Salam pembaca blog,

Tiada lagi subsidi minyak !

Itulah kesudahan isu subsidi minyak di negara ini. Kemelut subsidi minyak di negara ini mula timbul susulan daripada kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang turut didorong oleh peningkatan isu penyelewangan minyak subsidi (penyeludupan) dan penjualan bahan mentah tersebut ke luar negara.

Dengan berakhirnya ‘subsidi minyak melalui pengeluaran’ yang dipraktikkan sebelum ini, pihak kerajaan akan melaksanakan ‘subsidi melalui jualan’ kepada mereka yang berkelayakan sahaja.

Ini bermakna subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang layak sahaja ketika membeli bahan berkenaan di semua stesyen-stesyen minyak mulai Ogos 2008.

Namun begitu, bagaimana pula nasib dengan usahawan kecil yang rata-rata daripada golongan PKS yang menjalankan perniagaan mereka melalui syarikat yang kecil?

Sudah pasti kos operasi mereka meningkat dan secara tidak langsung keuntungan mereka semakin merosot dengan ketiadaan subsidi oleh kerajaan. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi negara dan dunia kini dalam keadaan yang tidak menentu.

Adalah dikhuatiri dengan pelaksanaan baru subsidi minyak ini mulai Ogos 2008 akan mengakibatkan Syarikat kecil terancam !

Apabila kos operasi meningkat harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pasti turut meningkat dan turut mencetuskan kebimbangan peningkatan kadar Inflasi yang lebih tinggi, bahananya turut dirasai kembali oleh pengguna.

Walau apa pun keadaan yang berlaku kerajaan sudah pasti tidak akan terus dapat bertahan untuk mengekalkan harga semasa jualan minyak sama ada dalam bentuk subsidi mahu pun tidak jika dilihat pada harga semasa minyak mentah di pasaran global ketika ini. Apakah Harga Minyak Mungkin Naik Mulai Ogos?

Kerajaan melalui KPDNHEP mungkin perlu mengkaji semula dan mendapatkan satu mekanisme yang terbaik bagi membendung segala bentuk implikasi hasil daripada pemberian subsidi minyak mulai Ogos 2008 ini dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan kesan daripada pelaksanaan terbaru subsidi minyak negara.

Tempoh 2 bulan lebih awal yang diumumkan oleh pihak kerajaan sebenarnya perlu dilihat sebagai satu langkah positif dalam usaha untuk mendapat pandangan dan reaksi daripada pelbagai lapisan pengguna di dalam masyarakat baik daripada ahli koporat, ahli ekonomi, ahli politik, usahawan kecil mahu pun sederhana, cendiakawan dan juga kakitangan awam mahu pun swasta serta masyarakat desa.

Ini kerana kesan daripada subsidi minyak ini bakal merubah landskap ekonomi negara dalam pelbagai bentuk dan kesannya sudah pasti dirasai oleh rakyat ini yang pada dasarnya adalah PENGGUNA.

Salam kekayaan dan kepenggunaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb