Thinkerich ?
Created by Thinkerich on 03 May 2008 | Tagged as: Uncategorized
Pemikir yang ingin berkongsi pelbagai sumber maklumat mengenai subjek kekayaan dan kewangan peribadi kepada semua golongan masyarakat. Saya percaya semua insan di muka bumi ini mempunyai peluang yang sama untuk meraih dan menikmati kekayaan.
Apa yang membezakannya hanyalah ilmu pengetahuan dan dorongan yang dicetuskan di dalam minda dan fikiran masing-masing. Untuk mencapai kekayaan tidak mencukupi sekadar ilmu tetapi harus disemai dan dibajai dengan Motivasi yang tinggi. Ini kerana kekayaan bukannya sekadar suatu MATLAMAT tetapi adalah satu PERJALANAN.!
Semoga kita dapat merangka semula persepsi kekayaan dalam minda kita dan seterusnya melahirkan lebih ramai komuniti ‘Pemikir Kaya’.
“KEKAYAAN ITU UNTUK DINIKMATI DAN DIKONGSI BERSAMA”
Salam Kekayaan!

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

