PINJAMAN…ADAKAH SUATU YANG BIJAK?
Posted by Thinkerich on 01 Jul 2008 at 12:00 am | Tagged as: Kewangan Peribadi
Salam pembaca Blog PemikirKaya…!
Ramai di kalangan masyarakat hari ini menjadikan ‘pinjaman’ sebagai jalan mudah kepada penyelesaian kewangan masing-masing tanpa berfikir akan kemampuan untuk mereka membayar balik!
Sebenarnya, jika anda tidak mampu untuk menyelesaikan pinjaman anda dengan kadar segera, anda dinasihatkan agar tidak meminjam!
Ini kerana kebanyakan orang menyalahgunakan wang pinjaman dan mengakibatkan bebanan hutang mereka bertambah.
Anda mungkin beranggapan makin lama tempoh pembayaran balik, maka lebih rendah ansuran bulanan anda, maka anda lebih untung!
Anda SILAP!
Sila betulkan semula pemahaman anda tentang konsep pinjaman!
Memang benar jumlah ansuran yang anda bayar bagi pembayaran balik rumah anda selama 30 tahun adalah lebih rendah berbanding kadar ansuran bulanan yang anda bayar bagi tempoh 15 tahun.
Tetapi anda mungkin lupa, anda membeli rumah berharga RM100,000 tetapi dengan tempoh masa yang panjang, anda sebenarnya perlu bayar dua hingga tiga kali ganda harga tersebut sehingga menjadi RM300,000…
Duit siapa yang habis? Duit anda juga bukan…
Adakah ianya berbaloi?
Fikir dan renung-renungkanlah…
Salam kekayaan,
THINKERICH







mengikut peredaran masa..memang kita kena buat pinjaman bank atas sebab2 tertentu..
saya syorkan anda beli buku azizi ali, anda pasti dapat menjimatkan hutang pinjaman rumah dengan begitu banyak sekali
bagaimana dengan good debt? berhutang dan menjana wang daripada barangan itu?
saya rasa kena bezakan juga bukan?
bagaimana dengan good debt? rasanya tidak ada masalah jika hutang itu menjana pendapatan.
nabieel,
pinjaman memang diperlukan kerana ianya dapat membantu kita, cuma kita perlu lebih bijak menguruskannya..
sebab tu aku tak suka kad kredit dan pinjaman. Perkara yang aku cukup menyesal ada menerima pinjaman PTPTN. Sesungguhnya aku sangat mentah pada waktu itu..
Pinjaman.. memang terpaksa..
n mesti cepat selesaikan..
Saya ada 2 pinjaman :- rumah dan PTPTN..
Nak setelkan PTPTN secepat mungkin…
Titan,
belajar dari pengalaman dan kesilapan lalu…
Zool,
Betul tu….!
abahfateh,
good debt..tu pinjaman yang bijak..! kerana ianya membantu mempercepatkan kekayaan kita…
Malangnya ramai yang terperangkap dan terpedaya dengan bad debt…!
Saya ada jugak bercita-cita nak buka perniagaan…nak jugak jadi jutawan islam Malaysia tapi kalau tak buat pinjaman macam mana nak start berniaga…Simpanan tak banyak,keluarga tak pulak berharta..huhu sedihnye!!!
anak bertuah,
Tak salah untuk meminjam…tetapi untuk meminjam kita perlu ada tanggungjawab untuk membayarnya semula…orang kaya menjadi kaya kerana mereka tahu bahawa dengan meminjam RM100,000 mereka boleh bayar balik RM110,000 kepada bank dan dalam masa yang sama mereka boleh dapat untung lagi RM30,000 daripada pinjaman berkenaan..
[…] Saya tertarik dengan komen salah seorang pembaca blog pemikirkaya berkaitan post saya Pinjaman…adakah sesuatu yang bijak? […]