Salam pembaca blog pemikir kaya!

Ada yang bertanya saya, perlukah mereka  membuat pembiayaan perumahan semula (’refinance’)?

Jawapan saya : Bergantung kepada keadaan kewangan semasa dan keperluan mereka.

Ini kerana pertimbangan utama yang perlu diberikan dalam membuat pembiayaan semula ialah apakah kos yang terlibat.

Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila membuat pinjaman perumahan, kita telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pinjaman pertama seperti membayar yuran pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan hakmilik.

Pembiayaan semula bermakna kita perlu mengulangi pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.

Sebelum kita bercadang untuk membiayai semula, kita perlu memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.

Kebanyakan peminjam terikat dengan syarat dan terma dan menunggu sehingga tarikh luput “locked-in period” untuk membuat Pembiayaan Perumahan Semula.

Ini kerana sekiranya kita mempunyai pinjaman perumahan melebihi 5 tahun, berkemungkinan besar kita menanggung pembayaran pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari kadar pinjaman asas atau BLR semasa yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan.

Terdapat banyak pakej Pembiayaan Perumahan Semula yang kompetatif di pasaran terutama yang meliputi kos-kos pembiayaan semula menjadikan ianya sebuah pelaburan yang amat terkesan pada bila-bila masa dalam jangka hayat pinjaman perumahan, bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang malah memberi keanjalan dalam pengurusan wang anda.

Jadi persoalannya di sini, “Mengapa Perlu Pembiayaan Perumahan Semula?”

Sebab utama ialah untuk mengurangkan kadar faedah semasa, pembayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman.

Kita mungkin mahu mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan supaya kita boleh menyimpan dalam produk-produk pelaburan.

Jika kita berfikir Kadar Pinjaman Asas akan naik, kita mungkin ingin membuat pembiayaan semula dengan Kadar Tetap.

Mungkin juga kita ingin membuat pembiayaan semula kerana nilai hartanah yang kita miliki telah meningkat dan dengan itu kita ingin mengambil kelebihan equity hartanah untuk dana tambahan ataupun pelaburan lain.

Antara sebab yang selalu terlepas pandang untuk membuat pembiayaan semula perumahan adalah mengemaskini deposit dan hutang untuk pengurusan aliran kewangan yang lebih baik.

Pembiayaan Semula adalah langkah pertama dalam mengemaskinikan pengurusan kewangan kita. Jika kita membayar faedah yang amat tinggi untuk kad kredit dan overdraf, kita mungkin mahu melangsaikan sedikit hutang ini sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Pakej Pinjaman Perumahan menjadi semakin kompetitif dewasa ini dengan menawarkan pengiraan faedah (interest) asas harian yang jauh lebih menjimatkan berbanding asas bulanan dan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran untuk penjimatan dari jumlah faedah yang dibayar atas pinjaman semasa.

Jadi jika kita ingin membuat pembiayaan semula atau ‘refinance’, ambil kira dan pertimbangkan apa yang telah kita bincangkan di atas.

Semoga ianya dapat membantu.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb