Siapa Thinkerich ?

Khairulnahar Jamaluddin atau dikenali juga sebagai Thinkerich, merupakan seorang Pegawai Eksekutif Kanan yang pernah bertugas di beberapa buah jabatan dan kementerian serta berpengalaman luas dalam pengurusan, pentadbiran, dan kewangan sektor awam.
Kini aktif memberikan khidmat runding motivasi & kewangan peribadi dalam pada masa yang sama turut terlibat dalam dunia penulisan motivasi dan kewangan.
Telah menerbitkan beberapa buah ebook berkaitan motivasi dan pengurusan kewangan peribadi sehingga kini sama ada yang diedarkan secara percuma mahu pun berbayar!
Buku BAJET WANG - “7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” adalah karya pertama beliau yang telah diterbitkan semula ke dalam bentuk buku fizikal oleh TrueWealth Sdn. Bhd., syarikat penerbitan milik Speaker Kewangan No. 1 di Malaysia yang juga dikenali sebagai Jurulatih Jutawan – Saudara Azizi Ali!
Ebook Panduan Wang Gaji pula adalah ebook kedua beliau yang mendapat sambutan hangat dan menerima tempahan baru setiap hari sehingga kini! Sebuah ebook pengurusan kewangan peribadi paling hangat di pasaran internet tempatan dan muncul sebagai ebook ’Bestseller’ dalam genre kewangan peribadi!
Ebook Panduan Bebas Hutang pula merupakan karya digital kedua yang turut menerima sambutan dan komen positif daripada para pembacanya. Sebuah ebook pengurusan hutang pertama seumpamanya yang menerangkan langkah demi langkah kaedah penghapusan hutang!
Ebook Kewangan Peribadi Hutang pula merupakan karya digital keempat yang telah menjadi fenomena baru dalam penulisan ebook kewangan kerana sambutan yang hangat. Dalam masa 3 hari sahaja berjaya mencatat jualan RM6,000. Sebuah ebook pengurusan kewangan peribadi yang menyeluruh dan menjawab persoalan dan kekeliruan tentang wang dan produk kewangan yang ada dalam pasaran ketika ini!
Ebook Akaun Emas pula merupakan karya digital kelima yang telah mendapat sambutan luarbiasa. Dalam masa 3 minggu sahaja ianya telah mencatat jualan RM20,000. Satu-satunya panduan pelaburan emas melalui akaun simpanan pelaburan emas yang menjelaskan segalanya, dari teknik membeli, menjual dan hukum halal haram.
Ebook Rahsia Menjadi Kaya pula merupakan karya digital terkini yang telah membuka mata dan menukar pandangan orang ramai tentang kekayaaan. Sebuah panduan yang menujukkan strategi dan proses sebenar bagaimana mengunakan wang untuk menjadi kaya, bukannya dengan mencari wang yang banyak!
Hasil karya penulisan beliau sehingga kini :
Bajet Wang- 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang (BUKU)
Panduan Wang Gaji
Panduan Bebas Hutang
Tips Bagaimana Hendak Menguruskan Wang Dengan Lebih Efektif
Kewangan Peribadi – Satu Pendedahan
Akaun Emas : Bagaimana Jana Keuntungan Melaluinya?
Tips Bijak Mengurus Wang
Bijak Mengurus Wang
5 Cara Menetapkan Matlamat Yang Power!
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda
Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan
Wang, Anda & Hutang
Rahsia Mengurus Hutang Kad Kredit
Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Cepat!
Fakta Emas!
Bagaimana Memilih Pelaburan Yang Menguntungkan
Bagaimana Anda Boleh Menjadi Kaya
Lahirnya Seorang Billionair
7 Tindakan Paling Berkesan Untuk Menjadi Kaya
Beliau juga berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam bidang kejurujualan seperti MLM, Insurans Hayat, perniagaan konvensional & internet dan dalam masa yang sama turut terlibat dalam industri Unit Amanah dan merupakan perunding berdaftar bersama Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) untuk Public Mutual Berhad dan juga sebagai Perunding Kewangan Takaful untuk Takaful Malaysia Berhad.
Merupakan ahli berdaftar (M30008702) dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) atau Majlis Perancangan Kewangan Malaysia sebagai ahli gabungan Perancang Kewangan Berdaftar(Affiliate RFP) – [Registered Financial Planner (RFP)]
Turut aktif menyampaikan ceramah, taklimat dan menjalankan seminar-seminar kewangan peribadi di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Matlamat utama beliau dalam penulisan di blog PemikirKaya adalah untuk berkongsi pelbagai sumber maklumat mengenai subjek motivasi, kekayaan, kewangan peribadi, perniagaan dan kepenggunaan untuk semua golongan masyarakat.
Ini kerana beliau percaya semua insan di muka bumi ini mempunyai peluang yang sama untuk meraih dan menikmati kekayaan.
Cuma apa yang membezakannya hanyalah ilmu pengetahuan dan dorongan yang dicetuskan dari dalam minda dan emosi masing-masing.
Untuk mencapai kekayaan adalah tidak mencukupi sekadar ilmu tetapi harus disemai dan dibajai dengan Motivasi yang tinggi.
Ini kerana kekayaan bukannya sekadar suatu DESTINASI tetapi adalah satu PERJALANAN.!
Semoga semua pengunjung blog pemikir kaya dapat merangka semula persepsi kekayaan dalam minda masing-masing dan seterusnya melahirkan lebih ramai komuniti ‘Pemikir Kaya’.
“KEKAYAAN ITU UNTUK DINIKMATI DAN DIKONGSI BERSAMA”
Salam Kekayaan!
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Konsultan Motivasi & Kewangan
www.PemikirKaya.com
==================================
Kekayaan dari sudut pandang PemikirKaya?
==================================
Kekayaan sebenarnya bukan sekadar kekayaan material tetapi kekayaan sebenar iaitu kekayaan jiwa!
Kekayaan adalah anugerah illahi yang perlu diusahakan dan dikecapi bersama untuk dijadikan sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Semua orang berpeluang untuk menjadi kaya!
Ini kerana kaya itu sendiri membawa maksud yang cukup umum dan subjektif!
Setiap individu itu mempunyai definisi dan persepsi tersendiri tentang kekayaan.
Kekayaan yang sebenar adalah kaya ilmu, kaya jiwa, kaya harta dan kayakan minda!
Kayakan minda dengan Ilmu, maka Minda akan menjadi Kaya, apabila minda menjadi kaya maka
Pemikiran pun Berjaya!
Kaya bukan sahaja dinilai pada material tetapi juga dinilai pada ilmu yang berada dalam pemikiran kita.
Bahkan kekayaan juga bukan sekadar diukur dengan banyak mana ilmu yang ada dalam pemikiran kita, sebaliknya banyak mana ilmu yang diamalkan dan disebarkan kepada individu dan masyarakat sekitarnya..
Itulah Blog PemikirKaya!
=================================================









