Unit Trust

Archived Posts from this Category

ASB ATAU UNIT TRUST, MANA LEBIH BAIK?

Posted by Thinkerich on 14 Jan 2010 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust, Kewangan Peribadi

Salam pembaca PemikirKaya!

Saya banyak mendengar komen dan ulasan seperti berikut:-

“ASB tak boleh compare dengan Unit Trusts..”

Dan, hakikatnya saya SETUJU!

Setuju yang macamana?

Begini maksud saya, ASB itu sebenarnya adalah Unit Trusts, jadi kenyataan bahawa ianya tak boleh nak dibandingkan adalah tepat!

Ini kerana ASB adalah salah satu dana Unit Trust(Unit Amanah) dalam kategori pendapatan yang diuruskan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad(PNB), manakala  Unit Trusts itu sendiri pula adalah produk atau alat pelaburan kewangan jangka masa panjang, yang diuruskan oleh pengurus dana kerajaan seperti PNB dan pengurus dana swasta seperti Public Mutual (ada lebih kurang 38 pengurus dana unit amanah swasta di Malaysia).

Setakat ini saya harap pembaca semua faham.

Namun begitu, dana ASB masih boleh  dibuat perbandingan dengan dana Unit trust dalam kumpulan atau jenis yang sama iaitu mana-mana produk unit trusts dana pendapatan dari mana-mana pengurus dana unit trusts swasta.

Ada yang buat pelbagai analogi seperti  perbandingan ciku dan durian

Tetapi  bagi saya adalah lebih tepat jika kita buat perbandingan di antara penjual ciku dengan penjual ciku, dan penjual durian dengan penjual durian itu sendiri…

Masing-masing menjual produk yang sama tetapi bezanya dari segi harga dan kualiti..

Samalah juga dalam produk unit trust ini, masing-masing ada jual pelbagai bentuk produk dan dana, maka seharusnya dibandingkannya dari kumpulan yang sama.

Banyak konsultan unit trust buat perbandingan pulangan di antara ASB dari jenis dana pendapatan dengan dana mereka dari jenis ekuiti pertumbuhan modal..

Sudah pasti sememangnya  dalam jangkan masa panjang dana ekuiti pertumbuhan modal memberikan pulangan yang lebih tinggi..

Bagi saya tidak salah untuk menunjukkan perbandingan tersebut tetapi harus dijelaskan ianya adalah suatu PILIHAN yang kita ada sama ada untuk melabur dalam dana pendapatan atau pertumbuhan modal.

Sebab utama kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang optimum! Bukannya untuk mendapatkan kerugian!

Jadi kita perlu faham apakah tahap penerimaan risiko, sebab tak semua orang mempunyai tahap penerimaan yang sama.

Ada yang inginkan jaminan modal, ada yang inginkan pulangan yang sederhana dan tak kurang pula yang inginkan keuntungan yang maksimum!

Rumusannya, semua orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Tak boleh pakai pukul rata aje..!

Jadi jika anda ingin melabur, tak kira sama ada dalam unit trust atau pelaburan lain, ambil kira PERANCANGAN kewangan anda dan bukannya produk kewangan…

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

FMUTM KINI FIMM

Posted by Thinkerich on 08 Jul 2009 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust


Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) kini telah pun menukar logo dan nama baru mereka kepada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Ini bermakna badan ini telah meluaskan skopnya bukan sahaja dalam pelaburan unit amanah tetapi mencakupi kesemua bentuk operasi pelaburan di Malaysia.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

999 JUTA UNIT AMANAH SAHAM MALAYSIA HABIS DIJUAL DALAM MASA SETENGAH HARI!

Posted by Thinkerich on 24 Apr 2009 | Tagged as: Unit Trust

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan tawaran unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM)  sejumlah 3.33 billion pada Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Johor Bharu.

Daripada jumlah itu, 999 juta unit kuota yang ditawarkan  kepada kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya dalam masa satu setengah hari sahaja!

ASM kaum Cina Habis“, lapor sebuah akhbar!

Kuota kira-kira 30 peratus itu, habis dilanggan sepenuhnya oleh mereka tepat jam 12.17 tengahari!

Manakala 1.665 billion unit yang ditawarkan kepada kaum bumiputera, hanya 7.65 juta unit sahaja yang berjaya dijual!

Manakala 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit untuk kaum India pula telah dilanggan.

Lihat, bagaimana penerimaan dan pemahaman serta kebijaksanaan kaum Cina dan India merebut peluang dalam pelaburan unit amanah yang dijamin oleh kerajaan!

Bandingkan nilai pelaburan antara kaum. (Pada kadar seunit = RM1.00)

Lihat kaum Cina telah melabur sejumlah RM999 juta dalam masa setengah hari sahaja, kaum India pula RM53.5 juta dalam masa satu hari, manakala bumiputera termasuk majoriti kaum Melayu hanya melabur sekitar RM7.65 juta unit!

Lihat berapa jauh bezanya?

Apakah kaum bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk melabur dalam unit Amanah Saham Malaysia kerana masih terlalu taksub dengan pelaburan Skim Cepat Kaya yang masih berleluasa sehingga kini?

Atau mungkin mereka lebih selesa dengan ASB yang setakat ini masih mampu memberikan dividen tahunan yang lebih kompetitif?

Atau mungkin mereka juga tidak mempunyai kesedaran tentang simpanan untuk masa depan bagi pelaburan jangka masa panjang?

Atau mungkin juga mereka tak ada wang yang cukup untuk melabur dalam unit amanah PNB  ini (yang menjamin nilai modal pelaburannya) hanya kerana gagal mengurus dan merancang kewangan mereka?

Saya hanya mampu memberi persoalan dan kemungkinan!

Mungkin para pembaca boleh memberi pendapat atau komen?

Silakan ….

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Maaf agak lama tak bersama dengan anda semua!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

SIMPAN DAHULU BELANJA KEMUDIAN

Posted by Thinkerich on 01 Dec 2008 | Tagged as: Unit Trust, Kewangan Peribadi

Salam Pembaca Blog PemikirKaya!

Alhamdullilah, kita dapat bersua lagi kali ini dan saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dapat berkongsi idea melalui penulisan di blog ini…

Dalam saya menyampaikan ceramah dan taklimat kewangan kepada para peserta, saya dapati rata-rata kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan  pengurusan kewangan yang biasa - biasa yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak berjaya dalam pengurusan kewangan mereka.

Ya, yang biasa-biasa dilakukan oleh ramai orang!

Dan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, maka hasilnya pun sama dengan apa yang diperolehi oleh kebanyakan orang.

Sudah, tentu anda pun tahu kebanyakan orang di luar sana  terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius!

Kenapa anda ikut cara mereka jika anda tahu apa yang dilakukan itu tidak betul?

Saya tahu, anda sebenarnya tidak tahu apa yang anda lakukan itu sebenarnya tidak betul! Tetapi anda tiada pilihan lain lagi sebabnya anda tidak tahu bagaimana lagi caranya…

Baiklah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan ini, biar saya berkongsi dengan anda tip ini….Simpan Dahulu Sebelum Anda Berbelanja..

Ya, anda tentu pernah dengar( jika pernah la ;) ) saranan bayar dahulu 10% untuk diri anda bukan? Konsep yang sama!

Tetapi saya ingin tegaskan kepada anda , jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu patuhi saranan ini.

Tanpanya anda mungkin tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik buat selamanya…

Mungkin ada di antara anda yang mula bertanya,

“Saya faham perlu disimpan 10%, tetapi mahu simpan di mana? “

Oh, maafkan saya, biar saya jelaskan secara terperinci di sini…

 

Simpanan 10% daripada pendapatan anda itu perlu disimpan dalam instrumen kewangan pelaburan jangka masa panjang yang mungkin boleh digunakan untuk persaraan anda suatu hari kelak.

 

Sudah tentulah tempat terbaik bagi mereka yang tiada kemahiran teknikal berkenaan pelaburan adalah melalui Unit Trust!

 

Ini kerana dalam jangka masa yang panjang pulangan daripada Unit Trust adalah lebih baik berbanding simpanan biasa mahu pun simpanan tetap!

 

Anda boleh pilih sama ada untuk memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh kerajaan seperti ASB, ASN, ASW dan sebagainya atau memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh pengurus swasta seperti Public Mutual..

 

Namun begitu, anda perlu tahu ciri dan perbezaan di antara dana yang diuruskan oleh PNB (kerajaan) dengan Public Mutual (pengurus dana swasta)…

 

Dana yang diuruskan PNB sebagai contoh ASB adalah dana Pendapatan manakala dana Public Ittikal  yang diuruskan oleh Public Mutual pula adalah dana Pertumbuhan/Pengembangan Modal.

 

Apakah ciri yang membezakan keduanya lagi?

 

Saya akan sambung pada artikel yang seterusnya…

 

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

PUBLIC MUTUAL MENANG ANUGERAH KLIFF KALI KE 2 BERTURUT-TURUT

Posted by Thinkerich on 21 Nov 2008 | Tagged as: Unit Trust

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang berita kejayaan Syarikat Pengurus Dana Unit Amanah No.1 Malaysia, Public Mutual yang memenangi sekali lagi Anugerah KLIFF buat tahun kedua berturut-turut.

Ini membuktikan bahawa Public Mutual adalah Pengurus Dana Unit Amanah yang sememangnya boleh diharapkan bagi membantu anda mendapatkan pulangan pelaburan dalam jangka masa sederhana atau panjang secara optima (paling baik)!

Berita baiknya di sini jika anda memerlukan khidmat runding dan nasihat tentang Unit Amanah Public Mutual, usah segan atau risau untuk menghubungi saya segera! kerana saya sedia memberikan maklumat lanjut khas untuk Anda!

Saya Bisa Mengaturkannya Untuk Anda :)

Baiklah untuk pengetahuan anda  Public Mutual adalah anak syarikat milik penuh  Public Bank. Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka bagi 2 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2008 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-5.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II kepada Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 18 November 2008 di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Tahun 2008 Anugerah KLIFF Kewangan Islam ke-5 dikendalikan oleh The Centre for Research and Training (CERT) dengan Halal Industry Development Corporation (HDC), dengan kerjasama Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM), the International Institute of Islamic Finance (IIIF) dan Messrs Hisham, Sobri & Kadir (HSK).

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (kiri) berbangga menerima anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka daripada Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II

 

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Teh telah menyatakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi memenangi anugerah yang berprestij ini. “Anugerah ini merupakan anugerah ke-121 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999.

Memenangi anugerah tersebut bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan pemimpinan kami di industri unit amanah Islam tetapi juga mengesahkan komitmen kami dalam mencapai kecemerlangan,” tambah beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and para pelabur atas sokongan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.
Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada akhir bulan September 2008, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM8.5 bilion. Ini merupakan 50.7% daripada bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.

Syarikat tersebut juga merupakan pengurus dana unit amanah Islam yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, memenangi sebanyak 32 anugerah dana Islam. Ini termasuk “Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia untuk tahun 2006 and 2007” daripada Failaka Advisors, Dubai, pemimpin yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 62 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah. Pada akhir bulan September 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM24.1 bilion.

Tahniah diucapkan kepada Public Mutual di atas kejayaan dan kecemerlangan tersebut.  Bagi mereka yang telah bertindak dan memilih Public Mutual sebagai pilihan mereka tahniah juga diucapkan kerana telah membuat pilihan yang tepat!

Bagi anda yang belum bertindak, jangan buang masa lagi kerana lebih lama anda menangguhkan tindakan untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan, maka anda  terus berada dalam kerugian!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

KONSEP UNIT AMANAH

Posted by Thinkerich on 17 Oct 2008 | Tagged as: Unit Trust

perniagaan internet

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Masih ramai yang kurang jelas tentang konsep sebenar Unit Amanah atau Unit Trusts sehinggakan ada yang menyamakannya dengan pelaburan saham secara bulat-bulat..!

Tolong hentikan salah faham tersebut! Baca apa yang ingin saya jelaskan dan huraikan kepada anda semua agar anda dapat memahami asas dan konsep sebenar bagaimana ianya berfungsi.

Baiklah, untuk memudahkan anda faham akan konsep Unit Amanah ini, anda perlu lihat kepada perkara berikut:-

Apabila disebut Unit Amanah secara tidak langsung ianya  melibatkan satu dokumen yang dipanggil SURAT IKATAN AMANAH yang dihasilkan dan dihidupkan.

Ianya adalah satu dokumen yang melibatkan tiga pihak iaitu antara Pemegang  Unit, Pengurus Dana dan Pemegang Amanah (trustee).

Pelaburan Unit Amanah tidak sama dengan instrumen pelaburan lain seperti Saham dan Hartanah yang dapat memberikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Namun begitu, dalam jangka masa yang panjang ianya berpontensi untuk memberikan pulangan yang baik dan lumayan bergantung kepada keupayaan pengurus dana berkenaan.

Ini kerana Unit Amanah secara relatifnya berisiko rendah jika kita bandingkan dengan saham biasa yang didagangkan di pasaran tetapi di kalangan unit amanah tersebut ada juga yang berisiko tinggi.

Jadi jika anda ingin menempatkan wang anda dalam Unit Amanah, anda perlu faham bahawa ianya bukanlah tempat untuk anda mendapat pulangan dan keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi untuk suatu tempoh masa sedehana(lebih 3 tahun - 5 tahun) atau jangkamasa panjang (10 tahun atau lebih) dan amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai pelan pesaraan dan juga pelan simpanan untuk pendidikan anak-anak.

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

CAJ SAHAM UNIT AMANAH @ UNIT TRUST

Posted by Thinkerich on 12 Sep 2008 | Tagged as: Unit Trust

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Ada orang bertanya pada saya tentang pelaburan Unit Amanah atau Unit Trust….

Dan ada dikalangan mereka rasa bimbang, takut dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat pelaburan dalam Unit Amanah kerana Caj yang dikenakan ke atas nilai pelaburan mereka…

Seorang teman menasihati rakannya yang berminat untuk memasuki pelaburan Unit Amanah…

Lihat Caj Saham Amanah Anda….”

 

Ya, itu satu nasihat yang baik…dan sebagai bakal pelabur anda perlu membuat penilaian yang sepatutnya.

Bagi agen yang memasarkan dana Unit Amanah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan perkara ini kepada bakal pelabur sebelum memasuki pasaran Unit Amanah…agar bakal pelabur dapat membuat pertimbangan sewajarnya.

Berbalik kepada persoalan tentang caj yang dikenakan oleh pihak Pengurus Dana, Kebanyakan dana ekuiti di Malaysia mengenakan caj sehingga 8% (6.5% Entry Fee + 1.5% Annual Management Fee)

Namun begitu anda perlu lihat perkara ini dengan sudut dan pandangan sebagai seorang pelabur yang optimistik dan bukannya pesimis….

Kita juga perlu lihat perkara ini dari sudut pandangan yang positif jika ingin mendapat pulangan yang diharapkan….

Jika anda bersikap pesimis dan negatif …sudah pasti anda tidak berpelunag untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada modal pelaburan anda itu…

Dan satu lagi perkara yang penting di sini, jika anda bersikap atau berfikiran negatif sedemikian, sudah pasti anda tidak akan cuba memasuki pasaran tersebut kerana tidak sanggup mengambil risiko kehilangan wang anda daripada dikenakan sedikit caj operasi pelaburan…

Sememangnya ada Unit Amanah yang tidak dikenakan caj langsung seperti dana yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun harus diingat dana seperti ASB adalah dana yang diuruskan oleh pihak kerajaan yang bermatlamat mendidik tabiat menabung, menyimpan dan melabur untuk kaum bumiputera di samping objektif utamanya untuk membantu meningkatkan pegangan ekuiti golongan tersebut dalam ekonomi negara.

Untuk menghilangkan kerisauan anda tentang caj ini, anda perlu lihat kepada situasi dan realiti sebenar dunia kewangan dan pelaburan.

Jika anda melabur terus di pasaran saham, anda juga dikenakan caj oleh pihak Broker yang menguruskan urusniaga jual beli saham anda,

Caj yang dikenakan adalah setiap kali anda masuk dan keluar daripada pasaran sekitar 1% bagi setiap urusniaga. Ini bermakna jika anda keluar dan masuk dalam pasaran saham sebanyak 10 kali, maka anda bakal dikenakan caj 10%  dalam tempoh masa tersebut….

Katakan urusniaga sebanyak itu dilakukan dalam masa setahun…jika 10 tahun anda telah dikenakan caj sebanyak 100%…

Saya tidak mengatakannya tidak bagus jika sekiranya anda boleh mendapat pulangan 300% hingga 400% dalam masa itu, tetapi sebaliknya ramai yang membuat urusniaga saham dengan menjual pegangan saham mereka ketika harga jatuh merundum….!

Berbeza dengan Unit Amanah, caj yang dikenakan hanya sekali sahaja setiap kali anda membuat pelaburan…katakan caj yang dikenakan 6.5% dan matlamat dan strategi utama pelaburan unit amanah adalah untuk jangka sederhana dan jangka masa panjang.

Katakanlah anda pegang unit pelaburan anda selama 10 tahun, anda hanya dikenakan caj 6.5% sahaja untuk tempoh 10 tahun!

Jika anda kerap pegang dan jual, sudah tentu kos caj yang perlu anda tanggung tinggi, oleh itu dalam pelaburan Unit Amanah ini anda dinasihatkan untuk ‘beli dan pegang’ dalam jangkamasa yang panjang bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan anda.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

APA ITU UNIT TRUST?

Posted by Thinkerich on 21 Aug 2008 | Tagged as: Pelaburan, Unit Trust

perniagaan internet

Salam pembaca Blog PemikirKaya!

Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,

“Apa itu Unit Trust?”

 

“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “

jawab saya ringkas!

 

Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.

Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.

Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.

Kawan saya bertanya lagi kepada saya,

“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”

 

Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.

Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb

Personal  Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Free Counter perniagaan internet