January 2010
Monthly Archive
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Monthly Archive
Posted by Thinkerich on 28 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikirkaya…
Sebelum ini saya ada menerima banyak pertanyaan dan persoalan seperti berikut:-
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Saya percaya semua orang ingin tahu apakah tindakan terbaik yang perlu mereka lakukan dengan wang mereka bilamana ekonomi berada dalam ketidaktentuan.
Semua orang ingin tahu di mana mereka boleh meletakkan wang mereka dengan lebih selamat, terjamin dan terlindung daripada sebarang masalah kerugian.
“Patutkah mereka melaburkan wang mereka ke dalam Unit Trust? kata perunding unit trust, melaburlah ketika ekonomi sedang mengalami kejatuhan sebab harganya lebih murah!”
“Tapi bagaimana pula jika harganya terus menerus jatuh?”
“Atau beli sahaja pelan perlindungan Insurans/Takaful?”
“Atau mungkin simpan sahaja dalam Simpanan Tetap (FD) yang jauh lebih selamat?”
Itulah di antara soalan yang bertali arus yang sering saya terima …
Baiklah sebelum saya menjawab soalan-soalan tersebut, biarlah saya berterus terang terlebih dahulu.
Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kerana saya hanya memberi khidmat nasihat kewangan dan bukannya Ahli Nujum Pelaburan Kewangan yang tahu bila masanya sesuai untuk melabur dan bila pula masa yang sesuai untuk menjual!
Hakikatnya tiada seorang pun yang tahu apakah perkara yang berlaku pada masa hadapan, sebaliknya ramai yang dapat berhujah dengan baik berasaskan perkara lalu.
Sebagai contoh sejarah pulangan pelaburan…
Perkara yang telah berlaku, ramai di antara kita yang boleh berikan jawapan tetapi bila melibatkan perkara masa depan …tiada siapa pun boleh berikan jawapan yang pasti!
Jadi dengan kata lain, kita tidak tahu apa yang pasaran saham akan lakukan besok. Kita tidak tahu di mana harga minyak akan pergi dan apakah harga hartanah akan naik atau turun?
Sebenarnya tidak ada satu tempat yang selamat untuk melabur wang anda. Bukan pasaran saham, bukan pasaran hartanah dan bahkan bukan juga di bank!
Sekarang kita semua sudah tahu bahawa tidak ada jaminan untuk menghasilkan wang, cuma ada satu perkara sahaja yang dapat anda lakukan dengan wang anda ketika ekonomi tidak menentu…
Apa dia?
Jawabnya adalah dengan meningkatkan kekayaan bersih anda.
Jadi kita perlu rujuk pada Penyata Nilai Bersih kita.
Secara asasnya, tingkatkan Aset dan kurangkan Liabiliti atau tanggungan hutang yang ada pada kita.
Saya kira anda sudah dapat jawapan kepada persoalan pokok kita;
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Jawapannya adalah membayar semula hutang anda, terutamanya pinjaman perumahan anda (jika ada).
Lihat, setiap kali anda membayar hutang anda, anda akan memperbaiki situasi kewangan anda.
Begitu juga, ketika anda membuat hutang baru. Setiap kali hutang baru dibuat, maka situasi kewangan anda akan menjadi bertambah parah selepas itu.
Nak tak nak, anda perlu berhenti buat hutang baru, dan gunakan wang yang ada pada anda kini untuk bayar hutang piutang anda!
Sementara anda mencari cara untuk meningkatkan aset anda, adalah lebih baik menggunakan wang itu untuk mengurangkan hutang anda terlebih dahulu.
Sekiranya anda berjaya menjelaskan hutang dengan kadar faedah 10% setahun dengan lebih cepat, saya kira anda sudah pun untung 10% daripada membayar terlalu banyak faedah kepada pihak pemberi pinjaman..
Berusaha untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sejumlah 10% bukanlah satu usaha yang mudah, sebaliknya membayar hutang untuk mengurangkan faedah yang sama adalah lebih mudah dengan wang yang ada pada anda…
Jadi untuk ingatan anda, sekali lagi saya tegaskan, setiap kali anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wang anda, Bayarlah Hutang Anda Terlebih Dahulu!.
THINKERICH
p/s : Nak tahu strategi yang terbukti berkesan untuk menghapuskan hutang? Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang!
Posted by Thinkerich on 27 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi
Salam pembaca PemikirKaya!
Berikut saya sertakan petikan berkaitan OPR dari Bank Negara Malaysia untuk rujukan semua…
==================================================
Pernyataan Dasar Monetari
Pada mesyuaratnya hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.00 peratus.
Pemulihan ekonomi global terus bertambah baik hasil sokongan dasar ekonomi yang terus mengembang, keadaan kewangan yang lebih menggalakkan dan pertumbuhan kukuh dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun. Meskipun momentum pertumbuhan ekonomi serantau dijangka terus kukuh pada tahun 2010, masih wujud ketidakpastian mengenai prospek pertumbuhan ekonomi negara-negara maju memandangkan pertumbuhan terus bergantung pada langkah-langkah rangsangan dasar, dan permintaan sektor swasta yang mapan ketika langkah pemulihan dan reformasi sistem kewangan sedang dilaksanakan.
Bagi ekonomi dalam negeri, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan bahawa prestasi ekonomi adalah menggalakkan pada suku keempat 2009. Perkembangan positif dalam pengeluaran perkilangan, aktiviti pembiayaan, perdagangan luar dan keadaan pasaran pekerja mengesahkan penilaian bahawa pemulihan ekonomi kini semakin nyata. Melangkah ke hadapan, ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2010, dengan pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, terutamanya penggunaan swasta, dan juga permintaan luar yang bertambah baik.
Inflasi bertukar positif pada bulan Disember. Perubahan ini sebahagian besarnya mencerminkan luputnya kesan daripada pelarasan harga runcit bahan api pada tahun 2008. Kadar kenaikan harga pada tahun 2010 dijangka beransur-ansur, mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan mengambil kira beberapa pelarasan dalam harga ditadbir. Sekiranya tidak ada semakan seterusnya terhadap harga dan tiada kesan pengaruh luar, inflasi dijangka positif, walaupun sederhana pada tahun 2010.
Melangkah ke hadapan, dasar monetari akan kekal akomodatif bagi memastikan pemulihan ekonomi betul-betul kukuh. Pada masa yang sama, MPC juga menyedari akan keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi mengelak ketidakseimbangan kewangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kadar faedah yang terlalu rendah untuk satu tempoh masa yang lama.
Bank Negara Malaysia
26 Januari 2010
Sumber : www.bnm.gov.my
Posted by Thinkerich on 26 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam hormat pembaca pemikirkaya,
Saya pasti apabila ditanya pasti ramai yang mengimpikan kekayaan dalam hidup mereka. Malangnya tak ramai yang berjaya mencapai
impian tersebut hanya kerana mereka masih terus menerus bergelut dengan masalah hutang yang membebankan.
Selagi anda berhadapan dengan masalah hutang impian untuk kaya
akan menjadi bertambah sukar. Ini kerana hutang akan terus
menerus meragut wang masa depan anda.
Berhutang tak ubah seperti membiarkan kehidupan anda
menjadi hamba kepadanya. Anda bekerja separuh mati,
berhempas pulas hanya semata-mata untuk membayar lebih banyak
wang kepada pemberi pinjaman anda.
Jika perkara ini berterusan anda bukan sahaja gagal untuk
mencapai kekayaan, bahkan anda boleh jatuh miskin!
Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara sebegini
terus berlaku?
Jawapannya, anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham tentang ilmu pengurusan hutang.
Setelah anda faham, saya percaya adalah jauh lebih mudah untuk
anda menghapuskan hutang dan seterusnya bebas dari masalah
hutang yang berpanjangan.
Apa yang penting, jika anda sudah tahu selok belok
pengurusan hutang, adalah lebih mudah untuk anda mencapai
kekayaan. Pasti anda terkejut jika saya katakan bahawa
hutang juga boleh membantu menjadikan seseorang
itu menjadi kaya. Bagaimana..?
Untuk menjawab persoalan tersebut, WAJIB bagi anda untuk
mempunyai ilmu pengetahuan kewangan asas terlebih dahulu.
Selain itu, ilmu pengurusan hutang juga perlu dipelajari bersama.
Tanpa kombinasi kedua-dua ilmu ini, kewangan peribadi anda
mungkin menjadi bertambah parah dan membebankan.
Ramai yang cuba-cuba menggunakan instrumen hutang untuk menjadi kaya tetapi malangnya mereka mendapati diri mereka pula
terperangkap dengan hutang yang berlipat kali ganda!
Kenapa boleh jadi perkara sebegini?
Sekali lagi jawapannya adalah ilmu pengetahuan kewangan dan
pengurusan hutang!
Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar pelbagai teknik
manipulasi alat kewangan seperti pinjaman, OD-ASB dan pelbagai
lagi yang menjanjikan keuntungan tetapi hasilnya tak sebagaimana
yang diharapkan. Kenapa? Sebab anda tak faham!
Orang lain ada ilmu anda hanya ikut-ikut sahaja!
Sebenarnya, asas kepada kekayaan adalah bebas daripada MASALAH hutang, bukannya hutang!
Bagaimana nak jadi kaya jika hutang tidak berbayar keliling pinggang?
Bagaimana nak kaya jika pinjam hutang untuk bayar hutang?
Bagaimana nak jadi kaya jika anda tak faham ilmu pengurusan
kewangan dan hutang yang sebenar?
Mulakan menambah ilmu pengurusan kewangan dan hutang anda
pada hari ini juga. Ini kerana semakin lama anda menunggu
maka semakin besarlah beban hutang yang terpaksa anda tanggung
dari masa kesemasa!
Bayangkan bagaimana kedudukan hutang anda pada 3, 5 & 10 tahun
akan datang jika anda tak cuba selesaikannya pada hari ini juga?
Saya pasti jumlahnya akan bertambah berganda-ganda dan hidup
anda akan terus berada dalam kesempitan dan tekanan yang membebankan!
Bayangkan pula bagaimana masa depan anda jika anda telah menguasai ilmu pengurusan hutang yang betul melalui panduan yang mudah, ringkas dan berkesan!
Sudah tentu anda gembira bukan
!
Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan dari ebook Panduan Bebas Hutang, kerana saya percaya ianya dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda!
Jika anda SERIUS untuk mengatasi masalah hutang dan berimpian untuk mencapai kekayaan dalam hidup anda, ambillah langkah pertama dengan mendapatkannya, kerana saya percaya pelaburan kecil anda hari ini bakal menyelamatkan puluhan ribu ringgit wang anda pada masa depan!
ikhlas,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
P.s - Dapatkan pada hari ini juga kerana semakin lama anda
bertangguh, maka semakin besar faedah hutang yang perlu anda bayar.
p.s.s - Panduan telah disediakan, anda hanya perlu bertindak
melaksanakannya dalam pengurusan kewangan peribadi anda.
Posted by Thinkerich on 21 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi, Kepenggunaan
Salam pembaca Pemikirkaya!
Sebelum ini saya ada berjanji kepada pembaca semua untuk berkongsi maklumat tentang GST…
Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.
Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.
Seorang teman bertanya kepada saya,
“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?
Adakah harganya akan meningkat naik?
Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.
Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.
GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.
Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.
Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Ini sudah tentu mengurangkan lagi hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.
Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.
GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.
Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.
Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.
Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.
Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 20 Jan 2010 | Tagged as: Kepenggunaan
Taktik terbaru sindiket tipu kad kredit curi nombor pin
KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kad kredit kini menggunakan modus operasi menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia dan membuat panggilan secara rambang kepada pelanggan untuk ‘mencuri’ maklumat peribadi mereka termasuk nombor pin.
Sindiket itu yang dikesan bergiat di sini sejak akhir tahun lalu menyebabkan beberapa pemegang kad kredit yang tidak mengesyaki mereka dijadikan mangsa kerugian ribuan ringgit.
“Anggota sindiket membuat panggilan dan menyamar sebagai wakil Bank Negara serta memaklumkan ‘mangsa’ bahawa kad mereka sedang digunakan untuk transaksi tertentu dan ingin membuat pengesahannya.
“Anggota sindiket akan menawarkan bantuan dengan meminta butiran peribadi mangsa termasuk nombor pin serta menggunakannya untuk mengeluarkan wang mangsa,” kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Katanya, sehingga kini pihaknya sudah menerima banyak aduan berhubung kegiatan sindiket itu, namun hanya tiga mangsa membuat laporan polis dengan anggaran kerugian RM60,000.
Katanya, dalam kes terbaru yang dilaporkan minggu lalu, seorang kerani di sebuah syarikat menerima panggilan pihak bank dengan mengatakan kad kredit miliknya kini sedang digunakan individu lain untuk membeli barangan kemas.
“Sejurus kemudian, seorang lelaki mendakwa daripada Bank Negara menelefon untuk mendapatkan
butiran mangsa dengan meminta nombor pengenalan yang tertera pada kad kreditnya serta maklumat peribadi sebelum mengeluarkan sejumlah wang.
“Kerani itu ke bank keesokan hari dan terkejut mendapati wangnya RM4,000 lesap. Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak,” katanya.
Chong menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan seperti itu, tidak memaklumkan sebarang maklumat peribadi sebaliknya hadir ke mana-mana bank terdekat untuk pengesahan.
Sumber : Berita Harian Online
Posted by Thinkerich on 19 Jan 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog.
Saya harap para pembaca semua boleh simpan rahsia ini…
Psstt…nanti orang-orang berjaya marah kat saya sebab dedahkan ‘kuasa rahsia’ mereka
Yang penting, jangan beritahu orang lain.
Sekiranya mereka hendak tahu juga, suruh mereka datang melawat blog ini dan baca sendiri
…
Sebenarnya ada satu kuasa yang dimiliki oleh orang yang berjaya tetapi tidak ada pada mereka yang kurang berjaya dan biasa-biasa aje.
Kuasa ini dikenali sebagai kuasa BERTINDAK!
Itu sahaja!
Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!
Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian saya terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.
Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan.
Hmm..para pembaca bagaimana? Sudahkan melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?
Sekiranya belum, perlu cepat-cepat bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya membuahkan hasilnya
!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Jan 2010 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust, Kewangan Peribadi
Salam pembaca PemikirKaya!
Saya banyak mendengar komen dan ulasan seperti berikut:-
“ASB tak boleh compare dengan Unit Trusts..”
Dan, hakikatnya saya SETUJU!
Setuju yang macamana?
Begini maksud saya, ASB itu sebenarnya adalah Unit Trusts, jadi kenyataan bahawa ianya tak boleh nak dibandingkan adalah tepat!
Ini kerana ASB adalah salah satu dana Unit Trust(Unit Amanah) dalam kategori pendapatan yang diuruskan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad(PNB), manakala Unit Trusts itu sendiri pula adalah produk atau alat pelaburan kewangan jangka masa panjang, yang diuruskan oleh pengurus dana kerajaan seperti PNB dan pengurus dana swasta seperti Public Mutual (ada lebih kurang 38 pengurus dana unit amanah swasta di Malaysia).
Setakat ini saya harap pembaca semua faham.
Namun begitu, dana ASB masih boleh dibuat perbandingan dengan dana Unit trust dalam kumpulan atau jenis yang sama iaitu mana-mana produk unit trusts dana pendapatan dari mana-mana pengurus dana unit trusts swasta.
Ada yang buat pelbagai analogi seperti perbandingan ciku dan durian …
Tetapi bagi saya adalah lebih tepat jika kita buat perbandingan di antara penjual ciku dengan penjual ciku, dan penjual durian dengan penjual durian itu sendiri…
Masing-masing menjual produk yang sama tetapi bezanya dari segi harga dan kualiti..
Samalah juga dalam produk unit trust ini, masing-masing ada jual pelbagai bentuk produk dan dana, maka seharusnya dibandingkannya dari kumpulan yang sama.
Banyak konsultan unit trust buat perbandingan pulangan di antara ASB dari jenis dana pendapatan dengan dana mereka dari jenis ekuiti pertumbuhan modal..
Sudah pasti sememangnya dalam jangkan masa panjang dana ekuiti pertumbuhan modal memberikan pulangan yang lebih tinggi..
Bagi saya tidak salah untuk menunjukkan perbandingan tersebut tetapi harus dijelaskan ianya adalah suatu PILIHAN yang kita ada sama ada untuk melabur dalam dana pendapatan atau pertumbuhan modal.
Sebab utama kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang optimum! Bukannya untuk mendapatkan kerugian!
Jadi kita perlu faham apakah tahap penerimaan risiko, sebab tak semua orang mempunyai tahap penerimaan yang sama.
Ada yang inginkan jaminan modal, ada yang inginkan pulangan yang sederhana dan tak kurang pula yang inginkan keuntungan yang maksimum!
Rumusannya, semua orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Tak boleh pakai pukul rata aje..!
Jadi jika anda ingin melabur, tak kira sama ada dalam unit trust atau pelaburan lain, ambil kira PERANCANGAN kewangan anda dan bukannya produk kewangan…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 13 Jan 2010 | Tagged as: Motivasi Iman
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya
Baiklah kali ini kita akan berbicara tentang satu topik yang saya kira tidak ramai yang sukakannya.
Apa tidaknya bila disebutkan soal mati, ramai yang mula kecut perut, pelbagai alasan diberikan seperti “masih belum banyak amalan”, “belum bertaubat lagi”, “masih muda dan sihat” dan pelbagai lagi.
Walau apa pun alasan yang diberi, soal hayat nyawa ini berada di luar kawalan kita, ia hanya menjadi rahsia Allah S.W.T.
Tiada siapa yang tahu bila tarikh akhir kehidupan mereka…
Oleh kerana itu, saya kira soal kematian ini patut dijadikan sebagai pendorong atau motivasi hidup kita yang terbesar.
Janganlah pula apabila saya katakan ianya sebagai pendorong, maka ada di antara kita selepas membaca artikel ini, akan terus meninggalkan pekerjaan duniawi dan terus menerus beribadat dengan mengerjakan solat dan zikir sepanjang hari, berada di masjid dan surau sepanjang masa dan meninggalkan semua tanggungjawab hidup di dunia.
Harus diingat, beribadat bukan sekadar bersolat dan berzikir bahkan skopnya cukup luas!
Bekerja juga suatu ibadat.
Belajar juga suatu ibadat.
Berzakat dan bersedekah juga suatu ibadah.
Membantu dan menolong orang, haiwan, tumbuhan juga merupakan suatu ibadat.
Hubungan suami isteri juga satu ibadah.
Bersukan dan berekreasi juga satu ibadah.
Pendek kata apa jua yang kita lakukan di dunia ini dengan niat kerana Allah S.W.T adalah merupakan suatu ibadah yang sangat dituntut.
Sebab itu, saya katakan untuk berjaya hidup di dunia dan di akhirat, soal mati ini boleh menjadi pendorong motivasi yang besar kerana kita harus tahu bahawa kehidupan di dunia ini adalah platform utama untuk bekalan hidup kita yang abadi di akhirat kelak.
Jika kita ingin berjaya di akhirat, sudah tentu kita perlu berjaya mengerjakan kewajipan kita di dunia terlebih dahulu.
Apabila kita ingin berjaya mengerjakan kewajipan dan ibadah kita di dunia, kematian sesuatu yang sering kita perlu ingati dalam fikiran kita.
Ini kerana saya percaya jika kita semua mengingati soal kematian, kita tidak akan sesekali meninggalkan tanggungjawab dan kewajiban kita sebagai seorang muslim.
Kita juga takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan perkara-perkara keji yang dilarang Allah S.W.T.
Kita akan lebih gemar dan suka serta redha untuk melaburkan hasil penat lelah kita untuk pelaburan di akhirat disamping mendapat sedikit manfaat di dunia.
Kita akan lebih banyak mengeluarkan zakat, bersedekah dan infaq ke jalan Allah S.W.T. berbanding mengejar kesenangan dan kemewahan dunia semata-mata sehingga sanggup meleburkannya dalam pelbagai Skim Cepat Kaya.
Jadi rumusannya, kematian adalah sesuatu yang perlu sentiasa diingati dan bukannya ditakuti.
Ini kerana orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya.
Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.
Begitu juga soalnya dalam pengurusan kewangan, ramai di antara kita hari ini masih lagi hidup dibebani hutang piutang keliling pinggang. Sepanjang hidup hanya tahu untuk membuat hutang, jauh sekali berusaha untuk melangsaikannya.
Harus diingat bahawa mereka yang berhutang wajib melunaskan hutang mereka biarpun telah meninggal dunia.
Said ibn al-Athwa mengisahkan: “Ayah kami meninggal dunia dengan meninggalkan 300 dirham, juga keluarga dan hutang. Aku ingin memberikan nafkah kepada keluarganya”, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ayahmu tertahan oleh hutangnya (rohnya tertahan). Oleh kerena itu bayarlah hutangnya itu”. (riwayat Ahmad)
Hadis di atas pula jelas menyatakan kepentingan menjelaskan hutang dalam pengurusan kewangan dan hidup kita. Untuk itu kita perlu belajar (suatu ibadah) kaedah dan langkah untuk menghapuskan hutang. Sertai seminar, bengkel atau dapatkan khidmat nasihat Perancang Kewangan Bertauliah atau dapatkan buku-buku berkaitan dengannya atau pelajarinya dengan lebih mudah dan menjimatkan melalui ebook Panduan Bebas Hutang di sini!
Walau apapun yang kita lakukan hari ini, sentiasalah ingatkan kematian kerana ianya adalah sesuatu yang pasti yang dirasai oleh setiap makhluk Allah S.W.T yang bernyawa.
Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan juga para pembaca sekalian, jadikanlah kematian sebagai motivasi terbesar untuk kita hidup di dunia dan di akhirat.
Waallahualam.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 12 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Sejak akhir-akhir ini, saya sering diajukan persoalan tentang pelaksanaan GST dan juga harga subsidi minyak yang akan diperkenalkan mulai Mei 2010.
Macam biasalah, ramai yang keluh kesah dengan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan ketika ini.
Tapi bagi saya ianya satu langkah yang harus dipuji, kerana sekurang-kurangnya pihak kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan cadangan, pandangan dan yang paling penting sekali membuat persediaan dan PERANCANGAN!
Iyalah..kata bijak pandai “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”…
Hmm.. tapi kali ini saya tak nak bincang pasal GST, tapi nak bincang berkaitan dengan subsidi petrol.
Sebelum ini kita ada dengar yang berkemungkinan..(kemungkinan ya!) kerajaan akan memberikan subsidi petrol berdasarkan CC enjin pemilik kenderaan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi petrol.
Mekanisme yang digunapakai adalah CC kenderaan di bawah 2,000 cc layak menerima subsidi.
Saya bukannya tak setuju, tapi saya kira ada yang mungkin tak kena dengan mekanisme pemilihan dan penetapan berdasarkan kriteria tersebut.
Iyalah, kerana harga sesebuah kenderaan itu tidak semestinya dipengaruhi oleh CC enjin kenderaan, (walau dalam banyak keadaan ianya ada hubungkait) tapi bagaimana keadaannya jika kenderaan yang CC nya lebih tinggi tetapi harga pasarannya jauh lebih rendah daripada kenderaan yang kapasiti CC nya lebih rendah.
Contohnya, kereta Proton Perdana 2,000 cc, terpakai harganya jauh lebih rendah daripada kereta buatan dan keluaran seperti Honda, Toyota atau Nissan yang berkapasiti 1,500 cc!
Begitu juga keadaannya dengan harga di Pulau Bebas Cukai seperti Pulau Langkawi dan Pulau Labuan, harga kereta berjenama Honda, Toyota, Nissan dan yang ‘Fully Imported’ jauh lebih murah daripada tempat lain.
Di Pulau Labuan misalnya, kita boleh lihat ramai penjawat awam yang mempunyai pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan memandu Honda Accord, Toyota Wish, Honda Stream (1,800 cc aje) Toyota Camry dan pelbagai lagi, bahkan ada juga Pembantu Tadbir(kerani) dan pemandu yang memandu Mitsubishi Lancer GTs 2,000 cc..yang mana harga di atas jalan raya di tempat lain mencecah RM126,000!
Bagaimana pula dengan kereta lama berusia lebih 15 hingga 20 tahun? yang rata-ratanya nilainya tidak sampai RM5,000 tetapi CC enjinnya melebihi 2,000cc?
Bagaimana pula halnya dengan kereta mewah seperti BMW318i (1,800cc), Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi A4, Volkswagen Golf walaupun harganya lebih RM200,00 ke atas tetapi ada juga yang CC enjinya di bawah 2,000 cc…
Saya dan kita semua berharap pihak kerajaan, terutamanya pihak KPDNKK mengambil kira apa yang dinyatakan di atas sebelum melaksanakan mekanisme penetapan baru harga petrol bersubsidi agar tagline 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Apa pula pendapat pembaca semua?
Posted by Thinkerich on 04 Jan 2010 | Tagged as: PROMOSI, Kewangan Peribadi
Ebook Panduan Bebas Hutang kini boleh didapati di www.PanduanBebasHutang.com
Beberapa maklumat tambahan:
Dapatkan Strategi, Teknik & Langkah untuk menyelesaikan masalah hutang anda pada hari ini di www.PanduanBebasHutang.com
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 02 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog Pemikir Kaya..
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya..
Hmm..hari ini saya nak komen sedikit pasal perancangan kewangan.
Sehingga kini saya masih lagi mendengar ramai di antara kita yang kurang jelas dengan perancangan kewangan melalui produk-produk kewangan.
Mereka masih tidak jelas, keliru dan seolah-olah dipermainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri.
Mereka membuat simpanan ke dalam produk insurand/takaful…
Mereka juga membuat pelaburan ke dalam produk insurans/takaful…
Saya tak salahkan mereka tetapi yang patut dipersalahkan ialah mereka yang mengelarkan diri mereka ‘Konsultan Kewangan’ tetapi sebenarnya seorang ‘Agen/Jurujual Produk Kewangan’…
Matlamat mereka semata-mata hendak mengejar komisyen dengan menjual seberapa banyak polisi yang boleh.
Maka tak hairanlah pendekatan jualan mereka bukan kepada pendidikan kewangan yang tepat tetapi lebih kepada proses menjual..
Dalam perancangan kewangan, harus kita sedar bahawa simpanan adalah simpanan seperti menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan mempunyai kecairan yang tinggi di mana kita boleh gunakannya pada bila-bila masa.
Maka kurang tepatlah jika kita menyimpan ke dalam produk insurans/takaful!
Perlindungan adalah perlindungan seperti kita membeli polisi perlindungan kenderaan, kebakaran, kesihatan, perubatan, nyawa dan banyak lagi.
Maka kurang tepatlah jika dikatakan kita melabur dalam produk perlindungan seperti insurans dan takaful kerana kita tidak mendapat keuntungan sebaliknya hanyalah bayaran pampasan akibat daripada bencana dan kerugian yang berlaku. Tiada istilah UNTUNG dalam produk perlindungan kerana anda perlu korbankan sesuatu di sini barulah anda layak untuk terima bayarannya.
Tapi bagaimana pula dengan Pelan Insuran Berkaitan Pelaburan?
Mungkin ada yang bertanya? Bukankah itu pelaburan namanya?
Hrmmm…Ya, saya akui ianya satu pelaburan tetapi harus diingat, ianya adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.
Premium yang anda bayar bukan sahaja menyediakan anda perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan anda.
Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
Sudah pasti apabila ianya menggabungkan dua perkara, maka modal yang dilaburkan adalah terhad dan keuntungannya juga sudaj pasti adalah terhad.
Jadi adalah lebih baik pelaburan dibuat ke dalam produk pelaburan jika matlamat kita untuk mendapatkan keuntungan yang optimum! Ianya sudah pasti lebih menguntungkan jika kita tahu kaedah dan strateginya. (harus diingat apabila disebut pelaburan kita tidak boleh lari dari risiko kerugian)
Jadi seharusnya kita faham akan, alat kewangan yang sesuai untuk keperluan dan matlamat kewangan kita dan bukannya hanya bersetuju dengan cadangan dan saranan agen atau perunding insurans/takaful yang tersilap memberikan keterangan dan fakta sebenar.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 01 Jan 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam kepada semua..
Selamat menyambut tahun baru 2010..

Tahun 2009 telah pun berlalu dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis..
Segala yang berlaku pada tahun lalu kita jadikan sebagai suatu pengajaran.
Baik atau buruk jadikannya sebagai satu pengalaman hidup yang cukup berharga dan penuh erti.
Setiap kali menyambut tahun baru, kita tidak boleh lari daripada membuat azam baru…
Hmm..azam baru setiap tahun baru tetapi persoalannya sejauh manakah azam tersebut berjaya dicapai?
Ada kebanyakan orang hanya berazam di dalam hati. Tak kurang pula yang menyimpannya dalam minda dan paling ramai yang berazam sekadar berkata-kata…laksanakannya jauh sekali..
Bagaimana pula dengan azam tuan puan?
Sudahkan ianya tercapai? Atau masih tidak tahu bagaimana untuk meletakkan matlamat untuk mencapainya?
Jika belum tuan puan boleh dapatkan ebook yang telah saya sediakan lebih kurang setahun yang lalu. Jika tuan puan telah memilikinya sebelum ini, cuba baca semula ebook tersebut fahami betul-betul dan laksanakan apa yang saya sarankan di dalamnya..InsyaAllah mungkin ianya dapat membantu.

Bagi yang belum, boleh dapatkannya melalui link di bawah;-
http://www.pemikirkaya.com/matlamat
Baiklah bagi para pembaca yang masih lagi tercari -cari azam tahun baru 2010, terutamanya melibatkan kewangan anda, apa kata pertimbangkan tips berikut:-
Senarainya berterusan, tuan puan boleh masukkan senarai berikutnya mengikut matlamat dan kesesuaian tuan puan. Jadikan tahun 2010 sebagai permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH