Salam buat pembaca blog pemikirkaya!

Fuh! agak lama saya tak kemaskini blog ni….

Maaf kepada para pengunjung blog ini yang setia menanti artikel-artikel terbaru daripada saya.

Baiklah, sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk mengikuti seminar dan bengkel berkaitan pengurusan kewangan  peribadi di samping membuat sedikit kajian dan penyelidikan berkaitan masalah pengurusan hutang dikalangan masyarakat kita.

Hmm.. nampaknya penyakit hutang ni semakin teruk jika kita tidak mencegahnya lebih awal.

Sepanjang saya berblogging ni, persoalan paling banyak yang saya terima ke dalam peti email saya adalah seperti berikut :- (kedudukan carta soalan pembaca)

  1. Berkaitan Hutang
  2. Berkenaan Pelaburan
  3. Hmm…pasal Skim Cepat Kaya

Alhamdullilah, setakat ini semua persoalan yang diajukan dapat saya jawab. Walaupun ianya mungkin tak dapat membantu secara ‘Total’ tetapi saya percaya sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan sedikit panduan kepada mereka yang bertanya.

Okay! Baiklah memandangkan sekarang ini saya sedang menjalankan kajian tentang masalah hutang dan dapat beberapa info dan tip terbaru untuk menyelesaikan masalah hutang, maka saya akan berikan peluang kepada semua untuk bertanyakan soalan berkaitan hutang.

Tuan-puan boleh bertanya terus di ruangan komen di bawah atau boleh hubungi saya terus dengan bertanyakan soalan berkaitan hutang di sini!

InsyaAllah saya akan cuba membantu sebaik mungkin!

Hmm..bagi pengunjung blog ini yang ada ‘knowledge’ atau ilmu tentang pengurusan kewangan ….boleh turut membantu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan pembaca blog nih..

Sama-samalah kita membantu dan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama!

Salam kekayaan!

THINKERICH

p/s : Khidmat nasihat yang diberikan di blog ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan untuk menghasilkan keputusan.

Tujuan khidmat nasihat ini adalah bertujuan untuk kesedaran dan pendidikan sahaja.

Saya bagi pihak penggendali blog ini tidak bertanggungjawab di atas apa jua liabiliti, kerugian atau risiko yang berlaku hasil daripada pandangan dan saranan yang diberikan oleh semua pihak hasil perbincangan di blog ini.

Sila rujuk khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb