Kewangan Peribadi
Archived Posts from this Category
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Archived Posts from this Category
Posted by Thinkerich on 11 Mar 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikirkaya,
Semoga anda berada dalam keadaan yang selesa dan tenang untuk membaca artikel daripada saya kali ini.
Hmm…agak lama saya tak berkongsi tips kewangan dengan pembaca semua.
Baiklah hari ini saya nak berkongsi tentang tips yang tidak kurang menariknya, ianya berkaitan dengan hutang dan pinjaman.
Baiklah sebelum kita berhutang atau membuat sebarang pinjaman, sepatutnya kita tahu sama ada ianya sesuatu yang perlu atau sebaliknya!
Jadi bagaimana untuk mengetahui sama ada kita perlu mengambil pinjaman atau tidak?
Sebaiknya sebelum kita mengambil sebarang bentuk pinjaman atau membeli sesuatu dengan berhutang, ada baiknya kita tanyakan diri kita soalan berikut:-
• Apakah saya benar-benar memerlukannya? Atau ia sekadar kemahuan?
• Haruskah saya memilikinya hari ini?
• Apakah yang akan terjadi jika saya tidak membelinya hari ini?
• Bagaimanakah saya mampu bertahan selama ini tanpanya?
Sekiranya kita telah memutuskan bahawa ianya sesuatu yang benar-benar kita perlukan, nilaikan jika kita perlu membuat pinjaman untuk membelinya.
Keadaan akan menjadi lebih baik jika kita menabung untuk membelinya dan membayar secara tunai bagi menjimatkan bayaran faedah.
Sebaliknya, ambillah satu pinjaman kecil supaya kita tidak melampaui kemampuan kewangan.
Cuba kita lihat ke arah jumlah kos pinjaman termasuk jumlah bayaran faedah sebelum kita meminjam.
Saranan daripada saya, pinjamlah hanya jika kita pasti bahawa kita mampu membayar semula pinjaman tersebut.
Salam kekayaan,
THINKERICH
p . s : Jika Nak Dapatkan Lebih Banyak Tips Kewangan?
Boleh dapatkannya melalui link berikut:-
Layari: => http://www.tips.kewanganperibadi.com
Posted by Thinkerich on 05 Mar 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca pemikirkaya!
Ada pembaca yang bertanya saya, kenapa ada sesetengah kedai atau peniaga mengenakan caj 2% apabila mereka berbelanja menggunakan caj kad kredit?
Untuk menjawab soalan tersebut, biarlah saya jelaskan kedudukan sebenar perkara ini.
Untuk makluman semua, kos tanggungan ke atas transaksi kad kredit adalah tanggungan pihak pekedai dan bukannya pengguna kad kredit.
Caj ini dikenakan kepada peniaga kerana mereka menggunakan mesin yang disediakan oleh pihak bank.
Oleh kerana ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, maka para peniaga dan pekedai yang tidak bertanggungjawab ini telah memanipulasikan perkara ini dengan memindahkan caj tersebut kepada pengguna kad kredit. Teruk bukan?
Jadi apa yang perlu anda lakukan jika perkara sebegini berlaku kepada anda?
Sebagai pemegang kad sebenarnya kita berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti.
Contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.
Sebagai pengguna yang bijak (bukan terpijak)
kita juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan.
Boikot sahaja mereka. Jika mereka nak ‘kenakan’ kita, tak perlulah kita nak sokong bisnes mereka!
Gunakan kuasa pengguna kita, jangan biarkan mereka mempermainkan kita.
Posted by Thinkerich on 24 Feb 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
SOALAN DARIPADA PEMBACA BLOG PEMIKIR KAYA
Salam sejahtera Sdr Khairulnahar,
Saya berminat dengan ebook panduan bebas hutang saudara dan bercadang untuk mendapatkannya hujung bulan ini.
Namun sebelum itu saya ingin meminta pendapat dari saudara tentang masalah saya ini.
Saya mempunyai hutang yang tertunggak selama setahun daripada 5 bank. Saya telah meminta pertolongan dari AKPK namun berhenti menggunakan khidmat AKPK kerana bayaran bulanan yang disyorkan oleh AKPK juga membebankan saya.
Saya melihat ringkasan ebook saudara dan saya benar-benar berharap agar ebook ini membantu menyelesaikan hutang saya. Jika dikira, saya mungkin mempunyai hutang tertunggak sebanyaK RM45,000.
Apa yang benar-benar saya perlukan sekarang ialah ‘DANA KECEMASAN’ untuk melangsaikan tunggakan hutang tersebut.
Bolehkah saudara menunjukkan cara bagaimana saya mendapatkan DANA KECEMASAN tersebut..sekarang saya sering diganggu oleh pengutip hutang.
Semestinya saya akan mengikuti panduan dalam ebook bebas hutang ini. Namun saya meminta pertolongan saudara untuk mendapatkan dana kecemasan untuk menyelesaikan/menstrukturkan kembali hutang saya dan bagi menggelakkan saya diisyhtiharkan muflis.
