INGAT HARI INI KEMPEN SEHARI TIDAK BERBELANJA..!
Posted by Thinkerich on 16 Jul 2008 at 01:57 am | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca PemikirKaya dot com,
Sebagaimana anda semua sekalian maklum, hari ini 16 Julai 2008 adalah Kempen Sehari Tidak Berbelanja.!
Jadi bagaimana adakah anda telah membuat persediaan?
Lakukan apa sahaja untuk menjayakan program kempen ini, tidak kira sama ada anda berpuasa pada hari ini, tinggalkan kad kredit, kad ATM dan wang tunai anda di rumah,
Mula sediakan sarapan pagi di rumah, bawa bekalan untuk makan tengahari di tempat kerja dan makan malam bersama keluarga di rumah.
Ingat untuk mencapai kejayaan dan kebebasan kewangan, anda perlu ada DISPLIN yang tinggi.
Harus diingatkan sekali lagi bahawa anda tidak boleh berbelanja walau satu sen pun sama ada melalui kad kredit, tunai mahu pun perbankan internet! Mulai jam 12.00 pagi hinggalah 11.59 malam 16 Julai 2008!
Anda hanya boleh berbelanja kembali pada jam 12.01 pagi 17 Julai 2008!
Semoga berjaya!
Salam kekayaan,







Puasa ajela. kan senang. JImat duit. Pahala pun dapat. Dapat cegah maksiat lagi tu..