SALAM 2010
Posted by Thinkerich on 01 Jan 2010 at 12:00 pm | Tagged as: Motivasi Diri
Salam kepada semua..
Selamat menyambut tahun baru 2010..

Tahun 2009 telah pun berlalu dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis..
Segala yang berlaku pada tahun lalu kita jadikan sebagai suatu pengajaran.
Baik atau buruk jadikannya sebagai satu pengalaman hidup yang cukup berharga dan penuh erti.
Setiap kali menyambut tahun baru, kita tidak boleh lari daripada membuat azam baru…
Hmm..azam baru setiap tahun baru tetapi persoalannya sejauh manakah azam tersebut berjaya dicapai?
Ada kebanyakan orang hanya berazam di dalam hati. Tak kurang pula yang menyimpannya dalam minda dan paling ramai yang berazam sekadar berkata-kata…laksanakannya jauh sekali..
Bagaimana pula dengan azam tuan puan?
Sudahkan ianya tercapai? Atau masih tidak tahu bagaimana untuk meletakkan matlamat untuk mencapainya?
Jika belum tuan puan boleh dapatkan ebook yang telah saya sediakan lebih kurang setahun yang lalu. Jika tuan puan telah memilikinya sebelum ini, cuba baca semula ebook tersebut fahami betul-betul dan laksanakan apa yang saya sarankan di dalamnya..InsyaAllah mungkin ianya dapat membantu.

Bagi yang belum, boleh dapatkannya melalui link di bawah;-
http://www.pemikirkaya.com/matlamat
Baiklah bagi para pembaca yang masih lagi tercari -cari azam tahun baru 2010, terutamanya melibatkan kewangan anda, apa kata pertimbangkan tips berikut:-
- Gunakan hanya satu ka kredit sahaja-sebabnya mulai 2010 tuan puan akan dikenakan cukai RM50 bagi setiap kad kredittersebut.
- Bayar zakat pendapatan-Hmm..ini perkara paling penting, peruntukan 2.5% daripada pendapatan bulanan tuan-puan untuk bayar zakat pendapatan. Dalam pengurusan kewangan peribadi faktor keberkatan amat penting…
- Mula membuat simpanan - Bagi yang belum bermula, mulakan segera mulai tahun 2010 ini sekurang-kurangnya 10%, Hmm.. bagi yang dah simpan tu , apa kata tingkatkan jumlahnya selaras dengan kenaikan gaji tuan puan:)
- Mula Tambah pendapatan - Hmm..tahun 2010 ini penuh dengan cabaran, sebabnya beberapa kenaikan harga barang akan terus naik. Yang pertama bagi perokok, harga rokok paling murah di pasaran kini adalah RM6.20 bagi pack 20 batang.. Mahal tu..lebih baik jadikan salah satu azam tahun baru untuk BERHENTI MEROKOK! Gula juga turut naik, dan banyak lagi harga barangan akan dijangka meningkat naik pada 2010 ini dengan kajian semula subsidi beras, petrol dan diesel dan juga pelaksanaan cukai GST.. Jadi tuan puan kena rajin-rajinlah cari pendapatan tambahan, jika tak bertambah meranalah tuan puan…
- Baca buku tentang kewangan, pelaburan dan bisnes - buat azam untuk baca sekurang-kurangnya sebuah buku berkaitan kewangan setiap bulan. Ini penting untuk tingkatakan IQ kewangan tuan puan. Jika tak mampu nak beli pinjam je kat Perpustakaan Awam..
- Hijrahlah- berazam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Tinjau semula kejayaan tahun 2009 dan jadikan ianya sebagai panduan untuk memperbaikinya. Ingat kita hidup ke depan bukan ke belakang…
Senarainya berterusan, tuan puan boleh masukkan senarai berikutnya mengikut matlamat dan kesesuaian tuan puan. Jadikan tahun 2010 sebagai permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH










