November 2009
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 30 Nov 2009 | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikir kaya!
Hmm..apa khabar? Semoga sihat dan berada dalam suasana ceria selalu.
Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan November 2009. Pejam celik pejam celik hari ini kita dah berada pada bulan terakhir bagi tahun 2009.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah waktu cuti persekolahan ini adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti di kampung halaman.
Dalam sebulan dari sekarang, sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah tentu banyak perbelanjaan dan keperluan sekolah anak-anak perlu disediakan.
Sudah tentu perancangan kewangan perlu disediakan lebih awal dan sebolehnya kita mula melakukan perbelanjaan berhemat mulai sekarang.
Salah satu bentuk penjimatan yang dapat kita lakukan mulai sekarang adalah melalui penggunaan minyak kenderaan kita.
Jadi hari ini saya nak kongsikan beberapa tip penjimatan petrol dan diesel yang saya perolehi dari rakan -rakan saya yang bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi. Berikut tips yang boleh kita ikuti:-
Selamat mengamalkannya.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 29 Nov 2009 | Tagged as: Skim Cepat Kaya
Salam pembaca blog pemikirkaya?
Apa khabar semoga sihat….
Hmm..kali ini saya nak kongsikan soal jawab tentang pembayaran balik Skim Pelaburan Swiss Cash.
Kepada sesiapa yang pernah terlibat dengan skim pelaburan ini dan memenuhi syarat-syarat tuntutan balik tersebut bolehlah mula menuntutnya semula mulai tahun depan.
Berikut saya sertakan untuk rujukan para pembaca semua….
S1: Apakah status terkini saman sivil yang diambil oleh SC terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti Swisscash?
J: SC memperoleh penghakiman atas persetujuan bersama dengan Albert Lee dan Amir Hassan pada 6 November 2009 yang mana mereka bersetuju membayar kepada SC sejumlah RM30 juta yang akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada pelabur berkenaan.
S2: Bilakah pelabur boleh mendapat kembali wang mereka?
J: Walaupun SC mahu supaya bayaran dibuat secepat mungkin, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil termasuk menyerahkan kriteria kelayakan kepada mahkamah, melantik Pentadbir, memasukkan iklan di surat khabar dan sebagainya. Oleh itu, kami mengharapkan bayaran bagi kumpulan pertama dapat dibuat pada awal tahun depan.
S3: Apakah yang akan berlaku sekarang? Apakah langkah yang akan diambil oleh SC?
Langkah 1:
SC akan melantik seorang Pentadbir dan akan bekerjasama dengan Pentadbir tersebut dalam menyediakan kerangka kerja bagi kelayakan pembuat tuntutan dan pelan pengagihan kepada mahkamah.
Langkah 2:
Mendapatkan perintah mahkamah bagi meluluskan kerangka kerja tersebut.
Langkah 3:
Pentadbir akan menguruskan pemprosesan tuntutan, termasuk mengiklankan tuntutan dan membuat keputusan mengenai kelayakan pelabur.
Langkah 4:
Pelabur yang layak akan diberitahu dan pembayaran akan dibuat.
S4: Bagaimanakah anda memutuskan mengenai kelayakan pelabur?
J: Mereka yang layak adalah mereka yang mempunyai bukti mencukupi mengenai pelaburan pokok mereka dan tidak terlibat dalam skim itu sebagai pengambil ahli baru. Sekiranya keuntungan telah diperoleh daripada pelaburan pokok mereka, keuntungan itu akan ditolak daripada jumlah yang dituntut. Pembuat tuntutan perlu menunjukkan bukti bertulis mengenai pelaburan mereka dalam skim tersebut. Selain itu, ada kriteria lain yang akan diambil kira, umpamanya sama ada mereka melabur dalam skim tersebut walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
S5: Berapa banyak yang saya layak terima?
J: Itu bergantung pada sama ada anda telah memenuhi semua kriteria kelayakan atau pun tidak khususnya bukti bertulis tuntutan anda.
S6 : Apakah bukti yang perlu saya serahkan kepada SC?
J: Sila kemukakan bukti pelaburan anda dengan skim pelaburan Swisscash, salinan kad pengenalan atau pasport dan bukti pembayaran kepada Swisscash melalui pemindahan telegrafik, pemindahan bank atau perbankan Internet. Kami hanya boleh membuat bayaran ganti rugi kepada pelabur yang boleh membuktikan yang mereka telah melabur dengan Swisscash dan kerugian pelaburan pokok mereka. Tuntutan boleh diproses dan diluluskan dengan segera jika bukti disertakan bagi membantu juruaudit menaksir tuntutan anda.
S7 : Saya hanya mempunyai salinan fotostat bayaran yang telah saya buat kepada skim Swisscash. Bolehkah saya mengemukakan tuntutan?
J: Ya, anda masih boleh mengemukakan tuntutan tetapi itu tidak menjamin anda berjaya dalam tuntutan anda.
S8: Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai bukti pembayaran kerana saya telah menyerahkan wang tunai kepada ‘upliner’?
J: Anda mungkin tidak akan mendapat kembali pelaburan anda kerana pembayaran perlu ditadbir berdasarkan syarat yang ketat.
S9: Mengapakah SC hanya memperoleh RM30 juta sedangkan penghakiman yang diperoleh pada 25 September 2008 ialah AS$83 juta?
J: Penghakiman AS$83 juta adalah jumlah yang disebut dalam saman yang kami failkan terhadap Albert, Kelvin & Amir Hassan. Bukti yang kami kumpulkan semasa siasatan menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan jumlah keseluruhan pelaburan yang dibuat oleh pelabur Swisscash adalah AS$83 juta. Jadi, pada masa membuat permohonan kehakiman di mahkamah, kami menyebut jumlah pelaburan maksimum yang dibuat.
Jika kami berjaya mendapatkan semula semua jumlah yang dapat dijejaki di seberang laut, jumlahnya mungkin hampir kepada RM31 juta.
S10: Bolehkah saya mendapat semua wang saya kembali?
J: Memandangkan SC mempunyai tabung tetap untuk membayar ganti rugi kepada pelabur, iaitu RM30 juta, kami perlu menaksir jumlah keseluruhan pelabur terbabit yang mengemukakan tuntutan dan juga faktor kelayakan yang disebut di atas. Juga, pelabur akan dibayar ganti rugi berdasarkan jumlah pelaburan pokok yang mereka buat sahaja. Keuntungan akan ditolak daripada amaun pelaburan.
S11: Sebelum ini saya telah mengemukakan aduan kepada SC. Perlukah saya mengemukakan semula aduan saya?
J: Sekiranya anda pernah mengemukakan rayuan sebelum ini kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur kami, anda tidak perlu mengemukakannya semula kecuali anda mempunyai bukti tambahan bertulis bagi menyokong tuntutan anda.
S12: Saya melabur selepas SC mengeluarkan amaran di lama webnya pada 5 September 2006. Bolehkah saya mendapat wang saya semula?
J: Ada kemungkinan anda tidak akan mendapat pelaburan anda semula jika anda melabur selepas tarikh etrsebut. Bagaimanapun, SC akan mencadangkan tempoh kelonggaran yang bersesuaian bagi memastikan bahawa pelabur yang mungkin tidak tahu mengenai skim penipuan ini akan dibayar ganti rugi.
S13: Saya membantu menarik pelabur lain menyertai dan melabur dalam skim tersebut. Adakah saya layak mendapat semula wang saya?
J: Antara syarat layak untuk mendapat ganti rugi adalah sama ada pelabur itu terlibat secara aktif dalam menarik orang lain ke dalam pelaburan tersebut dan dengan itu dianggap bersubahat dalam skim penipuan ini. Mana-mana pelabur yang terlibat dalam skim tersebut sama ada dengan menarik ahli baru atau menjadi ‘upliner’, tidak layak menuntut wang mereka.
S14: Apakah yang berlaku kepada wang yang berada dalam bidang kuasa asing yang cuba diperoleh semula oleh SC?
J: Kami tidak akan meneruskan usaha ini memandangkankan penghakiman dengan persetujuan bersama tersebut bertujuan membolehkan SC menggunakan wang yang diserahkan oleh defendan bagi tujuan pembayaran kepada pelabur.
S15. Saya adalah pelabur asing. Adakah saya boleh mendapat wang saya kembali?
J: Tuntutan anda akan diproses bersama tuntutan pelabur lain. Anda perlu memberikan bukti yang mencukup bagi menyokong tuntutan itu. Bagaimanapun, kami juga perlu memutuskan sama ada syarat-syarat berasingan diperlukan untuk pelabur asing dan syarat-syarat ini akan diserahkan kepada mahkamah untuk disahkan.
Sumber ;
http://www.sc.com.my
Posted by Thinkerich on 26 Nov 2009 | Tagged as: UMUM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hi! Apa khabar semua pembaca blog PemikirKaya?
Semoga anda berada dalam keadaan yang ceria selalu.
Artikel pada kali ini ringkas sahaja dimana saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua
pembaca blog pemikirkaya.
Saya seperti biasa beraya kat Labuan dan sememangnya di sini
sambutannya sederhana sahaja tak semeriah sambutan di kampung saya di sebelah pantai timur semenanjung.
Kepada yang memandu untuk balik kampung, pastikan anda berhati-hati
dan ingatlah orang yang tersayang.
Selamat hari raya dan selamat bercuti!
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Posted by Thinkerich on 22 Nov 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam buat pembaca blog pemikirkaya!
Fuh! agak lama saya tak kemaskini blog ni….
Maaf kepada para pengunjung blog ini yang setia menanti artikel-artikel terbaru daripada saya.
Baiklah, sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk mengikuti seminar dan bengkel berkaitan pengurusan kewangan peribadi di samping membuat sedikit kajian dan penyelidikan berkaitan masalah pengurusan hutang dikalangan masyarakat kita.
Hmm.. nampaknya penyakit hutang ni semakin teruk jika kita tidak mencegahnya lebih awal.
Sepanjang saya berblogging ni, persoalan paling banyak yang saya terima ke dalam peti email saya adalah seperti berikut :- (kedudukan carta soalan pembaca)
Alhamdullilah, setakat ini semua persoalan yang diajukan dapat saya jawab. Walaupun ianya mungkin tak dapat membantu secara ‘Total’ tetapi saya percaya sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan sedikit panduan kepada mereka yang bertanya.
Okay! Baiklah memandangkan sekarang ini saya sedang menjalankan kajian tentang masalah hutang dan dapat beberapa info dan tip terbaru untuk menyelesaikan masalah hutang, maka saya akan berikan peluang kepada semua untuk bertanyakan soalan berkaitan hutang.
Tuan-puan boleh bertanya terus di ruangan komen di bawah atau boleh hubungi saya terus dengan bertanyakan soalan berkaitan hutang di sini!
InsyaAllah saya akan cuba membantu sebaik mungkin!
Hmm..bagi pengunjung blog ini yang ada ‘knowledge’ atau ilmu tentang pengurusan kewangan ….boleh turut membantu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan pembaca blog nih..
Sama-samalah kita membantu dan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama!
Salam kekayaan!
THINKERICH
p/s : Khidmat nasihat yang diberikan di blog ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan untuk menghasilkan keputusan.
Tujuan khidmat nasihat ini adalah bertujuan untuk kesedaran dan pendidikan sahaja.
Saya bagi pihak penggendali blog ini tidak bertanggungjawab di atas apa jua liabiliti, kerugian atau risiko yang berlaku hasil daripada pandangan dan saranan yang diberikan oleh semua pihak hasil perbincangan di blog ini.
Sila rujuk khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
Posted by Thinkerich on 09 Nov 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikir kaya!
Ada yang bertanya saya, perlukah mereka membuat pembiayaan perumahan semula (’refinance’)?
Jawapan saya : Bergantung kepada keadaan kewangan semasa dan keperluan mereka.
Ini kerana pertimbangan utama yang perlu diberikan dalam membuat pembiayaan semula ialah apakah kos yang terlibat.
Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila membuat pinjaman perumahan, kita telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pinjaman pertama seperti membayar yuran pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan hakmilik.
Pembiayaan semula bermakna kita perlu mengulangi pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.
Sebelum kita bercadang untuk membiayai semula, kita perlu memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.
Kebanyakan peminjam terikat dengan syarat dan terma dan menunggu sehingga tarikh luput “locked-in period” untuk membuat Pembiayaan Perumahan Semula.
Ini kerana sekiranya kita mempunyai pinjaman perumahan melebihi 5 tahun, berkemungkinan besar kita menanggung pembayaran pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari kadar pinjaman asas atau BLR semasa yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan.
Terdapat banyak pakej Pembiayaan Perumahan Semula yang kompetatif di pasaran terutama yang meliputi kos-kos pembiayaan semula menjadikan ianya sebuah pelaburan yang amat terkesan pada bila-bila masa dalam jangka hayat pinjaman perumahan, bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang malah memberi keanjalan dalam pengurusan wang anda.
Jadi persoalannya di sini, “Mengapa Perlu Pembiayaan Perumahan Semula?”
Sebab utama ialah untuk mengurangkan kadar faedah semasa, pembayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman.
Kita mungkin mahu mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan supaya kita boleh menyimpan dalam produk-produk pelaburan.
Jika kita berfikir Kadar Pinjaman Asas akan naik, kita mungkin ingin membuat pembiayaan semula dengan Kadar Tetap.
Mungkin juga kita ingin membuat pembiayaan semula kerana nilai hartanah yang kita miliki telah meningkat dan dengan itu kita ingin mengambil kelebihan equity hartanah untuk dana tambahan ataupun pelaburan lain.
Antara sebab yang selalu terlepas pandang untuk membuat pembiayaan semula perumahan adalah mengemaskini deposit dan hutang untuk pengurusan aliran kewangan yang lebih baik.
Pembiayaan Semula adalah langkah pertama dalam mengemaskinikan pengurusan kewangan kita. Jika kita membayar faedah yang amat tinggi untuk kad kredit dan overdraf, kita mungkin mahu melangsaikan sedikit hutang ini sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.
Pakej Pinjaman Perumahan menjadi semakin kompetitif dewasa ini dengan menawarkan pengiraan faedah (interest) asas harian yang jauh lebih menjimatkan berbanding asas bulanan dan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran untuk penjimatan dari jumlah faedah yang dibayar atas pinjaman semasa.
Jadi jika kita ingin membuat pembiayaan semula atau ‘refinance’, ambil kira dan pertimbangkan apa yang telah kita bincangkan di atas.
Semoga ianya dapat membantu.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Nov 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Apa khabar? Semoga sihatlah hendaknya.
Baiklah kali ini kita akan berbicara tentang perancangan kerjaya daripada seorang pekerja makan gaji kepada seorang usahawan, tak kiralah sama ada perniagaan konvensional mahu pun internet.
Saya seringkali mendengar sesetengah usahawan seperti MLM, Insuran, Unit Trust dan tidak ketinggalan juga IM yang bergiat sepenuh masa mempersenda mereka yang makan gaji.
Ada pula dikalangan mereka cuba mempengaruhi rakan -rakan mereka yang menjalankan bisnes secara sepenuh masa supaya berhenti daripada kerja makan gaji.
Dari sudut positif mereka mungkin ingin membakar semangat dan motivasi kita, sebaliknya mungkin mereka inginkan komitmen kita bersama kumpulan mereka bagi menjayakan kejayaan mereka juga.
Bagi saya tidak semua orang memiliki keupayaan dan kekuatan bisnes yang sama.
Ada yang perlukan masa yang singkat manakala ada juga yang perlukan masa yang lebih panjang sebelum membuat keputusan dalam memulakan bisnes secara sepenuh masa.
Apa pun alasannya, perancangan adalah segala-galanya dalam perkara ini.
Ungkapan popular, “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”!
Bayangkan jika seseoang itu terus terjun ke dalam bisnes tanpa sebarang perancangan dari segi mental, emosi dan kewangan, apa yang akan terjadi?
Sudah pasti mereka bakal berdepan depan dengan pelbagai kesukaran untuk menghadapi hari-hari yang bakal mereka tempuhi.
Saya sendiri telah melihat rakan-rakan yang masih belum mempunyai pendapatan stabil, (hmm..apa yang pasti tiada perancangan kewangan yang kukuh) tetapi berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat, mula berasa ego dan bongkak dengan memperlekekah pekerjaan makan gaji mereka dan orang lain, kemudian ambil keputusan berhenti!
Malangnya, langit tak sentiasa cerah, apabila ekonomi mulai merundum, pendapatannya juga mulai menurun. Sudah pasti dalam keadaan tersebut kewangannya juga mulai tidak menentu.
Jadi, jelaslah di sini jika kita berpendapat bisnes separuh masa yang kita lakukan itu baik dan dapat merubah masa depan kewangan kita kelak, buatlah perancangan terlebih dahulu.
Jutawan Internet seperti Irfan Khairi sendiri pun tidak terus terjun dalam bisnes internet sepenuh masa sebaliknya mengambil masa beberapa tahun menjalankannya secara part-time terlebih dahulu.
Usahawan Internet terkenal Zamri Nanyan sendiri pun menjalankan bisnes internetnya separuh masa selama 7 tahun tetapi dalam masa yang sama masih bekerja makan gaji sebelum mengambil keputusan berhenti kerja setelah perancangan beliau berjaya. Baca kisah beliau sepenuhnya dengan KLIK DI SINI
Jelaslah di sini rancang dahulu keputusan anda sebelum terjun secara sepenuh masa dalam bisnes yang anda minati. Pastikan anda telah memiliki pengalaman secukupnya, memahami perjalanan bisnes tersebut serta selok beloknya.
Yang penting sekali kedudukan kewangan anda kukuh dan mempunyai SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan pendapatan daripada jumlah perbelanjaan bulanan anda.
Ehem..ehem..jangan lupa, pastikan anda juga telah memiliki pelan perlindungan risiko yang betul!
Salam kekayaan,
THINKERICH