Salam pembaca blog,

Anda mungkin salah seorang daripada penggemar coklat, atau mungkin ada di kalangan ahli keluarga anda turut menggemarinya. Tetapi anda perlu berhati-hati mulai sekarang, kerana maklumat yang diperolehi ini mungkin dapat membantu anda dan ahli keluarga agar lebih berhati-hati dalam memilih coklat kegemaran anda.

Ini kerana pendedahan yang telah dibuat daripada artikel BBC News berkenaan produk keluaran Masterfood Company (Mars) yang mengandungi bahan tambah daripada produk haiwan yang boleh meragukan.

Menurut pendedahan oleh artikel berkenaan, syarikat pembuat coklat tersebut mula menggunakan produk haiwan yang dikenali sebagai ‘rennet’ (ada yang mengaitkan produk ini dengan ‘pork’) di dalam setiap produk coklat keluaran mereka. Anda boleh merujuk artikel asal tersebut di BBC News dan juga daripada Vegetarian Society

Walaupun ‘rennet’ ini yang dirujuk pada kenyataan artikel tersebut menyatakan ianya berasaskan ‘usus/perut anak lembu’, secara dasarnya ianya sudah pasti menimbulkan keraguan dari aspek kaedah pengambilan bahan tersebut sama ada ianya memenuhi tuntutan syariah Islam atau pun tidak?

Berikut di senaraikan produk yang diragui tersebut:-

  • Bounty
  • Celebrations
  • Dove Chocolate
  • Flyte
  • Galaxy
  • Kudos (North America)
  • Lockets
  • M-Azing (North America)
  • Maltesers
  • M&M’s
  • Mars Bar
  • Mars Delight
  • Milky Way
  • Minstrels (UK only)
  • Mars Planets (newly inroduced in UK)
  • Skittles
  • Snickers (The top-selling candy bar in the United States. Known in the UK as Marathon until 1990.)
  • Starbur st (Originally Opal Fruits in the UK .)
  • 3 Musketeers ( North America )
  • Topic
  • Twix
  • Snicker’s Marathon Energy Bar
  • AquaDrops

Memandangkan ianya produk keluaran luar negara yang menggunakan bahan daripada haiwan yang tidak dapat dikenalpasti tahap HALAL, maka sewajarnya kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati dalam pemilihan dan pengambilan produk tersebut.

Semoga ianya bermanfaat dan membantu anda!
THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb