July 2009

Monthly Archive

TIP JIKA ANDA GAGAL BAYAR ANSURAN PINJAMAN KERETA

Posted by Thinkerich on 21 Jul 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca pemikirkaya!

Seringkali saya terdengar dan terbaca saranan popular daripada mereka yang kononya memberikan nasihat kewangan kepada orang lain sebaliknya memberikan nasihat yang merugikan orang lain…

Contohnya jika sekiranya kita tak dapat bayar ansuran pinjaman kereta kita, langkah terbaik bukannya dengan menyembunyikan kereta tersebut atau pun mendiamkan diri tanpa memaklumkan kepada pihak bank!

Hmm..ramai yang sarankan untuk sorok kereta dan jangan beritahu masalah anda pada pihak bank…bukannya apa takut kereta kena tarik dan lelong…

Sebenarnya langkah tersebut kurang tepat..

Langkah paling baik sekiranya anda mengalami masalah sedemikian adalah dengan memaklumkan kepada pihak bank….
Ya, beritahu masalah sebenar anda dan bawa berbincang untuk dapatkan sedikit kelonggaran… JANGAN SOROK!

Tak kiralah sama ada SOROK kereta mahu pun SOROK masalah kita…

Kalau SOROK sebenarnya lebih PARAH keadaannya…kereta boleh tarik dan kena lelong..

Hmm… saya kira masih ramai yang tidak menyedari bahawa kita boleh berunding dengan pihak bank…

Nyatakan masalah sebenar anda dan minta untuk beri kelonggaran bayaran ansuran dikurangkan ikut kemampuan anda, sehinggalah anda dapat settlekan masalah kewangan anda….

Ingat kena segerakan selesaikan masalah kewangan bukannya SOROK masalah kewangan yang sedang kita hadapi…

Dalam keadaan tertentu mungkin pihak bank akan pertimbangkan permohonan kita kerana mereka juga kena mengambilkira ruangan setor untuk simpan kereta kita yang ditarik…

Sudah tentu mereka juga perlu keluarkan kos penyetoran..

Apapun jika ada masalah dengan pinjaman bawa berbincang dengan pihak bank ..bukannya SOROK..

THINKERICH

AMALAN JIWA UNTUK MURAH REZEKI

Posted by Thinkerich on 18 Jul 2009 | Tagged as: Motivasi Iman

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Hari ini ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan merasakan rezeki mereka terlalu sempit.

Maka kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua satu amalan kejiwaan dan kerohanian yang boleh dilaksanakan untuk melapangkan dan memudahkan rezeki anda semua! InsyaAllah…

Tetapi suatu perkara yang harus diingat, ianya juga haruslah disusuli dengan ikhtiar dan usaha..

Jadi apakah amalan tersebut?

Amalan tersebut adalah Solat dhuha..

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Dipetik dan diolah semula hasil tulisan saudara MOHD. ALI MUHAMAD DON, PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN!

Posted by Thinkerich on 16 Jul 2009 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Anda sihat? Anda Ceria? Anda Bersemangat?

Semoga anda sihat, ceria dan bersemangat sepanjang masa!

Ok, baiklah untuk kali ini saya ingin membawa anda bersama menyelami impian dan cita-cita masing-masing!

Hmm..adakah anda mempunyai impian dan cita-cita?

Ada! Bagus…

Apa, tak ada?

Ya, kebanyakan daripada kita pada hari ini sebenarnya tidak ada impian dan cita-cita yang disematkan dalam jiwa dan sanubari mereka!

Saya tahu ada dikalangan anda mempunyai impian tetapi sebenarnya itu bukan impian…itu adalah angan-angan!

Ya, angan-angan!

Apa pula bezanya Impian dengan angan-angan?, mungkin ada di antara anda yang mula bertanya!

Angan-angan ialah bilamana anda berkehendakkan sesuatu dan memikirkannnya tanpa ada usaha untuk merealisasikannya.

Mudahnya anda hanya berfikir ke arah itu tetapi sebaliknya anda tidak meletakkan Sasasaran, Strategi dan Sikap yang betul untuk mencapainya.

Berlainan dengan impian, anda mula menetapkan matlamat dengan sasaran yang tepat, mengatur strategi yang betul dan merubah sikap ke arah kejayaan.

Sekiranya pada masa ini, anda masih belum mempunyai impian yang benar-benar impian (bukan sekadar beranggan-anggan tanpa matlamat yang jelas) ada baiknya kini anda merubahnya kepada impian yang sebenar!

Berimpianlah apa sahaja! Jangan terikat dengan halangan minda yang sentiasa meletakkan sesuatu yang belum pernah anda capai sebagai sesuatu yang mustahil!

Malaysia tidak akan mempunyai kereta nasional sehingga ke hari ini jika sekiranya, pemimpin dan rakyatnya masih lagi mempertikaikan keupayaan negara!

Malaysia juga tidak mungkin mempunyai Angkasawan yang pertama jika, para pemimpinnya hanya berangan-angan kosong!

Tidakkah semua kejayaan tersebut bermula dengan impian sejati yang akhirnya disusuli dengan sasaran, strategi dan sikap yang betul sehingga kita dan negara mencapainya!

Begitu juga dengan dunia kewangan anda, jika sekiranya anda masih lagi berada dalam masalah kekurangan wang, kenapa tidak anda meletakkan impian untuk mengatasinya?

Ada banyak cara yang boleh anda ambil, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan panduan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam perancangan kewangan.

Atau setidak-tidaknya anda boleh mula belajar dengan membaca buku atau ebook kewangan seperti Bajet Wang dan Panduan Wang Gaji

Ingat, kejayaan itu bermula dengan impian!

Semoga berjaya!

Salam kekayaan!

THINKERICH

APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN DENGAN WANG ANDA HARI INI?

Posted by Thinkerich on 15 Jul 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Hmm…agak panjang pulak tajuk post kali ini..

Tak mengapalah, janji para pembaca faham apa yang hendak saya sampaikan.

Pernahkah anda mendengar ungakapan;

“Apa Yang Anda Lakukan Hari Ini, Akan Menentukan Apa Yang Anda Capai Pada Masa Depan!”

Hmmm..lebih kurang begitulah bunyinye..

Apa maksudnya?

Maksudnya begini, jika anda perhatikan apa yang anda ada pada masa ini, ianya adalah hasil daripada apa yang telah anda lakukan sebelum-sebelum ini…

Contohnya di sini, lihat sahaja pada kedudukan kewangan anda pada hari ini?

Adakah kedudukan kewangan anda stabil?

Adakah simpanan anda mencukupi?

Atau anda kini dikelilingi oleh hutang piutang?

Semua itu anda boleh lihat hasilnya hari ini…jika sebelum-sebelum ini anda telah mula menabung dan membuat simpanan dengan penuh displin hari ini anda akan dapati simpanan anda semakin membesar..

Hmm..ditambah lagi dengan faedah keuntungan yang anda perolehi hasil daripada simpanan dan pelaburan anda.

Tapi jika sebelum-sebelum ini, anda penuhi dengan pinjaman dan hutang sana sini, seperti pinjaman peribadi, bayaran ansuran mudah, hutang kad kredit dan mungkin juga dengan Ah long…anda akan dapati kehidupan anda akan dipenuhi dengan kegelisahan sepanjang masa..

Kenapa terjadi dua situasi dan keadaan yang berbeza?

Sudah tentulah kerana kesedaran dan kebijaksanaan kewangan yang berbeza di antara satu sama lain!

Jadi jika hari ini anda mulai sedar yang kedudukan kewangan anda semakin meruncing hasil daripada kesilapan lampau, maka sudah tibalah masanya kini untuk anda memulihkannya!

Dan untuk memulihkannya, sudah pastilah anda perlukan bimbingan dan panduan khusus untuk menjayakannya. Jika anda perlukan panduan dan ingin dapatkan gambaran sebenar tentang masa depan kewangan anda, saya telah sediakan 2 buah rujukan yang saya rasa amat sesuai untuk anda praktikan.

Anda boleh dapatkannya di www.bajetwang.com dan www.wanggaji.com

Satu menerangkan cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang dan satu lagi memberikan panduan khusus dalam merancang dan menguruskan wang anda!

Ingat, jika anda masih lagi membiarkan kedudukan kewangan anda pada hari ini dibelenggu oleh masalah hutang, percayalah pada masa akan datang anda akan terus berdepan dengan masalah kewangan yang lebih parah!

Lakukan perubahan pada hari ini, rancang dari sekarang untuk masa depan kewangan yang lebih cerah!

Selamat maju jaya!

Salam kekayaan!

THINKERICH

PELABURAN EMAS

Posted by Thinkerich on 14 Jul 2009 | Tagged as: Pelaburan, Kewangan Peribadi

Salam pembaca pemikirkaya! Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya!

Tahukah Anda? Ramai yang bertanya saya apabila selesai membaca ebook Panduan Wang Gaji yang saya terbitkan baru-baru ini.

Kebanyakan daripada mereka bertanya selain daripada pelaburan ASB dan Unit Trust apakah ada bentuk pelaburan lain yang boleh memberikan pulangan yang baik dan selamat?

Jawabnya, ADA!

Sebenarnya selain daripada ASB yang merupakan tempat simpanan dan pelaburan yang selamat, dengan keuntungan dividen purata 8% setiap tahun,  sebenarnya anda juga boleh menambah portfolio pelaburan anda untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan melalui pelaburan EMAS.

Salah seorang daripada pembaca ebook Panduan Wang Gaji, telah berkongsi pandangan beliau dengan saya.

Katanya sebelum ini, beliau agak sukar untuk membuat simpanan bagi memenuhi impian untuk membeli barangan kemas berupa gelang tangan emas yang sekian lama beliau idamkan.

Namun begitu, setelah membaca idea yang disaranan daripada ebook Panduan Wang Gaji, kini beliau merasa lebih yakin untuk mendapatkannya..

Hmmm.. nampaknya Puan ini telah mendapat kebijaksanaan kewangan, kerana memenuhi impiannya untuk barangan kemas berupa gelang emas sedangkan kebanyakan mereka yang lainnya pula sibuk membeli Handphone model terkini..harganya mencecah RM2k pulak tu..

Tahniah, saya ucapkan kepada Puan tersebut kerana telah melakukan pelaburan yang bijak… kerana tidak mensia-siakan wang titik peluhnya untuk membeli liabiliti yang di sangka oleh kebanyakan orang sebagai aset!

Itu hanyalah sebahagian daripada bentuk pelaburan emas untuk perhiasan diri dan biasanya jarang dijual belikan untuk mendapatkan keuntungan..

Biasanya ianya menjadi barangan gadaian dan pajakan ketika keadaan yang mendesak…(Ermm..itu bagi mereka yang tak praktikkan ilmu Panduan Wang Gaji lah..yang praktikkan apa yang saya sarankan pasti tak akan ada masalah kewangan lagi :) )

Oh, ya! Tahukah anda bahawa selain daripada pelaburan emas melalui pembelian untuk perhiasan diri, anda juga boleh melabur dalam pelaburan emas!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Hmm.. saya dapat tahu yang salah seorang rakan saya iaitu saudara Jamal ada menerbitkan sebuah ebook eksklusif tentang pelaburan emas (yang pertama di pasaran Malaysia) dibantu oleh seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, anda boleh dapatkannya dengan KLIK DI SINI!

HAJI BAKHIL PUN TAHU, YANG MANA ASET DAN YANG MANA LIABILITI!

Posted by Thinkerich on 11 Jul 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca PemikirKaya!

Semalam ketika saya menyampaikan taklimat ringkas dalam sesi ‘Bicara Buku’ bagi buku terbaru saya Bajet Wang di salah sebuah organisasi, salah seorang pendengar menyampuk apa yang saya sarankan…

Mungkin tidak setuju atau mungkin juga bergurau…saya tak pasti!

Ianya bermula apabila saya mula menekankan perlunya kita untuk mula membuat catatan bagi setiap jenis perbelanjaan yang telah kita buat setiap hari walau pun nilainya cuma 5 sen!

Yalah, katanya nak atasi masalah kekurangan wang! Jadi kenalah semak dan selidiki tabiat perbelanjaan kita dengan terperinci…

Apa yang dia kata?

Katanya, “Wah,  sampai macam tu sekali? Jadi Haji Bakhil lah aku gamaknya!”

Begitulah lebih kurang bunyinya apabila telah di’translate’ ke bahasa yang mudah faham :)

Hmmm.. kekadang kita perlu ikut resmi Haji Bakhil, karektor orang tua kedekut yang dipaparkan dalam Filem arahan Tan Sri P.Ramlee, Labu Labi dan Nasib si Labu Labi…

Semua tahu bahawa karya agung Tan Sri P.Ramle sarat dengan humor dan pengajaran yang banyak boleh kita pelajari.

Salah satunya dalam pengurusan kewangan peribadi!

Sekiranya anda pernah menonton kedua-dua filem lagenda tersebut, anda pasti tahu dan ingat akan betapa bakhilnya dan kikirnya si Haji Bakhil dalam membelanjakan kewangannya.

Dan apa yang menariknya, Haji Bakhil ini salah seorang karektar yang mempunyai Financial IQ yang tinggi!

Ini kerana walaupun beliau mempunyai wang dan harta yang banyak tetapi beliau masih tetap pakai kereta buruknya!

Lihat! Tan Sri P. Ramlee sendiri telah menggunakan konsep ini, sebelum Robert T. Kiyosaki mendedahkannya pada lewat era 90-an melalui buku Best Sellernya Rich Dad Poor Dad!

Hmm..tetapi yang kedekut taknak bagi derma tu…tak perlu ikut laa ya :)

Kekadang KITA Perlu Jadi Haji Bakhil :)

Salam kekayaan.

THINKERICH

FMUTM KINI FIMM

Posted by Thinkerich on 08 Jul 2009 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust


Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) kini telah pun menukar logo dan nama baru mereka kepada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Ini bermakna badan ini telah meluaskan skopnya bukan sahaja dalam pelaburan unit amanah tetapi mencakupi kesemua bentuk operasi pelaburan di Malaysia.

SIAPA YANG BELUM TERIMA EBOOK?

Posted by Thinkerich on 08 Jul 2009 | Tagged as: Panduan Wang Gaji

Saya mohon kerjasama semua pelanggan Ebook Panduan Wang Gaji yang masih belum menerima naskah ebook masing-masing agar dapat menghubungi saya segera!

Ini kerana saya dapati terdapat di kalangan anda yang membuat bayaran tetapi tidak mengisi borang tempahan!

Ini amat menyukarkan saya untuk menghantar link download kepada anda jika sekiranya tiada apa-apa maklumat tentang diri anda sama ada alamat e-mail mahu pun nombor telefon.

Sesiapa yang ada masalah dengan pembelian ebook Panduan Wang Gaji sehingga ke saat ini, mohon untuk hubungi saya segera dengan KLIK DI SINI!

Sekian, terima kasih.

THINKERICH

SAYA MALU!

Posted by Thinkerich on 07 Jul 2009 | Tagged as: Motivasi Diri

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan keadaan bermotivasi selalu hendaknya.

Hmm..tajuk post hari ni agak berbeza dari kebiasaannya. Anda ingin tahu siapa yang malu?

Bukan saya..tapi seorang rakan saya yang datang bertemu saya lalu meluahkan masalah yang sedang beliau hadapi..

Ceritanya begini, rakan saya ni mempunyai seorang anak yang mengalami masalah ‘lembam’ atau lemah, lembap dan tak cerdas dalam pelajaran sekolahnya.

Lalu anaknya telah pun dimasukkan ke kelas pendidikan khas kerana guru-guru biasa tak dapat memberikan tunjuk ajar menggunakan kaedah biasa yang diterima oleh pelajar lain yang sebaya dengannya…

Maka si bapa ni pun merasakan perkara tersebut sesuatu yang memalukan buat dirinya suami isteri hinggakan mereka berdua tertekan ketika menjalankan tugas di tempat kerja.

Mereka berdua sebenarnya bukan apa, hanya segan, malu, risau dan gelisah dengan kata-kata orang di sekitarnya.

Yalah, anak mereka tak pandai, tak cerdik, lembam hinggakan dimasukkan ke sekolah dan kelas pendidikan khas! Tak macam anak-anak orang lain…

Hmm..lihat jika kita membuat andaian, tanggapan yang salah..maka emosi dan pemikiran kita juga akan rosak!

Apalah sangat dengan sindiran dan kata-kata orang (sekiranya ada)…pedulikannya!

Yang penting beliau telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas! Sudah tentulah cara dan kaedah pembelajarannya juga berbeza dan lebih berkesan daripada sekolah biasa.

Saya nasihatkan beliau supaya redha dan bersyukur dengan kurniaan illahi kerana anaknya masih mempunyai fizikal yang cukup…jika dibandingkan dengan anak-anak orang lain yang mempunyai kecacatan anggota!

Jadi, beliau tak perlu malu!

Saya pun ceritakan kepadanya tentang kisah sepasang suami isteri yang sabar dan tabah, serta amat prihatin terhadap anaknya yang cacat anggota kaki.

Setiap pagi si bapa akan menolak kerusi roda yang dinaiki anaknya melintas jalan ke sekolah dan begitu juga pada waktu pulang!

Lihat, mereka tidak malu! Bahkan cukup sabar membesarkan anaknya itu.

Jadi saranan saya kepada para pembaca sekalian, sekiranya kita merasa malu dengan kekurangan yang ada pada diri atau ahli keluarga kita, cepat-cepatlah muhasabah diri, bersyukur dan fikirkan kekurangan orang lain yang lebih teruk daripada kita.

Cari kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita, jangan sesekali membandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain kerana apa yang pasti ianya akan menjatuhkan motivasi dan jati diri anda.

Saya berharap semoga rakan saya tersebut sedar dan dapat bangkit daripada perasaan malu tersebut untuk terus membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran.

THINKERICH

PERNIAGAAN INTERNET ATAU SKIM CEPAT KAYA?

Posted by Thinkerich on 05 Jul 2009 | Tagged as: Skim Cepat Kaya

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Bertemu lagi kita pada kali ini!

Minggu lalu sewaktu berada di KL, saya berkesempatan singgah sekejap di sebuah syarikat penerbitan buku yang cukup terkenal.

Hmm…untuk makluman para pembaca semua, saya lebih suka beli buku terus dari penerbitnya kerana saya boleh dapat diskaun sehingga 25% berbanding di kedai-kedai buku biasa hanya sekitar 10% sahaja…Mmm…itu pun kalau pekedai bagi…jarang-jarang je dapat!

Baiklah berbalik kita pada cerita di atas, ketika saya sedang membelek-belek beberapa buah buku untuk dibeli, saya didatangi oleh salah seorang kakitangan syarikat penerbit buku tersebut yang menyapa saya dengan ramah…

Beliau bertanyakan tentang pekerjaan saya..

Hmm..pada mulanya saya ingat pertanyaan biasa …tetapi ada ‘udang di sebalik mee’

Saya dengan spontan menjawab, “Saya menjalankan Perniagaan Internet!”

Tiba-tiba tanpa segan silu, beliau terus ‘masuk jarum’ memperkenalkan program ‘bisnes internet’ yang disertainya kepada saya…

Mulalah beliau menunjukkan akhbar tabloid yang memaparkan kisah bisnes internet yang disertainya memaparkan kisah kejayaan dan juga bentuk operasi bisnes mereka dalam satu muka surat besar..

Hmm..tuan/puan,  untuk pengetahuan semua, baik akhbar tabloid atau akhbar nasional…kita boleh beli….nak paparkan satu muka surat ke? 2 muka surat ke? Tak kisah yang penting anda sanggup bayar…

Jadi mereka yang tak tahu mungkin anggap ianya benar-benar sesuatu yang HEBAT..!

Iyelahkan…kalau tak hebat dan tak benar…takkan boleh masuk ‘paper’ kot…?

Tapi saya masih ingat lagi pada sekitar tahun awal 2007, di mana ketika itu pelaburan internet haram sedang hangat diperkatakan…

Ada sebuah program pelaburan internet yang mendakwa ditubuhkan dan diasaskan oleh pelabur terkaya dunia Warren Buffet (Hmm..sebenarnya Buffet tak tahu menahu pun yang namanya telah digunapakai secara salah untuk promote pelaburan internet di Malaysia!)

Cerita pelancaran tersebut dipaparkan di FRONTPAGE!

Ya, muka hadapan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris!

Mahu tak.. ramai yang percaya giler tentang kebenarannya!

Maka berpusu-pusulah orang ramai yang cetek ilmu pelaburan dan juga ilmu pengiklanan dan pemasaran ini ‘meleburkan’ duit mereka dalam pelaburan tersebut..tak sampai 2 bulan ..program tersebut LINGKUP!!!

Ok, baiklah.. berbalik pada cerita saya tadi..sebenarnya apabila saya membaca paparan satu muka tentang bisnes internet tersebut…saya dah mula ragu-ragu..

Pertamanya, saya tak pernah dengar nama company tersebut dalam mana-mana forum perniagaan internet sepanjang saya menceburi perniagaan internet lebih kurang 2 tahun kebelakangan ini..

Keduanya, nama domain yang digunakan langsung tak komersial dan nampak sangat macam ‘SCAM”

Ketiganya, mereka kata bukan MLM tetapi minta cari 3 orang (kalau 2 orang - Sistem Binari yang sahlah Skim Cepat Kaya!) sebaik menyertainya dengan yuran RM170 kalau tak silap saya, dan yang tambah pelik lagi mereka tak jual produk sebaliknya jual iklan…

Hmm..jual iklan tapi saya tak nampak pula diaorang suruh ahli mereka cari company atau mana-mana perniagaan untuk mengiklankannya pada laman web dia orang…sebaliknya rancak suruh cari orang join dengan yuran tertentu..ya ..cari 3 orang je katanya.!

Kemudian setiap ahli boleh dapat ebook ’sampah’ percuma dan juga sistem SMS…Hmm tak ada kena mengena langsung dengan operasi syarikat pengiklanan..

Lepas tu jual nama selebriti dan artis-artis lama yang dan pencen..Hmm..untuk meyakinkan bakal pelanggan mereka lah tu kot…

Dan yang lebih menyakinkan saya program ini, adalah Skim Cepat Kaya  apabila beliau menggunakan ungkapan;

“Jangan bimbang, Company ini diasaskan oleh Pengerusi Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)...”

Saya lupa pulak apa nama yang disebutnya, tetapi yang pasti berbunyi nama orang melayu!”

Tetapi setahu sayalah dalam board of director DSAM,  President DSAM setakat ini adalah Paul Yee, iaitu General Manager Amway (Malaysia) sdn. bhd.

Kalau ada pun dalam Board of Director DSAM hanya seorang sahaja melayu iaitu Zakaria Daud, Sales Director Avon Cosmetics(M) Sdn. Bhd. itupun hanyalah ‘board member’…

Kemudian tanpa rasa segan silu beliau pun dengan bangganya memberitahu beliau yang baru 2 minggu sertai program ini dah berjaya dapat RM6,000.00 dan akan berhenti minggu depan..

Hmm… kesiannya saya pada dia…dapat kerja elok-elok, tapi kini nak berhenti kerja untuk buat kerja cari orang…

Tuan/puan…Ingatlah pesan saya ini, jika sesuatu program itu menjanjikan duit mudah hanya dengan CARI ORANG , dan bukannya JUAL PRODUK/PERKHIDMATAN ….sahlah itu Skim Cepat Kaya namanya..maka berhati-hatilah..

Hai..macam-macam bentuk skim cepat kaya ada pada zaman nih ;(

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet