MAS vs AIR ASIA
Posted by Thinkerich on 05 Sep 2008 at 09:39 pm | Tagged as: Motivasi Perniagaan, Kepenggunaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Apa khabar? Semoga sihat semuanya…
Baiklah hari ini apa kata kita lihat strategi perniagaan yang dilakukan oleh dua buah syarikat penerbangan di negara kita yang terus bersaing di antara satu sama lain untuk menguasai pasaran penerbangan domestik negara.
Jika sebelum ini pihak pengurusan AIRASIA mendakwa pihak MAS meniru strategi tambang murah mereka termasuk memaparkan iklan dalam warna merah yang sama sebagaimana AIRASIA, pihak MAS telah pun menukar kepada warna biru!
Kini pihak MAS sekali lagi berusaha mempromosikan Tambang Rendah Setiap Hari semasa pameran MATTA hari ini sehingga Ahad.
Yang menariknya, kali ini pihak MAS dalam satu kenyataan oleh Pengurus Besar Kanannya, Datuk Bernad Francis berkata;
“MAS melanjutkan promosi Tambang Rendah Setiap Hari mereka dengan dua juta tempat duduk di pameran tersebut. Ini disebabkan permintaan popular daripada pelanggan yang menikmati tambang bernilai kami yang disokong perkhidmatan lima bintang termasuk penyediaan makanan dan minuman semasa penerbangan, jadual yang mudah, penerbangan tepat masa, kebenaran bagasi 20 kg, kerusi diperuntuk dan faedah lain,”
Jika anda perhatikan pihak MAS telah menukar strategi perniagaan mereka dan mula mencontohi AIRASIA dengan menawarkan Tambang Rendah Setiap Hari dan yang paling menariknya, mereka menawarkan sesuatu yang tidak ditawarkan oleh pihak AIRASIA iaitu;-
- Perkhidmatan ‘5 star’
- Penyediaan Makanan dan Minuman semasa penerbangan
- Jadual Yang Mudah dan Tepat Masa
- Kebenaran Bagasi 20 kg
- Peruntukan kerusi semasa daftar masuk
Jika anda diberi pilihan, saya percaya anda tidak kisah untuk membayar sedikit lebihan Caj Lapangan Terbang (AirAsia mengenakan caj yang lebih murah kerana tidak menggunakan kemudahan ‘airport bridge’- terpaksa berpanas dan berpayung jika hujan dan terpaksa menaiki tangga besi ke pesawat).
Ini kerana anda mungkin tidak perlu khuatir dengan kejadian pembatalan penerbangan yang selalu dialami oleh penumpang AirAsia, tidak perlu mengeluarkan wang poket anda untuk menikmati Mee Segera di awan biru yang mencecah puluhan ringgit, tidak perlu mengeluarkan wang poket anda sebanyak RM5.00 bagi setiap bagasi anda dan akhir sekali tidak perlu berebut-rebut untuk memilih ’seat’ anda sendiri.
Jadi jika anda berniaga, bolehlah anda gunakan strategi ini, berikan sesuatu atau ciri yang tidak dapat diberikan oleh pesaing anda dan tunjukkan bahawa perkhidmatan anda lebih baik dan menguntungkan kepada pengguna berbanding dengan pesaing anda!
Selamat mencuba!
Salam kekayaan,
THINKERICH






