December 2009
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 27 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikir kaya..
Apa khabar semua, semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan gembira selalu
Baiklah kali ini saya nak berkongsi kisah bagaimana akhir-akhir ini ramai yang menggunakan alat kewangan terutamanya kemudahan kredit dan hutang untuk dijadikan modal perniagaan dan juga alat untuk menjana kekayaan…
Namun begitu kesudahannya ramai di antara mereka yang mengalami kerugian dan terpaksa menanggung beban hutang yang membebankan.
Ini kisah sebuah syarikat MLM yang mana memanipulasikan pinjaman untuk membantu meningkatkan jualan serta komisyen para agen jualan mereka..
Tapi saya tak tahu adakah syarikat MLM ini ada kaitan dengan artikel di blog Shamsuddin Kadir,
Sebuah Syarikat MLM besar sedang merayu
Sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima keluhan dan kekesalan para peserta atau ahli daripada syarikat MLM berkenaan yang mengadu mereka sedang berhadapan dengan masalah hutang gara-gara terlibat dengan teknik dan kaedah MLM berkenaan…
Apa nak dibuat sekarang, nasi sudah menjadi bubur..
Nak tak nak, terpaksa telan juga bubur berkenaan biarpun hasrat dan impian sebenar nak makan nasi tidak tercapai..
Inilah akibatnya apabila syarikat MLM mula memanipulasikan alat kewangan…
Mereka yang buta kewangan akan terus diperdayakan…
Yang untung sudah tentulah syarikat MLM itu sendiri dan juga upline yang terdahulu..
Kaedah meminjam dan berhutang untuk mendapat komisyen yang besar tak ubah seperti MLM yang menjalankan skim Piramid…
Siapa yang untung? Orang yang di atas atau terdahulu..
Siapa yang rugi? orang yang kemudian kemudian lah…
Pihak manakah yang paling gembira?
Sudah tentulah syarikat kewangan dan koperasi yang paling untung dan gembira dengan kaedah manipulasi ini…mereka dapat peluang bisnes yang besar..
Tak salah berhutang untuk jadi kaya, tetapi biarlah kena pada tempatnya..
Orang bisnes kaya raya kerana mereka berhutang dan faham dengan apa yang mereka lakukan..
Sebaliknya orang yang berhutang dengan menyertai MLM dengan tujuan untuk jadi kaya raya mungkin tidak faham dengan bisnes MLM yang sebenarnya…
Bisnes MLM pada hakikatnya jual barang dan kembangkan jumlah rangkaian penjual di bawah kumpulan kita dan bukannya cari orang, minta mereka jadi ahli rangkaian kita dengan berhutang untuk mengaut komisyen yang tinggi untuk keuntungan diri sendiri dan mengabaikan ahli di bawahnya terbeban dengan hutang yang kian membesar..
Apa yang saya nampak dalam isu ini, mereka yang berada di atas atau mereka yang terdahulu atau yang terawal adalah mereka yang paling untung!
Selagi agen atau ahli rangkaian di bawah mereka terus menerus mempromosikan kaeda hutang untuk melariskan produk mereka, selagi itulah mereka terus menerima komisyen.
Sebaliknya mereka yang di bawah terus mencari ‘mangsa’ baru untuk ‘dikenakan’ bagi menanggung faedah hutang yang membebankan untuk keuntungan pihak syarikat dan upline di atas..
Jadi saranan saya, jika tuan puan nak berhutang untuk jadi kaya, fahami dahulu hutang itu sama ada ianya hutang yang baik atau buruk!
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan hutang daripada laman ini:-
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 25 Dec 2009 | Tagged as: Skim Cepat Kaya
Salam pembaca blog,
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat bercuti kepada mereka yang bekerja office hours…
Minggu lepas dah kerja 4 hari seminggu…sebab Jumaat lalu cuti Maal Hijrah…Awal Muharam
Hari ini, Jumaat 25 Disember 2009, cuti juga -Krismas..
Dan Jumaat depan 1 Januari 2010, cuti lagi..Tahun baru (tidak termasuk Terengganu, Kelantan & Kedah)…
Selamat bercuti dan isikannya dengan aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan…
Hari ini saya terbaca kisah Skim Cepat Kaya lagi…
Hai…apa nak jadilah dengan masyarakat kita ni…nak wang mudah aje…usaha buat bisnes dan laburkan ke tempat yang betul-betul sah tak dibuatnye…
Nak yang senang dan mudah dapat duit aje…
Ini kisah Skim Cepat Kaya yang katanya buat pelaburan melalui francais restorannya…
Taglinenya lebih kurang bunyinya “Makan-makan pun boleh dapat duit..”
Lebih kurang macam tulah bunyinya…
Janji boleh dapat bayaran balik keuntungan setiap bulan, dan siap dapat voucher makanan percuma lagi…
Hai…hairan-hairan, orang kita ni…cetek benar ilmu pelaburan dan kewangan mereka…
Yang mereka nampak pelaburan yang menjanjikan pulangan wang ringgit segera sedangkan pelaburan ke atas ilmu kewangan untuk dijadikan sebagai bekal di dada diabaikan…
Sepatutnya kita sebelum melabur, belajar dan cari ilmu kewangan dan pelaburan terlebih dahulu…
Barulah lah tak mudah tertipu dan terpedaya dengan pelbagai skim dan program cepat kaya yang semakin canggih akhir-akhir ini…
Namun yang agak menyedihkan, ada juga di kalangan mereka yang bijak pandai dan berlatar belakangkan kewangan terjebak sama…Rabun Mata kut dengan janji manis pulangan wang yang besar?
Hai..macam-macam… yang dah celik kewangan jadi rabun balik, yang dah rabun tu terus jadi buta dek kerana penangan skim cepat kaya nih…
Saya pun dah tak tahu nak sarankan apa lagi kat orang macam ini…
Apabila kita sarankan merancang dalam pelaburan yang benar-benar sahih, mereka kata nanti dulu tak ada duit..
Tapi bila ada skim dan program skim cepat kaya yang baru dilancarkan…cepat-cepat mereka sertainya…ada pulak duit?
Saya harap para pembaca blog pemikir kaya bukanlah sebahagian daripada mereka ya!
Sebabnya saya dah panjang lebar cerita pasal skim cepat kaya nih..siap ada kategori khusus untuknya…
Jika dah lupa atau masih kurang faham…boleh rujuk balik dalam kategori Skim Cepat Kaya..
Ada banyak tips yang saya sediakan…baca, fahami dan ambil iktibar darinya..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 23 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya..
Hmmm… agak lama saya tak kongsikan kisah - kisah motivasi yang
menarik dengan pembaca blog ini ya!
Baiklah kali ini saya nak ceritakan tentang bagaimana sikap dan
tabiat berbelanja mereka yang bergelar jutawan.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa mereka yang bergelar
jutawan ini berbelanja mewah bukan?
Sebenarnya tak semua di kalangan mereka ini berbelanja mewah,
ada di antara mereka ini yang cukup berhemat ketika berbelanja.
Mungkin anda pernah mendengar nama Mydin bukan?
Alaa…gedung borong beli belah yang terkenal dengan tagline
“Kenapa Bayar Lebih…”
Tahukah anda? Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin, Pengerusi Mydin Mohamed Berhad Holdings (yang juga anak kepada pengasas Mydin, Mydin Mohamed) sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan beliau.
Setiap kali berada di tempat makan beliau hanya akan memesan air kosong. Katanya, ia bukan sahaja menjimatkan bahkan menyihatkan tubuh badan.
Nah, lihat! Betapa mereka yang sudah bergelar jutawan tahu untuk hidup sederhana dan berjimat cermat.
Bagaimana pula dengan pembaca semua?
Sudahkah anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian?
Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan bagi memulakan langkah penjimatan.
Baru-baru ini saya telah pun membaca sebuah panduan berjimat cermat yang menarik untuk dibaca. Penulisnya saudara Razif Yusof telah menyediakan 25 cara dan tips berjimat cermat yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Saya pasti jika para pembaca mengamalkan tip-tip berkenaan ianya mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Mulakan langkah awal penjimatan anda dengan membaca laporannya dengan KLIK DI SINI!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikir kaya..
Apa khabar? semoga sihat dan ceria selalu hendaknya!
Biarpun semalam PNB mengumumkan bayaran Dividen ASB 2009, Dividen 7.30% dan 1.25% bonus menjadikannya 8.55% bagi tahun kewangan 2009, saya tak akan menulis tentang perkara tersebut.
Sebaliknya kali ini saya nak kongsikan dengan tuan puan tentang komen salah seorang pembaca blog ini tentang tips yang saya berikan berkaitan pengurusan kad kredit.
Berikut saya petik semula komen tersebut;
“Saya berpendapat; ramai yang bayar 5% jer CC. sebab tak mampu. Tapi cadangan berhenti guna kad pun tak betul juga… sebab kalau tek guna kad…tak berasap la dapo…takkan nak pinjam along lak…”
Saya menghargai pendapat beliau itu, namun begitu saya amat berharap supaya para pembaca blog ini dan juga para pengguna kad kredit di luar sana sedar apa yang mereka lakukan dengan kad kredit tersebut.
Jika diperhalusi, hampir kebanyakan orang telah menyalahgunakan penggunaan kad kredit sebagai alat untuk berhutang atau dengan kata lain pinjam dahulu bayar kemudian…dan bukannya sebagai satu alat kemudahan untuk membuat bayaran.
Dalam buku saya Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang, saya ada menceritakan secara terperinci asal usul penggunaan kad kredit. Tuan -puan boleh dapatkannya di sini untuk membacanya dengan lebih lanjut, www.BajetWang.com atau KLIK DI SINI untuk dapat tawaran istimewa.
Sebenarnya sebagai pengguna kad kredit kita perlu ada kesedaran untuk berhenti dari terus menerus hidup bergantung dengan kad kredit. Ramai yang beranggapan bahawa kad kredit sebagai penyelamat kepada masalah kekurangan wang mereka…
Sehingga sanggup menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan dan keperluan harian dan belanja dapur mereka?
Sampai bila? Harus diingat jika kita terus bayar 5% daripada baki minima, sampai satu masa akan tiba kad kredit kita mencapai ‘credit limit’ dan ketika itu kita sudah tak mampu bayarnya lagi…kerana bayaran minima 5% tak lagi serendah dahulu tapi dah meningkat berkali ganda…
Kesudahannya MUFLIS!
Jadi, kita perlulah berusaha untuk menamatkan kebergantungan kita pada kad kredit ini. Cari penyelesaiannya.
Tukar tabiat berbelanja, hidup bersederhana dahulu, dan tambah pendapatan untuk bayar kesemua hutang kad kredit (bukannya dengan membuat lebih banyak hutang!)….
Hmmm…jika tuan puan nak tahu lebih lanjut tentang pengurusan hutang …
Tunggu produk informasi terbaru dari saya…
Sebuah panduan yang bakal merubah pandangan dan kefahaman masyarakat ke atas pengurusan hutang…Tunggu..!
Salam kekayaan,
Thinkerich
Posted by Thinkerich on 10 Dec 2009 | Tagged as: PROMOSI
Salam Pembaca Blog Pemikir Kaya!
Apa khabar semua. Harap sihat sejahtera hendaknya..
Hmm.. kali ini saya tak akan berkongsi dengan anda semua tentang kewangan mahu pun motivasi, sebaliknya nak kongsikan tawarkan Pakej Istimewa untuk ebook dan buku terbitan dan edaran dari Thinkerich Enterprise…

Maklumlah sempena akhir tahun ni, apa salahnya buat YEAR END SALE
Baiklah untuk makluman semua, tawaran ini saya hadkan untuk 50 orang pembeli terawal sahaja…
Pada mulanya saya nak beri diskaun RM15 aje….
Tapi memandangkan ramai yang tak dapat gaji lagi tengah-tengah bulan ni, maka saya bersetuju untuk berikan DISKAUN RM25!
Ya, potongan RM25!
Tuan puan hanya perlu bayar RM50 aje untuk Ebook TERLARIS saya Panduan Wang Gaji berharga RM40 dan Buku Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang berharga RM35 termasuk kos penghantaran!
Tuan puan tak perlu bayar RM75 untuk kedua-duanya, bayar hanya RM50 sahaja! dan dapatkan sekali kesemua bonus yang diberikan. Berbaloi bukan?
Sebelum tu, untuk berlaku adil kepada pembeli-pembeli saya terdahulu, (untuk makluman, mereka bayar RM75 hingga RM80 untuk dapatkan kedua-dua ebook dan buku tersebut), maka saya terpaksa hadkan harga RM50 hanya untuk 25 pembeli terawal sahaja!
Dan pembeli ke 26 hingga 50 pula boleh dapatkannya dengan harga RM60!
Oh, ya! Tawaran ini hanya SAH sehingga 17 Disember 2009 sahaja! atau 50 pembeli yang terawal, mana yang terdahulu!
UPDATE!
JUALAN TELAH DITUTUP, Sepenuhnya Pada 18 Disember 2009. Terima kasih dan tahniah kepada pembeli yang bertuah
Jadi tunggu apa lagi, jangan berlengah lagi jadilah 25 pembeli terawal dan dapatkannya dengan KLIK DI SINI!
p/s : Bukan selalu saya buat Tawaran sebegini! Jadi jangan lepaskan peluang yang datang jarang-jarang berlaku nih
Cepat BERTINDAK sekarang! Dapatkannya pada link di bawah;-
http://www.pemikirkaya.com/pakej.htm
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Dec 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Seringkali kita dapat lihat pertelingkahan berpunca daripada keegoan yang terdapat dalam diri kita masing-masing.
Kita jarang sekali hendak menerima atau mengakui kesilapan kita sebaliknya kita sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika sekiranya berlaku sesuatu masalah.
Bertegang leher untuk membuktikan siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan..(Hmm…kecualilah kita sedang berpidato atau orang politik!)
Ia sebenarnya lebih banyak membuang masa kita yang sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang lebih efektif..
Hmm..tambahan lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, jika servis atau produk yang kita berikan kurang memuaskan dan tidak dapat memenuhi kehendak hati pelanggan, seharusnya kita dapat terimanya dan cuba berikan yang terbaik…biarpun kadangkala pelanggan kita yang buat salah!
Ingat apabila kita bisnes, jalinkan hubungan sebaik mungkin…
Kita bukan nak dapatkan keuntungan daripada pelanggan sekali sahaja tetapi kita harapkan dapat keuntungan atau hasil berulang daripada para pelanggan kita yang sama..
Sebab itu ada pepatah perniagaan menyatakan, ‘Customer is King!’ atau ‘Customer always right!’..
Jika ada kesilapan di pihak pelanggan, kita harus terimanya dan akui kesilapan kita terdahulu kerana tidak menjelaskan secara terperinci…(Hmm..walau pun dah jelaskan secara terperinci)
Kemudian beritahu dan didik pelanggan kita agar mereka sedia maklum pada masa akan datang apabila berurusniaga dengan kita kelak…
Kadangkala ‘expectation’ pelanggan melebihi daripada apa yang kita dapat berikan.. cuba penuhi keperluan dan kemahuan mereka, layan mereka sebaik mungkin.
Ianya suatu yang lebih baik dan para pelanggan akan menghargai kita..
Menariknya jika mereka berpuashati, mereka juga akan promosikan bisnes kita pada orang lain ..
Bukankah ianya satu Testimonial yang kukuh..
Orang lebih percaya, daripada mulut orang lain daripada mulut kita sendiri yang menjual sesuatu perkhidmatan atau barangan.
Saya nak kongsi satu pengalaman di sini.
Semalam atau kelmarin
, saya ada memesan ‘R.O Water Dispenser’ baru untuk kegunaan office saya, malangnya saya tidak baca dengan terperinci apa yang ditawarkan oleh pembekal tersebut kerana terlalu sibuk dengan projek yang sedang saya kendalikan..
Memandangkan saya telah berurusniaga dan menjadi pelanggannya lebih daripada 5 tahun lamanya, jadi saya beranggapan mereka tahu apa yang saya ingini…
Malangnya, apa yang dibekalkan tidak memenuhi speksifikasi sebagaimana yang saya inginkan, lalu saya menghubunginya dan minta ianya ditukarkan…
Tanpa banyak soal, beliau sanggup tukarkan semata-mata ingin memenuhi kehendak pelanggan biarpun apa yang saya kehendaki tersebut kosnya lebih tinggi!
Lihat betapa kepercayaan dan tolak ansur dalam urusniaga membawa suatu hubungan harmoni dan keuntungan kedua-dua belah pihak.
Cuba bayangkan jika mereka tidak memenuhi kehendak saya dan berkeras mengatakan yang kesilapan itu berpunca daripada saya dan mereka tidak bertanggungjawab, adakah tuan puan fikir pada masa akan datang saya akan berurusniaga dengan mereka lagi?
Sudah tentulah tidak!
Pelanggan lebih suka berurusniaga dengan usahawan yang bertimbang rasa dan bertolak ansur, mereka akan senang untuk berurusan dengan kita dan mereka lebih percaya pada khidmat sokongan dan bantuan yang dapat diberikan.
Jadi jika berlaku sebarang perbalahan dan pertelingkahan, terima dan akui kesilapan tersebut datangnya dari kita terlebih dahulu, dan kemudian nyatakan penyelesaiannya kerana itu yang lebih penting!
Salam kekayaan,
THINKERICH