Salam pembaca blog pemikirkaya.

Sejak akhir-akhir ini, saya sering diajukan persoalan tentang pelaksanaan GST dan juga harga subsidi minyak yang akan diperkenalkan mulai Mei 2010.

Macam biasalah, ramai yang keluh kesah dengan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan ketika ini.

Tapi bagi saya ianya satu langkah yang harus dipuji, kerana sekurang-kurangnya pihak kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan cadangan, pandangan dan yang paling penting sekali membuat persediaan dan PERANCANGAN!

Iyalah..kata bijak pandai “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”…

Hmm.. tapi kali ini saya tak nak bincang pasal GST, tapi nak bincang berkaitan dengan subsidi petrol.

Sebelum ini kita ada dengar yang berkemungkinan..(kemungkinan ya!) kerajaan akan memberikan subsidi petrol berdasarkan CC enjin pemilik kenderaan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi petrol.

Mekanisme yang digunapakai adalah CC kenderaan di bawah 2,000 cc layak menerima subsidi.

Saya bukannya tak setuju, tapi saya kira ada yang mungkin tak kena dengan mekanisme pemilihan dan penetapan berdasarkan kriteria tersebut.

Iyalah, kerana harga sesebuah kenderaan itu tidak semestinya dipengaruhi oleh CC enjin kenderaan, (walau dalam banyak keadaan ianya ada hubungkait) tapi bagaimana keadaannya jika kenderaan yang CC nya lebih tinggi tetapi harga pasarannya jauh lebih rendah daripada kenderaan yang kapasiti CC nya lebih rendah.

Contohnya, kereta Proton Perdana 2,000 cc, terpakai harganya jauh lebih rendah daripada kereta buatan dan keluaran seperti Honda, Toyota atau Nissan yang berkapasiti 1,500 cc!

Begitu juga keadaannya dengan harga di Pulau Bebas Cukai seperti Pulau Langkawi dan Pulau Labuan, harga kereta berjenama Honda, Toyota, Nissan dan yang ‘Fully Imported’ jauh lebih murah daripada tempat lain.

Di Pulau Labuan misalnya, kita boleh lihat ramai penjawat awam yang mempunyai pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan memandu Honda Accord, Toyota Wish, Honda Stream (1,800 cc aje) Toyota Camry dan pelbagai lagi, bahkan ada juga Pembantu Tadbir(kerani) dan pemandu yang memandu Mitsubishi Lancer GTs 2,000 cc..yang mana harga di atas jalan raya di tempat lain mencecah RM126,000!

Bagaimana pula dengan kereta lama berusia lebih 15 hingga 20 tahun? yang rata-ratanya nilainya tidak sampai RM5,000 tetapi CC enjinnya melebihi 2,000cc?

Bagaimana pula halnya dengan kereta mewah seperti BMW318i (1,800cc), Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi A4, Volkswagen Golf walaupun harganya lebih RM200,00 ke atas tetapi ada juga yang CC enjinya di bawah 2,000 cc…

Saya dan kita semua berharap pihak kerajaan, terutamanya pihak KPDNKK mengambil kira apa  yang dinyatakan di atas sebelum melaksanakan mekanisme penetapan baru harga petrol bersubsidi agar tagline 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Apa pula pendapat pembaca semua?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb