AKUI KESILAPAN KITA
Posted by Thinkerich on 08 Dec 2009 at 04:21 am | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Seringkali kita dapat lihat pertelingkahan berpunca daripada keegoan yang terdapat dalam diri kita masing-masing.
Kita jarang sekali hendak menerima atau mengakui kesilapan kita sebaliknya kita sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika sekiranya berlaku sesuatu masalah.
Bertegang leher untuk membuktikan siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan..(Hmm…kecualilah kita sedang berpidato atau orang politik!)
Ia sebenarnya lebih banyak membuang masa kita yang sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang lebih efektif..
Hmm..tambahan lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, jika servis atau produk yang kita berikan kurang memuaskan dan tidak dapat memenuhi kehendak hati pelanggan, seharusnya kita dapat terimanya dan cuba berikan yang terbaik…biarpun kadangkala pelanggan kita yang buat salah!
Ingat apabila kita bisnes, jalinkan hubungan sebaik mungkin…
Kita bukan nak dapatkan keuntungan daripada pelanggan sekali sahaja tetapi kita harapkan dapat keuntungan atau hasil berulang daripada para pelanggan kita yang sama..
Sebab itu ada pepatah perniagaan menyatakan, ‘Customer is King!’ atau ‘Customer always right!’..
Jika ada kesilapan di pihak pelanggan, kita harus terimanya dan akui kesilapan kita terdahulu kerana tidak menjelaskan secara terperinci…(Hmm..walau pun dah jelaskan secara terperinci)
Kemudian beritahu dan didik pelanggan kita agar mereka sedia maklum pada masa akan datang apabila berurusniaga dengan kita kelak…
Kadangkala ‘expectation’ pelanggan melebihi daripada apa yang kita dapat berikan.. cuba penuhi keperluan dan kemahuan mereka, layan mereka sebaik mungkin.
Ianya suatu yang lebih baik dan para pelanggan akan menghargai kita..
Menariknya jika mereka berpuashati, mereka juga akan promosikan bisnes kita pada orang lain ..
Bukankah ianya satu Testimonial yang kukuh..
Orang lebih percaya, daripada mulut orang lain daripada mulut kita sendiri yang menjual sesuatu perkhidmatan atau barangan.
Saya nak kongsi satu pengalaman di sini.
Semalam atau kelmarin
, saya ada memesan ‘R.O Water Dispenser’ baru untuk kegunaan office saya, malangnya saya tidak baca dengan terperinci apa yang ditawarkan oleh pembekal tersebut kerana terlalu sibuk dengan projek yang sedang saya kendalikan..
Memandangkan saya telah berurusniaga dan menjadi pelanggannya lebih daripada 5 tahun lamanya, jadi saya beranggapan mereka tahu apa yang saya ingini…
Malangnya, apa yang dibekalkan tidak memenuhi speksifikasi sebagaimana yang saya inginkan, lalu saya menghubunginya dan minta ianya ditukarkan…
Tanpa banyak soal, beliau sanggup tukarkan semata-mata ingin memenuhi kehendak pelanggan biarpun apa yang saya kehendaki tersebut kosnya lebih tinggi!
Lihat betapa kepercayaan dan tolak ansur dalam urusniaga membawa suatu hubungan harmoni dan keuntungan kedua-dua belah pihak.
Cuba bayangkan jika mereka tidak memenuhi kehendak saya dan berkeras mengatakan yang kesilapan itu berpunca daripada saya dan mereka tidak bertanggungjawab, adakah tuan puan fikir pada masa akan datang saya akan berurusniaga dengan mereka lagi?
Sudah tentulah tidak!
Pelanggan lebih suka berurusniaga dengan usahawan yang bertimbang rasa dan bertolak ansur, mereka akan senang untuk berurusan dengan kita dan mereka lebih percaya pada khidmat sokongan dan bantuan yang dapat diberikan.
Jadi jika berlaku sebarang perbalahan dan pertelingkahan, terima dan akui kesilapan tersebut datangnya dari kita terlebih dahulu, dan kemudian nyatakan penyelesaiannya kerana itu yang lebih penting!
Salam kekayaan,
THINKERICH











Salam,
Menerima dan mengakui kesilapan diri adalah salah satu charateristics seorang Champion. Dan pada masa yg sama sanggup bertanggungjawab diatas kesilapan yg dilakukan. InsyAllah, anda adalah seorang yg hebat!
Terima kasih untuk artikel ni, setuju dgn bro, berniaga nak kena ikhlas..betul tak? hehe
Saya setuju dengan pemikir. Akui kesilapan diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ada situasinya kita akan mengakui kesalahan diri seperti mengingati dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tetapi adakalanya kita lebih suka bertegang leher mempertahankan hujah yang belum pasti betul.
selama ini saya hilang fokus pada perniagaan saya kerana saya terlalu fokus pada masalah dan fokus pada perkara lain..jadi saya nk tanya pada en. thinkerich apakah tip2 atau perkara2 yg perlu dilakukan supaya saya boleh fokus pada perniagaan saya dan tidak terlalu fokus pada masalah?
Balkhis,
Mudah sahaja…lupakan masalah dan fokus pada perniagaan.
Atau dengan kata lain jangan fikirkan pasal masalah tersebut sebaliknya berikan tumpuan dan perhatian ke atas perniagaan yang sedang kita usahakan ..
Itu sahaja..!
Harap dapat membantu
maksud en.thinkerich saya mesti fokus dan fikirkan pada matlamat dan goal setting saya?
Balkhis..
Ya, Tepat sekali!
Itu yang perlu dilakukan …TANPA GAGAL!
dan sebagai seorang yg ingin berjaya bagaimana pula dan apa yg harus kita lakukan untuk kita fokus pada kelebihan kita?