Pelaburan

Archived Posts from this Category

ASB ATAU UNIT TRUST, MANA LEBIH BAIK?

Posted by Thinkerich on 14 Jan 2010 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust, Kewangan Peribadi

Salam pembaca PemikirKaya!

Saya banyak mendengar komen dan ulasan seperti berikut:-

“ASB tak boleh compare dengan Unit Trusts..”

Dan, hakikatnya saya SETUJU!

Setuju yang macamana?

Begini maksud saya, ASB itu sebenarnya adalah Unit Trusts, jadi kenyataan bahawa ianya tak boleh nak dibandingkan adalah tepat!

Ini kerana ASB adalah salah satu dana Unit Trust(Unit Amanah) dalam kategori pendapatan yang diuruskan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad(PNB), manakala  Unit Trusts itu sendiri pula adalah produk atau alat pelaburan kewangan jangka masa panjang, yang diuruskan oleh pengurus dana kerajaan seperti PNB dan pengurus dana swasta seperti Public Mutual (ada lebih kurang 38 pengurus dana unit amanah swasta di Malaysia).

Setakat ini saya harap pembaca semua faham.

Namun begitu, dana ASB masih boleh  dibuat perbandingan dengan dana Unit trust dalam kumpulan atau jenis yang sama iaitu mana-mana produk unit trusts dana pendapatan dari mana-mana pengurus dana unit trusts swasta.

Ada yang buat pelbagai analogi seperti  perbandingan ciku dan durian

Tetapi  bagi saya adalah lebih tepat jika kita buat perbandingan di antara penjual ciku dengan penjual ciku, dan penjual durian dengan penjual durian itu sendiri…

Masing-masing menjual produk yang sama tetapi bezanya dari segi harga dan kualiti..

Samalah juga dalam produk unit trust ini, masing-masing ada jual pelbagai bentuk produk dan dana, maka seharusnya dibandingkannya dari kumpulan yang sama.

Banyak konsultan unit trust buat perbandingan pulangan di antara ASB dari jenis dana pendapatan dengan dana mereka dari jenis ekuiti pertumbuhan modal..

Sudah pasti sememangnya  dalam jangkan masa panjang dana ekuiti pertumbuhan modal memberikan pulangan yang lebih tinggi..

Bagi saya tidak salah untuk menunjukkan perbandingan tersebut tetapi harus dijelaskan ianya adalah suatu PILIHAN yang kita ada sama ada untuk melabur dalam dana pendapatan atau pertumbuhan modal.

Sebab utama kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang optimum! Bukannya untuk mendapatkan kerugian!

Jadi kita perlu faham apakah tahap penerimaan risiko, sebab tak semua orang mempunyai tahap penerimaan yang sama.

Ada yang inginkan jaminan modal, ada yang inginkan pulangan yang sederhana dan tak kurang pula yang inginkan keuntungan yang maksimum!

Rumusannya, semua orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Tak boleh pakai pukul rata aje..!

Jadi jika anda ingin melabur, tak kira sama ada dalam unit trust atau pelaburan lain, ambil kira PERANCANGAN kewangan anda dan bukannya produk kewangan…

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

BILAKAH WAKTU SESUAI UNTUK MELABUR?

Posted by Thinkerich on 24 Oct 2009 | Tagged as: Pelaburan

Salam pembaca blog pemikir kaya.

Bilakah waktu paling sesuai untuk melabur?

Soal seorang teman pada saya.

“Sepanjang masa”, saya menjawab dengan ringkas.

“Apa maksudnya sepanjang masa?”, soalnya kembali.

“Pelaburan itu adalah suatu ‘Perancangan’ untuk mendapat keuntungan hasil daripada modal yang kita keluarkan, oleh itu, kita perlu merancang untuk melabur sepanjang masa” jelas saya!

“Bila merancang untuk pelaburan, kita perlu tahu pelaburan yang kita buat itu untuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang..”

“Pelaburan bukan sekadar memilih bentuk, jenis dan produk pelaburan tertentu tetapi kita mesti dan perlu faham kenapa dan mengapa kita membuat sesuatu pelaburan. ..”

“Sebab itulah kita perlu merancang…” jelas saya dengan panjang lebar.

“Tetapi apakah bentuk pelaburan yang sesuai untuk dilakukan sepanjang masa?” soalnya lagi minta penjelasan.

“Sudah tentulah pelaburan dalam diri sendiri dengan menambah ilmu pengetahuan..”

“Keduanya menjalankan perniagaan..bukannya melabur dalam perniagaan orang lain..”

“Sekiranya kita melabur dalam perniagaan  kita sendiri, kita mempunyai kawalan sepenuhnya, berbanding jika kita mengeluarkan modal melabur dalam perniagaan orang lain…”

“Dengan melabur dalam perniagaaan sendiri, kita boleh memilih bentuk operasi perniagaan kita sama ada untuk meminimakan kos operasi dan kerugian atau memaksimakan keuntungan. ”

“Apa yang penting perancangan pelaburan dalam perniagaan yang kita lakukan semuanya ditentukan oleh diri kita sendiri.”

“Jadi jika kita ingin memilih waktu pelaburan yang sesuai  pilihlah perniagaan!” ujar saya mengakhiri perbualan.

Kesimpulannya di sini,

Pelaburan bukan sekadar tertumpu kepada sesuatu produk atau instrument pelaburan tetapi apa yang lebih penting adalah ‘Perancangan’…

Jadi waktu paling sesuai untuk melabur adalah ’sepanjang masa’…

Sebabnya kita perlu sentiasa merancang tidak kira sama ada ekonomi sedang baik atau buruk..

Ketika ekonomi baik ..kita merancang untuk memaksimakan keuntungan dan melindungi nilai aset kita ketika ekonomi turun kelak..(Hukum Pelaburan ada turun naik, ada untung dan rugi)

Manakala ketika ekonomi buruk ..kita merancang untuk mendapatkan keuntungan daripada nilai pasaran yang sedang jatuh..

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

EBOOK EMAS-EMAS YANG HILANG RAHSIA PELABURAN EMAS

Posted by Thinkerich on 26 Aug 2009 | Tagged as: Pelaburan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya baru sahaja selesai membaca ebook versi kemaskini terbaru Emas-Emas Yang Hilang daripada RahsiaEmas.Com!

Sebuah Ebook Pelaburan Emas Yang Pertama Seumpamanya pernah diterbitkan untuk bacaan umum.

 

Apa yang boleh saya katakan ebook versi kedua ini lebih mantap dan padat berbanding versi pertama.

Kepada para pembeli ebook ini yang telah membeli versi pertama tentu amat berpuashati dengan kandungan kemaskini kali ini. (Pembeli ebook semasa pelancaran versi pertama  memperolehi versi terbaru secara percuma - Inilah salah satu kelebihan Ebook berbanding Buku Fizikal)

Secara ringkasnya berani saya katakan bahawa siapa sahaja yang membeli ebook ini pasti berpuashati dan tak akan menyesal kerana dengan pelaburan hanya RM80, pembaca dapat mengetahui dan mendapat idea untuk memulakan pelaburan EMAS mereka yang pertama!

Yang menariknya kandungan ebook ini menjelaskan dengan tersusun serta mudah untuk difahami tentang langkah-langkah untuk membuat pelaburan melalui emas, tak kiralah sama ada secara fizikal mahu pun secara maya!

Apa itu pelaburan emas secara maya?

Bunyinya agak baru bukan? Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh mendapatkan ebook ini melalui tawaran istimewa yang bakal saya berikan kepada anda nanti!

Teruskan pembacaan anda..

Dalam ebook ini juga, pembaca turut didedahkan dengan cara bagaimana untuk membuat untung melalui pembelian emas dalam bentuk barang kemas dan yang paling penting dapat mengetahui beza harga jual dan beli yang paling menguntungkan di antara bentuk-bentuk pelaburan emas yang boleh dilakukan oleh para pembaca.

Ini merupakan panduan yang akan banyak membantu anda dalam pelaburan emas nanti.

Sekiranya anda ingin mempelbagaikan pelaburan, melindungi nilai wang tunai daripada inflasi dan bercita-cita untuk meningkatkan kekayaan anda, bacalah ebook ini.

Satu-satunya rujukan terbaik berkaitan pelaburan emas yang bakal merubah masa depan kewangan anda.

TAWARAN ISTIMEWA!

Sekiranya anda mengikuti blog saya sebelum ini, saya ada memaklumkan tentang 2 buah ebook terbaru daripada saya iaitu “Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan” dan “Wang, Anda & Hutang!”

 Ebook Wang, Anda & Hutang!

Genre : Motivasi Kewangan

Penerbit : Thinkerich Enterprise

Harga : PERCUMA! Terhad 100 75 copy sahaja!

 

Ebook Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan!

Genre : Motivasi Kekayaan

Penerbit : Thinkerich Enterprise

Harga : PERCUMA! Terhad 100 75 copy sahaja!

 

Anda berpeluang untuk memilki kedua-dua buah ebook saya tersebut jika sekiranya anda membuat pembelian hanya melalui link ini.

Untuk makluman anda, kedua-dua ebook ini ditulis dalam versi TERHAD, dan ianya tidak boleh perolehi daripada mana-mana sumber kecuali melalui Tawaran Istimewa sebegini.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Cara untuk mendapatkannya adalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

LANGKAH 1 :

Jika Anda Pengguna Mozilla Firefox :

Klik pada ‘Tools’
Klik Clear ‘Private Data’
Klik pada ‘Cache’, ‘Cookies’ dan
‘Offline Website Data’
Klik Clear ‘Private Data Now’.

Jika Anda Pengguna Internet Explorer  (IE):

Klik pada ‘Tools’
Pilih ‘Internet Option’
Klik ‘Delete’ pada ruangan ‘Cookies’

LANGKAH 2 :

Setelah anda selesai melakukan LANGKAH 1 di atas,
sila buat pembelian melalui URL berikut.

Pastikan URL berikut tertera di browser anda
untuk melayakkan anda mendapat EBOOK PERCUMA dari saya.

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=987654321


LANGKAH 3 :

Untuk membuat tuntutan EBOOK PERCUMA, hantar bukti pembelian anda ke email saya di  thinkerich@gmail.com dengan tajuk “Hadiah Bonus Rahsia Emas”.

Sila hantarkan bukti pembelian,nama dan email bagi tujuan semakan saya dengan pihak admin RahsiaEmas.com.

Setelah saya mendapat pengesahan daripada saudara Jamal mengenai pembelian tersebut, barulah saya memberikan EBOOK PERCUMA tersebut kepada anda.       (Ada kemungkinan penghantarn ebook mengambil sedikit masa bergantung kepada pengesahan daripada pihak admin RahsiaEmas.com)

Ingat! Untuk melayakkan anda mendapat bonus yang dinyatakan, anda perlulah mengikuti Langkah 1-3.

Dan perlu saya ingatkan bahawa tawaran ini akan saya tutup pada bila-bila masa!

Update Terkini! :(16 September 2009)

25 pembaca telah pun berjaya memilkinya sepanjang tempoh jualan ebook Emas-Emas Yang Hilang dan baki 75 naskah lagi akan ditawarkan dalam kepada mereka yang bertuah dalam kempen promosi lain pada masa akan datang!

Mungkin anda salah seorang daripadanya?

Sekian,
Wassalam.

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

p/s: Kedua-dua ebook di atas akan sentiasa saya kemaskini dari masa ke semasa dan anda akan terus menerima versi kemaskini saya sampai bila-bila! Untung bukan? Anda hanya bayar RM80 untuk ebook Emas- Emas Yang Hilang dan dapat update ebook TERHAD saya secara percuma sepanjang masa!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

PELABURAN EMAS

Posted by Thinkerich on 14 Jul 2009 | Tagged as: Pelaburan, Kewangan Peribadi

Salam pembaca pemikirkaya! Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya!

Tahukah Anda? Ramai yang bertanya saya apabila selesai membaca ebook Panduan Wang Gaji yang saya terbitkan baru-baru ini.

Kebanyakan daripada mereka bertanya selain daripada pelaburan ASB dan Unit Trust apakah ada bentuk pelaburan lain yang boleh memberikan pulangan yang baik dan selamat?

Jawabnya, ADA!

Sebenarnya selain daripada ASB yang merupakan tempat simpanan dan pelaburan yang selamat, dengan keuntungan dividen purata 8% setiap tahun,  sebenarnya anda juga boleh menambah portfolio pelaburan anda untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan melalui pelaburan EMAS.

Salah seorang daripada pembaca ebook Panduan Wang Gaji, telah berkongsi pandangan beliau dengan saya.

Katanya sebelum ini, beliau agak sukar untuk membuat simpanan bagi memenuhi impian untuk membeli barangan kemas berupa gelang tangan emas yang sekian lama beliau idamkan.

Namun begitu, setelah membaca idea yang disaranan daripada ebook Panduan Wang Gaji, kini beliau merasa lebih yakin untuk mendapatkannya..

Hmmm.. nampaknya Puan ini telah mendapat kebijaksanaan kewangan, kerana memenuhi impiannya untuk barangan kemas berupa gelang emas sedangkan kebanyakan mereka yang lainnya pula sibuk membeli Handphone model terkini..harganya mencecah RM2k pulak tu..

Tahniah, saya ucapkan kepada Puan tersebut kerana telah melakukan pelaburan yang bijak… kerana tidak mensia-siakan wang titik peluhnya untuk membeli liabiliti yang di sangka oleh kebanyakan orang sebagai aset!

Itu hanyalah sebahagian daripada bentuk pelaburan emas untuk perhiasan diri dan biasanya jarang dijual belikan untuk mendapatkan keuntungan..

Biasanya ianya menjadi barangan gadaian dan pajakan ketika keadaan yang mendesak…(Ermm..itu bagi mereka yang tak praktikkan ilmu Panduan Wang Gaji lah..yang praktikkan apa yang saya sarankan pasti tak akan ada masalah kewangan lagi :) )

Oh, ya! Tahukah anda bahawa selain daripada pelaburan emas melalui pembelian untuk perhiasan diri, anda juga boleh melabur dalam pelaburan emas!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Hmm.. saya dapat tahu yang salah seorang rakan saya iaitu saudara Jamal ada menerbitkan sebuah ebook eksklusif tentang pelaburan emas (yang pertama di pasaran Malaysia) dibantu oleh seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, anda boleh dapatkannya dengan KLIK DI SINI!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

FMUTM KINI FIMM

Posted by Thinkerich on 08 Jul 2009 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust


Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) kini telah pun menukar logo dan nama baru mereka kepada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Ini bermakna badan ini telah meluaskan skopnya bukan sahaja dalam pelaburan unit amanah tetapi mencakupi kesemua bentuk operasi pelaburan di Malaysia.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APA ITU BON?

Posted by Thinkerich on 06 May 2009 | Tagged as: Pelaburan

Ada yang bertanyakan saya melalui email apa itu Bon?   

  1. Secara mudahnya Bon itu mewakili akujanji hutang yang diterbitkan sama ada oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat.
  2. Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjam wang kepada badan-badan kerajaan atau syarikat-syarikat yang menerbitkan bon. 
  3. Manakala mereka yang menerbitkannya pula bertindak sebagai peminjam daripada anda yang membeli bon tersebut. 
  4. Sebagai balasan kerana membeli bon mereka, penerbit-penerbit bon akan membayar faedah tetap (dikenali sebagai kadar kupon) kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.
  5. Contoh bon yang boleh diberikan di sini ialah Bon Simpanan Merdeka 2008 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk warga emas. 
  6. Bon ini mempunyai tempoh matang selama tiga tahun dan menawarkan pulangan (kadar kupon) sebanyak lima peratus setahun. 
  7. Di Malaysia terdapat dua pihak yang menerbitkan bon iaitu, bon dikeluarkan oleh pihak kerajaan(Bon Kerajaan) dan pihak korporat(Bon Korporat). 
  8. Bagi bon kerajaan, penerbit utamanya ialah pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta).
  9. Manakala itu, bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan.  
  10. Pelabur utama pasaran bon Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen (KWAP), syarikat insuran dan institusi kewangan yang lain. 
  11. Melabur wang anda ke dalam bon juga ada risikonya. Umumnya pulangan daripada bon-bon korporat selalunya lebih tinggi jika dibandingkan dengan bon kerajaan kerana risiko yang ditanggung oleh pembeli bon korporat lebih tinggi daripada bon kerajaan. 
  12. Ini bertepatan dengan prinsip pelaburan ; “Semakin Tinggi Risiko, Semakin Tinggi Kadar Pulangannya!” 
  13. Namun begitu, jika anda inginkan pulangan yang lebih terjamin, anda boleh membeli bon kerajaan kerana wang pokok anda lebih terjamin dan selamat berbanding bon korporat yang berhadapan dengan risiko tidak menerima bayaran kupon dan kehilangan wang pokok (modal) anda!  
  14. Jadi pilihan di tangan anda!
  15. Melaburlah berdasarkan matlamat dan perancangan kewangan anda! 
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

INFLASI 7.6%, BERAPA PULANGAN PELABURAN ANDA?

Posted by Thinkerich on 23 Nov 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Sudahkah anda merancang dan meletakkan wang simpanan anda di tempat pelaburan yang sesuai?

Jika tidak, pasti anda sudah akan merasakan kesannya….jika sebelum ini  pada Julai 2008 , kadar Inflasi negara mencatat Inflasi Tertinggi 8.5%, laporan terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hanya menurun kepada kadar inflasi 7.6 peratus bagi Oktober 2008.

Dan anda sendiri dapat membayangkan  betapa wang yang anda dapat hari ini semakin kurang nilainya dan dari segi kuasa belinya sudah tentulah semakin berkurangan..

Walaupun harga minyak dalam negara telah diturunkan beberapa kali, namun kadar inflasi hanya menyusut 0.9 % iaitu tidak sampai 1 peratus!

Maka tidak hairanlah kos sara hidup semakin meningkat pada tahun 2008, dan sudah pastilah pendapatan semasa anda tidak lagi mampu untuk memenuhi dan menampung keperluan semasa hidup anda dan keluarga. Dengan erti kata lain anda sudah mulai mengalami masalah kekurangan Wang! (Untuk mengatasi masalah berkenaan anda boleh dapatkan penyelesaiaannya melalui www.bajetwang.com)

Oleh kerana itulah, pentingnya untuk kita merancang dan menguruskan kewangan kita!

Bayangkanlah jika anda membuat simpanan(jika ada ;) ) dan melaburkannya di tempat yang  paling selamat dan hanya boleh memberi pulangan 3.5% , maka sudah tentu anda akan mengalami kerugian (-3.5%) bagi bulan Julai 2008 dan (-4.1 %) bagi bulan Oktober 2008!

Ini bermakna menyimpan dan melaburkan wang di tempat yang selamat seperti simpanan tetap dan simpanan biasa, sebenarnya hanya selamat dari segi nilai tetapi tetap berisiko mengalami kerugian di telan INFLASI!

Itu sekiranya anda menyimpan dan melabur! Tapi bagaimana pula jika anda yang membuat pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah 6% ? Jawapannya anda campurkanlah 7.6% + 6% = 13.6% !

Ya, 13.6% nilai purata kerugian anda dalam tempoh semasa!

Mana yang lebih baik untuk kewangan anda ? Simpan atau Pinjam?

Maka mulai sekarang anda perlu merancang simpanan dan pelaburan anda yang boleh memberi pulangan purata sekurang-kurangnya 10% setahun…

Jadi anda mungkin bertanya, “Dimanakah tempatnya?”

Jangan risau, saya boleh bantu anda untuk mendapatkan jawapannya. Hubungi saya SEGERA, saya akan tunjukkan BAGAIMANA caranya :)

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APA YANG PERLU ANDA KETAHUI JIKA INGIN MELABUR?

Posted by Thinkerich on 04 Oct 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kepenggunaan

perniagaan internet

Salam pembaca blog PemikirKaya..

Apa khabar semua? Semoga sihat semuanya…

Sejak kebelakangan ini saya terus menerus dihujani dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang, pulangan tetap setiap bulan, pulangan tetap berdasarkan jumlah pelaburan, semakin besar modal maka semakin besar pulangannya….perniagaan networking berlian dan batu permata, perkongsian modal bersama syarikat Stokis dengan pilihan pulangan 5 bulan atau berapa sahaja anda tentukan …dan pelbagai bentuk pelaburan koperasi…

Wah..naik penat dan pening saya mendengarnya…

Apa lah nak jadi dengan pemikiran dan sikap kaum Melayu dan Bumiputera yang tidak sudah-sudah dengan aktiviti buat duit atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang cepat dan pantas :(   kesian saya melihat mereka…

Apabila saya memberitahu perkara sebenar tentang pelaburan mereka buat-buat tidak faham…saya sarankan melabur di tempat yang betul dan dijamin dan diluluskan pihak kerajaan mereka was-was dan tidak berani dan kalau ada pun mereka hanya berani bermula dengan jumlah yang kecil…yang amat kecil…

Amat kecil jika nak dibandingkan dengan pelaburan yang mereka buat ke dalam pelaburan yang ntahapaapantah tu…yang dakwa mereka diluluskan oleh Bank Negara Malaysia lah, berdaftar dengan SSM lah dan macam-macam lagi lah…

Apa yang mereka nampak adalah pulangan dan keuntungan mudah yang boleh mereka perolehi hasil daripada pelaburan itu dalam masa yang singkat…dalam erti kata lain mereka ni terlampau ghairah nak cepat kaya dengan cepat, mudah dan Malas….

Mereka duk menjaja Company ni berdaftar dengan SSM lah, ada Sdn. Bhd. lah dan pelbagai lagi..tetapi mereka tidak tahukah bahawa mendaftar perniagaan dengan SSM itu sesiapa sahaja boleh buat … mereka mungkin mendaftar menjalankan perniagaan lain tetapi modus operandi mendapatkan deposit tu di bawah bidang kuasa pihak lain pula…Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti!

Dan yang paling mengharukan, apabila ditanya kepada mereka, apakah bisnes yang dijalankan oleh company tersebut sehinggakan boleh memberi jaminan pulangan yang tetap…???

Macam biasalah mereka menjawab tentang perkara yang menghairahkan tentang pelaburan seperti berlian ,batu permata, emas, balak, dan ada juga yang dicanang menjadi Stokis yang besar…

Tetapi apabila ditanya Stokis tu jual apa? Mereka hanya tahu menjawab Stokis tu jual barang-barang…Barang apa? Mereka pun tidak tahu..??? Hai kesiannya …mereka ini….lemah betul!

Itulah, kalau ada di antara kita yang melabur hanya melihat kepada pulangan yang dijanjikan dan bukannya hendak mengkaji dan membuat penilaian logik sebelum melabur…

Apabila ingin melabur anda perlu tahu tentang operasi syarikat berkenaan, apa aktiviti mereka, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan bagaimana aktiviti mereka itu menyumbang kepada perolehan sayarikat…

Dalam dunia ini, jika dilihat secara logiknya tiada siapa pun yang sudi berkongsi keuntungan yang besar dengan penyumbang modal mereka!

Lihat sahaja pihak Bank, anda smpan wang dengan mereka, berapa yang diberi kepada anda?

Jika disimpan dalam Akaun Simpanan Biasa tidak sampai 1% pun. Jika dalam FD simpanan tetap tidak sampai 4% pun. Tetapi tahukah anda, pihak bank mengenakan faedah 10% menggunakan wang anda tetapi mereka hanya beri 1% hingga 2% sahaja kepada Anda! Maka tidak hairanlah pihak bank terus mencatatkan keuntungan  juta ringgit bahkan berbillion…

Dan yang paling menghairankan, mereka yang melabur dalam skim seumpama dengan skim cepat kaya ini, tidak pernah terfikir bahawa terlampau banyak perkara yang menjadi syak kepada pelaburan mereka.

Contohnya, ada sesetengah skim atau program tersebut secara terang-terangan dan jelas cuba berselindung dengan tidak memberi apa-apa dokumen Hitam Putih kepada para pelaburnya…apakah ini sesuatu yang boleh diterima jika anda melabur puluhan RM tetapi tiada satu pun kenyataan yang menunjukkan anda adalah pelabur kepada Company berkenaan???

Jika anda simpan wang di Bank anda dengan hanya dua tiga ratus RM pun ada buku akaunnya, inikan pula pelaburan yang puluhan ribu RM…!

Jadi saranan saya jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan kaji dahulu, apakah aktiviti perniagaan tersebut, kerana pelaburan berkait rapat dengan permintaan dan tawara dalam ekonomi semasa dan bukannya hanya kepada Janji Pulangan Secara Tetap Setiap Bulan Berdasarkan Jumlah Modal Yang Anda Laburkan…

Berhati-hatilah…kerana di luar sana, terlalu ramai yang ingin mengambil wang daripada poket anda,….

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APA ITU UNIT TRUST?

Posted by Thinkerich on 21 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust

perniagaan internet

Salam pembaca Blog PemikirKaya!

Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,

“Apa itu Unit Trust?”

 

“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “

jawab saya ringkas!

 

Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.

Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.

Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.

Kawan saya bertanya lagi kepada saya,

“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”

 

Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.

Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

KATEGORI SAHAM

Posted by Thinkerich on 14 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan

Salam pembaca blog PemikirKaya!

Ramai yang ingin terlibat dalam dunia pelaburan terutamanya dalam pelaburan saham tidak tahu bahkan tidak mengetahui kategori-kategori saham yang ada dalam pasaran saham.

Baiklah bagi memudahkan anda, berikut saya senaraikan dan huraikan secara ringkas tentang Kategori Saham yang biasanya dinyatakan oleh broker saham secara umumnya untuk mengkategorikan jenis saham yang berbeza-beza.

Saham mewah

Ialah saham syarikat dengan rekod prestasi pendapatan tinggi dan dividen baik yang tidak terjejas. Syarikat ini mempunyai asas yang kukuh, memberi dividen yang baik (5-8%) dan mempunyai perniagaan yang stabil. Sebaliknya saham yang terakhir sekali ialah third liners iaitu syarikat dengan asas yang lemah.

Second liners

Ialah saham yang kedudukannya antara saham mewah dengan third liners.

Saham pertumbuhan

Ialah saham syarikat yang memberikan pertumbuhan yang tinggi. Syarikat ini mengekalkan perolehan untuk terus mengembangkan perniagaan dan oleh itu biasanya memberikan dividen yang rendah. Tetapi syarikat sepatutnya memberi perolehan modal tinggi kerana harga saham mereka naik bersama-sama perniagaan.

Saham kitar

Ialah saham yang bergantung kepada kitaran ekonomi. Sebagai contoh, industri berat dan keluli yang lazimnya berprestasi baik apabila berlaku pengembangan ekonomi, dan merosot apabila keadaan ekonomi teruk. Prestasi syarikat seperti ini bergantung kepada kitaran perniagaan.

Saham pendapatan

Ialah saham yang membayar dividen yang tinggi dan lumayan, misalnya syarikat rokok.

Saham bertahan

Adalah baik untuk pelaburan apabila prospek ekonomi menjadi suram. Ini ialah saham yang paling kurang dipengaruhi oleh kemerosotan ekonomi, umpamanya syarikat perniagaan makanan dan barang pengguna. Ia merupakan saham dengan pendapatan masa hadapan yang dapat bertahan dengan kemerosotan ekonomi.

Itulah beberapa kategori saham yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum anda terjun melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham atau sebelum anda memilih mana-mana kaunter pelaburan anda.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APAKAH ITU PELABURAN?

Posted by Thinkerich on 13 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!

Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!

Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!

Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

 

Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami definisi sebenar pelaburan maka adalah lebih mudah untuk anda memahami topik penulisan pelaburan saya selepas ini. Jadi, teruskan bersama saya dalam artikel yang akan datang!

 

Salam kekayaan,

 

 

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

DI MANA ANDA BOLEH MELABUR?

Posted by Thinkerich on 12 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan

Salam pembaca blog PemikirKaya dot com,

Apa khabar? Semoga sihat semuanya!

Ada di antara kenalan yang bertanyakan kepada saya tentang pelaburan. Kata mereka kebanyakan orang yang menjadi kaya adalah mereka yang terlibat dalam pelaburan.

Ya, memang benar! Pelaburan adalah senjata utama untuk mencapai kekayaan. Dan kerana itulah juga ramai yang ingin cepat menjadi kaya sering terpedaya dengan pelbagai bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan dan keuntungan segera seperti pelaburan internet dan skim cepat kaya!

Jadi, mereka bertanya saya,

“Di mana saya boleh melabur?”

 

Baiklah, untuk melabur perkara pertama yang perlu anda ada adalah ilmu atau pengetahuan tentang asas pelaburan!

Tanpanya anda mungkin akan terjebak dengan pelaburan yang ntahapapantah…yang akhirnya wang pelaburan anda menjadi peleburan!

Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk mengembangkannya.

Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.

Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang.

Perkara pertama,

Kumpul barang yang nilainya akan naik

Keduanya,

Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan tetapi, membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh pendapatan daripada sewaan.

Ketiganya,

Beli saham dan bon

dan keempatnya,

Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu, bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan yang lebih banyak.

 

Itu antara empat bentuk asas pelaburan yang sering digunakan oleh orang yang menjadi kaya. Jadi, Apa Pelaburan Pilihan Anda?

Oleh kerana pelaburan ini penting, bahkan teramat penting untuk menjadikan seseorang itu kaya, maka mulai dari hari ini, saya telah wujudkan kategori baru bagi artikel di blog ini iaitu pelaburan!

Saya akan perjelaskan dari masa ke semasa mengenai topik pelaburan dalam penulisan blog ini pada masa akan datang. Semoga anda dapat info yang berharga tentang pelaburan dan seterusnya memudahkan anda untuk menjadi kaya!

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet