Salam untuk semua!

Apa khabar? Semoga baik-baik semuanya.

Dalam beberapa hari yang lepas saya telah memberi pandangan dan komen kepada salah seorang pembaca yang meluahkan masalahnya berkaitan Melepaskan Kenangan Pahit dalam satu Blog Motivasi tulisan Blogger Motivasi yang sedang meningkat naik, saudara Shueqry.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kebanyakan daripada kita terlalu memikirkan “Apa Yang Orang Lain Fikirkan Terhadap Kita” sebaliknya mengabaikan “Apa Yang Terbaik Untuk Diri Kita”

Kesannya kebanyakan daripada kita menghadapi banyak masalah dalam membentuk sahsiah diri, keyakinan diri, berdikari dan berfikiran kreatif untuk mencipta pelbagai inovasi daripada idea yang lahir daripada buah fikiran kita sendiri.

Cuba lihat contoh ini, mengapa kebanyakan daripada kita yang menghadapi banyak masalah untuk ‘public speaking’ atau pengucapan awam. Ramai yang tidak berani tampil ke depan dan berbicara dengan baik dan lancar. Mengapa dan kenapa?

Salah satu sebabnya ialah kerana mereka selalu memikirkan apa yang orang lain fikirkan apabila mereka berucap di depan khalayak ramai. Mereka akan fikirkan apa yang pendengar akan katakan pada bual bicaranya, tingkah lakunya, mimik muka, dan respon yang akan diberi oleh audiens atau para pendengar. Fikirannya terus mereka-reka gambaran yang bukan-bukan hingga menyebabkan mereka berpeluh, gementar dan tak sanggup untuk berada di hadapan khlayak ramai.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai idea yang baik dan kreatif. Dek kerana takut idea dan buah fikirannya dikritik atau ditolak, mereka sengaja membunuh idea tersebut dalam fikiran mereka dengan mereka-reka pelbagai alasan dan gambaran kritikan daripada orang lain yang tidak setuju dengan pendapat dan idea tersebut. Walhal idea tersebut belum pun lagi dicadangkan tetapi kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain katakan, maka idea yang bernas dan baik berkubur begitu sahaja.

Saranan saya jika anda ingin Berjaya dalam apa jua kehidupan anda, jangan terlalu memikirkan apa yang orang lain katakan pada diri anda, sebaliknya tumpukan dan fokus kepada APA YANG ANDA FIKIRKAN!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb