Motivasi Perniagaan
Archived Posts from this Category
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi
Archived Posts from this Category
Posted by Thinkerich on 23 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam Pembaca Blog PemikirKaya!
Kebelakangan ini, ramai yang membicarakan tentang tambatan ringgit.
Apakah kesan dan implikasinya kepada ekonomi negara?
Secara ringkasnya, apabila tambatan ringgit dilaksanakan sebagai contoh USD1 = RM3.80, usahawan @ bisnesman yang menjalankan aktiviti eksport lebih untung kerana berjaya membawa masuk lebih USD ke dalam market Malaysia, manakala bisnesman yang menjalankan perniagaan berasaskan bahan import mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan lebih banyak RM..
Asasnya ianya sebagai strategi dan kawalan untuk melindungi nilai RM daripada terus keluar darpada market dalam negara dan menarik lebih banyak USD ke dalam negara…
Ada pertanyaan yang berbunyi, “Tidak boleh ke Malaysia menukar matawang lain selain USD dalam urusniaganya?”
Soalan yang agak bagus, cuma masalahnya adalah dari segi penerimaan dan pemakaiannya oleh para penjual dan pembeli.
Jika kita ingin jual barang yang dieksport dengan RM adakah ada pembeli daripada negara lain yang ingin menggunakan RM sebagai matawang urusniaga?
Sebaliknya jika kita mengimport barang daripada luar negara, adakah mereka sanggup menerima RM???
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 05 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Kepenggunaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Apa khabar? Semoga sihat semuanya…
Baiklah hari ini apa kata kita lihat strategi perniagaan yang dilakukan oleh dua buah syarikat penerbangan di negara kita yang terus bersaing di antara satu sama lain untuk menguasai pasaran penerbangan domestik negara.
Jika sebelum ini pihak pengurusan AIRASIA mendakwa pihak MAS meniru strategi tambang murah mereka termasuk memaparkan iklan dalam warna merah yang sama sebagaimana AIRASIA, pihak MAS telah pun menukar kepada warna biru!
Kini pihak MAS sekali lagi berusaha mempromosikan Tambang Rendah Setiap Hari semasa pameran MATTA hari ini sehingga Ahad.
Yang menariknya, kali ini pihak MAS dalam satu kenyataan oleh Pengurus Besar Kanannya, Datuk Bernad Francis berkata;
“MAS melanjutkan promosi Tambang Rendah Setiap Hari mereka dengan dua juta tempat duduk di pameran tersebut. Ini disebabkan permintaan popular daripada pelanggan yang menikmati tambang bernilai kami yang disokong perkhidmatan lima bintang termasuk penyediaan makanan dan minuman semasa penerbangan, jadual yang mudah, penerbangan tepat masa, kebenaran bagasi 20 kg, kerusi diperuntuk dan faedah lain,”
Jika anda perhatikan pihak MAS telah menukar strategi perniagaan mereka dan mula mencontohi AIRASIA dengan menawarkan Tambang Rendah Setiap Hari dan yang paling menariknya, mereka menawarkan sesuatu yang tidak ditawarkan oleh pihak AIRASIA iaitu;-
Jika anda diberi pilihan, saya percaya anda tidak kisah untuk membayar sedikit lebihan Caj Lapangan Terbang (AirAsia mengenakan caj yang lebih murah kerana tidak menggunakan kemudahan ‘airport bridge’- terpaksa berpanas dan berpayung jika hujan dan terpaksa menaiki tangga besi ke pesawat).
Ini kerana anda mungkin tidak perlu khuatir dengan kejadian pembatalan penerbangan yang selalu dialami oleh penumpang AirAsia, tidak perlu mengeluarkan wang poket anda untuk menikmati Mee Segera di awan biru yang mencecah puluhan ringgit, tidak perlu mengeluarkan wang poket anda sebanyak RM5.00 bagi setiap bagasi anda dan akhir sekali tidak perlu berebut-rebut untuk memilih ’seat’ anda sendiri.
Jadi jika anda berniaga, bolehlah anda gunakan strategi ini, berikan sesuatu atau ciri yang tidak dapat diberikan oleh pesaing anda dan tunjukkan bahawa perkhidmatan anda lebih baik dan menguntungkan kepada pengguna berbanding dengan pesaing anda!
Selamat mencuba!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 02 Sep 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Motivasi Diri
Salam Merdeka Ke 51 buat semua pembaca setia blog PemikirKaya dot com!
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua!
Maklumlah ‘mood’ dan semangat kemerdekaan masih lagi segar dan sambutan hari kebangsaan bukan hanya setakat 31 Ogos tetapi sehingga 16 September 2008 (ehm..ehm..tarikh pembentukan kerajaan baru DSAI…? katanya ! ) penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.
Baiklah kita tinggalkan kisah sejarah tersebut dan juga perkara yang mungkin akan menjadi sejarah… kerana kali ini kita ingin berbicara tentang minda yang masih lagi belum merdeka dan masih dijajah dengan prinsip kepercayaan yang sudah tidak relevan lagi.
Kebanyakan graduan lepasan IPT baik awam mahu pun swasta hari ini masih lagi terikat dengan prinsip dan pegangan bahawa sebaik mereka keluar dengan segulung Ijazah mereka perlu bekerja makan gaji!
Maka tidak hairanlah ada sesetengah daripada mereka yang mula menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan mula mengeluarkan kata-kata seperti berikut;-
“Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja..”
Adakah ianya satu kenyataan yang tepat bagi seseorang graduan IPT?
Apakah lulusan IPT mesti bekerja makan gaji dan tidak boleh menjalankan perniagaan sendiri?
Apakah perniagaan itu menjadi pilihan kedua atau pun yang terakhir menjadi pilihan para graduan di negara kita?
Saya tidak fikir kenyataan tersebut sesuatu yang tepat! Ini kerana jika graduan kita hanya tertumpu kepada sektor pekerjaan semata-mata, masalah pengngangguran tidak akan pernah berkahir.
Mereka seharusnya memerdekakan minda mereka daripada kepercayaan bahawa pelajar atau pun graduan IPT hanya layak untuk kerja makan gaji.
Mereka tidak boleh menetapkan had gaji dan pendapatan mereka berdasarkan kelayakan yang mereka ada sahaja!
Apakah mereka tidak sedar, dengan berbuat sedemikian mereka membatasi sendiri kemampuan mereka sendiri? Ini kerana dalam perniagaan mereka boleh memperolehi berapa sahaja pendapatan yang mereka inginkan dengan menetapkan matlamat dan perancangan yang betul.
Graduan IPT hari ini sepatutnya telah mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi negara dengan menjadi penyedia peluang pekerjaan dan bukannya masih bergantung harap kepada pihak kerajaan untuk menyediakan segala-galanya untuk mereka.
Adalah lebih baik mereka mengambil pengalaman bekerja untuk berniaga terlebih dahulu daripada memilih berniaga sementara mendapat pekerjaan…
Semoga selepas ini akan lebih ramai graduan negara kita dapat sama-sama membangunkan ekonomi negara!
Salam Kekayaan!
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!
Posted by Thinkerich on 17 Jul 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca PemikirKaya dot com,
Saya tertarik dengan komen salah seorang pembaca blog pemikirkaya berkaitan post saya Pinjaman…adakah sesuatu yang bijak?
Seringkali anda memiliki impian dan cita-cita yang besar namun seringkali ianya menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh diri anda sendiri!
Memang diakui untuk bermula dalam sesuatu perniagaan anda pasti memerlukan modal, tetapi adakah ianya mencukupi dengan perancangan dan matlamat perniagaan anda.
Kelemahan utama yang dapat saya perhatikan berdasarkan kajian yang dilakukan, adalah didapati bahawa punca utama kegagalan sesuatu perniagaan adalah berpunca daripada pengurusan kewangan terutama apabila melibatkan pengurusan kredit (hutang).
Ramai dikalangan usahawan yang memulakan perniagaan begitu ghairah untuk mendapatkan pinjaman kredit bagi menjayakan sesuatu projek perniagaan mereka tetapi seringkali lupa akan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan setelah menerima pinjaman tersebut.
Apabila anda berjaya menerima pinjaman berjumlah RM500,000, anda harus ingat bahawa anda ada tanggunjawab untuk memastikan wang yang anda pinjam tersebut perlu dibayar kembali kepada pihak Bank sejumlah RM550,000 (katakan faedah yang dikenakan 10%) dalam tempoh yang dipersetujui sebagaimana perjanjian.
Dan yang paling penting juga anda perlu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan wang pinjaman tersebut bukan sekadar mampu membayar faedah pinjaman bank tetapi MAMPU menjana keuntungan sekitar 30% atau mungkin 100% bergantung kepada matlamat anda.
Ini kerana dalam perniagaan anda yang menentukan pulangan yang layak anda terima dan bukannya orang lain.
Maka ingatlah, apabila anda berhutang dan membuat pinjaman, perkataan pertama yang perlu anda ingat adalah TANGGUNGJAWAB!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 26 Jun 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca PemikirKaya!
Anda pasti tertanya-tanya;
“Apakah maksud sebenar saudara Thinkerich dengan tajuk artikel kali ini, berniaga bukan kerana wang?”
Anda mungkin bertanya lagi….”Bukankah tujuan utama usaha niaga itu untuk mendapatkan keuntungan wang?”
Baiklah, para pembaca yang budiman, biarlah saya jelaskan apa maksud sebenar saya!
Tetapi sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda, apakah Anda Suka Berniaga? Atau Suka Duit?
Ini kerana kedua-dua jawapan yang bakal anda berikan nanti akan memberikan makna yang berbeza-beza.
Jika sekiranya anda ingin berniaga, jangan letakkan wang sebagai matlamat utama…(walaupun tujuan utama berniaga adalah untuk dapatkan keuntungan wang!)
Sebaliknya, letakkannya sebagai perkara No.2…
Ini kerana jika anda jadikannya sebagai keutamaan, anda akan cepat kecewa dan putus asa apabila usaha permulaan anda tidak mendatangkan sebarang hasil…
Akibatnya anda akan ‘give up’ dan seterusnya enggan mencuba lagi kerana anda akan beranggapan ianya tidak memberikan pulangan dan hasil yang menguntungkan anda.
Apa yang patut anda lakukan pada peringkat permulaan perniagaan hanyalah sebagai asas untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perniagaan.
Anda tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi pada peringkat permulaan, walaupun pada asasnya anda perlu berpandangan jauh dengan misi dan visi untuk mencapai kejayaan.
Jika anda terlalu mengharapkan pulangan berlipat ganda dalam masa yang singkat sebaik menceburi bidang perniagaan dikhuatiri anda akan merasa hampa jika apa yang anda impikan tidak berhasil.
Oleh itu, letakkan matlamat untuk belajar dan mengetahui selok belok perniagaan untuk tiga bulan yang pertama, jika anda dapat mencatat sedikit keuntungan, itu adalah sesuatu petanda yang baik.
Namun jika anda beroleh hasil yang lumayan pada peringkat ini, seharusnya ianya meningkatkan motivasi anda dan menggunakan sebahagian daripada keuntungan tersebut untuk dilaburkan semula.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 21 May 2008 | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca blog,
Dalam beberapa minggu ini, heboh tentang strategi pemasaran dan perang harga rendah di antara dua Syarikat Penerbangan Malaysia di antara MAS dan Air Asia.
Air Asia mendakwa MAS meniru strategi pemasaran tambang murahnya termasuk menggunakan warna merah yang hampir sama dalam mempromosikan iklan mereka.
Namun begitu, saya begitu tertarik dengan ulasan daripada IRFAN KHAIRI dalam blog TIP 1 MINIT berkenaan isu ini.
“Harga Rendah menjadikan Jenama Anda Lemah!”
Memang ada kebenarannya. Kebanyakan daripada kita akan meletakkan sesuatu kualiti itu sepadan dengan harga. Barangan berjenama yang berharga mahal dianggap berkualiti, manakala anda akan was-was atau ragu-ragu terhadap barangan yang berjenama dengan harga murah. Dalam sedar tak sedar secara tiba-tiba anda akan berkata,
” Eh! betulkan harga ni? Jangan -jangan tiruan!”
Kebanyakan daripada newbie dalam perniagaan internet masih ragu-ragu dalam meletakkan harga pada info produk mereka. Saya dapati ada yang menjual info produk mereka dengan harga yang murah. Dengan harapan lebih ramai yang mampu membeli produk mereka.
Malangnya tanpa mereka sedari kebanyakan bakal pembeli akan berfikir dua kali untuk membeli. Mereka mungkin berkata,
“Jangan-jangan produk yang dijual ini tidak berkualiti atau pun infonya hasil daripada idea yang dicetak rompak!”
Sebagaimana VCD cetak rompak yang dijual dengan harga murah, maka fikiran para pengguna kita (pembeli) telah sebati dan sinonim dengan situasi begini. Bagi mereka,
“Harga Murah = Kualiti Rendah”
Jadi bagi mereka yang berhasrat untuk menjual info produk mereka melalui internet, saya sarankan kaji dulu harga yang ingin ditawarkan. Pastikan ianya sepadan dengan kualiti yang ditawarkan. Seboleh mungkin janganlah terlalu murah, dan janganlah terlampau tinggi pula harganya. Sebaliknya letakkan harga yang sedang-sedang sahaja, atau ‘average price’ yang mampu dibeli oleh majoriti pengguna. Ingat perhatian perlu diberi dalam menentukan harga produk anda supaya oarang tidak fikir produk anda lemah! Selamat mencuba!
Salam kekayaan
THINKERICH