Motivasi Diri
Archived Posts from this Category
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Archived Posts from this Category
Posted by Thinkerich on 07 Mar 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat, ceria dan bersemangat hendaknya!
Oh, ya! Sebut tentang semangat nih, sebagai makhluk yang beremosi kita tidak boleh lari daripada turun naik, pasang surut, timbul tenggelam, semangat dalam hidup kita.
Banyak faktor yang menyokong kepada semangat juang yang tinggi dan banyak juga faktor yang mendorong kepada kejatuhan semangat yang lesu.
Selain faktor luaran dan persekitaran, faktor rehat yang cukup juga perlu diberikan keutamaan dalam perancangan hidup kita.
Bukan apa, sebagai manusia kita perlukan rehat yang cukup untuk lebih bersemangat dan bertenaga dalam menjayakan apa jua misi hidup kita.
Tidur perlu cukup. Berapa jam yang cukup tu?
Ianya bergantung kepada keperluan seseorang individu. Tak ada yang tepat untuk semua orang. Emosi dan jasad masing-masing, keperluan juga bergantung kepada diri masing-masing juga.
Ada yang perlukan tidur 8 jam, ada yang 6 jam bahkan ada yang tidur 3 jam sahaja!
Hmm..biasanya mereka yang sedang bersemangat tinggi untuk siapkan sesuatu projek, tidur mereka tak lama sebab excited
!
Tak boleh nak tidur kerana terlalu ghairah!
Tapi ingat kerja-kerja jugak, jangan lupa untuk rehatkan minda dan juga tubuh badan…
Bukan apa, dikhuatiri kualiti kerja akan terjejas …
Baiklah sebelum saya akhiri catatan pada hari ini…saya tinggalkan pembaca dengan ungkapan berikut:-
Kata pepatah cina (betulkan kalau silap
)
“….hilang wang, tinggal sedikit..”
“….hilang cinta, tinggal separuh..”
“….tapi hilang semangat, habis semuanya…”
Jadi ingat kekalkan momentum dan semangat kita sepanjang masa….jangan biarkan ianya hilang begitu sahaja..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 09 Feb 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ada yang bertanya, kenapa saya menulis terlalu banyak ebook dan buku berkaitan kewangan peribadi? Lepas satu, satu judul ebook ditulis…
Kenapa tidak hanya tulis satu judul atau jadikannya sebuah ebook atau ebook yang lengkap sekaligus?
Bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah kita semua kembali kepada realiti kehidupan sebenarnya…
Tidak semua yang ada dalam dunia ini dijadikan terus lengkap, ianya perlulah menjalani proses pembaharuan dan perkembangan langkah demi langkah. Dari satu peringkat ke satu peringkat.
Sebiji buah tak akan menjadi buah sekaligus sebaliknya ianya melalui proses pendebungaan, kemudian ianya berputik menjadi buah.
Begitu juga dengan kelahiran manusia, daripada persenyawaan sperma dan ovum menjadi gamet, kemudian menjadi zigot, selepas itu bertukar menjadi embrio, kemudian menjadi fetus dan akhirnya cukup lengkap menjadi bayi…
Cukup sifat organ dalaman dan anggota fizikal luaran seperti kaki tangan, mata telinga hidung menjadi bayi adakah ianya telah lengkap sepenuhnya?
Jawapannya tidak!
Ini kerana organ dan anggota fizikal akan terus berkembang dan membesar serta bertumbuh ianya tak menjadi lengkap serta merta…
Ianya memerlukan proses untuk menjadi lengkap…
Begitulah juga halnya apa yang cuba saya kongsikan dan sampaikan melalui idea penulisan saya dari masa ke semasa!
Ketahuilah bahawa dalam dunia ini tidak ada satu buku atau kitab pun yang ditulis lengkap untuk memenuhi keperluan segala-galanya kecuali kitab suci AL-Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasullulah Muhamad S.A.W.
Maka tidak timbul sama ada sesebuah buku atau ebook itu lengkap atau tidak. Selagi ianya tulisan manusia, maka ianya pasti tidak lengkap sepenuhnya untuk memenuhi kehendak dan keperluan semua pihak…
Begitulah halnya dengan saya apabila secara berterusan saya terus menerus menyampaikan idea dan ilmu perancangan dan pengurusan kewangan peribadi melalui pemasaran internet.
Untuk itu saya kini sedang menyiapkan projek terbaru. Kini dalam proses menyiapkan ebook berjudul “Kewangan Peribadi” yang bakal membongkar rahsia sebenar pengurusan kewangan peribadi.
Saya pasti sebagaimana sambutan hangat yang diterima dan maklumbalas positif daripada para pembaca melalui buku Bajet Wang, Ebook Panduan Wang Gaji & Ebook Panduan Bebas Hutang, maka ebook kali ini juga dijangka akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang dahagakan ilmu kewangan peribadi yang sebenar!
Sekiranya tuan/puan berminat saya sarankan dapatkan Preview Percuma dahulu melalui link berikut:-
http://www.kewanganperibadi.com/
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 19 Jan 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog.
Saya harap para pembaca semua boleh simpan rahsia ini…
Psstt…nanti orang-orang berjaya marah kat saya sebab dedahkan ‘kuasa rahsia’ mereka
Yang penting, jangan beritahu orang lain.
Sekiranya mereka hendak tahu juga, suruh mereka datang melawat blog ini dan baca sendiri
…
Sebenarnya ada satu kuasa yang dimiliki oleh orang yang berjaya tetapi tidak ada pada mereka yang kurang berjaya dan biasa-biasa aje.
Kuasa ini dikenali sebagai kuasa BERTINDAK!
Itu sahaja!
Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!
Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian saya terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.
Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan.
Hmm..para pembaca bagaimana? Sudahkan melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?
Sekiranya belum, perlu cepat-cepat bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya membuahkan hasilnya
!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 01 Jan 2010 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam kepada semua..
Selamat menyambut tahun baru 2010..

Tahun 2009 telah pun berlalu dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis..
Segala yang berlaku pada tahun lalu kita jadikan sebagai suatu pengajaran.
Baik atau buruk jadikannya sebagai satu pengalaman hidup yang cukup berharga dan penuh erti.
Setiap kali menyambut tahun baru, kita tidak boleh lari daripada membuat azam baru…
Hmm..azam baru setiap tahun baru tetapi persoalannya sejauh manakah azam tersebut berjaya dicapai?
Ada kebanyakan orang hanya berazam di dalam hati. Tak kurang pula yang menyimpannya dalam minda dan paling ramai yang berazam sekadar berkata-kata…laksanakannya jauh sekali..
Bagaimana pula dengan azam tuan puan?
Sudahkan ianya tercapai? Atau masih tidak tahu bagaimana untuk meletakkan matlamat untuk mencapainya?
Jika belum tuan puan boleh dapatkan ebook yang telah saya sediakan lebih kurang setahun yang lalu. Jika tuan puan telah memilikinya sebelum ini, cuba baca semula ebook tersebut fahami betul-betul dan laksanakan apa yang saya sarankan di dalamnya..InsyaAllah mungkin ianya dapat membantu.

Bagi yang belum, boleh dapatkannya melalui link di bawah;-
http://www.pemikirkaya.com/matlamat
Baiklah bagi para pembaca yang masih lagi tercari -cari azam tahun baru 2010, terutamanya melibatkan kewangan anda, apa kata pertimbangkan tips berikut:-
Senarainya berterusan, tuan puan boleh masukkan senarai berikutnya mengikut matlamat dan kesesuaian tuan puan. Jadikan tahun 2010 sebagai permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Dec 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Seringkali kita dapat lihat pertelingkahan berpunca daripada keegoan yang terdapat dalam diri kita masing-masing.
Kita jarang sekali hendak menerima atau mengakui kesilapan kita sebaliknya kita sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika sekiranya berlaku sesuatu masalah.
Bertegang leher untuk membuktikan siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan..(Hmm…kecualilah kita sedang berpidato atau orang politik!)
Ia sebenarnya lebih banyak membuang masa kita yang sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang lebih efektif..
Hmm..tambahan lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, jika servis atau produk yang kita berikan kurang memuaskan dan tidak dapat memenuhi kehendak hati pelanggan, seharusnya kita dapat terimanya dan cuba berikan yang terbaik…biarpun kadangkala pelanggan kita yang buat salah!
Ingat apabila kita bisnes, jalinkan hubungan sebaik mungkin…
Kita bukan nak dapatkan keuntungan daripada pelanggan sekali sahaja tetapi kita harapkan dapat keuntungan atau hasil berulang daripada para pelanggan kita yang sama..
Sebab itu ada pepatah perniagaan menyatakan, ‘Customer is King!’ atau ‘Customer always right!’..
Jika ada kesilapan di pihak pelanggan, kita harus terimanya dan akui kesilapan kita terdahulu kerana tidak menjelaskan secara terperinci…(Hmm..walau pun dah jelaskan secara terperinci)
Kemudian beritahu dan didik pelanggan kita agar mereka sedia maklum pada masa akan datang apabila berurusniaga dengan kita kelak…
Kadangkala ‘expectation’ pelanggan melebihi daripada apa yang kita dapat berikan.. cuba penuhi keperluan dan kemahuan mereka, layan mereka sebaik mungkin.
Ianya suatu yang lebih baik dan para pelanggan akan menghargai kita..
Menariknya jika mereka berpuashati, mereka juga akan promosikan bisnes kita pada orang lain ..
Bukankah ianya satu Testimonial yang kukuh..
Orang lebih percaya, daripada mulut orang lain daripada mulut kita sendiri yang menjual sesuatu perkhidmatan atau barangan.
Saya nak kongsi satu pengalaman di sini.
Semalam atau kelmarin
, saya ada memesan ‘R.O Water Dispenser’ baru untuk kegunaan office saya, malangnya saya tidak baca dengan terperinci apa yang ditawarkan oleh pembekal tersebut kerana terlalu sibuk dengan projek yang sedang saya kendalikan..
Memandangkan saya telah berurusniaga dan menjadi pelanggannya lebih daripada 5 tahun lamanya, jadi saya beranggapan mereka tahu apa yang saya ingini…
Malangnya, apa yang dibekalkan tidak memenuhi speksifikasi sebagaimana yang saya inginkan, lalu saya menghubunginya dan minta ianya ditukarkan…
Tanpa banyak soal, beliau sanggup tukarkan semata-mata ingin memenuhi kehendak pelanggan biarpun apa yang saya kehendaki tersebut kosnya lebih tinggi!
Lihat betapa kepercayaan dan tolak ansur dalam urusniaga membawa suatu hubungan harmoni dan keuntungan kedua-dua belah pihak.
Cuba bayangkan jika mereka tidak memenuhi kehendak saya dan berkeras mengatakan yang kesilapan itu berpunca daripada saya dan mereka tidak bertanggungjawab, adakah tuan puan fikir pada masa akan datang saya akan berurusniaga dengan mereka lagi?
Sudah tentulah tidak!
Pelanggan lebih suka berurusniaga dengan usahawan yang bertimbang rasa dan bertolak ansur, mereka akan senang untuk berurusan dengan kita dan mereka lebih percaya pada khidmat sokongan dan bantuan yang dapat diberikan.
Jadi jika berlaku sebarang perbalahan dan pertelingkahan, terima dan akui kesilapan tersebut datangnya dari kita terlebih dahulu, dan kemudian nyatakan penyelesaiannya kerana itu yang lebih penting!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 08 Nov 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Apa khabar? Semoga sihatlah hendaknya.
Baiklah kali ini kita akan berbicara tentang perancangan kerjaya daripada seorang pekerja makan gaji kepada seorang usahawan, tak kiralah sama ada perniagaan konvensional mahu pun internet.
Saya seringkali mendengar sesetengah usahawan seperti MLM, Insuran, Unit Trust dan tidak ketinggalan juga IM yang bergiat sepenuh masa mempersenda mereka yang makan gaji.
Ada pula dikalangan mereka cuba mempengaruhi rakan -rakan mereka yang menjalankan bisnes secara sepenuh masa supaya berhenti daripada kerja makan gaji.
Dari sudut positif mereka mungkin ingin membakar semangat dan motivasi kita, sebaliknya mungkin mereka inginkan komitmen kita bersama kumpulan mereka bagi menjayakan kejayaan mereka juga.
Bagi saya tidak semua orang memiliki keupayaan dan kekuatan bisnes yang sama.
Ada yang perlukan masa yang singkat manakala ada juga yang perlukan masa yang lebih panjang sebelum membuat keputusan dalam memulakan bisnes secara sepenuh masa.
Apa pun alasannya, perancangan adalah segala-galanya dalam perkara ini.
Ungkapan popular, “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”!
Bayangkan jika seseoang itu terus terjun ke dalam bisnes tanpa sebarang perancangan dari segi mental, emosi dan kewangan, apa yang akan terjadi?
Sudah pasti mereka bakal berdepan depan dengan pelbagai kesukaran untuk menghadapi hari-hari yang bakal mereka tempuhi.
Saya sendiri telah melihat rakan-rakan yang masih belum mempunyai pendapatan stabil, (hmm..apa yang pasti tiada perancangan kewangan yang kukuh) tetapi berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat, mula berasa ego dan bongkak dengan memperlekekah pekerjaan makan gaji mereka dan orang lain, kemudian ambil keputusan berhenti!
Malangnya, langit tak sentiasa cerah, apabila ekonomi mulai merundum, pendapatannya juga mulai menurun. Sudah pasti dalam keadaan tersebut kewangannya juga mulai tidak menentu.
Jadi, jelaslah di sini jika kita berpendapat bisnes separuh masa yang kita lakukan itu baik dan dapat merubah masa depan kewangan kita kelak, buatlah perancangan terlebih dahulu.
Jutawan Internet seperti Irfan Khairi sendiri pun tidak terus terjun dalam bisnes internet sepenuh masa sebaliknya mengambil masa beberapa tahun menjalankannya secara part-time terlebih dahulu.
Usahawan Internet terkenal Zamri Nanyan sendiri pun menjalankan bisnes internetnya separuh masa selama 7 tahun tetapi dalam masa yang sama masih bekerja makan gaji sebelum mengambil keputusan berhenti kerja setelah perancangan beliau berjaya. Baca kisah beliau sepenuhnya dengan KLIK DI SINI
Jelaslah di sini rancang dahulu keputusan anda sebelum terjun secara sepenuh masa dalam bisnes yang anda minati. Pastikan anda telah memiliki pengalaman secukupnya, memahami perjalanan bisnes tersebut serta selok beloknya.
Yang penting sekali kedudukan kewangan anda kukuh dan mempunyai SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan pendapatan daripada jumlah perbelanjaan bulanan anda.
Ehem..ehem..jangan lupa, pastikan anda juga telah memiliki pelan perlindungan risiko yang betul!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 21 Oct 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Agak lama saya tak dapat kemaskini kandungan blog ini. Bukannya apa agak sibuk dengan projek terbaru yang bakal dilancarkan tidak berapa lama lagi.
Hmm..tambahan lagi selepas hari raya, badan terasa kurang sihat diserang batuk dan selesema berpanjangan.
Namun alhamdullilah masih dapat bertahan dan sempat mengagahkan diri kali ini untuk menulis tip pada hari ini.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengubah mindset kita dari makan gaji ke perniagaan.
Antaranya adalah dengan meletakkan matlamat untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji dan memulakan perniagaan pada masa depan.
Dengan meletakkan matlamat, minda kita akan sentiasa berfikir dan terfikirkan matlamat tersebut.
Seharusnya matlamat yang dibuat bukanlah matlamat yang kosong tetapi ianya diikuti dengan gambaran imaginasi dan emosi yang kuat, seolah-olah kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menjalankan perniagaan.
Seterusnya apabila matlamat dan keinginan kita telah terarah ke arah tersebut, sudah tentu ianya akan mendorong kita untuk mencari bahan bacaan berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan yang ingin kita ceburi.
Ringkasnya di sini, untuk menukar mindset makan gaji kepada perniagaan, kita perlu banyak membaca.
Ini kerana apa yang kita baca itulah dunia pemikiran kita.
Apabila ianya telah sebati dan menguasai cara berfikir kita, sedikit demi sedikit ianya akan mempengaruhi tindakan dan matlamat kehidupan kita.
Kemudian langkah yang lebih efisien untuk merubah mindset atau cara berfikir dari makan gaji kepada perniagaan atau keusahawanan adalah dengan mendekati dan bergaul dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan itu sendiri.
Pepatah ada mengatakan, jika ingin merasakan panasnya bahang api berkawanlah dengan mereka yang membuat besi dan jika ingin menikmati harumnya wangian minyak wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.
Persekitaran pergaulan kita sebenarnya memberikan pengaruh terkuat dan terbesar dalam pembentukan sikap, sahsiah dan mindset kita.
Sudah tentulah dapatkan kawan atau rakan yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana kita boleh belajar dua perkara sekaligus daripada mereka yang berjaya ini.
Pertama kisah kejayaan yang memotivasikan kita.
Kedua kisah kegagalan yang dapat memberikan pengajaran buat diri kita.
Dengan mengikuti beberapa tips di atas, insyaAllah kita dapat berhijrah dari minda Makan Gaji kepada Minda Keusahawanan.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 20 Sep 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam Adilfitri buat semua pembaca blog Pemikir Kaya.
Sempena 1 Syawal 1430 Hijriah ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua para pembaca blog pemikirkaya.com, para pelanggan saya dari www.WangGaji.com dan www.BajetWang.com, rakan-rakan IM, rakan-rakan Facebook, dan seluruh umat Islam.
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan pada tuan puan semua jika sekiranya ada tulisan dan tindakan saya sebelum ini yang menjadi satu kesalahan. Semoga ianya dapat dimaafkan.
Kesempatan bersama sanak saudara dan kunjung mengunjung sepanjang sambutan hari raya ini haruslah dipenuhi dengan kemesraan dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Semoga ianya memberikan ketenangan dan kebahagian buat kita semua.
Sekian,
Salam Lebaran dan Salam Kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Posted by Thinkerich on 29 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Siapa yang tak kenal dengan Billi PS Lim, pencetus dan pembakar semangat dari gagal kepada kejayaan dan amat terkenal dengan idea dan prinsip BERANI GAGAL! atau DARE TO FAIL!
Saya percaya ramai yang telah diinspirasikanoleh buku terlaris beliau Dare To Fail!
Bukan setakat di Malaysia tetapi hingga keperingkat asia & global!
Namun begitu, apakah mungkin semua orang yang ingin berjaya hanya menerima idea dan prinsip ini secara membuta tuli!
Apa yang ingin disampaikan oleh Billi Lim sebenarnya adalah untuk menyatakan bahawa perjalanan ke arah sesuatu kejayaan itu perlu diikuti dengan prinsip sebenar iaitu JANGAN BERPUTUS ASA atau NEVER..NEVER..NEVER GIVE UP!
Ini bermakna apabila kita melakukan sesuatu kita perlulah telah bersedia atau sekurang-kurangnya telah membuat persediaan untuk mengambilkira risiko kegagalan yang bakal diterima!
Bagaimanakah caranya?
Jawapannya adalah dengan merancang lebih awal tindakan seterusnya yang boleh diambil jika kiranya tindakan yang bakal diambil itu gagal atau tidak berjaya!
Saya tahu adanya prinsip kejayaan yang dipanggil ‘Teknik Membakar Jambatan” iaitu prinsip ‘Kamikaze’ yang memberikan tekanan kepada seseorang untuk bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.
Tetapi tahukah kita bahawa teknik tersebut sebelum diaplikasikanoleh mereka ketika berperang telah dipenuhi dengan perancangan dan strategi yang bakal menguntungkan mereka!
Bukannya dengan bertindak dengan membuta tuli!
Mereka mengambil risiko tetapi dengan membuat perkiraan terlebih dahulu! Sebab itulah mereka berjaya!
Posted by Thinkerich on 23 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca pemikir kaya dan selamat berpuasa kepada pembaca berugama Islam.
Semoga apa sahaja usaha yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini diberkati dan dilipat gandakan ganjarannya di dunia dan di akhirat.
Seringkali kita akan akan mengelak daripada melakukan apa yang kita fikirkan tidak boleh dalam minda kita.
Kita sudah terbiasa membina dan mereka cipta gambaran kegagalan dalam hidup kita sedangkan kita masih lagi belum mencubanya.
Inilah salah satu penyakit terbesar yang dihadapi oleh kita semua.
Mengalah sebelum mencuba!
Mencipta halangan untuk tidak berjaya!
Ramai yang percaya mereka tidak boleh hidup senang dan menjadi kaya, apatah lagi menjadi Jutawan!
Ramai yang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya dalam bisnes dan perniagaan, lalu mereka tidak melakukan usaha perniagaan tersebut!
Hakikatnya, apabila kita berfikir bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu, secara automatik minda bawah sedar kita akan merangsang otot dan saraf di dalam badan kita untuk tidak melakukannya.
Jika perkara sebegini berlaku, bagaimana untuk anda mengatasinya?
Bina Prinsip Kepercayaan yang baru!
Apabila anda berfikir anda tidak boleh melakukannya, lakukan sahaja!
Usah pedulikan hasilnya nanti, hadapi dan berusaha bersungguh-sungguh!
Sekiranya, anda GAGAL, Cuba Lagi!
Lakukan dengan lebih baik pada usaha berikutnya!
Dan proses ini berterusan, sehinggalah anda berjaya dan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Begitulah prinsip yang dipegang oleh mereka yang berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Jangan sesekali Berputus Asa! Jika Gagal, Lakukan Sekali Lagi dengan Lebih Baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH
“Do the one thing you think you cannot do. Fail at it. Try again.
Do better the second time.”
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 16 Jul 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Anda sihat? Anda Ceria? Anda Bersemangat?
Semoga anda sihat, ceria dan bersemangat sepanjang masa!
Ok, baiklah untuk kali ini saya ingin membawa anda bersama menyelami impian dan cita-cita masing-masing!
Hmm..adakah anda mempunyai impian dan cita-cita?
Ada! Bagus…
Apa, tak ada?
Ya, kebanyakan daripada kita pada hari ini sebenarnya tidak ada impian dan cita-cita yang disematkan dalam jiwa dan sanubari mereka!
Saya tahu ada dikalangan anda mempunyai impian tetapi sebenarnya itu bukan impian…itu adalah angan-angan!
Ya, angan-angan!
Apa pula bezanya Impian dengan angan-angan?, mungkin ada di antara anda yang mula bertanya!
Angan-angan ialah bilamana anda berkehendakkan sesuatu dan memikirkannnya tanpa ada usaha untuk merealisasikannya.
Mudahnya anda hanya berfikir ke arah itu tetapi sebaliknya anda tidak meletakkan Sasasaran, Strategi dan Sikap yang betul untuk mencapainya.
Berlainan dengan impian, anda mula menetapkan matlamat dengan sasaran yang tepat, mengatur strategi yang betul dan merubah sikap ke arah kejayaan.
Sekiranya pada masa ini, anda masih belum mempunyai impian yang benar-benar impian (bukan sekadar beranggan-anggan tanpa matlamat yang jelas) ada baiknya kini anda merubahnya kepada impian yang sebenar!
Berimpianlah apa sahaja! Jangan terikat dengan halangan minda yang sentiasa meletakkan sesuatu yang belum pernah anda capai sebagai sesuatu yang mustahil!
Malaysia tidak akan mempunyai kereta nasional sehingga ke hari ini jika sekiranya, pemimpin dan rakyatnya masih lagi mempertikaikan keupayaan negara!
Malaysia juga tidak mungkin mempunyai Angkasawan yang pertama jika, para pemimpinnya hanya berangan-angan kosong!
Tidakkah semua kejayaan tersebut bermula dengan impian sejati yang akhirnya disusuli dengan sasaran, strategi dan sikap yang betul sehingga kita dan negara mencapainya!
Begitu juga dengan dunia kewangan anda, jika sekiranya anda masih lagi berada dalam masalah kekurangan wang, kenapa tidak anda meletakkan impian untuk mengatasinya?
Ada banyak cara yang boleh anda ambil, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan panduan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam perancangan kewangan.
Atau setidak-tidaknya anda boleh mula belajar dengan membaca buku atau ebook kewangan seperti Bajet Wang dan Panduan Wang Gaji…
Ingat, kejayaan itu bermula dengan impian!
Semoga berjaya!
Salam kekayaan!
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 07 Jul 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan keadaan bermotivasi selalu hendaknya.
Hmm..tajuk post hari ni agak berbeza dari kebiasaannya. Anda ingin tahu siapa yang malu?
Bukan saya..tapi seorang rakan saya yang datang bertemu saya lalu meluahkan masalah yang sedang beliau hadapi..
Ceritanya begini, rakan saya ni mempunyai seorang anak yang mengalami masalah ‘lembam’ atau lemah, lembap dan tak cerdas dalam pelajaran sekolahnya.
Lalu anaknya telah pun dimasukkan ke kelas pendidikan khas kerana guru-guru biasa tak dapat memberikan tunjuk ajar menggunakan kaedah biasa yang diterima oleh pelajar lain yang sebaya dengannya…
Maka si bapa ni pun merasakan perkara tersebut sesuatu yang memalukan buat dirinya suami isteri hinggakan mereka berdua tertekan ketika menjalankan tugas di tempat kerja.
Mereka berdua sebenarnya bukan apa, hanya segan, malu, risau dan gelisah dengan kata-kata orang di sekitarnya.
Yalah, anak mereka tak pandai, tak cerdik, lembam hinggakan dimasukkan ke sekolah dan kelas pendidikan khas! Tak macam anak-anak orang lain…
Hmm..lihat jika kita membuat andaian, tanggapan yang salah..maka emosi dan pemikiran kita juga akan rosak!
Apalah sangat dengan sindiran dan kata-kata orang (sekiranya ada)…pedulikannya!
Yang penting beliau telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas! Sudah tentulah cara dan kaedah pembelajarannya juga berbeza dan lebih berkesan daripada sekolah biasa.
Saya nasihatkan beliau supaya redha dan bersyukur dengan kurniaan illahi kerana anaknya masih mempunyai fizikal yang cukup…jika dibandingkan dengan anak-anak orang lain yang mempunyai kecacatan anggota!
Jadi, beliau tak perlu malu!
Saya pun ceritakan kepadanya tentang kisah sepasang suami isteri yang sabar dan tabah, serta amat prihatin terhadap anaknya yang cacat anggota kaki.
Setiap pagi si bapa akan menolak kerusi roda yang dinaiki anaknya melintas jalan ke sekolah dan begitu juga pada waktu pulang!
Lihat, mereka tidak malu! Bahkan cukup sabar membesarkan anaknya itu.
Jadi saranan saya kepada para pembaca sekalian, sekiranya kita merasa malu dengan kekurangan yang ada pada diri atau ahli keluarga kita, cepat-cepatlah muhasabah diri, bersyukur dan fikirkan kekurangan orang lain yang lebih teruk daripada kita.
Cari kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita, jangan sesekali membandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain kerana apa yang pasti ianya akan menjatuhkan motivasi dan jati diri anda.
Saya berharap semoga rakan saya tersebut sedar dan dapat bangkit daripada perasaan malu tersebut untuk terus membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran.
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 29 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Apa khabar…semoga sihat sejahtera hendaknya!
Untuk makluman para pembaca sekalian, mulai hari ini dan esok saya akan menghadiri Seminar Kejayaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Residence-Uniten, Bangi Selangor selama 2 hari bermula 29 hingga 30 Jun 2009.
Seminar ini di antara lain akan membawakan isu dan topik “Meneroka Potensi Kehebatan Diri Untuk Menghadapi Cabaran Semasa”
Ahli Panel dan Speaker yang terlibat terdiri daripada ;
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pengarah Urusan/Perunding Motivasi, MAP Training & Consutancy Sdn. Bhd.
Puan Hajah Rohani Bt. Datuk Hj. Mohd Syahir, Executive Chairmain & Principles Consultants, Hijrah Strategik Advisory Group
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Three Extra Training & Solution
Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
InsyaAllah, saya akan kongsikan hasil kupasan daripada Seminar tersebut nanti untuk manfaat para pembaca Blog PemikirKaya nanti!
Jadi jangan ketinggalan untuk sentiasa bersama saya di blog Pemikir Kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 10 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Saya sambung ulasan dan pandangan saya daripada ruangan komen Tuan Shamsuddin Kadir (SK) berkaitan Direct Selling Ohh Multi Level Marketing
Sebenarnya saya pernah menulis di blog ini berkaitan perkara ini hampir 2 tahun yang lalu dengan tajuk Jutawan MLM bukan Jutawan Sebenar..?
Saya bukanlah anti kepada direct selling dan MLM nih…bahkan saya sendiri pernah menyertainya dan terlibat secara aktif dalam perniagaan ini suatu ketika dahulu hingga sampai peringkat Pengurus Agensi…
Bahkan saya menimba banyak pengalaman dan ilmu tentang keusahawanan, skill menjual, perniagaan, jaringan persahabatan, setiakawan, kerjasama kumpulan, nilai kasih sayang dan kehidupan, serta semangat untuk berjaya dari industri MLM!
Dan saya akui, jika anda ingin mendapatkan latihan kejurujualan yang terbaik, latihan motivasi yang baik, saya amat sarankan anda mendapatkannya dengan menyertai MLM.
Banyak yang boleh anda belajar melaluinya..
Tak dinafikan dalam menceburkan diri dalam apa jua bidang perniagaan , sudah pasti ada yang berjaya dan ada yang gagal..tetapi jika seseorang itu gagal dalam sesuatu perniagaan yang diceburi, contohnya dalam MLM ini, apakah perniagaan dan syarikat MLM yang patut dipersalahkan???
Saya tak bersetuju (ini pendapat saya!) jika ada yang menyalahkan company dan sesuatu bidang perniagaan itu yang menjadi punca kepada kegagalan mereka!
Yang menjadi punca segala-galanya adalah diri sendiri dan sikap seseorang itu!
Ramai yang suka menggunakan ’senjata kegagalan’ pada diri mereka sendiri iaitu ALASAN sebagai sebab utama kegagalan mereka!
Dan macam biasalah masyarakat kita suka mengamalkan budaya ‘bangau oh bangau’- tak mengaku kesilapan sendiri!
Berbalik kepada isu yang diutarakan oleh tetamu dari blog SK, dan pandangan SK sendiri, memang betul, ramai yang menyertai direct selling dan MLM ini adalah semata-mata untuk menambah pendapatan dan kemudiannya berimpian ingin menjadi kaya dan bergelar jutawan…
Malangnya, sebagaimana yang saya nyatakan di ruangan komen pada blog tuan SK, ramai yang berjaya mendapat komisyen yang besar dalam MLM hanya dapat bertahan sementara sahaja kerana mereka tak ada ilmu dan skill pengurusan kewangan yang betul!
Apa tidaknya, ramai teman saya yang telah berjaya mencapai pangkat tertinggi sebagai JUTAWAN (jutawan pada pangkat je) dalam syarikat MLM tersebut, pernah dapat RM20 - 30K sebulan, memandu Mercedes S320, dapat insentif Rumah Banglo bernilai RM1.2 juta, kini tak punyai apa-apa!
Bahkan seorang Jutawan MLM yang saya kenali pula melompat dari satu industri ke satu industri yang berbeza-beza…
Dari industri MLM, lompat ke Pelaburan Haram
kemudian join pula industri insuran! Kenapa?
Sebab mereka dapati apa yang mereka telah capai itu tidak konsisten, tidak stabil atau mungkin juga mereka tamak di samping tidak memahami hal kewangan yang sebenar!
Jadi, benarkah mereka ini Jutawan?
Jawapannya, ada yang memang Jutawan, dan ada yang bukan jutawan sebenar!
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, mereka yang berjaya capai tahap jutawan dan kemudian nampak peluang dan memahami hal kewangan sebenar tidak lagi fokus pada bisnes MLM itu sahaja!
Mereka kembangkan perniagaan, dan gunakan nama dan kejayaan tersebut untuk menjual diri mereka untuk sertai perniagaan yang lain.
Contoh terbaik adalah Jutawan MLM tersohor yang juga merupakan Mentor Jutawan, Dato’ Dr. Azman Ching, beliau menjalankan perniagaan motivasi dalam masa yang sama selepas mencapai kejayaan dan menempa nama sebagai Jutawan CNI.
Beliau bijak menggunakan kesempatan, menggunakan network sedia adanya untuk pasaran buku dan karya tulisannya berkaitan motivasi dalam perniagaan MLM.
Beliau tidak lagi hanya tertumpu pada MLM sahaja tetapi bisnes motivasi pula!
Itulah Jutawan yang sebenarnya!
Jika anda sertai MLM dan kemudian bercita-cita untuk menjadi Jutawan MLM, sikap anda perlu betul, perlu ada asas dan ilmu kewangan, barulah anda boleh kekal menjadi Jutawan MLM yang sebenar!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 03 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Agak lama jugak tak ‘update’ blog sejak dua menjak nih
Baiklah, kali ini saya nak bawa anda semua bersama-sama saya membina motivasi diri untuk mengapai kejayaan dalam hidup!
Ramai yang tak berani untuk berfikiran besar!(bukan kepala besar atau ‘besar kepala’
itu lain maksudnya!)
Malahan apabila seseorang itu mula mengimpikan sesuatu dalam hidup mereka tidak kira sama ada dalam kehidupan, kerjaya, keluarga, perniagaan, pergaulan mahu pun kewangan, akan adalah orang sekeliling yang mula melemahkan semangat dan impian, serta idea-idea hebat mereka ..
Lalu ada yang mengatakan mereka ni ‘angan-angan Mat Jenin’, dan segala macam kritikan dan kutukan yang melemahkan semangat!
Itulah lumrah, masyarakat di sekeliling kita!
Bukannya nak memberi sokongan jauh sekali nak memberi dorongan dan motivasi!
Sebaliknya diperlekeh pula impian dan cita-cita murni seseorang itu!
Tak boleh macam tu!
Sepatutnya kita kena beri sokongan, bantuan, dan dorongan kepada kekawan kita yang berimpian dan bercita-cita tinggi (Berfikiran Besar)..
Mungkin ada dikalangan kita tak terfikir kut…?
Sebenarnya mereka yang mencapai kejayaan dan kegemilangan pada hari ini, datang daripada mereka yang berfikiran besar!
Omputih a.k.a Mat Salleh a.k.a Inggeris pangilnya sebagai Thinking BIG!
Lihat sahaja Irfan Khairi, bagaimana beliau boleh menjadi seorang jutawan internet pada usia yang muda dengan berbekalkan prinsip ini.
Dari seorang yang bermula dengan gaji RM1,500.00 sebulan sebagai seorang pereka multimedia, kemudian bercita-cita (berfikiran besar) untuk memperolehi RM15,000.00 sebulan, lalu memulakan perniagaan internet dan kini berjaya menjadi Jutawan Internet yang dikenali ramai!
Kerana berfikiran besar jugalah anak muda yang bernama Adly Mukhtar a.k.a Labanon memiliki perniagaan, office dan staff sendiri ketika baru berusia 18 tahun!
Apa yang menariknya, beliau pernah memperolehi RM10,000.00 sebulan hasil daripada perniagaan internet beliau! Biarpun pernah diperlekehkan dan ditertawakan oleh rakan dan guru kelasnya sebelum itu!
Dalam usia sebegitu, kawan-kawan sebaya dengannya (yang berfikiran kecil) masih tercari-cari hala tuju hidup mereka!
Itu kisah mereka yang telah berjaya menerapkan dan merealisasikan impian dan cita-cita mereka dengan berfikiran besar!
Bagaimana pula dengan anda?
Sudahkah anda mempunyai impian dan cita-cita yang besar untuk digapai!
Jika sekiranya, pada hari ini anda masih takut, malu-malu, segan dan tak berani nak berfikiran besar!
Apa kata anda mula menggunakan prinsip kejayaan ini…dan maklumkan kepada semua orang agar anda lebih berkomitmen untuk menjayakannya…
Macam blogger hensem :) Pak Di namanya, yang telah menyatakan impian dan hasratnya dalam blog beliau:-
Ya, beliau mempunyai impian dan cita-cita yang bukan calang-calang!
Ingin menjadi seorang Fund Manager!
Semangat dan fikiran besar sebeginilah yang kita mahukan!
Berani menyuarakan hasrat, impian dan cita-cita tanpa rasa segan dan silu…
Jadi hari ini, jika anda masih belum mempunyai impian dan cita-cita, mulakan langkah dengan berfikiran besar untuk mencapai matlamat dan impian anda!
Mulakan SEKARANG! Kerana ganjarannya BESAR!
Salam kekayaan,
THINKERICH