GAJI 2 KALI SEBULAN KAKITANGAN AWAM
Posted by Thinkerich on 18 Jun 2008 at 10:19 pm | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca blog PemikirKaya.com,
Berita Harian hari ini melaporkan bahawa gaji 2 kali sebulan kakitangan awam belum muktamad.
Satu langkah pembetulan sedang diambil oleh pihak kerajaan dikala begitu terburu-buru mengambil keputusan itu dan ini sejak pengumuman kenaikan minyak beberapa minggu yang lalu.
Pada pandangan saya tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membayar gaji kakitangan awam 2 kali sebulan adalah satu langkah yang bermatlamat untuk membantu kakitangan awam, cumanya cadangan tersebut tidak dilihat pada ‘realiti’ sebenar kedudukan kewangan dan ‘pengurusan’ kewangan peribadi kakitangan awam.
Mungkin cadangan itu diambil pada asalnya untuk membantu kakitangan awam dalam menguruskan aliran tunai mereka, namun begitu pihak kerajaan mungkin lupa atau terlupa bahawa kebanyakan kakitangan awam ini berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.
Cakap-cakap dan bantahan jelas menyatakan rasa kurang senang daripada beberapa wakil kesatuan kerja yang bernaung di bawah CUEPACS, yang berpendapat ianya lebih banyak menimbulkan masalah dalam pengurusan kewangan mereka.
Ini disebabkan oleh komitmen mereka yang rata-rata membuat potongan ke atas perbelanjaan besar seperti pembiayaan perumahan yang mewakili 40% daripada wang gaji mereka, 30% daripada pinjaman kenderaan dan mungkin potongan lain yang pelbagai lagi.
Ini belum diambil kira dengan pinjaman peribadi yang mungkin mencecah 20% daripada pendapatan mereka dan juga hutang kad kredit yang tidak berkesudahan.
Pelaksanaan bayaran gaji 2 kali sebulan dikhuatiri bakal mengundang masalah lain yang lebih teruk iaitu keadaan dimana kakitangan awam akan bergantung kepada Kad Kredit untuk menampung membiayai kehidupan bulanan mereka.
Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku kerana jika setiap 15 haribulan mereka hanya menerima separuh daripada wang gaji bulanan mereka, maka mereka akan menjadikan tabiat penggunaan kad kredit sebagai penyelesaiaan sementara sebelum gaji kedua dibayar pada akhir bulan.
Jika mereka mampu menjelaskannya tiada masalah, tetapi masalahnya terlalu ramai yang buat-buat lupa atau terlupa untuk membayar balik perbelanjaan kad kredit mereka secara sepenuhnya.
Ini bakal mengundang kedudukan keberhutangan kewangan yang serius kepada kakitangan awam!
Adalah jauh lebih baik pihak kerajaan menyediakan ‘OPSYEN’ kepada kakitangan awam sama ada mereka bersetuju dengan kaedah 2 kali sebulan ini atau kekal dengan kaedah sediada.
Dalam soal pengurusan wang, kita tidak boleh memaksa seseorang itu mengikuti kaedah pengurusan kewangan yang seragam kerana setiap individu mempunyai keperluan dan kemahuan serta matlamat kewangan yang berbeza-beza selaras dengan minda dan emosi mereka.
Salam kekayaan,
THINKERICH







Memang kurang sesuai terutamanya pendapatan rendah dan sederhana seperti saya..
Mungkin saya tidak berapa terasa kerana masih bujang terlajak tapi bagi yang telah berkahwin dan memiliki tanggungan sukar bagi mereka untuk membahagikan duit tersebut…
Zool,
Benar pendapat saudara tuu..
[…] isu cadangan Gaji 2 kali sebulan yang diumukan oleh PM yang juga Menteri Kewangan Pertama sebelum ini yang dilihat tidak […]
[…] GAJI 2 KALI SEBULAN KAKITANGAN AWAM […]