HARGA MINYAK NAIK !
Posted by Thinkerich on 05 Jun 2008 at 08:17 am | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca blog…
Harga Minyak Naik ! Harga Petrol Naik kepada RM2.70 dan Harga Diesel Naik kepada RM2.58 mulai 5 Jun 2008…maka mulai daripada jam 7 petang tanggal 4 Jun 2008 semalam, fenomena luar biasa kelihatan di semua stesen minyak di seluruh negara.
Fenomena ini hanya dapat dilihat dan muncul setiap kali berlaku kenaikan harga minyak petrol dan diesel. Jika dalam dekad yang lalu fenomena ini agak sukar untuk dilihat, namun sejak beberapa tahun ini (5 tahun kebelakangan ini) fenomena ini sudah menjadi lumrah kerana hampir setiap tahun, pasti akan ada kenaikan harga bagi komoditi ini .
Kenderaan tersusun mencecah hampir berkilo-kilometer jaraknya daripada stesen minyak. Polis Trafik terpaksa bekerja keras pada malam 4 Jun 2008, gara-gara pengumuman Kenaikan Harga Hampir 40 peratus pada malam tadi.
Khabar angin yang bertiup kencang sepanjang hari kelmarin yang menyatakan Petrol Naik 89 sen akhirnya menjadi realiti dan trauma kepada semua rakyat Malaysia biarpun harga yang diumumkan sebenarnya hanya 78 sen seliter bagi petrol.
Kelihatan berpuluh buah kenderaan berderet-deret menanti giliran untuk memenuhkan tangki dengan kadar harga terakhir RM1.92 seliter…sebelum jam 12 tengah malam tadi.
Kelihatan juga sebilangan besar rakyat ‘kepimpinan Pak Lah’, yang membawa tong-tong kosong dengan harapan pembelian sebelum jam 12 tengah malam tadi akan dapat membantu menjimatkan kos petrol mereka sehingga minggu depan sebelum mereka mula membayar kenaikan harga minyak tertinggi dalam sejarah Malaysia hari ini. Harga Petrol Naik 78 sen manakala Diesel Naik RM1 bagi setiap liter…
Jadi dalam situasi sebegini, golongan manakah yang bakal merasai kesan atau beban yang paling teruk? adakah golongan miskin? sederhana? atau Kaya?
Golongan miskin sudah pasti tetapi tidaklah seteruk golongan sederhana, jauh sekali mereka yang kaya. Kenapa begitu?
Pertama, daripada kesan tidak langsung yang bakal dirasai oleh golongan miskin adalah kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran kenaikan ini. Namun begitu, mereka tidak pula menyumbang kepada pengguna yang terbesar dalam penggunaan petrol dan diesel.
Ini kerana mereka mungkin tidak mempunyai kenderaan, jika ada pun mungkin sebuah motosikal. Dan bagi tahap miskin yang lebih baik, mungkin mereka memiliki kenderaan yang rendah keupayaan enjinnya. Jelas sekali mereka bukanlah golongan yang paling aktif menggunakan petrol.
Bagi yang kaya pula, mereka tidak mungkin terganggu bahkan terancam dengan perkara ini kerana mereka memiliki kebijaksanaan dalam pengurusan kewangan mereka (sebab itulah mereka menjadi kaya)..
Bagi mereka yang berada di kelas pertengahan atau golongan sederhana, mereka adalah golongan yang paling terbeban dengan kenaikan minyak ini. Ini kerana mereka adalah antara golongan yang paling ramai menggunakan kenderaan yang juga kebanyakan berkuasa enjin sederhana.
Golongan ini jugalah yang paling aktif bergerak menggunakan bahan api sama ada petrol mahu pun diesel. Ini kerana kebanyakan daripada mereka adalah yang berkerjaya dan memerlukan kenderaan untuk memudahkan urusan mereka seharian.
Siapakah yang tergolong dalam kelas ini?
Mereka adalah terdiri daripada kebanyakan rakyat yang bekerja ‘makan gaji’ tidak kira sektor awam mahu pun swasta.
Ini disebabkan oleh keupayaan mereka untuk memiliki kenderaan dan golongan inilah yang paling mudah mendapat pembiayaan untuk pembeliaan kenderaan.
Sudah tentulah apabila mereka ada kenderaan, pasti mereka perlukan minyak sebagai bahan api bagi memandu kenderaan mereka.
Golongan ini jugalah yang sentiasa rancak menjalankan kegiatan ‘trade in’ kenderaan mereka, yang amat membantu industri automobil dan industri perbankan dan kewangan negara.
Setiap kali sesebuah pengeluar kenderaan melancarkan model baru, maka bersesak-sesaklah golongan ini di ruang pameran kenderaan kemudian kelihatan pula mereka berada di syarikat kewangan mahu pun bank untuk memohon pinjaman.
Maka berkuatkuasa hari ini 5 Jun 2008, adakah kadar Inflasi Naik Mendadak?
Jika anda tidak jelas, biar saya berikan contoh dan gambaran buat anda semua!
Jika semalam(kelmarin) iaitu sebelum 5 Jun 2008, anda mengisi tangki minyak kenderaan dengan isian penuh sebanyak RM100.00 tetapi mulai hari ini dengan kenaikan hampir 40% daripada harga sebelumnya, sama ada anda sedar atau tidak, anda perlukan RM140.00 untuk isian penuh tangki kenderaan anda.
Tambahan sebanyak RM40.00…!!! Hampir separuh anda perlukan wang tambahan untuk hidup seperti hari-hari sebelumnya…
Faktanya, nilai wang yang ada pada anda sudah jatuh! Berkuatkuasa hari ini, RM100.00 yang anda ada tidak lagi boleh membeli setangki penuh minyak kenderaan untuk anda kerana ianya memerlukan RM140.00..!
Dengan kata lain, RM100.00 yang anda miliki sebelum 5 Jun 2008, adalah lebih tinggi nilainya…kerana anda mampu membeli setangki minyak penuh..
Tetapi hari ini anda perlukan RM140.00 untuk mendapatkan keperluan yang sama..inilah antara pendorong inflasi !
Salam kekayaan dan kepenggunaan,
THINKERICH







minyak naik 40%
bukan byk investment boleh bagi return sebanyak tu. ish ish …
belum campur kos kenaikan lain.
kena plan baru lagi..
PaKdi,
Betul tu…! setuju benar saya dengan Pakdi…
Dalam situasi sekarang kita tidak boleh sekadar mengeluh sahaja…kerana ia tidak akan membawa kita kemana pun..
Adalah lebih baik kita semua fikirkan plan baru untuk ’survive’ bak kata pepatah :-
“jika kita ada rezeki secupak beras maka kita kena berusaha jadikannya segantang” (segantang = 4 cupak)
Salam Kekayaan,
THINKERICH
p/s: PakDi kalau dah dapat plan investment yang boleh bagi return 40% jangan lupa beritahu…saya pun minat jugak
he..he..
Satu perkongsian yang mnarik!
Inflasi yang memang memberi kesan kepada golongan pendapatan sederhana seperti saya..
Wargh!!!
Inilah hadiah daripada pilihanraya untuk rakyat!
ntah la…apa2 pun kita terpaksa hadapi apa yg berlaku dan akan berlaku lepas nie…
Razif..,
Thanks…
Zool..,
Inflasi yang kesannya dirasai oleh semua…jadi kenalah berusaha untuk menghadapinya
Afyan..,
Hadiah Istimewa…;P
Siberman…,
hidup mesti diteruskan…:0
Ya…Harga minyak naik dengan mendadak mynyebabkan penduduk
tidak dapat menyesuaikan diri pada ketika masa…harga minyak perlu naik secara beransur-ansur untuk meringankan beban penduduk…
John,
Kita tunggu pengumuman kerajaan nak turunkan harga minyak mulai 1 September 2008