Pelaburan
Archived Posts from this Category
Tip Motivasi | Kekayaan| Kewangan | Peribadi
Archived Posts from this Category
Posted by Thinkerich on 23 Nov 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan

Salam pembaca blog pemikirkaya!
Sudahkah anda merancang dan meletakkan wang simpanan anda di tempat pelaburan yang sesuai?
Jika tidak, pasti anda sudah akan merasakan kesannya….jika sebelum ini pada Julai 2008 , kadar Inflasi negara mencatat Inflasi Tertinggi 8.5%, laporan terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hanya menurun kepada kadar inflasi 7.6 peratus bagi Oktober 2008.
Dan anda sendiri dapat membayangkan betapa wang yang anda dapat hari ini semakin kurang nilainya dan dari segi kuasa belinya sudah tentulah semakin berkurangan..
Walaupun harga minyak dalam negara telah diturunkan beberapa kali, namun kadar inflasi hanya menyusut 0.9 % iaitu tidak sampai 1 peratus!
Maka tidak hairanlah kos sara hidup semakin meningkat pada tahun 2008, dan sudah pastilah pendapatan semasa anda tidak lagi mampu untuk memenuhi dan menampung keperluan semasa hidup anda dan keluarga. Dengan erti kata lain anda sudah mulai mengalami masalah kekurangan Wang! (Untuk mengatasi masalah berkenaan anda boleh dapatkan penyelesaiaannya melalui www.bajetwang.com)
Oleh kerana itulah, pentingnya untuk kita merancang dan menguruskan kewangan kita!
Bayangkanlah jika anda membuat simpanan(jika ada
) dan melaburkannya di tempat yang paling selamat dan hanya boleh memberi pulangan 3.5% , maka sudah tentu anda akan mengalami kerugian (-3.5%) bagi bulan Julai 2008 dan (-4.1 %) bagi bulan Oktober 2008!
Ini bermakna menyimpan dan melaburkan wang di tempat yang selamat seperti simpanan tetap dan simpanan biasa, sebenarnya hanya selamat dari segi nilai tetapi tetap berisiko mengalami kerugian di telan INFLASI!
Itu sekiranya anda menyimpan dan melabur! Tapi bagaimana pula jika anda yang membuat pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah 6% ? Jawapannya anda campurkanlah 7.6% + 6% = 13.6% !
Ya, 13.6% nilai purata kerugian anda dalam tempoh semasa!
Mana yang lebih baik untuk kewangan anda ? Simpan atau Pinjam?
Maka mulai sekarang anda perlu merancang simpanan dan pelaburan anda yang boleh memberi pulangan purata sekurang-kurangnya 10% setahun…
Jadi anda mungkin bertanya, “Dimanakah tempatnya?”
Jangan risau, saya boleh bantu anda untuk mendapatkan jawapannya. Hubungi saya SEGERA, saya akan tunjukkan BAGAIMANA caranya
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 04 Oct 2008 | Tagged as: Pelaburan, Kepenggunaan
Salam pembaca blog PemikirKaya..
Apa khabar semua? Semoga sihat semuanya…
Sejak kebelakangan ini saya terus menerus dihujani dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang, pulangan tetap setiap bulan, pulangan tetap berdasarkan jumlah pelaburan, semakin besar modal maka semakin besar pulangannya….perniagaan networking berlian dan batu permata, perkongsian modal bersama syarikat Stokis dengan pilihan pulangan 5 bulan atau berapa sahaja anda tentukan …dan pelbagai bentuk pelaburan koperasi…
Wah..naik penat dan pening saya mendengarnya…
Apa lah nak jadi dengan pemikiran dan sikap kaum Melayu dan Bumiputera yang tidak sudah-sudah dengan aktiviti buat duit atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang cepat dan pantas :( kesian saya melihat mereka…
Apabila saya memberitahu perkara sebenar tentang pelaburan mereka buat-buat tidak faham…saya sarankan melabur di tempat yang betul dan dijamin dan diluluskan pihak kerajaan mereka was-was dan tidak berani dan kalau ada pun mereka hanya berani bermula dengan jumlah yang kecil…yang amat kecil…
Amat kecil jika nak dibandingkan dengan pelaburan yang mereka buat ke dalam pelaburan yang ntahapaapantah tu…yang dakwa mereka diluluskan oleh Bank Negara Malaysia lah, berdaftar dengan SSM lah dan macam-macam lagi lah…
Apa yang mereka nampak adalah pulangan dan keuntungan mudah yang boleh mereka perolehi hasil daripada pelaburan itu dalam masa yang singkat…dalam erti kata lain mereka ni terlampau ghairah nak cepat kaya dengan cepat, mudah dan Malas….
Mereka duk menjaja Company ni berdaftar dengan SSM lah, ada Sdn. Bhd. lah dan pelbagai lagi..tetapi mereka tidak tahukah bahawa mendaftar perniagaan dengan SSM itu sesiapa sahaja boleh buat … mereka mungkin mendaftar menjalankan perniagaan lain tetapi modus operandi mendapatkan deposit tu di bawah bidang kuasa pihak lain pula…Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti!
Dan yang paling mengharukan, apabila ditanya kepada mereka, apakah bisnes yang dijalankan oleh company tersebut sehinggakan boleh memberi jaminan pulangan yang tetap…???
Macam biasalah mereka menjawab tentang perkara yang menghairahkan tentang pelaburan seperti berlian ,batu permata, emas, balak, dan ada juga yang dicanang menjadi Stokis yang besar…
Tetapi apabila ditanya Stokis tu jual apa? Mereka hanya tahu menjawab Stokis tu jual barang-barang…Barang apa? Mereka pun tidak tahu..??? Hai kesiannya …mereka ini….lemah betul!
Itulah, kalau ada di antara kita yang melabur hanya melihat kepada pulangan yang dijanjikan dan bukannya hendak mengkaji dan membuat penilaian logik sebelum melabur…
Apabila ingin melabur anda perlu tahu tentang operasi syarikat berkenaan, apa aktiviti mereka, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan bagaimana aktiviti mereka itu menyumbang kepada perolehan sayarikat…
Dalam dunia ini, jika dilihat secara logiknya tiada siapa pun yang sudi berkongsi keuntungan yang besar dengan penyumbang modal mereka!
Lihat sahaja pihak Bank, anda smpan wang dengan mereka, berapa yang diberi kepada anda?
Jika disimpan dalam Akaun Simpanan Biasa tidak sampai 1% pun. Jika dalam FD simpanan tetap tidak sampai 4% pun. Tetapi tahukah anda, pihak bank mengenakan faedah 10% menggunakan wang anda tetapi mereka hanya beri 1% hingga 2% sahaja kepada Anda! Maka tidak hairanlah pihak bank terus mencatatkan keuntungan juta ringgit bahkan berbillion…
Dan yang paling menghairankan, mereka yang melabur dalam skim seumpama dengan skim cepat kaya ini, tidak pernah terfikir bahawa terlampau banyak perkara yang menjadi syak kepada pelaburan mereka.
Contohnya, ada sesetengah skim atau program tersebut secara terang-terangan dan jelas cuba berselindung dengan tidak memberi apa-apa dokumen Hitam Putih kepada para pelaburnya…apakah ini sesuatu yang boleh diterima jika anda melabur puluhan RM tetapi tiada satu pun kenyataan yang menunjukkan anda adalah pelabur kepada Company berkenaan???
Jika anda simpan wang di Bank anda dengan hanya dua tiga ratus RM pun ada buku akaunnya, inikan pula pelaburan yang puluhan ribu RM…!
Jadi saranan saya jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan kaji dahulu, apakah aktiviti perniagaan tersebut, kerana pelaburan berkait rapat dengan permintaan dan tawara dalam ekonomi semasa dan bukannya hanya kepada Janji Pulangan Secara Tetap Setiap Bulan Berdasarkan Jumlah Modal Yang Anda Laburkan…
Berhati-hatilah…kerana di luar sana, terlalu ramai yang ingin mengambil wang daripada poket anda,….
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 21 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,
“Apa itu Unit Trust?”
“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “
jawab saya ringkas!
Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.
Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.
Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.
Kawan saya bertanya lagi kepada saya,
“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”
Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.
Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.
Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.
Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.
Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.
Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 14 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog PemikirKaya!
Ramai yang ingin terlibat dalam dunia pelaburan terutamanya dalam pelaburan saham tidak tahu bahkan tidak mengetahui kategori-kategori saham yang ada dalam pasaran saham.
Baiklah bagi memudahkan anda, berikut saya senaraikan dan huraikan secara ringkas tentang Kategori Saham yang biasanya dinyatakan oleh broker saham secara umumnya untuk mengkategorikan jenis saham yang berbeza-beza.
Saham mewah
Ialah saham syarikat dengan rekod prestasi pendapatan tinggi dan dividen baik yang tidak terjejas. Syarikat ini mempunyai asas yang kukuh, memberi dividen yang baik (5-8%) dan mempunyai perniagaan yang stabil. Sebaliknya saham yang terakhir sekali ialah third liners iaitu syarikat dengan asas yang lemah.
Second liners
Ialah saham yang kedudukannya antara saham mewah dengan third liners.
Saham pertumbuhan
Ialah saham syarikat yang memberikan pertumbuhan yang tinggi. Syarikat ini mengekalkan perolehan untuk terus mengembangkan perniagaan dan oleh itu biasanya memberikan dividen yang rendah. Tetapi syarikat sepatutnya memberi perolehan modal tinggi kerana harga saham mereka naik bersama-sama perniagaan.
Saham kitar
Ialah saham yang bergantung kepada kitaran ekonomi. Sebagai contoh, industri berat dan keluli yang lazimnya berprestasi baik apabila berlaku pengembangan ekonomi, dan merosot apabila keadaan ekonomi teruk. Prestasi syarikat seperti ini bergantung kepada kitaran perniagaan.
Saham pendapatan
Ialah saham yang membayar dividen yang tinggi dan lumayan, misalnya syarikat rokok.
Saham bertahan
Adalah baik untuk pelaburan apabila prospek ekonomi menjadi suram. Ini ialah saham yang paling kurang dipengaruhi oleh kemerosotan ekonomi, umpamanya syarikat perniagaan makanan dan barang pengguna. Ia merupakan saham dengan pendapatan masa hadapan yang dapat bertahan dengan kemerosotan ekonomi.
Itulah beberapa kategori saham yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum anda terjun melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham atau sebelum anda memilih mana-mana kaunter pelaburan anda.
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 13 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!
Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!
Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!
Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami definisi sebenar pelaburan maka adalah lebih mudah untuk anda memahami topik penulisan pelaburan saya selepas ini. Jadi, teruskan bersama saya dalam artikel yang akan datang!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Posted by Thinkerich on 12 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog PemikirKaya dot com,
Apa khabar? Semoga sihat semuanya!
Ada di antara kenalan yang bertanyakan kepada saya tentang pelaburan. Kata mereka kebanyakan orang yang menjadi kaya adalah mereka yang terlibat dalam pelaburan.
Ya, memang benar! Pelaburan adalah senjata utama untuk mencapai kekayaan. Dan kerana itulah juga ramai yang ingin cepat menjadi kaya sering terpedaya dengan pelbagai bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan dan keuntungan segera seperti pelaburan internet dan skim cepat kaya!
Jadi, mereka bertanya saya,
“Di mana saya boleh melabur?”
Baiklah, untuk melabur perkara pertama yang perlu anda ada adalah ilmu atau pengetahuan tentang asas pelaburan!
Tanpanya anda mungkin akan terjebak dengan pelaburan yang ntahapapantah…yang akhirnya wang pelaburan anda menjadi peleburan!
Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk mengembangkannya.
Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang.
Perkara pertama,
Kumpul barang yang nilainya akan naik
Keduanya,
Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan tetapi, membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh pendapatan daripada sewaan.
Ketiganya,
Beli saham dan bon
dan keempatnya,
Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu, bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan yang lebih banyak.
Itu antara empat bentuk asas pelaburan yang sering digunakan oleh orang yang menjadi kaya. Jadi, Apa Pelaburan Pilihan Anda?
Oleh kerana pelaburan ini penting, bahkan teramat penting untuk menjadikan seseorang itu kaya, maka mulai dari hari ini, saya telah wujudkan kategori baru bagi artikel di blog ini iaitu pelaburan!
Saya akan perjelaskan dari masa ke semasa mengenai topik pelaburan dalam penulisan blog ini pada masa akan datang. Semoga anda dapat info yang berharga tentang pelaburan dan seterusnya memudahkan anda untuk menjadi kaya!
Salam kekayaan,
THINKERICH