Salam pembaca blog pemikirkaya…
Hmm..saya ada berita baik untuk semua penjawat awam…
“Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat…”
– Dato’ Seri Najib Tun Razak
Itulah antara kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika ditemu bual dalam wawancara khas yang disiarkan Bernama TV sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Kata beliau lagi gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.
Selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
“Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat.
Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.
Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST.
Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik pada masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam, katanya.
Beliau berkata sokongan daripada semua penjawat awam membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat.
Mengenai bagaimana beliau merancang untuk menyelaras sasaran Model Ekonomi Baru (MEB) mencapai ekonomi nilai tinggi dan memastikan kos rendah, Najib berkata model itu boleh mewujudkan Malaysia yang inovatif, dipacu oleh kebijaksanaan dan bakat yang baik.
Sumber : Berita Harian

Posted in 







