Motivasi Kekayaan
Archived Posts from this Category
“Pemikiran Aset Utama Untuk Jadi KAYA” - Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Archived Posts from this Category
Posted by Thinkerich on 09 Mar 2010 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog Pemikir Kaya!
Ada seorang teman yang bertanyakan saya…
“Kenapa susah sangat nak jadi kaya?”
Hmmm…jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Sebenarnya untuk menjadi kaya dan menikmatinya bukanlah sesuatu yang sukar.
Sebabnya kekayaan itu adalah sesuatu yang amat subjektif.
Ada yang merasakan diri mereka kaya sekiranya dapat memandu kereta mewah, rumah besar, gaji besar..
Ada juga yang merasakan diri mereka kaya sekiranya mempunyai hartanah bernilai jutaan ringgit.
Bagi yang hidup sederhana, memiliki simpanan sejumlah RM100,000 sudah merasakan diri mereka kaya dan berada.
Hakikatnya bila disebutkan kekayaan, kita sendiri yang tentukan berapakah nilai kekayaan yang kita inginkan.
Namun bagi pandangan saya, seseorang itu boleh dianggap kaya jika sekiranya mempunyai aset bersih bernilai RM1,000,000 (satu juta ringgit) …
Ya, boleh dikira sebagai jutawan!
Ingat aset bersih bukan pendapatan bersih!
Pendapatan jika kita dapat hari ini dan tidak diuruskan dan dibelanjakan dengan betul boleh menyebabkan kita berada dalam masalah kewangan yang besar…
Hmm…macam yang kebanyakan orang sedang lakukan dengan pendapatan mereka pada hari ini..
Mereka kata, “Besar Periuk, Besarlah Keraknya”…
Jadi kenapa masih ramai di antara kita hari ini gagal untuk menjadi kaya?
Jawabnya kerana;
1) Ada keinginan nak jadi kaya tetapi tidak bertindak, angan-angan lebih daripada tindakan…
2) Bertindak tetapi melakukan sesuatu yang salah…sertai pelbagai aktiviti untuk dapatkan wang segera, seperti skim cepat kaya, berjudi, rasuah dan sebagainya..
3) Tiada ilmu pengurusan kewangan yang betul…sebabnya ramai yang boleh dapat wang yang banyak tetapi hakikatnya lebih banyak hutang daripada aset.
4) Tiada pemikiran dan minda yang betul untuk menjadi kaya…bagaimana mungkin seseorang yang berfikiran miskin dan biasa-biasa boleh menjadi kaya..Orang kaya tidak berfikir dan bertindak seperti kebanyakan orang yang hidup biasa-biasa.
Ya, itulah antara intipati kenapa masih ramai di antara kita hari ini masih gagal untuk menjadi kaya. Apa yang penting jika kita ingin jadi kaya, ILMU perlulah diberikan keutamaan.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 16 Feb 2010 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya, apa khabar hari ni?
Semoga sihat, gembira dan bersemangat sempena tahun ‘rimau’.
Hmm…sempena tahun ‘rimau’ ini juga saya nak ceritakan satu kisah…
Kisah yang saya kira boleh dihubungkaitkan dengan semangat dan keberanian.
Kisah seorang teman yang tak punya apa-apa sebelum ini, kini menempa nama dalam bisnes internet di negara kita ini.
Saya memang suka sampaikan apa-apa berkenaan bisnes internet kepada para pembaca sekalian….
Saya percaya tentu ada di antara pembaca yang minat nak jana income dari internet?
Tapi ada halangan berikut?
- tak yakin boleh jana duit dari internet?
- tak cukup ilmu untuk memulakannya?
- masa tak cukup? Busy?
- modal tak berani nak keluar?
- atau macam-macam lagi halangan..
Tidak mengapa, mari kita ikuti sebuah kisah ini.
“Pada Okt 2008, ada seorang yang bernama Mr J
yang menghadapi masalah hutang yang teruk. Beliau
berhutang dengan rakan-rakan, kad kredit, pinjaman
pelajaran, hutang beli itu beli ini. Semuanya beliau
berhutang.
Mengapa beliau berhutang? Kerana demi untuk menyara
hidup, semuanya perlu berhutang!! Ditambah lagi dengan
kehadiran cahayamata beliau, semua belanja meningkat..
Dapat gaji je, habis bayar hutang..Bersih dalam tangan
dalam sebulan selepas bayar itu ini hanya RM100!,
Sungguh menyeksakan! Bila isteri minta duit belanja,
cukup-cukup saja dapat diberikan.
Tiada yang lebih, malah berkurangan …
Susu anak lagi, belanja dapur lagi, kiriman wang pada
orang tua lagi, kereta, rumah sewa, makan seharian,
minyak kereta…
Memang tak pernah cukup …
Maka itulah kad kredit saja yang menjadi mangsa. Ada dua kad
kredit, kedua-duanya digunakan tanpa terkawal..Niat di hati
nak kurangkan hutang, tapi ianya menjadi lebih teruk..
Hutang semakin meningkat!!
Mr J memang pening kepala. Dah 3 tahun semenjak kahwin,
duit sentiasa saja tak cukup..walaupun beliau ni makan gaji,
tapi belanja bulanannya melebihi gajinya…walaupun beliau
sudah berjimat – cermat..
Apa puncanya….Hutang, hutang, hutang..
Memang seksa hidup dalam hutang ini. Sampai bila pun rasa
tidak aman disebabkan hutang..
Dalam Islam, umatnya disuruh melangsaikan hutang sebelum
meninggal dunia. Ini kerana hutang yang tidak dibayar, akan
dituntut di hari akhirat…
Hidup malang Mr J akhirnya berubah pada Dis 2008.
Bagaimana ianya berubah? Mari ikuti kisahnya..
Pada suatu hari, Mr J membuka laman web majalah maskulin
di internet bagi melihat gambar rakannya yang diberitakan
ada dipaparkan sebagai model dalam majalah tersebut…
Cari punya cari, tak jumpa pun…
Apa yang dijumpai adalah, pasal bisnes internet oleh seorang
yang bermuka ‘comel’. Tapi beliau tak sangka, si muka comel
itu rupa-rupanya adalah Jutawan Internet Terkenal Malaysia,
Dr Irfan khairi.
Beliau banyak bercerita berkenaan bisnes internet di ruangan
artikel majalah maskulin itu..semuanya berkenaan motivasi
dan juga bisnes internet..
Ini membuka mata dan minda MR J untuk mencubanya..
Ya! Mencuba bisnes internet…
Pada Awal Nov 2008, beliau telah mengeluarkan lebih
RM200 dari kad kreditnya (hutang) untuk ke pejabat Dr Irfan khairi di Damansara…
Dan dengan wang sebanyak itulah, beliau membeli buku-buku,
Ebook tulisan Dr Irfan Khairi berkenaan bisnes internet..
Walaupun panduan yang dibeli amat asas, tapi ianya
berjaya membuka minda Mr J untuk memulakan bisnes
Internet…
Beliau yakin, dengan pelaburan ilmu sebanyak Rm200 tu,
beliau akan mampu merubah hidupnya selama ini hidup dalam
HUTANG..
Dan kini, sudah lebih setahun berlalu..
Apa terjadi pada Mr J?
Adakah beliau GAGAL? Atau BERJAYA?
Ya, beliau telah menjadi usahawan internet yang boleh dikatakan
berjaya di Malaysia ini. Walaupun bukan menjadi jutawan,
beliau telah menjadi orang yang keluar dari masalah kewangan!
Adakah beliau full time menjadi usahawan internet?
Tidak…
Beliau masih lagi bekerja makan gaji. Bisnes internetnya dibuat
secara part time saja. Iaitu di malam hari. Siang makan gaji, malam
bisnes internet…
Apa jenis model bisnes internet yang dilakukannya?
Ianya adalah…
Bisnes ebook dan juga pemasaran affiliate..
Tahukah tuan-puan, beliau telah menghasilkan banyak ebook
best seller di Malaysia pada 2009 yang lalu. Antaranya ialah..
- Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan..
- Ebook Emas-Emas Yang Hilang..
- Ebook Panduan Asas Blogger..
Dan terbaru…2010
- Ebook Rahsia Affiliate Kerajaan..
Ebook ini antaranya ada memecah rekod kerana menjana hasil
jualan 6 angka dalam masa yang singkat..
Ini adalah satu pencapaian yang mengkagumkan dari pendatang baru seperti Mr J ini..
Dan juga pemasaran affiliate tempatan, iaitu dalam mempromosikan
produk orang lain, Mr J juga berjaya menghasilkan income lumayan.
Sering kali saja beliau berada di kedudukan teratas cabaran-cabaran
affiliate yang dianjurkan..
Bagaimana dari seorang yang zero berkenaan IT, dapat mengungguli
dunia pemasaran internet? Ramai orang kata, nak bisnes internet kena
amik ijazah IT..
lawaklah!
Mr J lakukannya bermula dengan zero dan berhutang lagi untuk
mulakannya.
Bagaimana beliau boleh lakukannya?
Jawapannya…
Kerana beliau ada MATLAMAT, MINAT, dan USAHA BERTERUSAN..
MATLAMAT – dengan matlamat untuk bebas hutang dan memperolehi
kehidupan lebih baik bersama keluarganya, beliau lakukan bisnes internet
Ini..
MINAT – dengan minat untuk keluar dari masalah kewangan, beliau memupuk
minat dengan bisnes internet yang dilakukannya. Walaupun sebelum ni beliau
tak tahu apapaun pasal bisnes internet., beliau minat dengan apa yang dilakukannya.
USAHA BERTERUSAN – sudah pasti Mr J banyak berusaha. Iaitu usaha dalam
mendalami ilmu pemasaran internet..Banyak buku, ebook, video, yang dibelinya
dalam proses memantapkan ilmu..Apa yang beliau pelajari, dipraktikkan…
Ya, kisah beliau ini amat memotivasikan diri saya untuk membantu lebih ramai orang untuk keluar dari masalah kewangan…
Siapakah Mr J ini sebenarnya?
Beliau adalah…
Saudara Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMaL di dunia
Internet Marketing Malaysia..
Beliau telah banyak menyumbang kepada orang ramai yang berminat dalam
bisnes internet dengan menyumbang panduan-panduan percuma melalui
blognya..
Tapi hari ini, beliau telah berkongsi rahsia pemasaran affiliatenya
dalam satu Pakej Ebook berbayar yang dinamakan …
“Rahsia Affiliate Kerajaan”
Jika tuan/puan ingin dapatkan ebook yang mempu membantu
anda menjana income di internet ini, iaitu Rahsia Affiliate
Kerajaan ini, dapatkannya di laman web di bawah:
==> http://www.AffiliateKerajaan.PemikirKaya.com
Sekian saja dari saya, semoga ianya bermanfaat buat pembaca sekalian.
Salam kekayaan,
THINKERICH
p.s: Jika tuan-puan ingin tahu bagaimana nak selesaikan masalah hutang dengan menggunakan strategi yang terbukti berkesan, boleh dapatkannya melalui banner di bawah ![]()

Posted by Thinkerich on 23 Dec 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya..
Hmmm… agak lama saya tak kongsikan kisah - kisah motivasi yang
menarik dengan pembaca blog ini ya!
Baiklah kali ini saya nak ceritakan tentang bagaimana sikap dan
tabiat berbelanja mereka yang bergelar jutawan.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa mereka yang bergelar
jutawan ini berbelanja mewah bukan?
Sebenarnya tak semua di kalangan mereka ini berbelanja mewah,
ada di antara mereka ini yang cukup berhemat ketika berbelanja.
Mungkin anda pernah mendengar nama Mydin bukan?
Alaa…gedung borong beli belah yang terkenal dengan tagline
“Kenapa Bayar Lebih…”
Tahukah anda? Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin, Pengerusi Mydin Mohamed Berhad Holdings (yang juga anak kepada pengasas Mydin, Mydin Mohamed) sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan beliau.
Setiap kali berada di tempat makan beliau hanya akan memesan air kosong. Katanya, ia bukan sahaja menjimatkan bahkan menyihatkan tubuh badan.
Nah, lihat! Betapa mereka yang sudah bergelar jutawan tahu untuk hidup sederhana dan berjimat cermat.
Bagaimana pula dengan pembaca semua?
Sudahkah anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian?
Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan bagi memulakan langkah penjimatan.
Baru-baru ini saya telah pun membaca sebuah panduan berjimat cermat yang menarik untuk dibaca. Penulisnya saudara Razif Yusof telah menyediakan 25 cara dan tips berjimat cermat yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Saya pasti jika para pembaca mengamalkan tip-tip berkenaan ianya mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Mulakan langkah awal penjimatan anda dengan membaca laporannya dengan KLIK DI SINI!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 10 Oct 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam Pembaca Blog Pemikir Kaya!
Saya pasti jika ditanya kepada setiap orang, “Adakah Mereka Ingin Menjadi Kaya?”
Tentu ramai yang akan menjawab, “Ya!”
Namun begitu, tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa kebanyakan daripada mereka ini sebenarnya bukan sahaja tidak mampu mencapainya impian tersebut bahkan tidak mampu untuk melakukan langkah pertama untuk mencipta kekayaan.
Brian Koslow, founder dan President/CEO Breakthrough Coaching, Inc. syarikat yang menyediakan latihan perniagaan profesional (beliau menjadi jutawan ketika usianya 31 tahun), pernah berkata;
“Langkah pertama untuk mencapai kekayaan ialah denganberbelanja kurang daripada apa yang anda dapat”
Memang tidak dapat disangkalkan lagi kenyataan beliau itu dan sudah tentu saya bersependapat dengannya.
Ini kerana jika hari ini anda memperolehi pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan bahkan mungkin mencecah RM10,000 sebulan sekalipun ianya tidak akan memberi sebarang makna jika anda berbelanja melebihi daripada apa yang anda perolehi!
Bahkan anda mungkin akan berada dalam keadaan masalah keberhutangan dan jika berterusan anda bukan sahaja tak dapat menjadi kaya bahkan ada kemungkinan untuk anda jatuh Bankrap atau Muflis!
Jadi saranan saya jika anda ingin mencapai kekayaan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengawal semula perbelanjaan dengan memastikan ianya tidak melebihi daripada apa yang anda perolehi!
Ini bermakna anda perlu memastikan sebahagian daripada pendapatan anda itu disimpan dan dilaburkan untuk menjana kekayaan buat anda!
Kaedah terbaik adalah dengan Simpan dahulu sebelum Belanja dan bukannya Belanja dahulu kemudian baru ingin membuat simpanan!
Jika anda ingin mengetahui cara sebenar membuat simpanan dan seterusnya menguruskan pendapatan anda dengan cara yang betul anda boleh dapatkan E book Panduan Wang Gaji yang saya kira telah banyak membantu membuka minda para pembacanya untuk memulakan pengurusan kewangan yang lebih baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 01 Oct 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Apa khabar? Semoga sihat dan berada dalam keadaan ceria dan gembira selalu.
Hmm..pada rakan-rakan yang sambut Hari Raya Aidilfitri dan bercuti panjang sebelum ini mungkin dah mula bekerja dan meneruskan rutin harian seperti biasa.
Baiklah kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya dengan pembaca blog pemikirkaya semua.
Baru-baru ini saya baru sahaja berpindah ke rumah baru saya dan antara benda yang perlu dipindahkan sudah tentulah pemasangan semula set Astro saya.
Almaklumlah di Pulau Labuan ni, melanggan TV satelit berbayar seperti Astro telah menjadi satu keperluan bagi mereka yang ingin mendapatkan siaran TV.
Ini kerana tanpanya, tiada langsung siaran TV yang boleh ditonton, kecuali TV saluran negara Brunei Darussalam sahaja yang dapat ditonton dengan jelas.Hatta, rumah yang begitu daif sekalipun masih kelihatan satelit Astro berdiri megah dibumbung rumah tersebut! Bukan satu bahkan ada yang lebih dari satu!
Bercerita tentang pemasangan set Astro ini, installer Astro yang datang memindahkan dan memasangnya semula di rumah baru saya, berkongsi cerita pengalaman dan ragam para pelanggannya.
Katanya, kebanyakan orang di Labuan memasang lebih daripada satu set Astro di rumah mereka terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar yang rata-ratanya penduduk kampung yang hidup sederhana.
Tetapi apa yang menghairankannya, pelanggannya yang kaya raya dan tinggal di banglo besar serta mewah hanya memiliki satu set Astro sahaja tetapi dikongsikan sehingga 10 set TV di rumah mereka!
Lalu saya katakan kepadanya, itu tandanya mereka bijak menguruskan kewangan dan keperluan hidup mereka.
Nampak seolah-olah mereka kedekut dan berjimat tetapi sebenarnya mereka berhemah!
Berjimat maksudnya berbelanja kurang daripada apa yang kita perlukan tetapi berhemah pula bermakna kita membelanjakan wang dengan bijaksana.
Orang kaya tiada masa untuk menghadap TV sepanjang masa, mereka lebih sibuk dengan aktiviti menjanakan kekayaan untuk mereka.
Manakala orang sederhana dan miskin lebih banyak menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton TV, dan sebab itulah mereka tidak kaya-kaya!
Dan yang lebih parah lagi mereka lebih rela mengeluarkan belanja yang besar hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan berhibur dengan menonton saluran-saluran hiburan TV berbayar yang sebenarnya langsung tidak memberikan faedah.
Jadi, jika kita ingin menjadi kaya, kurangkanlah masa berhibur dan menonton rancangan TV berjam-jam. Sebaliknya tonton TV hanya untuk rancangan yang bermanfaat seperti program ilmu yang lebih banyak memberikan kita manfaat.
Pilihlah saluran TV yang ada faedah dan manfaat untuk kehidupan kita bukannya yang melalaikan kita. Saluran seperti Discovery Channel, Awani, dan Oasis banyak mempersembahkan program yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 03 Sep 2009 | Tagged as: Motivasi Iman, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca pemikirkaya.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ada baiknya jika kita dapat meningkatkan lagi amalan memberi dan ibadah sedekah jariah.
Saya percaya ramai di antara kita hari ini begitu teruja dengan pelbagai bentuk produk dan alat pelaburan yang berupaya memberikan pulangan yang menguntungkan sehinggakan ada yang begitu taksub menyertai pelbagai skim cepat kaya!
Tetapi pernahkan kita semua terfikir?
Kesemua keuntungan dan hasil yang kita perolehi itu tidak akan ke mana jika kita tidak tahu merancang dan menguruskannya.
Maksud saya di sini, jika kita gagal merancang pelaburan kita, hasil yang diperolehi tidak akan dapat dikembangkan lagi.
Sudah tentulah lebih ramai di antara kita hari ini yang cenderung untuk ‘reinvest’ atau melabur semula hasil keuntungan mereka bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik.
Persoalan saya disini, sudahkan tuan-puan ‘reinvest’ sebahagian daripada pendapatan pelaburan tersebut untuk mendapatkan pulangan terbaik?
Pulangan yang bukan sahaja diperolehi di dunia, bahkan diakhirat juga!
Apabila disebut akhirat, sudah pasti pulangan yang diterima berterusan dan berpanjangan.
Umum mengetahui bahawa bilamana meninggal seorang anak adam itu, maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara :
* Doa anak yang soleh
* Amal jariah
* Ilmu yang boleh dimanfaatkan orang lain
Sudahkah kita membuat perancangan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti?
Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji, pada tiap-tiap biji itu pula ditumbuhkan lagi dengan seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Persoalannya adakah kita yakin dengan pulangan yang dijanjikan Allah SWT (sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar).
Adakah kita bersedekah secara terancang atau bila hanya terlintas atau tergerak hati sahaja?
Berapakah peratus pulangan yang dijanjikan Allah SWT?
Jawapannya ialah 70,000 %
MasyaAllah, begitu besar pulangan pelaburan yang dijanjikan jika kita melabur ke jalan Allah, tetapi berapa ramaikah di antara tuan-puan yang telah melaburkan harta untuk tujuan ini?
Justeru itu, saya amat menyarankan agar dapat kita membuat perancangan pelaburan kita bukan sekadar untuk keuntungan dunia tetapi biarlah kedua-duanya sekali iaitu di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya pulangan pelaburan akhirat adalah lebih besar dan berkekalan.
Wallahu’alam.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 29 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Siapa yang tak kenal dengan Billi PS Lim, pencetus dan pembakar semangat dari gagal kepada kejayaan dan amat terkenal dengan idea dan prinsip BERANI GAGAL! atau DARE TO FAIL!
Saya percaya ramai yang telah diinspirasikanoleh buku terlaris beliau Dare To Fail!
Bukan setakat di Malaysia tetapi hingga keperingkat asia & global!
Namun begitu, apakah mungkin semua orang yang ingin berjaya hanya menerima idea dan prinsip ini secara membuta tuli!
Apa yang ingin disampaikan oleh Billi Lim sebenarnya adalah untuk menyatakan bahawa perjalanan ke arah sesuatu kejayaan itu perlu diikuti dengan prinsip sebenar iaitu JANGAN BERPUTUS ASA atau NEVER..NEVER..NEVER GIVE UP!
Ini bermakna apabila kita melakukan sesuatu kita perlulah telah bersedia atau sekurang-kurangnya telah membuat persediaan untuk mengambilkira risiko kegagalan yang bakal diterima!
Bagaimanakah caranya?
Jawapannya adalah dengan merancang lebih awal tindakan seterusnya yang boleh diambil jika kiranya tindakan yang bakal diambil itu gagal atau tidak berjaya!
Saya tahu adanya prinsip kejayaan yang dipanggil ‘Teknik Membakar Jambatan” iaitu prinsip ‘Kamikaze’ yang memberikan tekanan kepada seseorang untuk bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.
Tetapi tahukah kita bahawa teknik tersebut sebelum diaplikasikanoleh mereka ketika berperang telah dipenuhi dengan perancangan dan strategi yang bakal menguntungkan mereka!
Bukannya dengan bertindak dengan membuta tuli!
Mereka mengambil risiko tetapi dengan membuat perkiraan terlebih dahulu! Sebab itulah mereka berjaya!
Posted by Thinkerich on 24 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan izinnya ebook saya yang terbaru berjudul ‘Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan’ telah pun berjaya disiapkan.

Pada ebook ini saya berkongsi dengan tuan- puan, tip bagaimana untuk mencapai kekayaan.
Apa yang diterangkan dalam ebook ini bukanlah suatu panduan muktamad yang boleh menjamin untuk anda menjadi kaya raya.
Ini kerana untuk mencapai kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ianya menjadi lebih mudah bilamana kita tahu cara yang betul dan bertindak melakukannya.
Sudah tentulah untuk mencapai kekayaan ada pelbagai cara, sama ada cara yang betul mahu pun cara yang salah.
Ebook ini akan mendedahkan kepada anda :-
Bagaimana untuk mendapatkan ebook yang menarik ini? Sempena bulan baik dan penuh dengan keberkatan ini, saya masih belum bercadang untuk memasarkannya.
Namun begitu, jika anda berhasrat untuk mendapatkannya lebih awal, saya ada tawaran istimewa untuk anda!
Tunggu!
Posted by Thinkerich on 23 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Diri, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca pemikir kaya dan selamat berpuasa kepada pembaca berugama Islam.
Semoga apa sahaja usaha yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini diberkati dan dilipat gandakan ganjarannya di dunia dan di akhirat.
Seringkali kita akan akan mengelak daripada melakukan apa yang kita fikirkan tidak boleh dalam minda kita.
Kita sudah terbiasa membina dan mereka cipta gambaran kegagalan dalam hidup kita sedangkan kita masih lagi belum mencubanya.
Inilah salah satu penyakit terbesar yang dihadapi oleh kita semua.
Mengalah sebelum mencuba!
Mencipta halangan untuk tidak berjaya!
Ramai yang percaya mereka tidak boleh hidup senang dan menjadi kaya, apatah lagi menjadi Jutawan!
Ramai yang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya dalam bisnes dan perniagaan, lalu mereka tidak melakukan usaha perniagaan tersebut!
Hakikatnya, apabila kita berfikir bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu, secara automatik minda bawah sedar kita akan merangsang otot dan saraf di dalam badan kita untuk tidak melakukannya.
Jika perkara sebegini berlaku, bagaimana untuk anda mengatasinya?
Bina Prinsip Kepercayaan yang baru!
Apabila anda berfikir anda tidak boleh melakukannya, lakukan sahaja!
Usah pedulikan hasilnya nanti, hadapi dan berusaha bersungguh-sungguh!
Sekiranya, anda GAGAL, Cuba Lagi!
Lakukan dengan lebih baik pada usaha berikutnya!
Dan proses ini berterusan, sehinggalah anda berjaya dan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Begitulah prinsip yang dipegang oleh mereka yang berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Jangan sesekali Berputus Asa! Jika Gagal, Lakukan Sekali Lagi dengan Lebih Baik!
Salam kekayaan,
THINKERICH
“Do the one thing you think you cannot do. Fail at it. Try again.
Do better the second time.”
- THINKERICH
Posted by Thinkerich on 20 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya.
Sebenarya masih ramai yang tidak dapat membezakan di antara kekayaan sebenar dengan kemewahan.
Maka tak hairanlah hari ini, ramai yang berlumba-lumba mengejar harta kemewahan dan bukannya mengumpul harta kekayaan.
Mewah dengan Kaya adalah sesuatu yang berbeza sama sekali.
Ramai yang lebih berminat untuk hidup mewah daripada belajar dan berusaha untuk mencapai kekayaan.
Sebab itulah lebih ramai yang suka membeli kenderaan daripada membeli rumah sehinggakan ada yang sanggup memperuntukan bayaran ansuran bulanan melebihi 60% daripada pendapatan mereka hanya untuk sebuah kenderaan yang mewah.
Bahkan ada yang sanggup tinggal dirumah yang kecil seperti flat kos rendah tetapi sanggup membeli kereta yang mewah!
Kemewahan ini boleh dibeli tetapi kekayaan tidak sama sekali!
Ya, untuk kelihatan mewah kita boleh membeli dan membuat pinjaman hutang untuk membiayai kehidupan mewah kita.
Sebaliknya, untuk menjadi kaya kita perlu belajar dan berusaha untuk memilikinya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
p/s : Ramai yang terpedaya dan tergoda untuk hidup mewah, lalu menyertai pelbagai skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera yang lumayan. Maka tak hairanlah imej kekayaan sering ditonjolkan dengan imej kereta mewah!
Posted by Thinkerich on 19 Aug 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya,
Semoga sihat dan berada dalam lindungan Allah sentiasa…
Baiklah hari ini saya nak kongsikan dengan anda pembaca semua
tip untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.
Pernahkan anda mengalami situasi tergopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara?
Jika pernah, tentu anda tahu hasilnya bukan?
Hasilnya kurang baik dan kebanyakannya tidak menepati kehendak dan keperluan sebenar.
Samalah juga halnya apabila anda cuba menyelesaikan masalah kewangan anda sekarang!
Ramai yang berusaha untuk menambah pendapatan dengan harapan wang yang banyak dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka.
Maka mulalah mereka tergopoh gapah menyertai program yang bukan-bukan untuk menjana pendapatan dan wang tambahan.
Tak kurang pula yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dengan melakukan aktiviti rasuah, pecah amanah dan juga terlibat dengan perjudian.
Apa yang mereka tahu bila dah dapat wang yang banyak maka segala masalah kewangan mereka akan dapat diselesaikan dengan cepat.
Ohh..Tidak! Maafkan saya, itu semua bukanlah cara yang betul untuk mengatasi masalah kewangan anda!
Tuan-tuan dan puan-puan, untuk menyelesaikan masalah kewangan, kita tak boleh tergopoh gapah.
Apatah lagi nak selesaikannya dengan segera dan serta merta tetapi ilmu kewangan pula tidak cukup.
Untuk itu, kita perlu belajar dan jika mampu, dapatkan khidmat runding kewangan daripada Perancang Kewangan Berdaftar atau bertauliah.
Atau anda boleh pelajarinya secara asas, peringkat demi peringkat dengan fokus kepada apa yang ingin anda tahu.
Banyak seminar-seminar kewangan, buku, ebook dan bahan bacaan berkaitan kewangan yang boleh anda pelajari daripadanya.
Salah satunya adalah melalui buku saya berjudul Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang yang telah pun terbit dan berada di pasaran seawal bulan Julai 2009.
Kini saya menerima banyak komen dan ulasan positif mengenainya.
Syukur, hasrat saya untuk membuka mata dan minda masyarakat tentang pengurusan kewangan peribadi nampaknya kian berhasil. Alhamdullillah.
Salah satu komen dan ulasan yang diberikan oleh pembaca buku saya datangnya daripada saudara Farizal. Anda boleh baca komen penuh beliau di blog beliau sendiri www.FarizalHassan.com
Posted by Thinkerich on 04 Aug 2009 | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya dan
berada dalam keadaan bermotivasi sentiasa!
Hmm..baiklah kali ini saya nak kongsikan suatu kisah menarik
bagaimana seorang rakan saya yang telah berjaya membebaskan
dirinya daripada belenggu Makan Gaji!
Setelah hampir 12 tahun menimba pengalaman kerja dalam bidang
kejuruteraan, akhirnya beliau telah berjaya mencapai cita-cita dan hasrat
beliau untuk bebas dan menjalankan apa yang menjadi minat beliau!
Menjalankan BISNES INTERNET sepenuh masa!
Setelah berjaya membina pendapatan pasif untuk dirinya melalui
perniagaan internet yang dilakukan sejak 2003 lagi, kini beliau tidak perlu risau
lagi tentang pendapatan untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga setiap
bulan… dan beliau bebas melakukan apa sahaja yang beliau mahu lakukan…
dan sudah tentulah beliau akan menumpukan sepenuh masa untuk mengembangkan
lagi empayar perniagaan internetnya di pasaran tempatan dan antrabangsa!
Siapakah orangnya?
Beliau tak lain dan tak bukan, IM tempatan yang tak asing lagi,
saudara Zamri Nanyan!
Ramai yang bercita-cita untuk bebas dari cengkaman majikan,
Bebas kewangan dan bebas melakukan apa sahaja!
Tetapi tidak ramai yang sanggup berkerja keras dengan BIJAKSANA untuk
mencapai impian dan cita-cita mereka!
Zamri Nanyan, telah pun berjaya mencapainya!
Jika beliau boleh lakukannya, apakah alasan lain lagi yang boleh anda berikan?
Mungkin ada di antara anda yang berminat untuk mengetahui Rahsia kejayaan beliau…
Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan membacanya DI SINI!
Atau anda boleh juga bacanya DI SINI!
Semoga anda dapat pelajari sesuatu daripada kisah kejayaan beliau!
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Posted by Thinkerich on 15 Jul 2009 | Tagged as: Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Hmm…agak panjang pulak tajuk post kali ini..
Tak mengapalah, janji para pembaca faham apa yang hendak saya sampaikan.
Pernahkah anda mendengar ungakapan;
“Apa Yang Anda Lakukan Hari Ini, Akan Menentukan Apa Yang Anda Capai Pada Masa Depan!”
Hmmm..lebih kurang begitulah bunyinye..
Apa maksudnya?
Maksudnya begini, jika anda perhatikan apa yang anda ada pada masa ini, ianya adalah hasil daripada apa yang telah anda lakukan sebelum-sebelum ini…
Contohnya di sini, lihat sahaja pada kedudukan kewangan anda pada hari ini?
Adakah kedudukan kewangan anda stabil?
Adakah simpanan anda mencukupi?
Atau anda kini dikelilingi oleh hutang piutang?
Semua itu anda boleh lihat hasilnya hari ini…jika sebelum-sebelum ini anda telah mula menabung dan membuat simpanan dengan penuh displin hari ini anda akan dapati simpanan anda semakin membesar..
Hmm..ditambah lagi dengan faedah keuntungan yang anda perolehi hasil daripada simpanan dan pelaburan anda.
Tapi jika sebelum-sebelum ini, anda penuhi dengan pinjaman dan hutang sana sini, seperti pinjaman peribadi, bayaran ansuran mudah, hutang kad kredit dan mungkin juga dengan Ah long…anda akan dapati kehidupan anda akan dipenuhi dengan kegelisahan sepanjang masa..
Kenapa terjadi dua situasi dan keadaan yang berbeza?
Sudah tentulah kerana kesedaran dan kebijaksanaan kewangan yang berbeza di antara satu sama lain!
Jadi jika hari ini anda mulai sedar yang kedudukan kewangan anda semakin meruncing hasil daripada kesilapan lampau, maka sudah tibalah masanya kini untuk anda memulihkannya!
Dan untuk memulihkannya, sudah pastilah anda perlukan bimbingan dan panduan khusus untuk menjayakannya. Jika anda perlukan panduan dan ingin dapatkan gambaran sebenar tentang masa depan kewangan anda, saya telah sediakan 2 buah rujukan yang saya rasa amat sesuai untuk anda praktikan.
Anda boleh dapatkannya di www.bajetwang.com dan www.wanggaji.com
Satu menerangkan cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang dan satu lagi memberikan panduan khusus dalam merancang dan menguruskan wang anda!
Ingat, jika anda masih lagi membiarkan kedudukan kewangan anda pada hari ini dibelenggu oleh masalah hutang, percayalah pada masa akan datang anda akan terus berdepan dengan masalah kewangan yang lebih parah!
Lakukan perubahan pada hari ini, rancang dari sekarang untuk masa depan kewangan yang lebih cerah!
Selamat maju jaya!
Salam kekayaan!
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 29 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Apa khabar…semoga sihat sejahtera hendaknya!
Untuk makluman para pembaca sekalian, mulai hari ini dan esok saya akan menghadiri Seminar Kejayaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Residence-Uniten, Bangi Selangor selama 2 hari bermula 29 hingga 30 Jun 2009.
Seminar ini di antara lain akan membawakan isu dan topik “Meneroka Potensi Kehebatan Diri Untuk Menghadapi Cabaran Semasa”
Ahli Panel dan Speaker yang terlibat terdiri daripada ;
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pengarah Urusan/Perunding Motivasi, MAP Training & Consutancy Sdn. Bhd.
Puan Hajah Rohani Bt. Datuk Hj. Mohd Syahir, Executive Chairmain & Principles Consultants, Hijrah Strategik Advisory Group
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Three Extra Training & Solution
Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
InsyaAllah, saya akan kongsikan hasil kupasan daripada Seminar tersebut nanti untuk manfaat para pembaca Blog PemikirKaya nanti!
Jadi jangan ketinggalan untuk sentiasa bersama saya di blog Pemikir Kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 22 Jun 2009 | Tagged as: Motivasi Iman, Kewangan Peribadi, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Semoga dilindungi Allah s.w.t hendaknya..
Apa cerita hari ini? Hmm..saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anda tentang kekayaan..
Ya, tentang kekayaan..
Ramai yang masih fobia, takut, segan, malu dan macam - macam perasaan dan tanggapan lagi muncul sebaik disebut pasal kekayaan..
Saya masih ingat, suatu masa dahulu seorang teman saya pernah menegur tingkahlaku saya yang ‘obses’ dalam mencari wang dan pendapatan tambahan melalui perniagaan, pelaburan untuk mencapai kekayaan!
Katanya, “Sudah-sudahlah tu cari wang…tak kan pangkat dan gaji dah besar pun tak cukup lagi? Dengan bisnes lagi, pelaburan lagi berapa banyak wang yang kau nak ni??? Nanti harta kekayaan banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur!!”, katanya cuba mematikan impian dan semangat keusahawanan saya…
“Maafkan saya kawan…, bukan begitu maksud saya.. apa yang saya usahakan hari ini bukan untuk bekal duniawi sahaja tetapi ukhrawi..” jelas saya cuba menjelaskan maksud dan tujuan saya yang sebenar kepadanya.
Tuan-puan yang dirahmati Allah s.w.t,
Mencari kekayaan itu adalah harus bahkan amatlah dituntut dalam agama…bahkan kemiskinan itu sendiri perlu dihindari seboleh mungkin…(kerana ditakuti kemiskinan itu sendiri boleh membawa kepada kekufuran…!)
Ini kerana dengan harta kekayaan yang ada pada kita hari ini, dan juga pada masa depan boleh dijadikan bekal untuk perjalanan hidup kita yang kekal abadi di akhirat kelak…
Ya, memang betul harta kekayaan tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi dengan adanya harta tersebut, dengan melakukan perancangan wasiat dan pusaka yang BETUL!, maka kita boleh agihkan sebahagiannya untuk pewaris kita, dan sebahagian lagi untuk masyarakat..
Ya, untuk masyarakat bagi kebajikan agama, bangsa dan negara…
Biarpun jasad kita sudah hancur ditelan tanah, namun pelaburan atau syer ‘wakaf’ yang kita wasiatkan untuk kegunaan masyarakat faedahnya jauh lebih besar dan berganda pulangannya…ianya tidak ternilai dan terhitung oleh manusia, hanya Allah s.w.t sahaja yang akan membalasnya…
Oleh itu, jangan sekali-kali kita mematahkan atau mematikan niat, dan daya usaha yang dilakukan oleh saudara kita untuk mencapai kekayaan, bahkan doakanlah mereka semoga dengan harta kekayaan yang bakal mereka perolehi tersebut dapat membuka hati mereka untuk berbelanja ke jalan yang diredhai Allah..
Sebaliknya jika kita dapat tahu ada di antara rakan kita yang mencari kekayaan dengan jalan yang salah dan menyimpang seperti rasuah, judi, penyelewangan, penipuan , penganiayaan, skim cepat kaya dan pelbagai lagi bentuk kekayaan yang disertai oleh rakan kongsi yang bernama IBLIS, maka nasihatilah mereka dan doakan untuk mereka agar Allah s.w.t membuka hati mereka dan menunjukkan jalan yang lurus…IsyaAllah dengan doa ikhlas daripada saudara-saudari semua dapat membantu mereka pulang ke pangkal jalan..
Setakat ini dahulu bicara kita tentang kekayaan, insyaAllah jika diberi izinNya nanti, kita akan berbicara lagi melalui blog ini bagi mencapai kekayaan sebenar yang diidam-idamkan! Bukannya kekayaan material semata bahkan kekayaan minda & JIWA!
Semoga tuan-puan pembaca semua dapat manfaat daripada perkongsian ini dan seterusnya dapat memperbetulkan semula tanggapan kekayaan yang dicari di dunia yang sementara ini…
Yang baik datangnya daripada Allah, dan semua kekurangan itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri - seorang hamba yang lemah di sisiNya…
Wassalam
THINKERICH
p.s : Jika anda berhasrat untuk mencapai kekayaan, langkah pertama yang perlu anda kuasai adalah melalui pengurusan kewangan peribadi anda. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan panduan khusus untuk menguruskan wang anda, maka anda boleh dapatkannya di sini!