Salam pembaca blog PemikirKaya!

Saya tertarik dengan isu wang pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengenakan caj pinjaman ke atas para pelajar yang meminjam dari perbadanan tersebut.

Ada yang kata, PTPTN tak patut mengenakan caj yang tinggi sehingga 4% ke atas setiap pinjaman yang dibuat.

Tetapi harus diingat PTPTN bukanlah sebuah Yayasan yang memberi pinjaman, sebaliknya suatu agensi yang diperbadankan untuk memberi kemudahan pinjaman.

Jika tidak silap saya dana PTPTN ini diperolehi melalui dana KWSP (tolong perbetulkan kalau saya tersilap!), maka seharusnya wang milik pencarum KWSP yang digunakan tersebut diberi sedikit pulangan!

Namun begitu, saya mula terfikir kerana ingin menimba ilmu (atau mungkin hanya untuk dapatkan segulung pengiktirafan?:) maka ramai orang sanggup bergolok gadai dan mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka.

Tapi saya mula bertanya kepada diri saya sendiri?

Apakah tanggungjawab menyediakan pendidikan ini menjadi tanggungjawab anak anak sendiri atau ibu bapa?

Jika anda adalah sebahagian daripada mereka yang melanjutkan pelajaran dengan wang pinjaman, anda tentu tahu betapa sukar dan peritnya untuk membayar balik pinjaman tersebut. Ya lah, jika pinjaman sampai 20 tahun dan hingga mencecah RM150,000.00, berapa lama anda perlu menjadi hamba kepada hutang?

Oleh kerana itu, saya sarankan kepada ibu bapa atau anda yang suatu hari nanti akan menjadi ibu bapa, agar merancang lebih awal untuk simpanan pendidikan anak anak anda, agar mereka tidak terbeban.

Ya lah, sekurang-kurangnya bila mereka dah dapat kerja atau dah mula berniaga, mereka tak akan memberi alasan kepada anda yang mereka tidak cukup wang kerana terpaksa membayar wang pinjaman pelajaran!

Jadi mungkin mereka mungkin tidak akan merengek atau datang berjumpa dengan anda setiap bulan untuk meminjam wang dengan anda sebaliknya mungkin mereka akan menghulurkan wang untuk anda pula!

Oleh itu, sebagai seorang yang bijak, anda seharusnya mengubah tradisi membiarkan anak-anak mendapatkan pinjaman untuk belajar kepada mengajar mereka untuk menabung lebih awal untuk pelajaran mereka.

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb