Salam pembaca blog Pemikir Kaya..

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Hmm..hari ini saya nak komen sedikit pasal perancangan kewangan.

Sehingga kini saya masih lagi mendengar ramai di antara kita yang kurang jelas dengan perancangan kewangan melalui produk-produk kewangan.

Mereka masih tidak jelas, keliru dan seolah-olah dipermainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri.

Mereka membuat simpanan ke dalam produk insurand/takaful…

Mereka juga membuat pelaburan ke dalam produk insurans/takaful…

Saya tak salahkan mereka tetapi yang patut dipersalahkan ialah mereka yang mengelarkan diri mereka ‘Konsultan Kewangan’ tetapi sebenarnya seorang ‘Agen/Jurujual Produk Kewangan’…

Matlamat mereka semata-mata hendak mengejar komisyen dengan menjual seberapa banyak polisi yang boleh.

Maka tak hairanlah pendekatan jualan mereka bukan kepada pendidikan kewangan yang tepat tetapi  lebih kepada proses menjual..

Dalam perancangan kewangan, harus kita sedar bahawa  simpanan adalah simpanan seperti menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan mempunyai kecairan yang tinggi di mana kita boleh gunakannya pada bila-bila masa.

Maka kurang tepatlah jika kita menyimpan ke dalam  produk insurans/takaful!

Perlindungan adalah perlindungan seperti kita membeli polisi perlindungan kenderaan, kebakaran, kesihatan, perubatan, nyawa dan banyak lagi.

Maka kurang tepatlah jika dikatakan  kita melabur dalam produk perlindungan seperti insurans dan takaful kerana kita tidak mendapat keuntungan sebaliknya hanyalah bayaran pampasan akibat daripada bencana dan kerugian yang berlaku. Tiada istilah UNTUNG dalam produk perlindungan kerana anda perlu korbankan sesuatu di sini barulah anda layak untuk terima bayarannya.

Tapi bagaimana pula dengan Pelan Insuran Berkaitan Pelaburan?

Mungkin ada yang bertanya? Bukankah itu pelaburan namanya?

Hrmmm…Ya, saya akui ianya satu pelaburan tetapi harus diingat, ianya adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.

Premium yang anda bayar bukan sahaja menyediakan anda perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan anda.

Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Sudah pasti apabila ianya menggabungkan dua perkara, maka modal yang dilaburkan adalah terhad dan keuntungannya juga sudaj pasti adalah terhad.

Jadi adalah lebih baik pelaburan dibuat ke dalam produk pelaburan jika matlamat kita untuk mendapatkan keuntungan yang optimum! Ianya sudah pasti lebih menguntungkan jika kita tahu kaedah dan strateginya. (harus diingat apabila disebut pelaburan kita tidak boleh lari dari risiko kerugian)

Jadi seharusnya kita faham akan, alat kewangan yang sesuai untuk keperluan dan matlamat kewangan kita dan bukannya hanya bersetuju dengan cadangan dan saranan agen atau perunding insurans/takaful yang tersilap memberikan keterangan dan fakta sebenar.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb