PENGSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN PERUMAHAN, APAKAH IANYA BAGUS?
Posted by Thinkerich on 09 Jul 2008 at 09:46 pm | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca PemikirKaya!
Baru sebentar tadi saya menonton paparan headlines Buletin Utama yang disiarkan di TV3 berkaitan pengumuman Menteri Kewangan Kedua untuk membuat pengstrukturan semula pinjaman perumahan bagi membantu rakyat meringankan beban kewangan mereka ekoran situasi ekonomi yang tidak menentu kini.
Laporan berita tersebut turut melaporkan bahawa Menteri Kewangan Kedua telah berbincang dengan pihak Bank dan mereka pada dasarnya telah ‘bersetuju’ untuk memberi kerjasama dalam pengstrukturan berkenaan yang bakal diumumkan tidak berapa lama lagi oleh pihak Kementerian Kewangan.
Pada mulanya saya amat teruja dan tertarik dengan kenyataan tersebut dan merasakan pihak kerajaan telah mula menunjukkan keprihatinan mereka untuk membantu rakyat!
Sudah pasti pada amatan dan fikiran saya, pihak kerajaan mungkin mengambil tindakan pengstrukturan semula pinjaman perumahan dengan melakukan pengurangkan ke atas BLR(Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas (KPA) bagi kadar pinjaman perumahan yang dilakukan oleh peminjam…
Tetapi tiba-tiba jantung saya tersentak!
Lidah saya kelu!
Dan saya TERGAMAM!
Sebaik mendengar pembentangan Menteri Kewangan Kedua dalam sesi Parlimen yang membuat kenyataan lebih kurang seperti berikut ;-
“…Jika sekiranya seseorang peminjam membuat pinjaman RM300,000.00 untuk tempoh masa 20 tahun, dan telah membayar ansuran pinjaman tersebut selama 10 tahun dan masih mempunyai baki 10 tahun lagi…pihak kerajaan mencadangkan agar pihak bank dapat memanjangkan tempoh tersebut kepada 1o TAHUN lagi agar ansuran bulanan yang dibayar oleh peminjam dapat dikurangkan…Jika sekiranya seseorang itu membayar RM700 sebulan pada masa ini, mungkin dengan tambahan tempoh pinjaman yang lebih panjang, seseorang peminjam itu dapat mengurangkan bayar ansuran bulanan mereka….”
Wah,..sungguh memeranjatkan!
Cadangan yang begitu mengUNTUNGkan pihak BANK!
Patutlah pihak Bank bersetuju dengan cadangan pengstrukturan semula pinjaman tersebut….(saya kalau jadi pihak Bank, sudah pasti turut Bersetuju;) !… “Kecil tapak tangan, Nyiru saya tadahkan..”
“Apa yang terjadi?” anda mungkin bertanya!
Penjelasannya cukup mudah…
Ianya tidak ubah seolah-olah kerajaan mengubal DASAR untuk kepentingan pihak Bank MELIPATGANDAKAN keuntungan mereka!
Dan dalam masa yang sama terus menekan dan meletakkan kedudukan ekonomi dan kewangan peminjam dilandasan yang memeritkan dalam jangkamasa panjang!
Tak patut, memang tidak patut!
Cuba anda bayangkan jika anda membuat pinjaman RM300,000 untuk jangkamasa 20 tahun, itu baru kadar pinjaman pokok belum diambil kira faedahnya..(jika diambil kira bersama faedah kadar pinjaman anda mungkin menjadi RM500,000 atau mungkin lebih bagi tempoh 20 tahun) dan anda telah membayar hampir separuh setelah 10 tahun berlalu…
Namun kerana anda tidak CELIK KEWANGAN dan bersetuju dengan cadangan kerajaan dan pihak bank untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda untuk tambahan 10 tahun lagi, maka hutang anda yang RM500,000(termasuk kadar faedah bagi 20 tahun) tadi kini mungkin mencecah RM800,000 pula!
Anda mungkin berharap dapat mengurangkan ansuran bulanan anda tetapi anda lupa dengan melanjutkan lagi tempoh pinjaman anda dalam tempoh yang lebih lama, ianya akan mengakibatkan anda terus menjadi HAMBA kepada pihak Bank untuk 10 tahun lagi!
Pada asalnya hanya 20 tahun kini telah menjadi 30 tahun! Dari RM500,000 kini dah jadi RM800,000 pulak…!
Ishk..ishk..pedih..sungguh sedih jika ramai yang berfikiran cetek dan tidak CELIK dalam kewangan ni,,…!
Ini kerana ..Anda mungkin terus menjadi mangsa kepada pihak yang mengaut keuntungan…
Saya juga kecewa sebenarnya dengan perkara ini!
Dalam dewan Parlimen yang dihadiri oleh ramai YB, tidak ada satu pun pihak sama ada daripada pihak Pembangkang mahu pun Kerajaan yang menyuarakan pandangan mereka berkaitan perkara ini.
Apakah mereka juga tidak CELIK KEWANGAN? atau hanya CELIK apabila melihat WANG!
Mereka dipilih oleh rakyat untuk membela rakyat dan bukannya mengabaikan kepentingan rakyat…
Apakah tidak ada satu pun dikalangan YB tersebut memiliki asas kewangan dan CELIK KEWANGAN?
Dan yang paling menghampakan lagi…kenyataan dan cadangan ini dikemukakan oleh seorang MENTERI KEWANGAN!
Selepas isu cadangan Gaji 2 kali sebulan yang diumumkan oleh PM yang juga Menteri Kewangan Pertama sebelum ini yang dilihat tidak relevan…kini giliran yang kedua pula memberi cadangan yang ‘KUNUNnya’ ingin membantu meringankan beban rakyat…
Hai…apa sudah jadi dengan Kabinet Baru nih..!!??
Yang jelesnya jelasnya…ianya menampakkan kerapuhan dan kelemahan IDEA dan buah fikiran Menteri Kabinet dalam menangani isu ekonomi rakyat…katanya Langkah Ringankan Beban Rakyat..
Tetapi bagi saya ianya langkah dan idea ‘BEBAL’ …………
Saranan saya jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan, Anda sebenarnya perlu membebaskan diri anda SECEPAT MUNGKIN dari belenggu HUTANG dan pinjaman …..dan bukannya terus bergantung nasib pada hutang pinjaman yang bertempoh masa panjang…
Semoga anda lebih faham erti sebenar PINJAMAN itu…
Berita lanjut KLIK DISINI..
Salam kekayaan,
THINKERICH
APAKAH BENCHMARK SAHAM AMANAH ANDA?
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!







biar benar? bila keluar, saya memang tak tengok news 2 3 hari ini.
jika ini benar bukan ke menganiaya peminjam. mungkin instrumen terbaik ialah dengan persetujuan peminjam bukan sesuka hati sahaja mengatakan tempoh bayaran anda dipanjangkan… ialah nak lawan sistem yang untungkan bank pun susah juga…
We need leaders who are ‘celik wang’ not only ‘celik undi’!
Betuul..abahfateh…,
Siaran hari ini 9 Julai 2008…
Namun begitu itu hanya cadangan daripada Pak Menteri…kalau nak dilaksanakan tu…saya rasa sudah tentu pilihan ditangan PEMINJAM…cuma yang tak syoknya …tak semua peminjam ni CELIK Kewangan..pasti mereka TERPEDAYA dengan MEKANISME nih…
ya, ada saya tonton berita tu. inilah bahana sistem kapitalis. terlalu obses dengan keuntungan. kalau win-win situation ok lagi. ni gaya-gaya nak pekena. memang kalau orang yang fikir cetek akan rasa baguslah bayar bulanan kurang. tak sedor dah kena cekik terseret beberapa tahun jauhnya nak langsaikan hutang tu. ambil kira faedah semua, hutang tu melambong tinggi dari yang asal. sedang dalam agama hutang ni tak digalakkan. apa lagi faedah. kalau berhutang lak elok disegerakan bayarannya. sahlah semacam tak refer pada al quran dan sunnah. namun kalau sape yang nak begitu, teruskan le. itu pilihan memasing. teman-teman sekadar mengingat. tuk diri sendiri dan kongsi-kongsi le.
oh, tak nonton berita malam tadi..
Mustika,
betul tu mustika…hutang perlu disegerakan..
Pakdi,
Boleh baca paper hari nie…
Xdinafikan kita akan sentiasa dihimpit dengan masalah macam nih.. dengan keadaan ekonomi sekarang pihak tertentu akan cuba buat apa yang mampu untuk terus pastikan keadaan stabil tanpa fikirkan impak dia..
thinkerich, nice blog bdw..
johnbaem,
T.Q..
pemimpin perlu lebih sensitif pada keperluan dan masa depan rakyat dan bukan sekadar berfikiran SINGKAT tanpa memikirkan IMPLIKASI sebaliknya yang terpaksa ditanggung oleh rakyat…seseorang pemimpin perlu berfikiran JAUH…bukannya sebaliknya…
Terpulang kpd peminjam juga sebenarnya.
Walaubagaimana pun, peminjam mestilah diperjelaskan untung-ruginya memanjangkan pinjaman.
Berkenaan gaji sebulan dua kali, sebenarnya saya turut bersetuju sistem tu. Saya pernah mengalaminya semasa bekerja di PJ dulu. Bagus, tak pernah sengkek sebab pada 15hb duit dah masuk balik. Org yang menentangnya hanyalah org yg tak pernah mengalaminya. Sebagaimana KWSP, sepatutnya diberi pilihan kepada kakitangan yg hendah mencubanya.
Assalammualaiku,
Saya rasa pelanggan perlu beralih kepada perbankan islam kerana walaupun BLR naik ke turun ke, tidak menjejaskan kadar pinjaman anda.Tepuk dada tanya selera
Kena tengok dulu baik-buruk sesuatu sebelum terus kata “BURUK”.
Baiknya,
Berdasarkan situasi semasa, BLR tak akan diturunkan, mungkin dinaikkan. Mungkin loan rumah yg sedia ada banyak yg melebihi 5 thn. Banyak bank yg memberikan int rendah pada 5 thn pertama. Jadi bayarannya pun rendah. Saya beritahu kengkawan saya, “refinance selama mungkin dan bayar sebanyak mungkin di 5 thn pertama”.
Bank biasanya limit sehingga 50% total loan boleh dibayar pd 5 thn pertama. Bayar macam pinjaman lama. Loan akan bergerak dengan banyak.
Buruknya,
Nampak ada duit lebih sikit, ramai org akan beli benda lain.
Sori, tak leh cerita pepanjang. Nanti PemikirKaya marah.