Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BLR NAIK 0.25 PERATUS

BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu.

Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR.

Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini.

“Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok.

Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “BLR NAIK 0.25 PERATUS”

  1. dAzz says:

    tak brape paham sebenarnya blr ni.

  2. Thinkerich says:

    BLR sebenarnya adalah kadar pinjaman asas yang ditentukan dan dikawal oleh Bank Negara yang digunapakai oleh institusi kewangan atau perbankan dalam mengenakan faedah ke atas produk pinjaman mereka…

  3. syed says:

    salam

    saudara thinkerich , melihat kepada defination BLR yg bro sebutkan tu . saya tengah cuba memahami cuma masih belum sampai ke tahap betul betul faham . jadi boleh saya bertanya sedikit .

    adakah BLR ini adalah % yg dikenakan keatas pinjaman yg kita buat pada institusi perbankan ? contohnya saya pinjam dari maybank sebanyak 100k rm . bermakna bunga yg perlu saya bayar setahun adalah sebanyak 5800 rm . camni ke yg dimaksudkan dengan BLR .

    BLR ni ada berape jenis ? adakah pinjaman peribadi , pinjaman perumahan , pinjaman beli kereta sama % BLR dia ?

  4. Thinkerich says:

    Syed,

    BLR adalah kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas produk pinjaman mereka. Kadar BLR ini pula berdasarkan kadar OPR yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

    BLR adalah berbeza-beza bagi setiap bank…ianya bolehlah dianggap sebagai margin keuntungan yang ingin dikenakan ke atas produk pinjaman mereka…ada yang offer lebih rendah daripada bank-bank lain untuk menarik para pelanggan ..

    Dalam produk pinjaman tak semua menggunakan kadar faedah harian yang biasanya menggunakan asas BLR, ada kadar faedah bulanan, tahunan, dan tetap …boleh rujuk Buku Bajet Wang.

    Pinjaman kereta dan pinjaman perumahan biasanya menggunakan term loan atau kadar tetap. Manakala pinjaman perumahan biasanya menggunakan kadar harian…

  5. source says:

    This piece of writing is really a good one it helps new net viewers, who
    are wishing in favor of blogging.

    Here is my weblog: source

  6. Excellent beat ! I wish to apprentice while you amend
    your website, how could i subscribe for a blog website?
    The account aided me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your
    broadcast offered bright clear concept

    Here is my weblog … achat zovirax pas cher

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm