TIP BERBELANJA DARI SEORANG JUTAWAN
Posted by Thinkerich on 23 Dec 2009 at 06:49 am | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya..
Hmmm… agak lama saya tak kongsikan kisah - kisah motivasi yang
menarik dengan pembaca blog ini ya!
Baiklah kali ini saya nak ceritakan tentang bagaimana sikap dan
tabiat berbelanja mereka yang bergelar jutawan.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa mereka yang bergelar
jutawan ini berbelanja mewah bukan?
Sebenarnya tak semua di kalangan mereka ini berbelanja mewah,
ada di antara mereka ini yang cukup berhemat ketika berbelanja.
Mungkin anda pernah mendengar nama Mydin bukan?
Alaa…gedung borong beli belah yang terkenal dengan tagline
“Kenapa Bayar Lebih…”
Tahukah anda? Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin, Pengerusi Mydin Mohamed Berhad Holdings (yang juga anak kepada pengasas Mydin, Mydin Mohamed) sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan beliau.
Setiap kali berada di tempat makan beliau hanya akan memesan air kosong. Katanya, ia bukan sahaja menjimatkan bahkan menyihatkan tubuh badan.
Nah, lihat! Betapa mereka yang sudah bergelar jutawan tahu untuk hidup sederhana dan berjimat cermat.
Bagaimana pula dengan pembaca semua?
Sudahkah anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian?
Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan bagi memulakan langkah penjimatan.
Baru-baru ini saya telah pun membaca sebuah panduan berjimat cermat yang menarik untuk dibaca. Penulisnya saudara Razif Yusof telah menyediakan 25 cara dan tips berjimat cermat yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Saya pasti jika para pembaca mengamalkan tip-tip berkenaan ianya mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Mulakan langkah awal penjimatan anda dengan membaca laporannya dengan KLIK DI SINI!
Salam kekayaan,
THINKERICH












Salam…
Saya mmg selutt dgn Datuk Ameer Ali ni. Dah berapa kali dah sy dgr ceramah di program2 usahawan.
Satu cerita manarik tntg penjimatan yang bapa beliau sendiri pernah buat ialah :
Waktu Datuk Ameer ni kecik2 lagi, kalau bapanya suruh beli roti canai, mesti nak beli nak kuah kari banyak katanya. Bila dapat kuah kari banyak, so bolehlah gunakan untuk masak benda2 lain pulak, so mmg jimat sgt la..
Salam,
Tak sangka macam tu sekali tahap berjimat.
Tapi macam kita ni makan gaji,memang susah sikit nak control perbelanjaan.Ape pun,kalau ada tips yang lebih baik di harap dapat di kongsi lebih lagi.
Dan kalau boleh saya nak tau sangat cara2 terbaik untuk PR dalam bisnes or kerja.
Sebab org kata orang kaya ni PR bagus..
Boleh bantu?