ANDA HIDUP PADA HARI INI..! BUKAN MASA LALU..
Posted by Thinkerich on 12 Jul 2008 at 12:01 am | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca PemikirKaya!
“Belajarlah dari kesilapan!”
Itulah kata-kata nasihat yang mampu mendorong anda untuk bangkit dan memulihkan diri sekiranya anda telah melakukan kesilapan.
Seringkali apabila melakukan sesuatu kesilapan, kebiasaannya akan membuatkan diri anda berada dalam keadaan yang kurang selesa, hampa, kecewa dan rasa bersalah.
Apakah anda juga pernah berada dalam situasi sedemikian?
Mulai sekarang usah risau lagi, ketepikan semua perasaan yang kurang menyenangkan itu daripada emosi dan kotak pemkiran anda.
Sebaliknya mula pandang ke depan!
Ya, mula melihat jauh ke hadapan!
Lupakan sahaja kesilapan anda itu, kerana ianya tidak akan membawa anda kemana-mana pun sekiranya anda masih membiarkan emosi dan fikiran anda masih dikuasai oleh perasaan bersalah.
Ayuh! tuan-tuan dan puan-puan,
Sedarlah yang anda hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu…
Jangan biarkan diri anda dihantui oleh peristiwa silam dengan asyik memikirkan perkara atau peristiwa buruk yang telah berlaku.
Ini akan membuatkan anda terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.
Mereka yang berjaya dalam hidup tidak bersikap dan berfikiran sedemikian sebaliknya mereka berpandangan jauh ke hadapan.
Malangnya masih ramai dikalangan anda yang membawa bersama sejarah silam yang tidak menyenangkan bersama hidup mereka.
Contohnya mereka yang mengalami kerugian dalam pelaburan terutamanya yang terjebak dalam Skim Cepat Kaya, Pelaburan Internet, Skim Piramid dan pelbagai lagi masih menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima!
Mereka membawa seribu penyesalan dan dalam masa yang sama terus berharap agar ada keajaiban untuk sekurang-kurangnya mereka dapat kembali modal pelaburan mereka.
Mereka terus dan masih berharap….
Tapi tunggu dulu untuk apa mereka terus berharap?
Sebenarnya mereka tidak perlu mengharap….Apa yang perlu dilakukan adalah kembali meletakkan matlamat baru untuk masa depan kewangan mereka yang lebih baik…
Jadikan kisah silam sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik…
Belajar dari kesilapan dan kegagalan…bahawa untuk mencapai kekayaan bukannya semudah itu…
Tetapi ianya akan menjadi mudah dan lebih mudah sekiranya anda menetapkan matlamat dan tahu cara untuk mencapainya…
Belajarlah, Bacalah dan sertai apa sahaja aktiviti yang dapat meningkatkan IQ kewangan anda, pasti anda akan berada pada tahap yang lebih baik selepas itu…
Berhenti hidup dalam masa lalu…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!







Ada simpanan yg memberi anda pulangan sehingga 10%.
Kita cuma tak tahu.
Ianya 100% sah di sisi undang2. Kebanyakan bank2 utama Malaysia menyediakannya. Masalahnya, jumlah minimum untuk mendapat pulangan tu.
Simpanan apa?
Time-deposit atau fixed-deposit dalam matawang asing, terutamanya NZD dan AUD.