Ekonomi

Archived Posts from this Category

BLR NAIK 0.25 PERATUS

Posted by Thinkerich on 09 Mar 2010 | Tagged as: Ekonomi

BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu.

Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR.

Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini.

“Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok.

Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

KWSP UMUM DIVIDEN 5.65% TAHUN 2009

Posted by Thinkerich on 05 Mar 2010 | Tagged as: Ekonomi

Kira-kira 12 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menerima bayaran dividen lebih tinggi bagi 2009 iaitu 5.65% susulan prestasi memberangsangkan dicatatkan pengurus dana persaraan itu tahun ini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

KADAR DASAR SEMALAMAN (OPR) KEKAL

Posted by Thinkerich on 27 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi

Salam pembaca PemikirKaya!

Berikut saya sertakan petikan berkaitan OPR dari Bank Negara Malaysia untuk rujukan semua…

==================================================

Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuaratnya hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.00 peratus.

Pemulihan ekonomi global terus bertambah baik hasil sokongan dasar ekonomi yang terus mengembang, keadaan kewangan yang lebih menggalakkan dan pertumbuhan kukuh dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun. Meskipun momentum pertumbuhan ekonomi serantau dijangka terus kukuh pada tahun 2010, masih wujud ketidakpastian mengenai prospek pertumbuhan ekonomi negara-negara maju memandangkan pertumbuhan terus bergantung pada langkah-langkah rangsangan dasar, dan permintaan sektor swasta yang mapan ketika langkah pemulihan dan reformasi sistem kewangan sedang dilaksanakan.

Bagi ekonomi dalam negeri, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan bahawa prestasi ekonomi adalah menggalakkan pada suku keempat 2009. Perkembangan positif dalam pengeluaran perkilangan, aktiviti pembiayaan, perdagangan luar dan keadaan pasaran pekerja mengesahkan penilaian bahawa pemulihan ekonomi kini semakin nyata. Melangkah ke hadapan, ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2010, dengan pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, terutamanya penggunaan swasta, dan juga permintaan luar yang bertambah baik.

Inflasi bertukar positif pada bulan Disember. Perubahan ini sebahagian besarnya mencerminkan luputnya kesan daripada pelarasan harga runcit bahan api pada tahun 2008. Kadar kenaikan harga pada tahun 2010 dijangka beransur-ansur, mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan mengambil kira beberapa pelarasan dalam harga ditadbir. Sekiranya tidak ada semakan seterusnya terhadap harga dan tiada kesan pengaruh luar, inflasi dijangka positif, walaupun sederhana pada tahun 2010.

Melangkah ke hadapan, dasar monetari akan kekal akomodatif bagi memastikan pemulihan ekonomi betul-betul kukuh. Pada masa yang sama, MPC juga menyedari akan keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi mengelak ketidakseimbangan kewangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kadar faedah yang terlalu rendah untuk satu tempoh masa yang lama.

Bank Negara Malaysia
26 Januari 2010

Sumber : www.bnm.gov.my

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APA ITU GST?

Posted by Thinkerich on 21 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi, Kepenggunaan

Salam pembaca Pemikirkaya!

Sebelum ini saya ada berjanji kepada pembaca semua untuk berkongsi maklumat tentang GST…

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.

Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.

Seorang teman bertanya kepada saya,

“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?

Adakah harganya akan meningkat naik?

Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.

Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.

Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.

Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Ini sudah tentu mengurangkan lagi  hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.

Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.

GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.

Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.

Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.

Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

HARGA PETROL & CC ENJIN KERETA

Posted by Thinkerich on 12 Jan 2010 | Tagged as: Ekonomi, Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Sejak akhir-akhir ini, saya sering diajukan persoalan tentang pelaksanaan GST dan juga harga subsidi minyak yang akan diperkenalkan mulai Mei 2010.

Macam biasalah, ramai yang keluh kesah dengan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan ketika ini.

Tapi bagi saya ianya satu langkah yang harus dipuji, kerana sekurang-kurangnya pihak kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan cadangan, pandangan dan yang paling penting sekali membuat persediaan dan PERANCANGAN!

Iyalah..kata bijak pandai “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”…

Hmm.. tapi kali ini saya tak nak bincang pasal GST, tapi nak bincang berkaitan dengan subsidi petrol.

Sebelum ini kita ada dengar yang berkemungkinan..(kemungkinan ya!) kerajaan akan memberikan subsidi petrol berdasarkan CC enjin pemilik kenderaan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi petrol.

Mekanisme yang digunapakai adalah CC kenderaan di bawah 2,000 cc layak menerima subsidi.

Saya bukannya tak setuju, tapi saya kira ada yang mungkin tak kena dengan mekanisme pemilihan dan penetapan berdasarkan kriteria tersebut.

Iyalah, kerana harga sesebuah kenderaan itu tidak semestinya dipengaruhi oleh CC enjin kenderaan, (walau dalam banyak keadaan ianya ada hubungkait) tapi bagaimana keadaannya jika kenderaan yang CC nya lebih tinggi tetapi harga pasarannya jauh lebih rendah daripada kenderaan yang kapasiti CC nya lebih rendah.

Contohnya, kereta Proton Perdana 2,000 cc, terpakai harganya jauh lebih rendah daripada kereta buatan dan keluaran seperti Honda, Toyota atau Nissan yang berkapasiti 1,500 cc!

Begitu juga keadaannya dengan harga di Pulau Bebas Cukai seperti Pulau Langkawi dan Pulau Labuan, harga kereta berjenama Honda, Toyota, Nissan dan yang ‘Fully Imported’ jauh lebih murah daripada tempat lain.

Di Pulau Labuan misalnya, kita boleh lihat ramai penjawat awam yang mempunyai pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan memandu Honda Accord, Toyota Wish, Honda Stream (1,800 cc aje) Toyota Camry dan pelbagai lagi, bahkan ada juga Pembantu Tadbir(kerani) dan pemandu yang memandu Mitsubishi Lancer GTs 2,000 cc..yang mana harga di atas jalan raya di tempat lain mencecah RM126,000!

Bagaimana pula dengan kereta lama berusia lebih 15 hingga 20 tahun? yang rata-ratanya nilainya tidak sampai RM5,000 tetapi CC enjinnya melebihi 2,000cc?

Bagaimana pula halnya dengan kereta mewah seperti BMW318i (1,800cc), Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi A4, Volkswagen Golf walaupun harganya lebih RM200,00 ke atas tetapi ada juga yang CC enjinya di bawah 2,000 cc…

Saya dan kita semua berharap pihak kerajaan, terutamanya pihak KPDNKK mengambil kira apa  yang dinyatakan di atas sebelum melaksanakan mekanisme penetapan baru harga petrol bersubsidi agar tagline 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Apa pula pendapat pembaca semua?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

MAJIKAN PERLU UTAMAKAN RAKYAT TEMPATAN!

Posted by Thinkerich on 09 May 2009 | Tagged as: Ekonomi

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Sejak kebelakangan ini, di sana sini kedengaran keluhan dan rintihan para pekerja yang menerima nasib diberhentikan dan diberi pilihan skim VSS!

Yang peliknya, ada dikalangan majikan ini mengambil tindakan memberhentikan dan menawarkan VSS kepada para pekerjanya hanya semata-mata untuk memotong kos operasi mereka!

Apa tidaknya, seperti yang dilaporkan dalam Bulletin Utama TV3 semalam, majikan tersebut menawarkan VSS kepada pekerja tempatan dan kemudiannya tidak lama kemudian menggantikan tempat mereka dikalangan warga asing!

Majikan memang dapat memotong kos operasi dengan menawarkan gaji yang lebih murah kepada warga asing, tetapi harus diingat dari segi ekonomi terutamanya aliran wang keluar negara juga turut meningkat!

Sebagaimana yang saya nyatakan dalam tulisan terdahulu dimana RM17 billion dihantar keluar oleh warga asing yang bekerja di Malaysia, seharusnya majikan sedar perkara ini.

Mereka juga perlu memikirkan kedudukan ekonomi negara dan tanggungjawab sosial kepada rakyat dan negara ini dalam membangunkan ekonomi negara, janganlah hanya pentingkan periuk nasi sendiri.

Kerajaan juga seharusnya lebih prihatin dan mengenakan syarat dan peraturan yang lebih tegas dalam mengawal pengambilan pekerja warga asing oleh para majikan supaya rakyat negara ini tidak terabai.

Janganlah pula perumpamaan berikut nanti menjadi bualan dan dendangan para pekerja tempatan ” kera di hutan disusukan,  anak sendiri dibiarkan kelaparan “..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet