September 2009
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 20 Sep 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam Adilfitri buat semua pembaca blog Pemikir Kaya.
Sempena 1 Syawal 1430 Hijriah ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua para pembaca blog pemikirkaya.com, para pelanggan saya dari www.WangGaji.com dan www.BajetWang.com, rakan-rakan IM, rakan-rakan Facebook, dan seluruh umat Islam.
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan pada tuan puan semua jika sekiranya ada tulisan dan tindakan saya sebelum ini yang menjadi satu kesalahan. Semoga ianya dapat dimaafkan.
Kesempatan bersama sanak saudara dan kunjung mengunjung sepanjang sambutan hari raya ini haruslah dipenuhi dengan kemesraan dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Semoga ianya memberikan ketenangan dan kebahagian buat kita semua.
Sekian,
Salam Lebaran dan Salam Kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Posted by Thinkerich on 03 Sep 2009 | Tagged as: Motivasi Iman, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca pemikirkaya.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ada baiknya jika kita dapat meningkatkan lagi amalan memberi dan ibadah sedekah jariah.
Saya percaya ramai di antara kita hari ini begitu teruja dengan pelbagai bentuk produk dan alat pelaburan yang berupaya memberikan pulangan yang menguntungkan sehinggakan ada yang begitu taksub menyertai pelbagai skim cepat kaya!
Tetapi pernahkan kita semua terfikir?
Kesemua keuntungan dan hasil yang kita perolehi itu tidak akan ke mana jika kita tidak tahu merancang dan menguruskannya.
Maksud saya di sini, jika kita gagal merancang pelaburan kita, hasil yang diperolehi tidak akan dapat dikembangkan lagi.
Sudah tentulah lebih ramai di antara kita hari ini yang cenderung untuk ‘reinvest’ atau melabur semula hasil keuntungan mereka bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik.
Persoalan saya disini, sudahkan tuan-puan ‘reinvest’ sebahagian daripada pendapatan pelaburan tersebut untuk mendapatkan pulangan terbaik?
Pulangan yang bukan sahaja diperolehi di dunia, bahkan diakhirat juga!
Apabila disebut akhirat, sudah pasti pulangan yang diterima berterusan dan berpanjangan.
Umum mengetahui bahawa bilamana meninggal seorang anak adam itu, maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara :
* Doa anak yang soleh
* Amal jariah
* Ilmu yang boleh dimanfaatkan orang lain
Sudahkah kita membuat perancangan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti?
Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji, pada tiap-tiap biji itu pula ditumbuhkan lagi dengan seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Persoalannya adakah kita yakin dengan pulangan yang dijanjikan Allah SWT (sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar).
Adakah kita bersedekah secara terancang atau bila hanya terlintas atau tergerak hati sahaja?
Berapakah peratus pulangan yang dijanjikan Allah SWT?
Jawapannya ialah 70,000 %
MasyaAllah, begitu besar pulangan pelaburan yang dijanjikan jika kita melabur ke jalan Allah, tetapi berapa ramaikah di antara tuan-puan yang telah melaburkan harta untuk tujuan ini?
Justeru itu, saya amat menyarankan agar dapat kita membuat perancangan pelaburan kita bukan sekadar untuk keuntungan dunia tetapi biarlah kedua-duanya sekali iaitu di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya pulangan pelaburan akhirat adalah lebih besar dan berkekalan.
Wallahu’alam.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 02 Sep 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca pemikirkaya!
Sempena bulan ramadhan dan syawal yang bakal menjelma tak berapa lama lagi, sudah pasti aktiviti berbelanja rancak dijalankan oleh kita semua sepanjang bulan ini.
Namun begitu, adakah kita semua telah berbelanja dan mengamalkan tabiat yang baik?
Baiklah jika tuan/puan ingin tahu apakah tabiat berbelanja anda, apa kata kita semua lihat 3 tabiat berbelanja yang telah saya ringkaskan seperti di bawah:-
1) Berbelanja Mengikut Kemampuan
Belanja ikut kemampuan ini orang kata belanja cukup-cukup atau ada orang panggil “ngam-ngam!”
Maksudnya dapat RM1000 belanja RM1000 tak lebih dan tak kurang.
Hmm yang ini kira majoriti ramai di antara kita yang memilki tabiat perbelanjaan sebegini.
2) Berbelanja Di luar Kemampuan
Belanja diluar kemampuan pula bermaksud mereka yang membiayai kehidupan mereka melalui kredit dan hutang.
Contohnya dapat RM3000 sebulan tetapi berbelanja RM3500 sebulan.
RM500 tu datang dari mana?
Hmm, dari mana lagi kalau tak secara kredit dan hutang laaa
Ha, yang ini dah semakin ramai yang terjebak dengan tabiat perbelanjaan sebegini gara-gara pengunaan meluas kad kredit.
3) Berbelanja Di Bawah Kemampuan
Yang ini pula adalah tabiat berbelanja orang kaya.
Eh, biar betul?
Bukankah orang kaya tu belanja mewah?
Tuan-puan, kalau nak tahu orang kaya, mereka berbelanja besar sebabnya pendapatan yang mereka perolehi jauh lebih besar daripada mereka yang biasa-biasa dan sederhana dapat.
Namun begitu pada hakikatnya mereka ni masih lagi berbelanja kurang daripada apa yang mereka dapat.
Sebab itulah mereka kaya, kerana sentiasa ada LEBIHAN wang untuk digunakan bagi meningkatkan lagi aset kekayaan mereka.
Tapi tak semua orang kaya dan jutawan itu hidup dengan perbelanjaan besar dan mewah.
Ramai juga yang saya kenali hidup dan berbelanja sederhana tapi pokoknya mereka masih lagi berbelanja di bawah kemampuan sebenar mereka.
Jadi, tuan/puan punya tabiat yang mana satu?
Jika nak terus hidp di zon selesa, amalkan tabiat no.1 (tapi tak jamin, sebab biasanya mereka yang amalkan tabiat ni mudah tergelincir ke tabiat no.2).
Kalau nak terus hidup miskin dan papa kedana, teruskan tabiat no.2 tapi jika tuan puan nak jadi kaya raya amalkan tabiat no.3…
Salam kekayaan,
THINKERICH