Dalam ringkasan ebook ini saya melihat salah satu point yang diketengahkan ialah di Bahagian 2 seperti berikut;
“Kenapa anda perlukan Dana Kecemasan dan mengapa anda perlukannya untuk membebaskan diri anda daripada masalah hutang?”
Saya harap ebook ini dan saudara benar-benar dapat memberikan panduan dan pertolongan untuk mendapatkan dana kecemasan tersebut.
Tidak mungkin saya boleh mendapatkan dana ini di institusi kewangan lain kerana record credit saya yang tidak baik dan saya pekerja swasta. Saya sudah cuba mendapatkan pinjaman dari bank rakyat tetapi gagal kerana saya pekerja swasta tidak boleh membuat potongan gaji majikan.
Saudara, saya benar-benar ingin meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya amat menghargai pertolongan saudara Khairulnahar. Saya benar-benar perlukan dana kecemasan untuk selesaikan hutang saya tapi di mana saya boleh mendapatkan dana tersebut?
Jutaan Terima kasih,
KK (Bukan Nama Sebenar)
JAWAPAN THINKERICH
Salam Sejahtera Tuan KK,
Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada tuan kerana telah pun mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah hutang.
Berkaitan ‘Dana Kecemasan’, ingin saya nyatakan bahawa usaha mewujudkan dana kecemasan tidaklah boleh dilakukan dengan segera tanpa komitmen daripada diri kita sendiri.
Ianya memerlukan displin yang tinggi dan dana ini bukanlah digunakan untuk membayar hutang tetapi untuk digunakan di saat-saat kita amat memerlukan bagi mengelakkan diri kita daripada terus membuat hutang.
Dalam kes tuan, tiada cara lain yang lebih baik adalah dengan berhenti membuat hutang baru dan fokus ke arah menambahkan pendapatan bagi menghapuskan hutang piutang sedia ada.
Pastikan juga tuan menyediakan peruntukan khusus untuk perbelanjaan perlu seperti makan minum, bayar bil letrik dan air, bayaran sewa atau ansuran rumah. Ini keperluan asas…jangan sesekali abaikannya.
Untuk hutang sedia ada dan bagaimana untuk mengstrukturkan semula hutang, tuan boleh rujuk ‘Panduan Bebas Hutang’ tentang bagaimana caranya untuk menyelesaikannya.
Ebook Panduan Bebas Hutang disediakan sebagai panduan dan persediaan ke arah bebas hutang dan bukannya peghapusan hutang dalam sekelip mata.
Semoga dengan penjelasan yang di beri dapat membantu tuan menyelesaikan masalah yang sedang tuan hadapi.
Harapan saya semoga tuan berjaya mengatasi masalah kewangan tersebut.
Jika sekiranya tuan ingin mengetahui bagaimana kisah seorang penghutang yang telah berjaya membebaskan diri daripada hutang dan kini berjaya mendapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan, tuan boleh rujuk di sini.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 05 Feb 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
SOALAN DARIPADA PEMBACA BLOG PEMIKIR KAYA
Salam..
Saya ada baca dalam forum2 d internet pasal overdraf…
boleh saya tahu apa komen saudara tentang OD ASB ni?
terima kasih..
Imma (Bukan nama sebenar
)
JAWAPAN THINKERICH
Terima kasih kerana bertanya Cik Puan Imma,
OD adalah salah satu bentuk kemudahan pinjaman yang diberikan kepada para pelanggan terutamanya para usahawan…
Dalam perancangan kewangan ini, ada banyak strategi dan ‘Mazhab’nya…
Ada yang berteraskan penjimatan dan simpanan,
Ada yang berteraskan perlindungan,
Ada yang berteraskan pelaburan,
Ada yang berteraskan manipulasi alat atau produk kewangan,
Ada yang memberikan penekanan yang komprehensif dan menyeluruh..
Dan pelbagai lagi..
Bagi saya, OD adalah suatu bentuk kemudahan pinjaman…
Selagi ianya adalah pinjaman, maka sudah pasti anda akan terikat dengan perjanjian pinjaman yang mana anda perlu membayar faedahnya..
Mungkin tujuannya adalah untuk mendapatkan lebihan perbezaan di antara faedah dividen ASB setiap tahun dengan kadar faedah OD yang lebih rendah..
Tapi harus diingat tiada jaminan ASB akan kekal memberi pulangan yang tinggi sepanjang masa..dan tiada jaminan faedah OD rendah setiap masa…
Harus diingat juga, kemudahan OD yang ada bukan untuk berbelanja sesuka hati (bab ini yang ramai ‘fail’ nih), displin perlu tinggi…
Apa yang penting kita faham apakah tujuan dan kenapa kita perlukan OD-ASB ini dalam perancangan kewangan kita.
Jadi sebelum kita bertindak merancang dan mengambil keputusan untuk menggunakan sesuatu produk kewangan itu, kita perlu benar-benar faham apa yang kita lakukan ke atas wang kita.
Prinsip saya dalam perancangan kewangan,
“Melabur menggunakan Wang Lebihan bukannya melalui wang pinjaman”
Sekiranya anda mendapatkan nasihat daripada seseorang, cuba tanya mereka apakah prinsip dalam perancang kewangan mereka?
Perancang kewangan profesional mempunyai PRINSIP mereka tersendiri bagi menjamin kepentingan para pelanggannya…
Harap dapat membantu..
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a THINKERICH
p.s : Kemudahan OD boleh digunakan sebagai alat kewangan yang baik jika sekiranya kita mempunyai displin yang baik, dan faham serta tahu menggunakan dengan cara yang betul. Malangnya ramai yang mendapatkannya tak jelas akan tujuan dan kegunaannya, akibatnya ramai yang mula terbeban dengan masalah hutang!
Posted by Thinkerich on 28 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikirkaya…
Sebelum ini saya ada menerima banyak pertanyaan dan persoalan seperti berikut:-
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Saya percaya semua orang ingin tahu apakah tindakan terbaik yang perlu mereka lakukan dengan wang mereka bilamana ekonomi berada dalam ketidaktentuan.
Semua orang ingin tahu di mana mereka boleh meletakkan wang mereka dengan lebih selamat, terjamin dan terlindung daripada sebarang masalah kerugian.
“Patutkah mereka melaburkan wang mereka ke dalam Unit Trust? kata perunding unit trust, melaburlah ketika ekonomi sedang mengalami kejatuhan sebab harganya lebih murah!”
“Tapi bagaimana pula jika harganya terus menerus jatuh?”
“Atau beli sahaja pelan perlindungan Insurans/Takaful?”
“Atau mungkin simpan sahaja dalam Simpanan Tetap (FD) yang jauh lebih selamat?”
Itulah di antara soalan yang bertali arus yang sering saya terima …
Baiklah sebelum saya menjawab soalan-soalan tersebut, biarlah saya berterus terang terlebih dahulu.
Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kerana saya hanya memberi khidmat nasihat kewangan dan bukannya Ahli Nujum Pelaburan Kewangan yang tahu bila masanya sesuai untuk melabur dan bila pula masa yang sesuai untuk menjual!
Hakikatnya tiada seorang pun yang tahu apakah perkara yang berlaku pada masa hadapan, sebaliknya ramai yang dapat berhujah dengan baik berasaskan perkara lalu.
Sebagai contoh sejarah pulangan pelaburan…
Perkara yang telah berlaku, ramai di antara kita yang boleh berikan jawapan tetapi bila melibatkan perkara masa depan …tiada siapa pun boleh berikan jawapan yang pasti!
Jadi dengan kata lain, kita tidak tahu apa yang pasaran saham akan lakukan besok. Kita tidak tahu di mana harga minyak akan pergi dan apakah harga hartanah akan naik atau turun?
Sebenarnya tidak ada satu tempat yang selamat untuk melabur wang anda. Bukan pasaran saham, bukan pasaran hartanah dan bahkan bukan juga di bank!
Sekarang kita semua sudah tahu bahawa tidak ada jaminan untuk menghasilkan wang, cuma ada satu perkara sahaja yang dapat anda lakukan dengan wang anda ketika ekonomi tidak menentu…
Apa dia?
Jawabnya adalah dengan meningkatkan kekayaan bersih anda.
Jadi kita perlu rujuk pada Penyata Nilai Bersih kita.
Secara asasnya, tingkatkan Aset dan kurangkan Liabiliti atau tanggungan hutang yang ada pada kita.
Saya kira anda sudah dapat jawapan kepada persoalan pokok kita;
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Jawapannya adalah membayar semula hutang anda, terutamanya pinjaman perumahan anda (jika ada).
Lihat, setiap kali anda membayar hutang anda, anda akan memperbaiki situasi kewangan anda.
Begitu juga, ketika anda membuat hutang baru. Setiap kali hutang baru dibuat, maka situasi kewangan anda akan menjadi bertambah parah selepas itu.
Nak tak nak, anda perlu berhenti buat hutang baru, dan gunakan wang yang ada pada anda kini untuk bayar hutang piutang anda!
Sementara anda mencari cara untuk meningkatkan aset anda, adalah lebih baik menggunakan wang itu untuk mengurangkan hutang anda terlebih dahulu.
Sekiranya anda berjaya menjelaskan hutang dengan kadar faedah 10% setahun dengan lebih cepat, saya kira anda sudah pun untung 10% daripada membayar terlalu banyak faedah kepada pihak pemberi pinjaman..
Berusaha untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sejumlah 10% bukanlah satu usaha yang mudah, sebaliknya membayar hutang untuk mengurangkan faedah yang sama adalah lebih mudah dengan wang yang ada pada anda…
Jadi untuk ingatan anda, sekali lagi saya tegaskan, setiap kali anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wang anda, Bayarlah Hutang Anda Terlebih Dahulu!.
THINKERICH
p/s : Nak tahu strategi yang terbukti berkesan untuk menghapuskan hutang? Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang!
Posted by Thinkerich on 26 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam hormat pembaca pemikirkaya,
Saya pasti apabila ditanya pasti ramai yang mengimpikan kekayaan dalam hidup mereka. Malangnya tak ramai yang berjaya mencapai
impian tersebut hanya kerana mereka masih terus menerus bergelut dengan masalah hutang yang membebankan.
Selagi anda berhadapan dengan masalah hutang impian untuk kaya
akan menjadi bertambah sukar. Ini kerana hutang akan terus
menerus meragut wang masa depan anda.
Berhutang tak ubah seperti membiarkan kehidupan anda
menjadi hamba kepadanya. Anda bekerja separuh mati,
berhempas pulas hanya semata-mata untuk membayar lebih banyak
wang kepada pemberi pinjaman anda.
Jika perkara ini berterusan anda bukan sahaja gagal untuk
mencapai kekayaan, bahkan anda boleh jatuh miskin!
Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara sebegini
terus berlaku?
Jawapannya, anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham tentang ilmu pengurusan hutang.
Setelah anda faham, saya percaya adalah jauh lebih mudah untuk
anda menghapuskan hutang dan seterusnya bebas dari masalah
hutang yang berpanjangan.
Apa yang penting, jika anda sudah tahu selok belok
pengurusan hutang, adalah lebih mudah untuk anda mencapai
kekayaan. Pasti anda terkejut jika saya katakan bahawa
hutang juga boleh membantu menjadikan seseorang
itu menjadi kaya. Bagaimana..?
Untuk menjawab persoalan tersebut, WAJIB bagi anda untuk
mempunyai ilmu pengetahuan kewangan asas terlebih dahulu.
Selain itu, ilmu pengurusan hutang juga perlu dipelajari bersama.
Tanpa kombinasi kedua-dua ilmu ini, kewangan peribadi anda
mungkin menjadi bertambah parah dan membebankan.
Ramai yang cuba-cuba menggunakan instrumen hutang untuk menjadi kaya tetapi malangnya mereka mendapati diri mereka pula
terperangkap dengan hutang yang berlipat kali ganda!
Kenapa boleh jadi perkara sebegini?
Sekali lagi jawapannya adalah ilmu pengetahuan kewangan dan
pengurusan hutang!
Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar pelbagai teknik
manipulasi alat kewangan seperti pinjaman, OD-ASB dan pelbagai
lagi yang menjanjikan keuntungan tetapi hasilnya tak sebagaimana
yang diharapkan. Kenapa? Sebab anda tak faham!
Orang lain ada ilmu anda hanya ikut-ikut sahaja!
Sebenarnya, asas kepada kekayaan adalah bebas daripada MASALAH hutang, bukannya hutang!
Bagaimana nak jadi kaya jika hutang tidak berbayar keliling pinggang?
Bagaimana nak kaya jika pinjam hutang untuk bayar hutang?
Bagaimana nak jadi kaya jika anda tak faham ilmu pengurusan
kewangan dan hutang yang sebenar?
Mulakan menambah ilmu pengurusan kewangan dan hutang anda
pada hari ini juga. Ini kerana semakin lama anda menunggu
maka semakin besarlah beban hutang yang terpaksa anda tanggung
dari masa kesemasa!
Bayangkan bagaimana kedudukan hutang anda pada 3, 5 & 10 tahun
akan datang jika anda tak cuba selesaikannya pada hari ini juga?
Saya pasti jumlahnya akan bertambah berganda-ganda dan hidup
anda akan terus berada dalam kesempitan dan tekanan yang membebankan!
Bayangkan pula bagaimana masa depan anda jika anda telah menguasai ilmu pengurusan hutang yang betul melalui panduan yang mudah, ringkas dan berkesan!
Sudah tentu anda gembira bukan
!
Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan dari ebook Panduan Bebas Hutang, kerana saya percaya ianya dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda!
Jika anda SERIUS untuk mengatasi masalah hutang dan berimpian untuk mencapai kekayaan dalam hidup anda, ambillah langkah pertama dengan mendapatkannya, kerana saya percaya pelaburan kecil anda hari ini bakal menyelamatkan puluhan ribu ringgit wang anda pada masa depan!
ikhlas,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
P.s - Dapatkan pada hari ini juga kerana semakin lama anda
bertangguh, maka semakin besar faedah hutang yang perlu anda bayar.
p.s.s - Panduan telah disediakan, anda hanya perlu bertindak
melaksanakannya dalam pengurusan kewangan peribadi anda.
Posted by Thinkerich on 14 Jan 2010 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust, Kewangan Peribadi
Salam pembaca PemikirKaya!
Saya banyak mendengar komen dan ulasan seperti berikut:-
“ASB tak boleh compare dengan Unit Trusts..”
Dan, hakikatnya saya SETUJU!
Setuju yang macamana?
Begini maksud saya, ASB itu sebenarnya adalah Unit Trusts, jadi kenyataan bahawa ianya tak boleh nak dibandingkan adalah tepat!
Ini kerana ASB adalah salah satu dana Unit Trust(Unit Amanah) dalam kategori pendapatan yang diuruskan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad(PNB), manakala Unit Trusts itu sendiri pula adalah produk atau alat pelaburan kewangan jangka masa panjang, yang diuruskan oleh pengurus dana kerajaan seperti PNB dan pengurus dana swasta seperti Public Mutual (ada lebih kurang 38 pengurus dana unit amanah swasta di Malaysia).
Setakat ini saya harap pembaca semua faham.
Namun begitu, dana ASB masih boleh dibuat perbandingan dengan dana Unit trust dalam kumpulan atau jenis yang sama iaitu mana-mana produk unit trusts dana pendapatan dari mana-mana pengurus dana unit trusts swasta.
Ada yang buat pelbagai analogi seperti perbandingan ciku dan durian …
Tetapi bagi saya adalah lebih tepat jika kita buat perbandingan di antara penjual ciku dengan penjual ciku, dan penjual durian dengan penjual durian itu sendiri…
Masing-masing menjual produk yang sama tetapi bezanya dari segi harga dan kualiti..
Samalah juga dalam produk unit trust ini, masing-masing ada jual pelbagai bentuk produk dan dana, maka seharusnya dibandingkannya dari kumpulan yang sama.
Banyak konsultan unit trust buat perbandingan pulangan di antara ASB dari jenis dana pendapatan dengan dana mereka dari jenis ekuiti pertumbuhan modal..
Sudah pasti sememangnya dalam jangkan masa panjang dana ekuiti pertumbuhan modal memberikan pulangan yang lebih tinggi..
Bagi saya tidak salah untuk menunjukkan perbandingan tersebut tetapi harus dijelaskan ianya adalah suatu PILIHAN yang kita ada sama ada untuk melabur dalam dana pendapatan atau pertumbuhan modal.
Sebab utama kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang optimum! Bukannya untuk mendapatkan kerugian!
Jadi kita perlu faham apakah tahap penerimaan risiko, sebab tak semua orang mempunyai tahap penerimaan yang sama.
Ada yang inginkan jaminan modal, ada yang inginkan pulangan yang sederhana dan tak kurang pula yang inginkan keuntungan yang maksimum!
Rumusannya, semua orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Tak boleh pakai pukul rata aje..!
Jadi jika anda ingin melabur, tak kira sama ada dalam unit trust atau pelaburan lain, ambil kira PERANCANGAN kewangan anda dan bukannya produk kewangan…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 04 Jan 2010 | Tagged as: PROMOSI, Kewangan Peribadi
Ebook Panduan Bebas Hutang kini boleh didapati di www.PanduanBebasHutang.com
Beberapa maklumat tambahan:
Dapatkan Strategi, Teknik & Langkah untuk menyelesaikan masalah hutang anda pada hari ini di www.PanduanBebasHutang.com
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 02 Jan 2010 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog Pemikir Kaya..
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya..
Hmm..hari ini saya nak komen sedikit pasal perancangan kewangan.
Sehingga kini saya masih lagi mendengar ramai di antara kita yang kurang jelas dengan perancangan kewangan melalui produk-produk kewangan.
Mereka masih tidak jelas, keliru dan seolah-olah dipermainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri.
Mereka membuat simpanan ke dalam produk insurand/takaful…
Mereka juga membuat pelaburan ke dalam produk insurans/takaful…
Saya tak salahkan mereka tetapi yang patut dipersalahkan ialah mereka yang mengelarkan diri mereka ‘Konsultan Kewangan’ tetapi sebenarnya seorang ‘Agen/Jurujual Produk Kewangan’…
Matlamat mereka semata-mata hendak mengejar komisyen dengan menjual seberapa banyak polisi yang boleh.
Maka tak hairanlah pendekatan jualan mereka bukan kepada pendidikan kewangan yang tepat tetapi lebih kepada proses menjual..
Dalam perancangan kewangan, harus kita sedar bahawa simpanan adalah simpanan seperti menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan mempunyai kecairan yang tinggi di mana kita boleh gunakannya pada bila-bila masa.
Maka kurang tepatlah jika kita menyimpan ke dalam produk insurans/takaful!
Perlindungan adalah perlindungan seperti kita membeli polisi perlindungan kenderaan, kebakaran, kesihatan, perubatan, nyawa dan banyak lagi.
Maka kurang tepatlah jika dikatakan kita melabur dalam produk perlindungan seperti insurans dan takaful kerana kita tidak mendapat keuntungan sebaliknya hanyalah bayaran pampasan akibat daripada bencana dan kerugian yang berlaku. Tiada istilah UNTUNG dalam produk perlindungan kerana anda perlu korbankan sesuatu di sini barulah anda layak untuk terima bayarannya.
Tapi bagaimana pula dengan Pelan Insuran Berkaitan Pelaburan?
Mungkin ada yang bertanya? Bukankah itu pelaburan namanya?
Hrmmm…Ya, saya akui ianya satu pelaburan tetapi harus diingat, ianya adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.
Premium yang anda bayar bukan sahaja menyediakan anda perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan anda.
Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
Sudah pasti apabila ianya menggabungkan dua perkara, maka modal yang dilaburkan adalah terhad dan keuntungannya juga sudaj pasti adalah terhad.
Jadi adalah lebih baik pelaburan dibuat ke dalam produk pelaburan jika matlamat kita untuk mendapatkan keuntungan yang optimum! Ianya sudah pasti lebih menguntungkan jika kita tahu kaedah dan strateginya. (harus diingat apabila disebut pelaburan kita tidak boleh lari dari risiko kerugian)
Jadi seharusnya kita faham akan, alat kewangan yang sesuai untuk keperluan dan matlamat kewangan kita dan bukannya hanya bersetuju dengan cadangan dan saranan agen atau perunding insurans/takaful yang tersilap memberikan keterangan dan fakta sebenar.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 27 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikir kaya..
Apa khabar semua, semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan gembira selalu
Baiklah kali ini saya nak berkongsi kisah bagaimana akhir-akhir ini ramai yang menggunakan alat kewangan terutamanya kemudahan kredit dan hutang untuk dijadikan modal perniagaan dan juga alat untuk menjana kekayaan…
Namun begitu kesudahannya ramai di antara mereka yang mengalami kerugian dan terpaksa menanggung beban hutang yang membebankan.
Ini kisah sebuah syarikat MLM yang mana memanipulasikan pinjaman untuk membantu meningkatkan jualan serta komisyen para agen jualan mereka..
Tapi saya tak tahu adakah syarikat MLM ini ada kaitan dengan artikel di blog Shamsuddin Kadir,
Sebuah Syarikat MLM besar sedang merayu
Sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima keluhan dan kekesalan para peserta atau ahli daripada syarikat MLM berkenaan yang mengadu mereka sedang berhadapan dengan masalah hutang gara-gara terlibat dengan teknik dan kaedah MLM berkenaan…
Apa nak dibuat sekarang, nasi sudah menjadi bubur..
Nak tak nak, terpaksa telan juga bubur berkenaan biarpun hasrat dan impian sebenar nak makan nasi tidak tercapai..
Inilah akibatnya apabila syarikat MLM mula memanipulasikan alat kewangan…
Mereka yang buta kewangan akan terus diperdayakan…
Yang untung sudah tentulah syarikat MLM itu sendiri dan juga upline yang terdahulu..
Kaedah meminjam dan berhutang untuk mendapat komisyen yang besar tak ubah seperti MLM yang menjalankan skim Piramid…
Siapa yang untung? Orang yang di atas atau terdahulu..
Siapa yang rugi? orang yang kemudian kemudian lah…
Pihak manakah yang paling gembira?
Sudah tentulah syarikat kewangan dan koperasi yang paling untung dan gembira dengan kaedah manipulasi ini…mereka dapat peluang bisnes yang besar..
Tak salah berhutang untuk jadi kaya, tetapi biarlah kena pada tempatnya..
Orang bisnes kaya raya kerana mereka berhutang dan faham dengan apa yang mereka lakukan..
Sebaliknya orang yang berhutang dengan menyertai MLM dengan tujuan untuk jadi kaya raya mungkin tidak faham dengan bisnes MLM yang sebenarnya…
Bisnes MLM pada hakikatnya jual barang dan kembangkan jumlah rangkaian penjual di bawah kumpulan kita dan bukannya cari orang, minta mereka jadi ahli rangkaian kita dengan berhutang untuk mengaut komisyen yang tinggi untuk keuntungan diri sendiri dan mengabaikan ahli di bawahnya terbeban dengan hutang yang kian membesar..
Apa yang saya nampak dalam isu ini, mereka yang berada di atas atau mereka yang terdahulu atau yang terawal adalah mereka yang paling untung!
Selagi agen atau ahli rangkaian di bawah mereka terus menerus mempromosikan kaeda hutang untuk melariskan produk mereka, selagi itulah mereka terus menerima komisyen.
Sebaliknya mereka yang di bawah terus mencari ‘mangsa’ baru untuk ‘dikenakan’ bagi menanggung faedah hutang yang membebankan untuk keuntungan pihak syarikat dan upline di atas..
Jadi saranan saya, jika tuan puan nak berhutang untuk jadi kaya, fahami dahulu hutang itu sama ada ianya hutang yang baik atau buruk!
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan hutang daripada laman ini:-
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 23 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya..
Hmmm… agak lama saya tak kongsikan kisah - kisah motivasi yang
menarik dengan pembaca blog ini ya!
Baiklah kali ini saya nak ceritakan tentang bagaimana sikap dan
tabiat berbelanja mereka yang bergelar jutawan.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa mereka yang bergelar
jutawan ini berbelanja mewah bukan?
Sebenarnya tak semua di kalangan mereka ini berbelanja mewah,
ada di antara mereka ini yang cukup berhemat ketika berbelanja.
Mungkin anda pernah mendengar nama Mydin bukan?
Alaa…gedung borong beli belah yang terkenal dengan tagline
“Kenapa Bayar Lebih…”
Tahukah anda? Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin, Pengerusi Mydin Mohamed Berhad Holdings (yang juga anak kepada pengasas Mydin, Mydin Mohamed) sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan beliau.
Setiap kali berada di tempat makan beliau hanya akan memesan air kosong. Katanya, ia bukan sahaja menjimatkan bahkan menyihatkan tubuh badan.
Nah, lihat! Betapa mereka yang sudah bergelar jutawan tahu untuk hidup sederhana dan berjimat cermat.
Bagaimana pula dengan pembaca semua?
Sudahkah anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian?
Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan bagi memulakan langkah penjimatan.
Baru-baru ini saya telah pun membaca sebuah panduan berjimat cermat yang menarik untuk dibaca. Penulisnya saudara Razif Yusof telah menyediakan 25 cara dan tips berjimat cermat yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Saya pasti jika para pembaca mengamalkan tip-tip berkenaan ianya mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Mulakan langkah awal penjimatan anda dengan membaca laporannya dengan KLIK DI SINI!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikir kaya..
Apa khabar? semoga sihat dan ceria selalu hendaknya!
Biarpun semalam PNB mengumumkan bayaran Dividen ASB 2009, Dividen 7.30% dan 1.25% bonus menjadikannya 8.55% bagi tahun kewangan 2009, saya tak akan menulis tentang perkara tersebut.
Sebaliknya kali ini saya nak kongsikan dengan tuan puan tentang komen salah seorang pembaca blog ini tentang tips yang saya berikan berkaitan pengurusan kad kredit.
Berikut saya petik semula komen tersebut;
“Saya berpendapat; ramai yang bayar 5% jer CC. sebab tak mampu. Tapi cadangan berhenti guna kad pun tak betul juga… sebab kalau tek guna kad…tak berasap la dapo…takkan nak pinjam along lak…”
Saya menghargai pendapat beliau itu, namun begitu saya amat berharap supaya para pembaca blog ini dan juga para pengguna kad kredit di luar sana sedar apa yang mereka lakukan dengan kad kredit tersebut.
Jika diperhalusi, hampir kebanyakan orang telah menyalahgunakan penggunaan kad kredit sebagai alat untuk berhutang atau dengan kata lain pinjam dahulu bayar kemudian…dan bukannya sebagai satu alat kemudahan untuk membuat bayaran.
Dalam buku saya Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang, saya ada menceritakan secara terperinci asal usul penggunaan kad kredit. Tuan -puan boleh dapatkannya di sini untuk membacanya dengan lebih lanjut, www.BajetWang.com atau KLIK DI SINI untuk dapat tawaran istimewa.
Sebenarnya sebagai pengguna kad kredit kita perlu ada kesedaran untuk berhenti dari terus menerus hidup bergantung dengan kad kredit. Ramai yang beranggapan bahawa kad kredit sebagai penyelamat kepada masalah kekurangan wang mereka…
Sehingga sanggup menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan dan keperluan harian dan belanja dapur mereka?
Sampai bila? Harus diingat jika kita terus bayar 5% daripada baki minima, sampai satu masa akan tiba kad kredit kita mencapai ‘credit limit’ dan ketika itu kita sudah tak mampu bayarnya lagi…kerana bayaran minima 5% tak lagi serendah dahulu tapi dah meningkat berkali ganda…
Kesudahannya MUFLIS!
Jadi, kita perlulah berusaha untuk menamatkan kebergantungan kita pada kad kredit ini. Cari penyelesaiannya.
Tukar tabiat berbelanja, hidup bersederhana dahulu, dan tambah pendapatan untuk bayar kesemua hutang kad kredit (bukannya dengan membuat lebih banyak hutang!)….
Hmmm…jika tuan puan nak tahu lebih lanjut tentang pengurusan hutang …
Tunggu produk informasi terbaru dari saya…
Sebuah panduan yang bakal merubah pandangan dan kefahaman masyarakat ke atas pengurusan hutang…Tunggu..!
Salam kekayaan,
Thinkerich
Posted by Thinkerich on 22 Nov 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam buat pembaca blog pemikirkaya!
Fuh! agak lama saya tak kemaskini blog ni….
Maaf kepada para pengunjung blog ini yang setia menanti artikel-artikel terbaru daripada saya.
Baiklah, sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk mengikuti seminar dan bengkel berkaitan pengurusan kewangan peribadi di samping membuat sedikit kajian dan penyelidikan berkaitan masalah pengurusan hutang dikalangan masyarakat kita.
Hmm.. nampaknya penyakit hutang ni semakin teruk jika kita tidak mencegahnya lebih awal.
Sepanjang saya berblogging ni, persoalan paling banyak yang saya terima ke dalam peti email saya adalah seperti berikut :- (kedudukan carta soalan pembaca)
Alhamdullilah, setakat ini semua persoalan yang diajukan dapat saya jawab. Walaupun ianya mungkin tak dapat membantu secara ‘Total’ tetapi saya percaya sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan sedikit panduan kepada mereka yang bertanya.
Okay! Baiklah memandangkan sekarang ini saya sedang menjalankan kajian tentang masalah hutang dan dapat beberapa info dan tip terbaru untuk menyelesaikan masalah hutang, maka saya akan berikan peluang kepada semua untuk bertanyakan soalan berkaitan hutang.
Tuan-puan boleh bertanya terus di ruangan komen di bawah atau boleh hubungi saya terus dengan bertanyakan soalan berkaitan hutang di sini!
InsyaAllah saya akan cuba membantu sebaik mungkin!
Hmm..bagi pengunjung blog ini yang ada ‘knowledge’ atau ilmu tentang pengurusan kewangan ….boleh turut membantu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan pembaca blog nih..
Sama-samalah kita membantu dan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama!
Salam kekayaan!
THINKERICH
p/s : Khidmat nasihat yang diberikan di blog ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan untuk menghasilkan keputusan.
Tujuan khidmat nasihat ini adalah bertujuan untuk kesedaran dan pendidikan sahaja.
Saya bagi pihak penggendali blog ini tidak bertanggungjawab di atas apa jua liabiliti, kerugian atau risiko yang berlaku hasil daripada pandangan dan saranan yang diberikan oleh semua pihak hasil perbincangan di blog ini.
Sila rujuk khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
Posted by Thinkerich on 09 Nov 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog pemikir kaya!
Ada yang bertanya saya, perlukah mereka membuat pembiayaan perumahan semula (’refinance’)?
Jawapan saya : Bergantung kepada keadaan kewangan semasa dan keperluan mereka.
Ini kerana pertimbangan utama yang perlu diberikan dalam membuat pembiayaan semula ialah apakah kos yang terlibat.
Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila membuat pinjaman perumahan, kita telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pinjaman pertama seperti membayar yuran pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan hakmilik.
Pembiayaan semula bermakna kita perlu mengulangi pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.
Sebelum kita bercadang untuk membiayai semula, kita perlu memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.
Kebanyakan peminjam terikat dengan syarat dan terma dan menunggu sehingga tarikh luput “locked-in period” untuk membuat Pembiayaan Perumahan Semula.
Ini kerana sekiranya kita mempunyai pinjaman perumahan melebihi 5 tahun, berkemungkinan besar kita menanggung pembayaran pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari kadar pinjaman asas atau BLR semasa yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan.
Terdapat banyak pakej Pembiayaan Perumahan Semula yang kompetatif di pasaran terutama yang meliputi kos-kos pembiayaan semula menjadikan ianya sebuah pelaburan yang amat terkesan pada bila-bila masa dalam jangka hayat pinjaman perumahan, bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang malah memberi keanjalan dalam pengurusan wang anda.
Jadi persoalannya di sini, “Mengapa Perlu Pembiayaan Perumahan Semula?”
Sebab utama ialah untuk mengurangkan kadar faedah semasa, pembayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman.
Kita mungkin mahu mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan supaya kita boleh menyimpan dalam produk-produk pelaburan.
Jika kita berfikir Kadar Pinjaman Asas akan naik, kita mungkin ingin membuat pembiayaan semula dengan Kadar Tetap.
Mungkin juga kita ingin membuat pembiayaan semula kerana nilai hartanah yang kita miliki telah meningkat dan dengan itu kita ingin mengambil kelebihan equity hartanah untuk dana tambahan ataupun pelaburan lain.
Antara sebab yang selalu terlepas pandang untuk membuat pembiayaan semula perumahan adalah mengemaskini deposit dan hutang untuk pengurusan aliran kewangan yang lebih baik.
Pembiayaan Semula adalah langkah pertama dalam mengemaskinikan pengurusan kewangan kita. Jika kita membayar faedah yang amat tinggi untuk kad kredit dan overdraf, kita mungkin mahu melangsaikan sedikit hutang ini sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.
Pakej Pinjaman Perumahan menjadi semakin kompetitif dewasa ini dengan menawarkan pengiraan faedah (interest) asas harian yang jauh lebih menjimatkan berbanding asas bulanan dan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran untuk penjimatan dari jumlah faedah yang dibayar atas pinjaman semasa.
Jadi jika kita ingin membuat pembiayaan semula atau ‘refinance’, ambil kira dan pertimbangkan apa yang telah kita bincangkan di atas.
Semoga ianya dapat membantu.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 25 Oct 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca blog pemikirkaya…
Ramai di antara kita hari ini tidak faham dan mungkin tidak tahu yang mana harus diutamakan..
Diri sendiri atau orang lain…
Mungkin juga kerana ingin menjaga hati atau takut dikatakan sebagai seorang yang tidak boleh tolong menolong..
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sekiranya ada di antara kita hari ini didatangi oleh adik beradik, saudara-mara, ipar -duai, kaum kerabat, sahabat -handai dan lain-lain lagi ingin meminta tuan-puan menjadi penjamin kepada mereka cuba pertimbangan perkara berikut;-
Adakah tuan-puan mempunyai lebihan wang atau pun harta yang boleh membantu mereka melunaskan hutang pinjaman tersebut seandainya mereka mengalami kegagalan untuk menjelaskan hutang tersebut?
Jika jawapan anda tidak!
Berterus- teranglah kepada mereka dan maklumkan bahawa anda juga seperti mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membantu menjelaskan hutang pinjaman tersebut jika perkara byang tidak diingini berlaku.
Berterus terang pada hari ini adalah lebih baik daripada menyimpannya hanya semata-mata untuk menjaga hati dan air muka orang lain…
Manusia sewaktu meminta pertolongan sanggup berjanji apa sahaja, tetapi pada kebiasaannya apabila tidak mampu menunaikan kewajipan mereka akan lebih mudah lari daripada tanggungjawab..
Fikir-fikirkanlah..
THINKERICH