat ini semua pesanan para pembeli telah pun saya sempurnakan dan link download telah dikirimkan kepada email pembeli (sebagaimana yang dinyatakan dalam borang tempahan yang disediakan) dalam tempoh masa yang dijanjikan (kurang 24 jam) daripada tempoh bayaran dibuat!

Walaubagaimana pun, kebanyakan pesanan pembelian yang dibuat,  saya telah kirimkan link download tersebut kurang dari 4 jam!

Beberapa perkara yang menyebabkan kelewatan setakat ini adalah disebabkan kegagalan para pembeli ebook Panduan wang Gaji untuk mematuhi 3 langkah yang saya nyatakan seperti di sini!

Bahkan ada yang memberikan nombor telefon yang telah ditamatkan perkhidmatannya:(

Dah la..email salah…nombor telefon pulak tak dapat dihubungi???

Jadi bagaimana saya dapat menghubungi tuan/puan sekiranya berlaku sebarang masalah ke atas penghantaran link download?

Sehubungan itu saya berharap benar tuan-puan yang membeli dapat memberikan email dan nombor telefon yang tepat, benar dan lengkap!

Usah bimbang, semuanya selamat dan privasi tuan-puan akan saya lindungi!

PERHATIAN!

Saya mohon kerjasama kepada bakal pembeli dan juga para pembeli untuk memberikan alamat EMAIL yang tepat dan sah!

Ini kerana saya turut menghadapi masalah untuk menghantarkan link download kepada tuan-puan hanya kerana EMAIL yang diberikan TIDAK WUJUD!

Sehubungan itu, kepada pembeli yang masih belum mendapat email link download ebook Panduan Wang Gaji, ada kemungkinan E-Mail yang tuan-puan berikan adalah tidak tepat! Tuan-puan diminta untuk maklumkan segera kepada saya alamat email TUAN/PUAN yang sah dengan KLIK DI SINI!

Bagi pembelian secara ‘Online Banking’ para pembeli adalah diminta untuk mengisikan E-MEL rujukan pada 3rd Party Email address  (ruangan email penerima bayaran) sebagaimana yang saya nyatakan pada ruangan tempahan ebook.

Sekian, terima kasih & harap maklum.

THINKERICH

SEBENARNYA ANDA TAK PERLU BERHUTANG!

Posted by Thinkerich on 26 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji, Kewangan Peribadi

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Tahukah tuan-puan? Jika kita ingin memastikan wang kita sentiasa mencukupi, maka kita sebenarnya tak perlu berhutang!

Ini kerana jika kita berhutang, secara tidak langsung ianya akan mengurangkan jumlah wang yang ada pada kita.

Tahu tak kenapa?

Sudah tentulah kerana kita perlu membayar dengan jumlah yang lebih besar daripada nilaian sebenar hutang yang telah kita lakukan!

Justeru itu, jika sekiranya tuan-puan telah membaca ebook Panduan Wang Gaji (yang sedang Hangat diperkatakan kini :) , saya amat menyarankan untuk tuan-puan memulakan dan menyediakan Tabung Impian dalam perancangan bajet tuan-puan setiap bulan.

Dengan kaedah agihan yang saya tunjukkan dalam ebook tersebut, sebenarnya kita tidak perlu lagi membuat sebarang pinjaman atau hutang, sama ada dalam jangka masa pendek, sederhana mahu pun panjang. (Jika sekiranya tuan-puan masih belum memiliki ebook ini boleh dapatkannya DI SINI


Tuan-puan, sebenarnya berbelanja melalui kaedah berhutang sebenarnya lebih menguntungkan pihak penjual.

Apaila tuan-puan berhutang, ianya bermakna tuan -puan dengan rela hati telah bersetuju untuk memberikan lebih banyak wang hasil titik peluh tuan-puan kepada mereka. Akibatnya tuan-puan akan dapati wang tuan-puan semakin berkurangan!

Oleh itu, saya amat berharap agar tuan-puan dapat menahan diri daripada terus membuat hutang dan mulakan tabiat baru dengan mewujudkan Tabung Impian agar impian tuan-puan tercapai dalam masa yang sama kewangan juga akan berada dalam keadaan yang lebih baik!

Jangan sekali-kali tuan-puan terus menerus memenuhi impian dengan cara berhutang! Ini kerana tuan-puan perlu membayar harga yang amat untuk memenuhi impian tersebut. Ini kerana ianya akan akan membawa bencana kewangan kepada masa depan tuan-puan!

Semoga berjaya!

Salam kekayaan,

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

BELANJA DULU ATAU SIMPAN DULU?

Posted by Thinkerich on 23 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji, Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog,

Apa khabar?

Semoga sihat dan bahagia selalu hendaknya!

Bagaimana dengan bajet anda pada bulan lepas, bulan ini bagaimana pula?

Sudahkah anda merancang bajet anda bagi bulan hadapan?

Saya harap anda semua telah pun merancang bajet masing-masing dan dalam masa yang sama berjaya menguruskannya dengan baik!

Bagi yang tak menyediakan bajet atau tak dapat menguruskan wang dengan baik bagaimana pula? Saya harap anda berusaha untuk mengambil langkah awal dan segera!

Jangan biarkan kedudukan kewangan anda terus dicengkam masalah kewangan yang berpanjangan…

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi satu tip mudah untuk para pembaca semua sebelum menyediakan bajet bulanan masing-masing..

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian,  sebenarnya masih ramai yang keliru dan tak tahu sama ada nak belanja dahulu atau simpan dahulu?
Hmm.. menurut kajian dan pemerhatian saya serta maklumbalas yang saya terima daripada para peserta seminar yang lepas, kebanyakan mereka mengamalkan konsep BELANJA dahulu, kemudian barulah DISIMPAN bakinya…

Malangnya, masalah kebeanyakan daripada mereka hanya menyimpan baki sekiranya ada lebihan selepas memenuhi segala perbelanjaan keperluan dan kemahuan masing-masing!!

Pada kebiasaannya kita lebih cenderung untuk merancang dan melakukan perbelanjaan terlebih dahulu, dan kemudian barulah mengharapkan ada sedikit baki daripada wang gaji
kita untuk disimpan.

Malangnya, setiap kali mereka mengambil tindakan sedemikian, akhirnya anda akan dapati tiada lagi wang yang boleh disimpan!

Jika ada sekali pun ianya mungkin tidak bertahan lama, kerana akhirnya simpanan tersebut akan dibelanjakan juga mungkin kerana terpengaruh oleh taktik pemasaran dan pengiklanan.

Kesudahannya anda akan dapati diri anda masih berada dalam masalah ketidakcukupan wang….Belum masuk pertengahan bulan, dah pokai!

“Jadi bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyediakan bajet?”

“Belanja Dahulu atau Simpan Dahulu?”

Jawabnya, anda perlu simpan dahulu dan kemudian barulah membuat perbelanjaan.

Kenapa?

Ini kerana jika anda tidak membuat simpanan terlebih dahulu, sudah tentu kemungkinan untuk anda mempunyai lebihan wang adalah amat tipis!

“Baiklah jika kita perlu membuat simpanan terlebih dahulu, bagaimana caranya?”

“Simpanan itu terlalu umum? Berapa jumlahnya? Dimana harus disimpan? Kenapa? Mengapa?”

Untuk itu anda perlu tahu kaedah dan prinsip yang betul. Memandangkan huraiannya agak terperinci, saya rasa adalah tidak memadai untuk saya terangkan di dalam ruangan blog yang terhad ini.
Sekiranya anda berminat serta ingin mempelajari caranya, saya telah menerangkannya secara terperinci dan panjang lebar di dalam ebook Panduan Wang Gaji?

Sekiranya anda masih belum mendapatkannya, anda boleh dapatkannya segera dengan KLIK DI SINI!

Sehingga kini saya mendapat banyak maklumbalas positif daripada mereka yang telah mendapatkannya. Anda boleh lihat komen dan testimonial mereka pada minisite www.WangGaji.com yang saya akan update dari masa kesemasa.

Sampai di sini dahulu, semoga kita semua dapat betemu lagi pada artikel lain pada masa akan datang. Semoga anda dapat menguruskan kewangan anda dengan baik dan teratur!

Salam kekayaan,

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

SALAH PANDANGAN TENTANG KEKAYAAN

Posted by Thinkerich on 22 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Iman, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Semoga dilindungi Allah s.w.t hendaknya..

Apa cerita hari ini? Hmm..saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anda tentang kekayaan..

Ya, tentang kekayaan..

Ramai yang masih fobia, takut, segan, malu dan macam - macam perasaan dan tanggapan lagi muncul sebaik disebut pasal kekayaan..

Saya masih ingat, suatu masa dahulu seorang teman saya pernah menegur tingkahlaku saya yang ‘obses’ dalam mencari wang dan pendapatan tambahan melalui perniagaan, pelaburan untuk mencapai kekayaan!

Katanya, “Sudah-sudahlah tu cari wang…tak kan pangkat dan gaji dah besar pun tak cukup lagi? Dengan bisnes lagi, pelaburan lagi berapa banyak wang yang kau nak ni??? Nanti harta kekayaan banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur!!”, katanya cuba mematikan impian dan semangat keusahawanan saya…

“Maafkan saya kawan…, bukan begitu maksud saya.. apa yang saya usahakan hari ini bukan untuk bekal duniawi sahaja tetapi ukhrawi..” jelas saya cuba menjelaskan maksud dan tujuan saya yang sebenar kepadanya.

Tuan-puan yang dirahmati Allah s.w.t,

Mencari kekayaan itu adalah harus bahkan amatlah dituntut dalam agama…bahkan kemiskinan itu sendiri perlu dihindari seboleh mungkin…(kerana ditakuti kemiskinan itu sendiri boleh membawa kepada kekufuran…!)

Ini kerana dengan harta kekayaan yang ada pada kita hari ini, dan juga pada masa depan boleh dijadikan bekal untuk perjalanan hidup kita yang kekal abadi di akhirat kelak…

Ya, memang betul harta kekayaan tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi dengan adanya harta tersebut, dengan melakukan perancangan wasiat dan pusaka yang BETUL!, maka kita boleh agihkan sebahagiannya untuk pewaris kita, dan sebahagian lagi untuk masyarakat..

Ya, untuk masyarakat bagi kebajikan agama, bangsa dan negara…

Biarpun jasad kita sudah hancur ditelan tanah, namun pelaburan atau syer ‘wakaf’ yang kita wasiatkan untuk kegunaan masyarakat faedahnya jauh lebih besar dan berganda pulangannya…ianya tidak ternilai dan terhitung oleh manusia, hanya Allah s.w.t sahaja yang akan membalasnya…

Oleh itu, jangan sekali-kali kita mematahkan atau mematikan niat, dan daya usaha yang dilakukan oleh saudara kita untuk mencapai kekayaan, bahkan doakanlah mereka semoga dengan harta kekayaan yang bakal mereka perolehi tersebut dapat membuka hati mereka untuk berbelanja ke jalan yang diredhai Allah..

Sebaliknya jika kita dapat tahu ada di antara rakan kita yang mencari kekayaan dengan jalan yang salah dan menyimpang seperti rasuah, judi, penyelewangan, penipuan , penganiayaan, skim cepat kaya dan pelbagai lagi bentuk kekayaan yang disertai oleh rakan kongsi yang bernama IBLIS, maka nasihatilah mereka dan doakan untuk mereka agar Allah s.w.t membuka hati mereka dan menunjukkan jalan yang lurus…IsyaAllah dengan doa ikhlas daripada saudara-saudari semua dapat membantu mereka pulang ke pangkal jalan..

Setakat ini dahulu bicara kita tentang kekayaan, insyaAllah jika diberi izinNya nanti, kita akan berbicara lagi melalui blog ini bagi mencapai kekayaan sebenar yang diidam-idamkan! Bukannya kekayaan material semata bahkan kekayaan minda & JIWA!

Semoga tuan-puan pembaca semua dapat manfaat daripada perkongsian ini dan seterusnya dapat memperbetulkan semula tanggapan kekayaan yang dicari di dunia yang sementara ini…

Yang baik datangnya daripada Allah, dan semua kekurangan itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri - seorang hamba yang lemah di sisiNya…

Wassalam

THINKERICH

p.s : Jika anda berhasrat untuk mencapai kekayaan, langkah pertama yang perlu anda kuasai adalah melalui pengurusan kewangan peribadi anda. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan panduan khusus untuk menguruskan wang anda, maka anda boleh dapatkannya di sini!

MACAMANA NAK SIMPAN KALAU TAK ADA WANG?

Posted by Thinkerich on 21 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji, Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Semalam saya bertemu dengan seorang teman, seorang ‘Ex Manager’ bank…

Seingat saya beliau mengambil keputusan untuk ‘resign’ kerana memilih perniagaan sebagai punca pendapatan utama beliau bukan lagi makan gaji, dan setahu saya juga banyak bidang keusahawanan yang telah dilakukannya sebelum ini.

Antaranya mengeluarkan dan membekalkan bahan makanan berasaskan ikan seperti fishball dan keropok. Kemudian beliau mencuba pula mengeluarkan minuman ringan di samping turut terlibat sebagai wakil atau agen insuran. Kemudian beliau turut serta dalam industri unit amanah sebagai perunding unit amanah.

Setelah bertanya khabar dan saling bertukar-tukar pendapat, beliau bertanya saya apa yang sedang saya buat sekarang!

Dengan rendah diri saya memberitahu beliau yang saya sekarang menceburi bidang penulisan dengan menjadi Penulis buku dan ebook!

“Buku & Ebook! Tentang apa?” soal beliau dengan sinis!

“Kewangan Peribadi” jawab saya ringkas!

“Hmm..Apa tajuk buku dan ebook tersebut?”

“Buku judulnya, Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah KekuranganWang!

“Ebook pula, Panduan Wang Gaji!” jawab saya.

“Oooo..bunyi macam bagus! Tapi boleh ‘you’ bagi tahu saya satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang?” tanya beliau dengan nada sinis!

“Mmm…salah satu daripadanya sudah tentulah dengan membuat Simpanan!” jawab saya.

“Hmm..simpanan? Macamana nak simpan kalau tak ada wang?”, beliau menyoal dengan sinis.

“Sudah tentulah kita kena cari wang terlebih dahulu!” jawab saya pantas..

“Lihat, macam-macam cara untuk dapatkan wang dalam dunia hari ini, sampai kita dapat lihat, orang yang Malas dan Miskin (ada juga yang menipu dan ambil kesempatan) sampai minta sedekah!” jelas saya lagi..

Tapi saya tak bermaksud untuk mencadangkan semua orang meminta sedekah! Itu bukan caranya untuk mengatasi masalah kekurangan wang!!!

Jika nak tahu cara yang lebih baik dan bersopan dalam mendapatkan wang, boleh dapatkan buku tersebut kerana saya ada nyatakan perkara ini dalam bab Cara #3 : Tingkatkan Pendapatan Anda!“, jelas saya kepadanya!

Tuan/puan para pembaca yang saya kasihi sekalian…

Sebenarnya masih ramai yang tak dapat berfikir dan malas untuk berusaha menyelesaikan masalah kewangan yang mereka alami bahkan ada yang malu dan segan untuk mengakui diri mereka sedang mengalami masalah kewangan.

Sebaliknya mereka lebih suka mencari alasan dan menyalahkan orang lain (saya harap pembaca blog ini bukan terdiri daripada golongan ini :) )

Apabila diberikan panduan dan cadangan kepada mereka, tidak pula diterima dan dipakai apa yang dicadangkan itu sebaliknya dipersoalkan pula dengan sinis…

Maklumlah mungkin apa yang saya cadangkan dan nyatakan itu bunyinya terlalu biasa dan umum…

Tetapi saya tidak mencadangkannya sahaja! Sebaliknya saya huraikan dan jelaskan teknik dan kaedah yang telah TERBUKTI berkesan! (jika anda nak tahu cara membuat simpanan yang BETUL! Anda boleh dapatkan Panduan Wang Gaji di sini!)

Apa yang penting teknik dan kaedah tersebut telah banyak membantu memperbaiki kedudukan kewangan saya kini! Kalau saya dapat lakukan dan perbaiki kewangan saya, kenapa pula orang lain tak boleh?

Saya tak menggunakan silap mata dan jauh sekali menyarankan para pembaca untuk membuat simpanan dan menyertai mana-mana program buat duit yang ala-ala skim cepat kaya!

Apa yang saya lakukan adalah suatu kaedah yang mudah, teratur dan berkesan dan saya percaya sesiapa sahaja boleh melakukannya!

“Habis, jika ianya mudah kenapa ramai yang tak boleh membuat simpanan dengan baik dan teratur?” ada yang mula bertanya!

Jawabnya mudah! Ini kerana mereka tiada PANDUAN khusus untuk membuat simpanan dan menguruskan kewangan mereka!

Jadi jika sekiranya ada di antara anda ingin tahu caranya, bolehlah dapatkan Ebook Panduan Wang Gaji sekarang!

Salam kekayaan,

THINKERICH

PANDUAN WANG GAJI DILANCARKAN!

Posted by Thinkerich on 19 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji

Salam para pembaca blog Pemikir Kaya!

 

Sebagaimana yang dijanjikan ebook Panduan Wang Gaji akhirnya menemui anda para pembaca dan pengunjung setia blog pemikirkaya!

Untuk makluman semua, ebook Panduan Wang Gaji telah melalui beberapa peringkat kemaskinian dari segi isi kandungannya sejak saya buka tawaran pembelian kepada ‘mailing list’ saya sejak awal Mei 2009 lagi!

Kenapa saya hanya buka tawaran kepada ‘mailing list’ saya sahaja sebelum ini?

Alasannya mudah! Saya nak ‘test market’ di kalangan mereka terlebih dahulu supaya saya boleh dapatkan reaksi dan maklumbalas awal daripada mereka mengenai isi kandungan ebook Panduan Wang Gaji ini…

Alhamdullilah ramai yang berpuashati dan memberikan komen positif tentang ebook ini!

Oleh kerana komen yang diterima positif, saya rasa ebook ini memang layak untuk berada dalam pasaran ebook tanahair terutamanya sebagai pelopor kepada ebook-ebook dalam genre Pengurusan Kewangan Peribadi!

Baiklah, tentu anda semua ingin tahu apakah komen daripada mereka yang telah membaca ebook ini bukan? Tanpa perlu buang masa lagi , dengan sukacitanya, anda dipersilakan ke minisite berikut untuk maklumat lanjut:

http://www.wanggaji.com

Sempena pelancaran ebook Panduan Wang Gaji ini, saya ingin membuka peluang kepada para pembaca blog ini untuk mendapatkan ebook ini terlebih dahulu pada harga ‘mampu milik’ dan seterusnya berpeluang menambah pendapatan melalui Program Affiliate WangGaji.Com!

Anda dijemput untuk menyertai program affiliate ebook ini untuk menjana pendapatan tambahanan melalui internet. Kunci kejayaan menambah pendapatan melalui affiliate adalah bergantung kepada sejauh mana usaha promosi yang anda lakukan.

Salah satu cara promosi yang berkesan adalah dengan membuat ‘review’ tentang ebook ini pada blog anda. Untuk membolehkan anda memberikan review yang benar dan bertepatan dengan isi kandungan ebook ini, sudah tentulah anda perlu membeli dan membaca ebook ini terlebih dahulu!

Jika tidak, adalah dibimbangkan review tersebut jadi ‘hype’ pulak kan :)

Lain yang ada nyatakan tetapi lain pulak isi kandungannya…Tak ke ‘parah’ jadinya nanti?

Bagi anda yang tidak mempunyai blog atau laman web, anda boleh promosikannya melalui mana-mana forum komuniti yang boleh anda sertainya dengan percuma. Salah satu caranya adalah dengan meletakan kod affiliate anda pada signature link. Tetapi harus diingat! Anda MESTILAH mematuhi etika yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Forum yang anda sertai tersebut!

Sekiranya anda berminat, sila daftarkan diri anda pada link di bawah :

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR AGEN AFFILIATE

Ohh! Sebelum terlupa, saya juga ingin menjemput anda semua untuk mendapatkan koleksi ebook PERCUMA daripada saya, iaitu Siri Panduan Pengurusan Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang saya sediakan khusus untuk anda dari masa ke semasa!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mendaftar terlebih dahulu melalui link di bawah bagi membolehkan saya menghantarkannya terus ke kotak email anda! Silalah daftar pada link di bawah :

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK PERCUMA

Di samping itu, saya juga akan berkongsi pelbagai tip-tip motivasi yang akan dihantar terus ke email anda, agar anda boleh mengekalkan serta meningkatkan tahap motivasi sepanjang masa :) .

Pada masa yang sama juga selalulah lawat ke blog ini untuk mendapatkan lebih banyak info dan tip motivasi dan kewangan yang boleh anda aplikasikannya dari masa ke semasa!

Sekian dahulu untuk masa ini.

Salam kekayaan,

THINKERICH

BUAT WANG ATAU URUS WANG, MANA YANG LEBIH PENTING?

Posted by Thinkerich on 15 Jun 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji, Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Di antara buat wang dengan urus wang yang mana satu anda semua pilih?

Ehem..sudah tentulah ramai yang lebih tertumpu untuk mencari wang atau membuat wang…

Saya percaya dan pasti lebih ramai yang berminat untuk belajar cara nak buat wang berbanding belajar nak urus wang..Betul Tak?

Sudah tentulah Betul..!

Kenapa saya berani kata begitu?

Cuba lihat dalam banyak-banyak produk yang dikeluarkan oleh IM tempatan mahupun luar negara di dalam media internet..

Sudah tentu produk atau program buat duit atau buat wang menjadi produk yang menjadi tumpuan dan kegilaan ramai..!

Itu belum masuk lagi program yang mengarut dan penuh dengan penipuan seperti skim cepat kaya, skim piramid, pelaburan internet haram, skim perkongsian modal dan banyak lagi..

Tetapi sedarkah atau perasankah anda,  kebanyakan daripada mereka yang buat wang akhirnya mendapati diri mereka masih tetap mengalami masalah kewangan, dan apa yang dapat kita lihat lebih ramai yang terpaksa hidup sederhana dan miskin…

Aiks? Apa pasal pulak bila buat wang dengan banyaknya kita boleh jadi sederhana je???

Lepas tu ..miskin pulak tu???

Haaa…tentu ada di antara anda yang mulai ‘confuse’ a.k.a keliru dengan apa yang saya katakan ini..

Saya tak cakap saje-saje…

Apa yang saya cakap ni adalah realiti dan kenyataan hidup!

Seringkali mereka yang berjaya menngkatkan pendapatan akan mendapati gaya hidup dan taraf hidup mereka turut meningkat!

Sudah tentulah, kos dan hutang turut meningkat sama!

Mengapa boleh jadi sebegini?

Jawapannya hanya satu!

Mereka tiada panduan untuk menguruskan kewangan dengan BETUL!

Jeng..jeng..

Memandangkan masalah ini merupakan masalah yang berlarutan dan terus menerus menghantui ramai orang, maka saya dengan ini telah mengambil sedikit inisiatif (daya usaha) dengan menulis sebuah panduan untuk semua!

 

 Ini merupakan sebuah panduan pengurusan kewangan peribadi yang menyeluruh dan sesuai untuk semua tak kira sama ada anda makan gaji, kerja sendiri mahupun seorang usahawan!

Ya, usahawan!

Tahukah anda, ramai usahawan mengalami masalah kewangan dalam perniagaan mereka hanya kerana tidak tahu untuk membezakan di antara keuntungan, wang operasi serta wang gaji untuk diri mereka sendiri!

Maka sebab itulah, usahawan pun perlu dan WAJIB bayar gaji untuk diri mereka sendiri!

Jangan ingat usahawan tak ada gaji!

Mereka juga perlu ada wang gaji! Dalam ebook ini saya ada menerangkannya cara dan kaedah pengurusan untuk wang gaji!

Jadi, jika anda semua ingin tahu dan berhasrat untuk memilikinya! Tunggu pelancarannya tidak berapa lama lagi..

Salam kekayaan,

THINKERICH

BENARKAH MEREKA JUTAWAN?

Posted by Thinkerich on 10 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya sambung ulasan dan pandangan saya daripada ruangan komen Tuan Shamsuddin Kadir (SK) berkaitan Direct Selling Ohh Multi Level Marketing

Sebenarnya saya pernah menulis di blog ini berkaitan perkara ini hampir 2 tahun yang lalu dengan tajuk Jutawan MLM bukan Jutawan Sebenar..?

Saya bukanlah anti kepada direct selling dan MLM nih…bahkan saya sendiri pernah menyertainya dan terlibat secara aktif dalam perniagaan ini suatu ketika dahulu hingga sampai peringkat Pengurus Agensi…

Bahkan saya menimba banyak pengalaman dan ilmu tentang keusahawanan, skill menjual, perniagaan, jaringan persahabatan, setiakawan, kerjasama kumpulan, nilai kasih sayang dan kehidupan, serta semangat untuk berjaya dari industri MLM!

Dan saya akui, jika anda ingin mendapatkan latihan kejurujualan yang terbaik, latihan motivasi yang baik, saya amat sarankan anda mendapatkannya dengan menyertai MLM.

Banyak yang boleh anda belajar melaluinya..

Tak dinafikan dalam menceburkan diri dalam apa jua bidang perniagaan , sudah pasti ada yang berjaya dan ada yang gagal..tetapi jika seseorang itu gagal dalam sesuatu perniagaan yang diceburi, contohnya dalam MLM ini, apakah perniagaan dan syarikat MLM yang patut dipersalahkan???

Saya tak bersetuju (ini pendapat saya!) jika ada yang menyalahkan company dan sesuatu bidang perniagaan itu yang menjadi punca kepada kegagalan mereka!

Yang menjadi punca segala-galanya adalah diri sendiri dan sikap seseorang itu!

Ramai yang suka menggunakan ’senjata kegagalan’ pada diri mereka sendiri iaitu ALASAN sebagai sebab utama kegagalan mereka!

Dan macam biasalah masyarakat kita suka mengamalkan budaya ‘bangau oh bangau’- tak mengaku kesilapan sendiri!

Berbalik kepada isu yang diutarakan oleh tetamu dari blog SK, dan pandangan SK sendiri, memang betul, ramai yang menyertai direct selling dan MLM ini adalah semata-mata untuk menambah pendapatan dan kemudiannya berimpian ingin menjadi kaya dan bergelar jutawan…

Malangnya, sebagaimana yang saya nyatakan di ruangan komen pada blog tuan SK, ramai yang berjaya mendapat komisyen yang besar dalam MLM hanya dapat bertahan sementara sahaja kerana mereka tak ada ilmu dan skill pengurusan kewangan yang betul!

Apa tidaknya, ramai teman saya yang telah berjaya mencapai pangkat tertinggi sebagai JUTAWAN (jutawan pada pangkat je) dalam syarikat MLM tersebut, pernah dapat RM20 - 30K sebulan, memandu Mercedes S320, dapat insentif Rumah Banglo bernilai RM1.2 juta, kini tak punyai apa-apa!

Bahkan seorang Jutawan MLM yang saya kenali pula melompat dari satu industri ke satu industri yang berbeza-beza…

Dari industri MLM, lompat ke Pelaburan Haram :( kemudian join pula industri insuran! Kenapa?

Sebab mereka dapati apa yang mereka telah capai itu tidak konsisten, tidak stabil atau mungkin juga mereka tamak di samping tidak memahami hal kewangan yang sebenar!

Jadi, benarkah mereka ini Jutawan?

Jawapannya, ada yang memang Jutawan, dan ada yang bukan jutawan sebenar!

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, mereka yang berjaya capai tahap jutawan dan kemudian nampak peluang dan memahami hal kewangan sebenar tidak lagi fokus pada bisnes MLM itu sahaja!

Mereka kembangkan perniagaan, dan gunakan nama dan kejayaan tersebut untuk menjual diri mereka untuk sertai perniagaan yang lain.

Contoh terbaik adalah Jutawan MLM tersohor yang juga merupakan Mentor Jutawan, Dato’ Dr. Azman Ching, beliau menjalankan perniagaan motivasi dalam masa yang sama selepas mencapai kejayaan dan menempa nama sebagai Jutawan CNI.

Beliau bijak menggunakan kesempatan, menggunakan network sedia adanya untuk pasaran buku dan karya tulisannya berkaitan motivasi dalam perniagaan MLM.

Beliau tidak lagi hanya tertumpu pada MLM sahaja tetapi bisnes motivasi pula!

Itulah Jutawan yang sebenarnya!

Jika anda sertai MLM dan kemudian bercita-cita untuk menjadi Jutawan MLM, sikap anda perlu betul, perlu ada asas dan ilmu kewangan, barulah anda boleh kekal menjadi Jutawan MLM yang sebenar!

Salam kekayaan,

THINKERICH

MUSIM KENDURI KAHWIN

Posted by Thinkerich on 09 Jun 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Sejak dari minggu lalu hinggalah ke minggu ini, para pelajar sekolah begitu riang…

Apa taknya musim cuti sekolah mereka bermula…

Selain daripada pelajar sekolah yang amat menanti-nantikan musim cuti ini, pasangan pengantin juga turut menantikan musim cuti persekolahan ini…

Iyelah..pada musi cuti sekolah inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dan sudah pastilah kerja kahwin ni tak lengkap kalau tak diadakan kenduri kahwinnya yang ‘grand’ dan meriah…

Sepanjang tempoh 2 minggu yang lalu saya menerima lebih daripada 10 jemputan kahwin, sampai ada suatu masa 3 hingga 5 jemputan dalam sehari…ada yang dah ‘back dated’, ada yang sempat dan ada yang tak sempat…untuk saya hadiri…MAAF :(

Apa yang dapat diperhatikan, perjalanan majlis perkahwinan cukup meriah sekali! Ada yang melangsungkannya mengikut ekonomi keluarga dan tak kurang juga yang ‘melampaui’ kemampuan ekonomi keluarga dan juga pasangan pengantin…

Hai…nasiblah badan…

Kadang-kadang kebanyakan keluarga yang melangsungkan majlis perkahwinan ni nampaknya agak boros dalam berbelanja.

Iyalah dah menjadi trend masa kini, majlis perkahwinan diadakan di hotel-hotel dengan perbelanjaan kostum yang mewah…

Gembiranya hanya sehari dua tetapi bebanan yang ditanggung akibat hutang yang tinggi bag menampung majlis tersebut boleh menjadi igauan ngeri buat pasangan dan keluarga pengantin..

Dalam perkahwinan, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin.

Ianya pada dasarnya  bertujuan  untuk mengumumkan kepada masyarakat suatu ikatan pernikahan  telah berlangsung dalam keluarga.

Oleh itu, dalam menjalankan kerja majlis perkahwinan ini haruslah bersederhana.

Maka tak perlulah dicemari sesuatu majlis dengan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam seperti mengadakan kenduri besar-besaran , boros berbelanja hingga memberikan kesan kepada keadaan kewangan di kemudian hari, membuat pinjaman bank dan berhutang dengan jumlah yang besar semata-mata kerana menurut nafsu!

Berpada-padalah…

Kelak nanti ada yang masih terus menanggung beban hutang perkahwinan mereka yang dah berusia lebih 10 tahun yang lalu..

Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila kos sara hidup meningkat, anak-anak membesar, keperluan bertambah…faedah hutang pinjaman perkahwinan pun turut bertambah sama!

Jadi beringatlah, jangan sesekali menjebakkan diri anda (bagi yang belum berkahwin) ke dalam kancah hutang yang menyiksakan.

Fikirkan masa depan, rancang kewangan untuk kehidupan masa lalu, hari ini dan masa depan!

Salam kekayaan,

THINKERICH

BERBELANJA TANPA WANG?

Posted by Thinkerich on 07 Jun 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya perhatikan ramai dikalangan kita pada hari ini sudah terbiasa berbelanja tanpa wang!

“Apa, Berbelanja Tanpa Wang?, Bagaimanakah caranya?”, anda mungkin bertanya.

Ya, pada hari ini bukannya sesuatu yang pelik dan menghairankan apabila anda boleh berbelanja tanpa perlukan wang di tangan anda!

Dengan kewujudan produk kewangan HEBAT seperti Kad Kredit, sesiapa sahaja boleh berbelanja tanpa perlukan wang!

Malangnya produk hebat ini, telah menyebabkan lebih ramai  yang terjebak ke kancah keberhutangan kewangan yang serius!

Dan dalam masa yang sama, pihak bank, syarikat kewangan dan pengeluar kad kredit terus memanipulasi kelemahan yang ada pada pengguna kad kredit untuk mengaut keuntungan yang berganda-ganda daripada caj kewangan yang dikenakan!

Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 31 Oktober 2008, jumlah kemudahan kredit melalui pembiayaan Kad Kredit berlandaskan syariah mencecah RM665 juta pada tahun lalu!

Harus diingat! Itu hanyalah kad kredit yang berlandaskan syariah! Bagaimana jika ditambah dengan kad kredit konvensional yang berteraskan pinjaman yang dikenakan faedah aka RIBA ke atas had pinjaman yang digunakan?

Jumlahnya mungkin mencecah berbillion RM! Hebat bukan, rakyat negara ini berbelanja berjuta-juta bahkan berbillion RM tanpa sebarang wang!

Kesan buruk berbelanja melalui kad kredit ini telah mengakibatkan ramai yang kehilangan kawalan ke atas belanjawan mereka.

Apa tidaknya, dengan berbelanja menggunakan Kad Kredit, ianya seolah-olah anda membelanjakan sebelum anda menerima wang atau gaji anda!

Bayangkan apa yang berlaku, jika seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan mempunyai kemampuan kredit berjumlah RM5,000 daripada 2 keping kad kredit yang berbeza, kemudian membelanjakannya kesemua had kredit tersebut sebelum gaji diterimanya?

Mereka akan kekurangan wang! Ya, gaji diterima hanya RM3,000 tetapi bil yang perlu dijelaskan pula RM5,000?

Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila mereka hanya membayar baki minima iaitu 5% daripada baki semasa bil tersebut. Maka tunggakan hutang kad kreditnya akan menjadi berganda-ganda selepas itu!

Jadi, saranan saya kepada para pembaca sekalian, jika anda mempunyai keupayaan untuk berbelanja tanpa wang, maka bertindaklah dengan bijak!

Jangan biarkan anda terjerumus dengan perangkap kewangan yang telah menyebabkan ramai yang lain MUFLIS!

Salam kekayaan,

THINKERICH

JIKA INGIN KAYA, JANGAN IKUT CARA MISKIN!

Posted by Thinkerich on 06 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Dah agak lama saya tak berbicara tentang Motivasi Kekayaan!

Bila ditanya kepada ramai orang, “Siapa yang ingin menjadi kaya?”

Maka kebanyakan (tidak semua- ada yang lebih senang hidup sederhana!) mereka menyatakan keinginan untuk menjadi Kaya!

Tetapi masalah yang biasanya berlaku kepada mereka semua, mereka tidak ikut cara dan tindakan serta sikap orang kaya untuk menjadi kaya!

Mereka lebih suka bertindak ’seperti’ orang kaya daripada bertindak ‘untuk’ menjadi kaya!

“Apa buktinya?”, mungkin ada di antara anda yang bertanya!

Buktinya mudah!

Mereka lebih suka berhutang membuat pinjaman untuk membayar lebih besar faedah a.k.a interest a.k.a bunga untuk membeli barangan yang susut nilai atau mungkin tiada nilai selepas itu, seperti kereta, aksesori kereta, perhiasan rumah,  aksesori diri, gadget terkini, telefon bimbit dan pelbagai lagi…

Sedangkan orang kaya pula meminjam untuk mendapatkan keuntungan daripadanya. Mereka pinjam RM10,000 tetapi dapat untung RM3,000 hasil daripada perniagaan mereka. Manakala orang miskin pula pinjam RM10,000  tetapi bayar faedah RM3,000!

Jadi bila mereka nak kaya? Dapatnya RM10,000 tapi kena bayar balik RM13,000! Sedangkan wang yang dipinjamkan itu tak mendatangkan apa-apa keuntungan buat mereka.

Sedangkan orang kaya terus kaya kerana mereka pinjam duit bank RM10,000, tetapi dapat untung RM3,000! Itu, untung dalam skala yang kecil! Jika dalam skala yang besar, maka lagi besar keuntungan mereka!

Siapakah golongan yang paling ramai terdiri dalam golongan ini?

Mereka terdiri datangnya dari golongan sederhana ..yang kelihatan kaya dan bergaya tetapi hutang keliling pinggang!

Jadi jika anda ingin menjadi kaya, ubahlah cara, sikap dan pemikiran anda tentang kekayaan sebenar melalui pengurusan kewangan yang bijaksana sebagaimana orang kaya lakukan!

Ingat! anda tak akan menjadi kaya, selagi anda tidak mengambil tindakan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh orang kaya!

Sebaliknya anda akan jatuh miskin apabila anda berlagak ‘macam’ orang kaya!

Salam kekayaan,

THINKERICH

BERFIKIRAN BESAR! GANJARAN PUN BESAR!

Posted by Thinkerich on 03 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Agak lama jugak tak ‘update’ blog sejak dua menjak nih :(

Baiklah, kali ini saya nak bawa anda semua bersama-sama saya membina motivasi diri untuk mengapai kejayaan dalam hidup!

Ramai yang tak berani untuk berfikiran besar!(bukan kepala besar atau ‘besar kepala’ :) itu lain maksudnya!)

Malahan apabila seseorang itu mula mengimpikan sesuatu dalam hidup mereka tidak kira sama ada dalam kehidupan, kerjaya, keluarga, perniagaan, pergaulan mahu pun kewangan, akan adalah orang sekeliling yang mula melemahkan semangat dan impian, serta idea-idea hebat mereka ..

Lalu ada yang mengatakan mereka ni ‘angan-angan Mat Jenin’, dan segala macam kritikan dan kutukan yang melemahkan semangat!

Itulah lumrah, masyarakat di sekeliling kita!

Bukannya nak memberi sokongan jauh sekali nak memberi dorongan dan motivasi!

Sebaliknya diperlekeh pula impian dan cita-cita murni seseorang itu!

Tak boleh macam tu!

Sepatutnya kita kena beri sokongan, bantuan, dan dorongan kepada kekawan kita yang berimpian dan bercita-cita tinggi (Berfikiran Besar)..

Mungkin ada dikalangan kita tak terfikir kut…?

Sebenarnya mereka yang mencapai kejayaan dan kegemilangan pada hari ini, datang  daripada mereka yang berfikiran besar!

Omputih a.k.a Mat Salleh a.k.a Inggeris pangilnya sebagai Thinking BIG!

Lihat sahaja  Irfan Khairi, bagaimana beliau boleh menjadi seorang jutawan internet pada usia yang muda dengan berbekalkan prinsip ini.

Dari seorang yang bermula dengan gaji RM1,500.00 sebulan sebagai seorang pereka multimedia, kemudian bercita-cita (berfikiran besar) untuk memperolehi RM15,000.00 sebulan, lalu memulakan perniagaan internet dan kini berjaya menjadi Jutawan Internet yang dikenali ramai!

Kerana berfikiran besar jugalah anak muda yang bernama Adly Mukhtar a.k.a Labanon memiliki perniagaan, office dan staff sendiri ketika baru berusia 18 tahun!

Apa yang menariknya, beliau pernah memperolehi RM10,000.00 sebulan hasil daripada perniagaan internet beliau! Biarpun pernah diperlekehkan dan ditertawakan oleh rakan dan guru kelasnya sebelum itu!

Dalam usia sebegitu, kawan-kawan sebaya dengannya (yang berfikiran kecil) masih tercari-cari hala tuju hidup mereka!

Itu kisah mereka yang telah berjaya menerapkan dan merealisasikan impian dan cita-cita mereka dengan berfikiran besar!

Bagaimana pula dengan anda?

Sudahkah anda mempunyai impian dan cita-cita yang besar untuk digapai!

Jika sekiranya, pada hari ini anda masih takut, malu-malu, segan dan tak berani nak berfikiran besar!

Apa kata anda mula menggunakan prinsip kejayaan ini…dan maklumkan kepada semua orang agar anda lebih berkomitmen untuk menjayakannya…

Macam blogger hensem :)  Pak Di namanya,  yang telah menyatakan impian dan hasratnya dalam blog beliau:-

I Have A Dream

Ya, beliau mempunyai impian dan cita-cita yang bukan calang-calang!

Ingin menjadi seorang Fund Manager!

Semangat dan fikiran besar sebeginilah yang kita mahukan!

Berani menyuarakan hasrat, impian dan cita-cita tanpa rasa segan dan silu…

Jadi hari ini, jika anda masih belum mempunyai impian dan cita-cita, mulakan langkah dengan berfikiran besar untuk mencapai matlamat dan impian anda!

Mulakan SEKARANG! Kerana ganjarannya BESAR!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet