KADAR DASAR SEMALAMAN (OPR) KEKAL
Posted by Thinkerich on 27 Jan 2010 at 02:20 am | Tagged as: Ekonomi
Salam pembaca PemikirKaya!
Berikut saya sertakan petikan berkaitan OPR dari Bank Negara Malaysia untuk rujukan semua…
==================================================
Pernyataan Dasar Monetari
Pada mesyuaratnya hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.00 peratus.
Pemulihan ekonomi global terus bertambah baik hasil sokongan dasar ekonomi yang terus mengembang, keadaan kewangan yang lebih menggalakkan dan pertumbuhan kukuh dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun. Meskipun momentum pertumbuhan ekonomi serantau dijangka terus kukuh pada tahun 2010, masih wujud ketidakpastian mengenai prospek pertumbuhan ekonomi negara-negara maju memandangkan pertumbuhan terus bergantung pada langkah-langkah rangsangan dasar, dan permintaan sektor swasta yang mapan ketika langkah pemulihan dan reformasi sistem kewangan sedang dilaksanakan.
Bagi ekonomi dalam negeri, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan bahawa prestasi ekonomi adalah menggalakkan pada suku keempat 2009. Perkembangan positif dalam pengeluaran perkilangan, aktiviti pembiayaan, perdagangan luar dan keadaan pasaran pekerja mengesahkan penilaian bahawa pemulihan ekonomi kini semakin nyata. Melangkah ke hadapan, ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2010, dengan pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, terutamanya penggunaan swasta, dan juga permintaan luar yang bertambah baik.
Inflasi bertukar positif pada bulan Disember. Perubahan ini sebahagian besarnya mencerminkan luputnya kesan daripada pelarasan harga runcit bahan api pada tahun 2008. Kadar kenaikan harga pada tahun 2010 dijangka beransur-ansur, mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan mengambil kira beberapa pelarasan dalam harga ditadbir. Sekiranya tidak ada semakan seterusnya terhadap harga dan tiada kesan pengaruh luar, inflasi dijangka positif, walaupun sederhana pada tahun 2010.
Melangkah ke hadapan, dasar monetari akan kekal akomodatif bagi memastikan pemulihan ekonomi betul-betul kukuh. Pada masa yang sama, MPC juga menyedari akan keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi mengelak ketidakseimbangan kewangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kadar faedah yang terlalu rendah untuk satu tempoh masa yang lama.
Bank Negara Malaysia
26 Januari 2010
Sumber : www.bnm.gov.my











salam..
boleh terangkan sikit pasal OPR?
im a student and i dont know much about OPR but i need to about everything regarding this…do help me…
salam..
boleh terangkan:
kenapa bnm kurangkan OPR?
apa kena mengena OPR dengan BLR?
bagaimana OPR bleh affect ekonomi?