ALONG OH ALONG!
Posted by Thinkerich on 16 Aug 2008 at 10:24 pm | Tagged as: Kewangan Peribadi, Kepenggunaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya dot Com,
Semoga sihat ceria sentiasa hendaknya!
Apa cerita kita pada hari ini? Baiklah kali ini kita bercerita tentang… Along!
Bukan Along bagi panggilan ganti diri untuk anak sulung anda mahu pun anak buah anda tapi Along yang telah sinonim dengan dunia pinjaman wang!
Ramai yang tidak mengetahui bahawa selain daripada Along, ada juga syarikat yang menawarkan pinjaman yang sah dan berlesen, tetapi malangnya ada juga yang menyamakannya dengan Along! Kesian mereka ;(
Tetapi tahukah anda, siapakah atau badan manakah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen kepada syarikat pinjaman kewangan secara sah dan berlesen ini?
Ada yang kata , Kementerian Kewangan, ada juga yang kata, Bank Negara Malaysia!
Tetapi anda jangan terkejut jika saya beritahu kepada anda bahawa agensi yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas perkara ini adalah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan!
Aiks..! anda mungkin bertanya, apa kaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan syarikat pinjaman wang?
Baiklah biar saya jelaskan kepada anda!
Untuk pengetahuan anda, kuasa dan lesen ini dikawal selia oleh agensi di bawah Kementerian tersebut iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ini bermakna, jika anda berada di Johor Bahru dan terdapat syarikat pinjaman wang berlesen di sana maka ianya telah mendapat kebenaran dan lesen daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Baiklah, kita tinggalkan berkenaan dengan fakta tersebut dan kita berbalik kepada realiti sebenar dunia pinjaman wang ini yang begitu diminati oleh kebanyakan pengguna.
Ramai yang terjebak dengan pinjaman wang daripada Along adalah terdiri daripada para peniaga kecil dan sederhana, dan tidak ketinggalan juga golongan peminjam yang bekerja makan gaji.
Mereka ini jika tiada wang, tiada lain yang akan difikirkan oleh mereka selain cara mudah untuk mendapatkan wang, iaitu melalui pinjaman wang.
Jika mereka sudah hilang kelayakan dengan pihak Bank atau syarikat kewangan mahu pun koperasi maka mereka akan berusaha pula mencari Along!
Bagi mereka keperluan untuk memenuhi kemahuan dengan segera adalah lebih penting daripada segala-galanya. Mereka hampir terlupa dengan meminjam wang tersebut seolah-olah mereka berkata,
“Pinjamkan saya wang tersebut dan selepas ini saya akan bantu anda menjadi kaya dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk membayar balik jumlah yang berlipat kali ganda!”
Bayangkan, betapa teruknya kebanyakan orang disekeliling kita sebaik berurusan dengan wang di tangan mereka.
Mereka berfikiran terlalu singkat! Sesingkat Wang yang dipegang ditangan mereka.
Mereka lakukan semua ini adalah kerana mereka kurang kesedaran atau mungkin kerana tiada langsung ilmu dalam pengurusan kewangan.
Justeru itu, saranan saya jika anda tidak mampu, jangan sekali-kali meminjam!
“Tetapi Bagaimana saya nak tahu yang saya tidak mampu?”,
mungkin ada di antara anda bertanya!
Eerrks!….Jawabnya mudah sahaja, Apabila anda memutuskan untuk MEMINJAM
!
Salam kekayaan,
THINKERICH







Saya ingin menjadi kaya, tetapi tidak mampu, maka terpaksa meminjam. Sebab ada projek yang ingin dimulakan segera, tetapi memerlukan modal…
Masalahnya dah banyak bank yg dimohon, tetapi masih gagal mendapatkan pinjaman..
Kat mana lagi boleh saya buat pinjaman (good debt) ..? Atau ada individu2 yg mempunyai kemampuan untuk memberi pinjaman kpd org Melayu lain sbg modal peniagaan…? Nak pinjam utk jangka masa 2 ke 3 tahun saja..
Ahmad,
Bank mungkin tidak meluluskan pinjaman saudara, mungkin berdasarkan penilaian mereka ke atas kertas kerja saudara(sekiranya ada)
Kertas kerja perniagaan dan rekod urusniaga penting sebelum bank meluluskan pinjaman kerana mereka ingin memastikan anda mampu membayar balik jumlah pinjaman bersama interest yang ditawarkan…
Jika saudara betul-betul mempunyai plan perniagaan yang bagus cuba dapatkan pinjaman daripada sauadara mara…itu pun jika sedara dapat meyakinkan mereka yang bisnes anda mampu beroleh keuntungan
Ahmad,
saya ada kawan di buat loan dgn Al-radhji ke klu x silap.
tp senang la dia dapat pinjaman. Dan sekarang alhamdulillah bisnes dia ok. dia bukak kedai makan. klu u nak nti saya tny la dia mcm ne dia dapat pinjamn tu semudah dia dapat. mana tau dia blh rekemen kan ke.
casanova,
Terima kasih kerana turut berkongsi maklumat dalam Blog ini..saya amat menghargai dan mengalu-alukannya..
Ahmad,
Jika dapat pinjaman nanti gunakannya secara bijaksana untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank…
sama2, saya pun sbnrnya tgh on the way nak buat pinjaman jgk.