Salam pembaca blog pemikir kaya..

Apa khabar semua, semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan gembira selalu :)

Baiklah kali ini saya nak berkongsi kisah bagaimana akhir-akhir ini ramai yang menggunakan alat kewangan terutamanya kemudahan kredit dan hutang untuk dijadikan modal perniagaan dan juga alat untuk menjana kekayaan…

Namun begitu kesudahannya ramai di antara mereka yang mengalami kerugian dan terpaksa menanggung beban hutang yang membebankan.

Ini kisah sebuah syarikat MLM yang mana memanipulasikan pinjaman untuk membantu meningkatkan jualan serta komisyen para agen jualan mereka..

Tapi saya tak tahu adakah syarikat MLM ini ada kaitan dengan artikel di blog Shamsuddin Kadir,

Sebuah Syarikat MLM besar sedang merayu

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima keluhan dan kekesalan para peserta atau ahli daripada syarikat MLM berkenaan yang mengadu mereka sedang berhadapan dengan masalah hutang gara-gara terlibat dengan teknik dan kaedah MLM berkenaan…

Apa nak dibuat sekarang, nasi sudah menjadi bubur..

Nak tak nak, terpaksa telan juga bubur berkenaan biarpun hasrat dan impian sebenar nak makan nasi tidak tercapai..

Inilah akibatnya apabila syarikat MLM mula memanipulasikan alat kewangan…

Mereka yang buta kewangan akan terus diperdayakan…

Yang untung sudah tentulah syarikat MLM itu sendiri dan juga upline yang terdahulu..

Kaedah meminjam dan berhutang untuk mendapat komisyen yang besar tak ubah seperti MLM yang menjalankan skim Piramid…

Siapa yang untung? Orang yang di atas atau terdahulu..

Siapa yang rugi? orang yang kemudian kemudian lah…

Pihak manakah yang paling gembira?

Sudah tentulah syarikat kewangan dan koperasi yang paling untung dan gembira dengan kaedah manipulasi ini…mereka dapat peluang bisnes yang besar..

Tak salah berhutang untuk jadi kaya, tetapi biarlah kena pada tempatnya..

Orang bisnes kaya raya kerana mereka berhutang dan faham dengan apa yang mereka lakukan..

Sebaliknya orang yang berhutang dengan menyertai MLM dengan tujuan untuk jadi kaya raya mungkin tidak faham dengan bisnes MLM yang sebenarnya…

Bisnes MLM pada hakikatnya jual barang dan kembangkan jumlah rangkaian penjual di bawah kumpulan kita dan bukannya cari orang, minta mereka jadi ahli rangkaian kita dengan berhutang untuk mengaut komisyen yang tinggi untuk keuntungan diri sendiri dan mengabaikan ahli di bawahnya terbeban dengan hutang yang kian membesar..

Apa yang saya nampak dalam isu ini, mereka yang berada di atas atau mereka yang terdahulu atau yang terawal adalah mereka yang paling untung!

Selagi agen atau ahli rangkaian di bawah mereka terus menerus mempromosikan kaeda hutang  untuk melariskan produk mereka, selagi itulah mereka terus menerima komisyen.

Sebaliknya mereka yang di bawah terus mencari ‘mangsa’ baru untuk ‘dikenakan’ bagi menanggung faedah hutang yang membebankan untuk keuntungan pihak syarikat dan upline  di atas..

Jadi saranan saya, jika tuan puan nak berhutang untuk jadi kaya, fahami dahulu hutang itu sama ada ianya hutang yang baik atau buruk!

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan hutang daripada laman ini:-

www.PanduanBebasHutang.com

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb